PERKEMBANGAN FIZIKAL [AUTHOR NAME] 0 PREPARE PHYSICAL DEVELOPMENTAL ACTIVITIES PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK KV AZIZAH Hjh Rehan binti Mohd Taha
1 Pendahuluan: Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahirankemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran 1. TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL i. Teori Perkembangan Jean Piaget Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan fizikal. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau ialah mengenai tingkah laku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkah laku cerdas dan peringkat-peringkat perkembangan berturutan iaitu dari segi penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek. Menurut beliau kanak-kanak yang lebih tua biasanya berfikir dengan lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang berkembang mengikut peringkat tertentu. Piaget menjalankan penyelidikannya berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanak-kanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji dengan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur fizikal dan intelek kanakkanak. Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan fizikal, Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema (pola penyusunan tingkah laku) ialah struktur-struktur fizikal yang digunakan oleh individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran. Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat mengendalikan rangsangan untuk sesuatu tindakan.
2 Skemata pula adalah aspek kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur fizikal yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengan persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak skemata yang boleh difikirkan dan di taakul terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya. Proses yang membolehkan skemata berkembang dinamakan asimilasi dan akomodasi. Dua proses ini saling berkait di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku sedia ada. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Penyesuaian di antara asimilasi akomodasi dinamakan perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada kanak-kanak. Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai perkembangan fizikal. Menurut beliau terdapat empat peringkat perkembangan fizikal iaitu : (a) Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun ) Kanak-kanak pada peringkat ini belum tahu lagi sebarang maklmat mengenai objek yang ada diselilingnya. Pada peringkat ini kakak-kanak menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak masih boleh memperolehi konsep kewujudan objek (menganggap objek yang pernah dilihatnya tiada lagi setelah disimpan). (b) Peringkat Praoperasi ( 2 – 7 tahun ) Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan motor bertukar kepada kegiatan mental. Kanak-kanak mengggunakan simbol untuk mewakili objek disekelilingnya, masih belum mempunyai konsep pengekalan dan konsep transformasi. Pada peringkat ini kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang dirinya iatu bersifat egosentrik yang melakukan kegiatan mengikut kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya.
3 (c) Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu egosentrik, pemikiran bersifat pemusatan semakin berkurangan dan kanak-kanak sudah boleh mengambil kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah. Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit, memperolehi konsep masa, ruang , sebab-musabab dan kelajuan dan dapat menerima pendapat orang lain. (d) Peringkat Operasi formal (11 tahun ke atas) Pada peringkat ini, kanak–kanak dapat membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan kemahiran menggunakan hipotesis-hipotesis serta prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Peringkat ini dianggap kemuncak perkembangan fizikal kanak-kanak untuk berfikir secara logik. ii. Teori Perkembangan Sigmund Frued Sigmund Frued ialah seorang ahli psikologi Austria yang bermula sebagai doktor perubatan tetapi minat beliau telah banyak tertumpah terhadap psikologi dan psikiatri. Teori psikoanaliti yang dikemukakan oleh Freud dikatakan sebagai teori biologi tentang personaliti. Mengikut teori ini kanak-kank perlu mendapat kepuasan dan keperluan asas yang cukup sebelum mereka berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat. Konsep penting di dalam teori psikoanalitik Freud ialah konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada individu, ego dan superego. Id memang sedia ada ketika lahir yang merupakan bahagian personaliti tidak sedar berkiatan dengan kepuasan keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Id didorong oleh libido (nafsu seks) yang merupakan tempat menyimpan desakan asas keinginan manusia. Ego pula bertindak mengawal keinginnan Id agar tidak melanggar nilai dan norma masyarakat.
