INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER LIMA)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR SITI ZULAIKHA BINTI ZALMAN
NOMBOR ANGKA GILIRAN 2020192340212
NOMBOR KAD PENGENALAN 010611-10-0254
KUMPULAN PISMP F11
NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFLI
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
TARIKH HANTAR TUGASAN 12 MEI 2022
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
Bil. ISI KANDUNGAN Muka surat
1. Penghargaan Tajuk I
2. Pengenalan 1
3. Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya 1
4. Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 2
Fizikal 2
Emosi 3
Sosial 4
Sosiolinguistik 5
5. Rumusan 6
6. Bibliografi 7
I
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-
Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Dengan
izin Tuhan, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin berterima kasih dan merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah yang saya hormati, Puan Nor Rul Azlifah Binti Zulkafli kerana tidak jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang
ditetapkan.
Alternatif lain pula, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ayahanda dan bonda saya yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa
sokongan mereka, mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Hal ini
demikian kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan sokongan moral,
motivasi, usaha, dan buah fikiran yang ideal.
Tidak dilupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan saya dan kepada yang terlibat secara langsung atau disebaliknya dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Semoga yang maha Esa merahmati seluruh hidup mereka.
1
PENGENALAN
Murid-murid di dalam sebuah kelas secara lazimnya terdiri daripada pelbagai kaum. Jika
menyentuh mengenai pelbagai etnik, sudah tentu murid-murid yang berbagai-bagai latar
belakang ini juga mempunyai amalan budaya yang berbeza dan jika guru mengambil tindakan
terhadap perkara ini, kebarangkalian ia memberikan impak positif mahupun negatif seperti
mungkin ada murid yang bersifat aktif dan pasif (Anniliza Mohd Isa et al., 2021). Oleh yang
demikian, guru sewajarnya membina persekitaran bilik darjah yang ‘mesra budaya’ serta
inklusif bagi membolehkan mereka berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima perbezaan
dalam persamaan antara mereka.
KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, kegembiraan dan keceriaan. Kemesraan
wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan serta dalam hubungan tersebut terselitnya
nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan amalan lalu terciptanya persefahaman, toleransi
dan hormat-menghormati (Noriati A. Rashid et al., 2017a). Menurut beliau lagi, budaya pula
dtakrifkan sebagai suatu kelompok nilai amalan dan perlakuan yang diterima oleh sekelompok
masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga terbinanya
kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Jelaslah bahawa mesra budaya bererti perlakuan atau
amalan yang mendatangkan keselesaan dan keceriaan.
Berdasarkan Noriati A. Rashid et al., (2014 dalam Nurhijrah Zakaria, 2020),
persekitaran bilik darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizkal yang
dapat dilihat dengan pancaindera seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya.
Sebaliknya, persekitaran bilik darjah adalah turut mempunyai unsur-unsur emosi dan
hubungan kemanusiaan (Noriati A. Rashid et al., 2017b). Kedua-dua unsur ini amat signifikan
digabungjalinkan serta diserasikan untuk menzahirkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya.
2
LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Fizikal
Dalam membentuk persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, terdapat beberapa aspek
yang perlu ditekankan bagi menyempurnakan konsep bilik darjah yang persekitarnnya adalah
mesra budaya. Maka, salah satu aspeknya ialah fizikal. Guru perlu jelas bahawa bilik darjah
ialah satu ekologi yang mempunyai sistem yang tersendiri dan mempunyai hubungan dan
pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda bernyawa seperti guru dan murid
(Noriati A. Rashid et al., (2017a). Tambahan pula, setiap satu daripadanya saling
mempengaruhi dan saling bertindak. Oleh yang demikian, pengurusan persekitaran fizikal
akan mempengaruhi murid dan suasana pengajaran dan pembelajaran mereka. Bagi
mengekalkan maka seseorang guru perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara
seperti susunan kerusi dan meja murid. Susunan kerusi dan meja murid perlu dititikberatkan
untuk murid bercampur gaul dan belajar bersama-sama tanpa sebarang halangan dan rasa
kurang selesa dengan murid diberi peluang untuk berada dalam kumpulan yang berbeza-beza
pada satu-satu ketika bagi memberikan pluang mruid bercampur dengan rakan kelas yang
lain (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2015).