4 Superego (kata hati atau penapis) pula mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik ataupun merupakan bahagian personaliti yang bermoral. Bahagian ini berkembang secara beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral. Superego menghantar maklumat tentang nilai-nilai moral kepada ego yang bertindak untuk mengawal Id. Menurut Freud proses perkembangan kanak-kanak terdiri daripada peringkat yang telah ditentukan menurut beberapa urutan seperti di bawah : (a) Peringkat Oral (dari lahir - 18 bulan) Pada peringkat ini kanak bersifat pasif dan amat bergantung kepada orang lain. Mereka memperolehi kepuasan melalui aktiviti menghisap, menggigit dan menelan. (b) Peringkat Anal / dubur (2 – 4 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia menguasai dan mengawal fungsi biologi. Kanak-kanak akan memberi lebih perhatian terhadap kawalan membuang air besar dan air kecil yang akan memberikan perasaan hormat kendiri. (c) Peringkat falik / Kubul (4 – 6 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan. Kanak-kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu (kompleks Oedipus) dan kanak-kanak perempuan kepada bapa (kompleks Elektra). (d) Peringkat Pendalaman (6 – 12 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak menumpukan kasih saying kepada oring lain seperti rakan sebaya. Kanak-kanak juga terlibat dengan dengan unsur-unsur pendidikan, bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego.
5 (e) Peringkat Kejantinan (12 tahun ke atas) Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina akibat daripada libido yang terdapat di dalam diri seseorang akan mendorongnya untuk menaruh minat terhadap individu di luar keluarga. iii. Teori Perkembangan Arnold Gesell Teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesell berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh kerana Gesell mempercayai kematangan menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan. Gesell menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai pendidikan bebas bagi kanak-kanak. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangan sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan . Personaliti, kadar pertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainan yang berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat. Gesell membahagikan perkembangan kanak-kank kepada lima peringkat seperti di bawah: (a) Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )
6 Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di usia 8 bulaln, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh menggenggan objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri. (b) Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun ) Kanak-kanak mulai belajar berjalan , bercakap dan memahami makna “jangan” Di akhir peringkat ini boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat. (c) Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun ) Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah. (d) Peringkat Keempat ( 3 – 4 tahun ) Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa. (e) Peringkat kelima ( 4 – 6 tahun ) Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanak-kanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain. 1.2 Peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Mengikut Umur Kanak-kanak yang berkembang baik dalam aspek fizikal, akan membesar menjadi individu yang peka, fleksibel, sentiasa bersedia, tangkas dan mahir memanipulasikan
7 peralatan. Mereka lebih cepat menguasai kemahiran memungut benda kecil, membutang baju, menguntai manik, menulis, dan menggunakan peralatan seperti pensil, gunting, berus lukisan dan sebagainya, kerana telah menguasai kemahiran koordinasi matatangan dengan baik. Koordinasi mata-tangan atau mata-kaki membolehkan kanak-kanak lebih mantap melakukan aktiviti atau operasi seperti menangkap bola, bermain badminton, mengikat tali kasut, mengikat reben, melempar bola, bermain skipping, teng-teng, atau meletakkan sesuatu objek tepat pada sasaran. Daripada kemahiran-kemahiran ini, kanak-kanak akan menjadi lebih berminat belajar dan akhirnya mereka akan menjadi kanak-kanak yang kompeten, yakin dan mempunyai self- esteem yang tinggi. i. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Bayi 0 Hingga 6 Bulan (Bayi) : - mencapai objek di depan mata. - mengangkat dagu dan dada apabila meniarap. - menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. - memusing kepala menghala datangnya bunyi atau rangsangan. - bergerak ke arah objek/mainan. - menggenggam objek dengan tangan dan jari. - menggunakan tangan dan jari untuk bermain. ii. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Bayi 6 Hingga 12 Bulan(Bayi) - Duduk bersendirian tanpa bantuan. - Mengesot. - Merangkak. - Berdiri denganbimbingan. - Berdiri dengan bantuan perabot. - Berdiri dengan sedikit bantuan. - Berdiri dan berjalan apabila dipapah. - Berjalan dengan dibimbing. - Bertatih. - Memegang objek besar - Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (genggaman "pincer"/
8 cubitan). - Memegang krayon besar dan menconteng kiri- kanan. - Mencapai objek seperti sudu untuk makan sendiri. - Memindahkan objek dari tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya. - Memasukkan objek ke dalam mulut untuk meneroka. iii. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Kanak-Kanak 1 Hingga 2 Tahun (Toddler): - Mengawal motor kasar dan keseimbangan badan seperti: duduk untuk masa yang lama dan boleh berpusing. - Merangkak dengan laju menggunakan tangan dan lutut atau seperti beruang menggunakan tangan dan kaki. - Berjalan sendiri tetapi tidak stabil. - Menaiki tangga mengguna pemegang dan meletakk kedua-dua kaki pada setiap anak tangga. - Menggunakan motor halus dan koordinasi mata tangan seperti: menghulur tangan untuk mengambil mainan; - Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh. - Menunjuk ke arah objek. - Memegang cawan dengan iv. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun (Toddler) - Mengawal motor kasar dan keseimbanganbadan seperti: menendang bola "stationary ball". - Memanjat perabot; - Berjalan naik dan turun tangga dengan yakin. - Duduk dan mengayuh basikal roda tiga dengan dibantu. - Berlari tetapi kadang- kadang terjatuh. - Berjalan menaiki tangga dengan memegang palang. - Melompat halangan yang kecil. - Meningkatkan motor halus contohnya menggunakan jari untuk memegang objek. - Menggunakan motor halus dan koordinasi mata tangan.
9 v. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Kanak-Kanak 3 Hingga 4 Tahun(KanakKanak Taska): - Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata tangan, merangsangkan kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti: - berjalan secara berundur, melompat dengan satu kaki dan berjengket. - mengayuh basikal roda tiga, mencantum puzzle, berenang. - memanjat dan bergayut, bermain gelongsor, mengayun buaian. - membaling, menyambut, melambung dan melantun bola, menendang bola ke dalam gol. - membaling dan menyambut pundi kacang dengan menggunakan dua belah tangan dan sebelah tangan. - membuka muka surat buku dari satu muka ke muka yang lain. - makan dan minum sendiri, menggunakan sudu dengan yakin. - memakai pakaian sendiri, memasang dan membuka butang pakaian sendiri. - memegang krayon dan melukis, menggunting kertas, melukis orang dengan kepala, badan dan kaki. vi. Kebolehan Fizikal Dan Psikomotor Kanak-Kanak 4 Tahun ke atas - Berlari semasa naik tangga - Berlari dengan pantas - Melompat dengan dua kaki - Mengayuh basikal roda dua - Memukul bola dengan menggunakan alat pemukul - Boleh bergayut dengan bimbingan - Melompat halangan - Boleh berdiri di atas satu kaki - Mengayun sendiri atas buaian - Boleh mengimbang badan dan berjalan pada garis lurus. - Menguntai manik pelbagai jenis dan bentuk. - Boleh menggunakan sudu dan garfu. - Menggunting pelbagai bentuk - Mencantum puzzle 12- 25 kepingan/blok
10 - Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam pelbagai situasi 1.3 Pengenalan kepada penyediaan dan perlaksanaan aktiviti yang dirancang Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan pemikiran mereka berkembang dengan lebih pesat. Berikut adalah beberapa fungsi dan contoh permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan : UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN 12 – 24 bulan Kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk menggunakan objek dan mengaitkan satu objek dengan objek lain Pop beads, lego, puzzle mudah, shape sorter, nesting cups/rings, sudu dan cawan, blocks and bakul • Berikan mainan pada anak dan lihat cara mereka cuba menggunakan mainan tersebut • Tunjuk cara yang betul untuk bermain dengan mainan tersebut dan tambah aksi lain yang boleh dilakukan dengan mainan tersebut. Contoh, menyusun blok mengikut warna yang sama, memasukkan sudu ke dalam cawan dan mengacau. •
11 24 – 48 bulan Kanak-kanak sudah mula bergerak aktif pada usia ini. Mereka belajar untuk berjalan, memanjat, berlari dan melompat. Mereka memerlukan waktu bermain yang aktif untuk kemahiran keseimbangan badan dan koordinasi. Kanakkanak juga masih belum memahami peraturan dan akan meneroka mengikut cara mereka sendiri • Bola dengan pelbagai saiz • Mainan yang boleh ditarik dan ditolak • Terowong mainan, permainan gelongsor (boleh dibuat sendiri di rumah) • Perabot untuk kanak-kanak cth: meja dan kerusi • Sediakan persekitaran yang membolehkan anak melakukan semua pergerakan seperti merangkak (bawah meja), memanjat (kerusi), melompat (cushion). • Golekkan bola dan biarkan anak anda mengejar dan mengambil bola tersebut atau melontar bola kepada satu sama lain. Permainan seperti ini boleh menggalakkan kemahiran social dan mengambil giliran.
12 1.4 Merangsang Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Fizikal Berikut merupakan aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan fizikal: 1. Aktiviti asas fizikal - melakukan aktiviti asas seperti berjalan, belari, merangkak, memanjat dan sebagainya yang menggunakan angota badan. 2. Pergerakkan dengan manipulatif - membuat aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan jari jemari dalam melakukan kerja-kerja seni seperti menguntai manik, membutang, bermain play dough dan sebagainya. 3. Menari - melakukan pergerakan badan mengikut irama muzik. 4. Pergerakkan berirama - melakukan pergerakan tertentu mengikut irama atau jalan cerita, sebagai contoh aksi memetik bunga, mengutip buah, menabur pasir dan sebagainya. 5. Drama - melakukan pergerakan anggota badan selaras dengan watak yang di bawa. 6. Sukan dan permainan - melakukan pergerakan lasak ketika bersukan dan bermain sesuatu permainan. 7. Aktiviti luar - Melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan di luar bangunan seperti nature walk atau bersiar-siar. 8. Aktiviti dalam - Melakukan aktiviti fizikal di dalam bangunan seperti berjalan, duduk, baring, merangkak dan sebagainya.
13 1.5 Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak / Developmental Appropriate Practice (DAP) Developmentally Appropriate Practice (DAP) dicetuskan oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children) pada tahun 1998. DAP menekankan perancangan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, NAEYC menetapkan 12 Prinsip Asas 'Developmentally Appropriate Practice' sebagai panduan kepada pendidik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. - 12 Prinsip Asas DAP 1. Seluruh aspek perkembangan kanak-kanak adalah penting. Saling berkait antara satu sama lain dan saling mempengaruhi. 2. Perkembangan kanak-kanak adalah mengikut turutan yang tertentu. 3. Setiap kanak-kanak mengikut tahapan dan kadar perkembangan yang berbeza. 4. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh kematangan biologi dan pengalaman. 5. Pengalaman awal sangat memberi kesan kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. 6. Proses perkembangan menuju ke arah yang lebih kompleks, terorganisasi dan terinternalisasi. 7. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka memiliki hubungan yang terjamin dan rapat. 8. Perkembangan dan pembelajaran dipengaruhi oleh konteks budaya dan sosial yang pelbagai. 9. Kanak-kanak belajar dengan pelbagai cara 10. Bermain sebagai alat bagi kanak-kanak untuk membantu perkembangan kawalan diri (self-regulation), bahasa, pengetahuan dan kemahiran sosial. 11. Perkembangan anak akan lebih meningkat, jika anak diberikan kesempatan untuk melatih keterampilan yang baru dan meningkatkan keterampilan yang sudah dimiliknya sekarang. 12. Pengalaman kanak-kanak membentuk motivasi dan pendekatan pembelajaran mereka
14 1.6 Pendekatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terdapat empat Pendekatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang sesuai digunakan dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Pendekatan tersebut ialah i. Pendekatan bertema - Pengajaran ini dikenali sebagai tematik, iaitu melibatkan tema-tema tertentu yang dipilih untuk sepanjang satu semester, ataupun setahun. - Pendekatan bertema adalah merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini menjadi alat pengelolaan kepada pengasuh/pendidik awal untuk menghubungkan antara matapelajaran kanak-kanak. - Pemilihan dan penentuan tema adalah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek, dan berorientasikan kajian kes. - Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: • Boleh merentas semua matapelajaran. • Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan kanak-kanak. • Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa • Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Pengasuh/pendidik awal berminat terhadap tema yang dipilih. • Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar - Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Kanak-kanak • Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan. • Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. • Dapat menghadapi cabaran • Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan.
15 • Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal • Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya. • Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. - Kekuatan Pendekatan Bertema kepada Kanak-kanak • Kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. • Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi. • Kanak-kanak lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. • Kanak-kanak berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan ideaidea dan imaginasi baru. • Kanak-kanak dapat menilai kefahaman konsep melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan. • Kanak-kanak dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. - Jenis Tema • Tema Persekitaran – Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. • Persekitaran Alam Semulajadi – Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.
16 • Tema dan Masyarakat - Penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya. • Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal (dlm bentuk bahasa) bukan verbal (isyarat) ii. Pendekatan Main Sambil Belajar - Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). - Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, kordinasi dan ketangkasan seseorang kanak-kanak, Caplan&Caplan (1973). Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada kanak-kanak-kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. - Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. - Pembelajaran melalui bermain adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak, kerana ini akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. - Dengan bermain kanak-kanak akan dapat menguasai pelbagai perkembangan, antaranya adalah perkembangan dari segi fizikal, emosi, bahasa, dan sosial.
17 - Ciri-ciri penting pendekatan main sambil belajar • Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa. • Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak. • Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal. • Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti kanak-kanak untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna. • Kebaikan teknik ini ialah meransangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain. • Ia juga mengembangkan daya imagenasi. - Langkah-langkah Pendekatan Main Sambil Belajar : • Perancangan-penentuan jenis aktiviti atau permainan, peraturan permainan/masa permainan. • Pemulaan - penerangan tentang tujuan, peraturan, cara dan masa permainan. • Kanak-kanak bermain manakala pengasuh mengawas, memerhati dan membimbing. • Penilaian-Pengasuh/pendidik awal menilai hasil permainan. • Perbincangan-Pengasuh/pendidik awal membimbing kanakkanak-kanak-kanak membuat rumusan • Penutupan-Kanak-kanak-kanak-kanak mencatat rumusan/kutip dan simpan alat permainan. iii. Pendekatan berasaskan projek - Pendekatan projek merupakan kaedah pembelajaran yang menekankan kajian secara mendalam terhadap sesuatu topik yang dijalankan oleh kanak-kanak secara individu atau
18 berkumpulan sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-4 tahun. Projek yang dilaksanakan biasanya memerlukan kanak-kanak meneroka atau melakukan akvtiviti lasak yang menggunakan keseluruhan anggota badan mereka. iv. Pendekatan berpusatkan kanak-kanak - Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang kanak-kanak untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang kanak-kanak dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi pengasuh/pendidik awal juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudah cara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000). - Pengajaran berpusatkan kanak-kanak di TASKA lebih kepada inisiatif daripada kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak berminat untuk mempelajari sesuatu menerusi penerokaan yang kemudiannya mendapat pengetahuan menerusi pengalaman baru yang diperolehi. Aktiviti menyelesaikan masalah seperti bermain treasure hunt dapat mencabar kebolehan fizikal kanak-kanak. - Peranan pengasuh/pendidik awal sebagai pembimbing menerusi soalan yang terbuka yang mengajak kanak-kanak berfikir. Contohnya; "Cuba kita fikir cara lain untuk mengambil barang yang diletakkan di atas pokok". Hasil pembelajaran memberi kesan jangka panjang dan kanak-kanak belajar menerusi kefahaman daripada pengalaman penerokaan. - Tiada tugasan atau latih tubi (drill) di kelas TASKA. Kanak-kanak merasa seronok belajar kerana tiada tekanan. Pembelajaran berteraskan minat dan pilihan aktiviti yang berbagai-bagai.
19 1.7 Penggunaan ruang untuk aktiviti fizikal Penggunaan ruang untuk aktiviti perkembangan fizikal tidak tertakluk kepada perekitaran luar atau taman permainan sahaja. Pendidik boleh menjalankan aktiviti perkembangan fizikal ini di dalam bangunan Taska contohnya aktiviti menari, merangkak dalam terowong atau melompat dalam gelung dan menyusun blok. Bahan bantu yang digunakan mestilah selamat untuk digunakan oleh kanakkanak. Oleh yang demikian, beberapa faktor perlu diberi perhatian semasa memilih BBM yang sesuai mengikut perkembangan. i. Saiz yang bersesuaian - Saiz BBM yang dipilih mestilah tidak terlalu kecil sehingga bayi boleh memasukkannya ke dalam rongga badan seperti mulut, hidung dan telinga. Ia juga tidak terlalu besar sehingga boleh melindungi saiz bayi. Sebagai contoh BBM atau alat permainan yang dipilih boleh dipegang atau digenggam oleh bayi menggunakan satu tangan. Sekiranya ia adalah soft toys, ia boleh dipeluk oleh bayi menggunakan sebelah tangan. ii. Berat yang bersesuaian - BBM yang berat boleh menyebabkan ia terlepas daripada genggaman atau pelukan bayi. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan apabila objek tersebut jatuh menimpa bayi. iii. Kukuh / Tahan lasak - BBM tersebut mestilah kukuh, tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini adalah kerana bayi cenderung untuk mengetuk ke lantai, membaling, menggigit dan menghisap BBM tersebut. Bahagian-bahagian alat permainan yang kecil juga tidak mudah tercabut atau tertanggal. iv. Pelbagai fungsi - BBM yang dipilih boleh merangsang perkembangan menyeluruh bayi dan tidak tertumpu pada satu-satu perkembangan sahaja. Sebagai contoh, bola yang berloceng/berbunyi dan berwarna-warni dapat merangsang perkembangan fizikal bayi apabila bayi menyulur, merangkak atau berjalan untuk mendapatkannya. v. Mudah dikendalikan
20 - BBM yang dipilih mudah dikendalikan oleh bayi dan kanak-kanak memandangkan tahap keupayaan/kematangan otot mereka masih minimum. Selain daripada itu, bayi boleh bermain sendiri tanpa perlu menunggu pengasuh atau orang lain. vi. Tidak tajam - Pastikan alat BBM yang digunakan tidak berbucu tajam kerana ia boleh mencederakan bayi sekiranya BBM tersebut tergores pada kulit. vii. Non toksik - Bahan yang digunakan untuk membuat BBM mestilah tidak bertoksik, kerana ia boleh mengancam kesihatan kanak-kanak. Selain daripada itu bahan pewarna yang digunakan pada BBM juga mestilah tidak mudah luntur atau lekang kerana ia dikhuatiri masuk ke dalam mulut bayi apabila alat tersebut digigit/hisap. 1.8 Pemilihan peralatan dan bahan untuk aktiviti perkembangan fizikal Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan semasa memilih peralatan dan bahan pembelajaran aktiviti fizikal untuk kanak-kanak: 1. Saiz yang sesuai dengan umur bayi atau kanak-kanak 2. Selamat 3. Kukuh dan tahan lama 4. Mempunyai pelbagai kegunaan 5. Tidak terlalu berat untuk diangkat oleh kanak-kanak 6. Tidak terlalu kompleks untuk digunakan oleh kanak-kanak 7. Boleh disesuaikan dengan berbagai aktiviti di dalam dan di luar bangunan
PERKEMBANGAN FIZIKAL [AUTHOR NAME] i SOALAN/QUESTION : 1. Nyatakan definisi perkembangan fizikal kanak-kanak. 2. Jelaskan maksud perkembangan motor kasar. 3. Jelaskan maksud perkembangan motor halus.
Robledo – Sounds of the Sea ii RUJUKAN/REFERENCE : 1. Bustam Bin Kamri, Putri Zabariah Binti Megat Abd.Rahman dan Nawawi Bin Mohd. Jan(2005), Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak Tingkatan 4 Dan 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka . ISBN 983-62-8663-2. 2. Kurikulum Permata Negara.