. Antara contoh-contoh susunan meja yang mengikut abad ke-21 adalah seperti The
Double Hoeseshoe, Modified Horseshoe, The Butterfly, Circles, Pairs dan lain-lain sepeti di
rajah 1. Marland (1975 dalam Hasfarina Abas, 2012) menyatakan persekitaran fizikal bilik
darjah yang kondusif sangat penting kerana akan menggalakkan pembelajaran yang
berkesan. Menerusi susunan tersebut, murid-murid akan berkolaborasi dan berinteraksi
antara satu dengan lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah (Syed Ismail Syed Mustapa et al., 2020). Perkara tersebut secara tidak langsung
mewujudkan persefahaman antara murid yang berlainan kaum tersebut menerusi aktiviti
perbincangan secara dalam kumpulan yang dilakukan. Murid juga akan belajar untuk
menerima dan menghayati perbezaan dalam kalangan mereka untuk menyelesaikan sesuatu
tugasan yang diberikan oleh guru menerusi aktiviti perbincangan dalam kumpulan bertepatan
dengan prinsip pembelajaran abad ke-21.
3
Rajah 1: Susunan meja dan kerusi abad ke-21
Emosi
Emosi merupakan satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang individu
yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi seandainya berlaku rangsangan terhadap
emosi dalam sesuatu keadaan. Albert Bandura (1977 dalam Abdul Adib Asnawi et al., 2021)
berpandangan bahawa kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku orang yang
berada di sekelilingnya sewaktu berinteraksi. Hal ini juga disokong oleh Vygotsky (1935 dalam
Wong Kiet Wah et al., 2016) di mana pembelajaran kanak-kanak terbina dengan berlakunya
proses konstruktivisme iaitu interaksi sosial. Beliau lebih memberi penekanan kepada
persekitaran kanak-kanak, terutamanya persekitaran sosial. Boleh disimpulkan bahawa,
pembelajaran murid terutamanya pembelajaran dan pemahaman mengenai budaya
dipengaruhi oleh interaksi sosial disekelilingnya (Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat,
2018). Jika murid memerhati budaya yang diamalkan sekelilingnya, maka murid akan lebih
memahami dan menerima dan kesannya akan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya. Oleh itu, guru harus menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka
mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada.
4
Sebagai contoh yang boleh diberikan untuk menguruskan emosi murid agar
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, maka guru boleh menjadi rol model
dan menggalakkan murid untuk memberi layanan sama adil dengan rakan sekelas di samping
guru berperanan untuk melayan semua murid secara sama rata (Abdul Adib Asnawi et al.,
2021). Hal ini kerana, setiap manusia mahu dilayan dengan adil dan baik. Namun,
ketidakadilan ini kerap berlaku secara tidak disedari oleh guru seperti pencapaian murid dalam
akademik ataupun kerana sifat murid yang kurang disenangi yang mungkin dipengaruhi oleh
latar belakang murid tersebut. Oleh itu, sekolah merupakan medium untuk guru menjadi
sebagai agen perubahan untuk memupuk perpaduan dan guru perlu bijak menggunakan
pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan murid yang pelbagai latar
belakang dan budaya.
Sosial
Pembentukan perpaduan dalam kalangan murid memerlukan hubungan dan interaksi antara
manusia yang sentiasa membina tingkah laku dan sikap agar saling menerima dan
menghargai (Nurhijrah Zakaria, 2020). Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak
belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat
sejagat dan budayanya (Wong Kiet Wah et al., 2016). Sewaktu kanak-kanak mengalami
perkembangan sosial, mereka cuba menguasai kemahiran berinteraksi dengan orang lain
maka pembentukan kendiri untuk mula menghargai semakin terbina.
Pada masa proses pembelajaran melalui pemerhatian, setiap tindakan positif
mendatangkan keinginan kepada setiap individu untuk melakukan perkara yang diterima oleh
orang sekeliling (Abdul Adib Asnawi et al., 2021). Oleh itu, berlakunya peniruan sikap dan
sikap yang dicontohi agar diterima sebagai perlakuan dan amalan yang dikehendaki orang
sekeliling. Sehubungan dengan itu, pendedahan dalam pengurusan sosial yang sesuai sangat
penting (Noriati A. Rashid et al., 2017a). Oleh itu, guru boleh memainkan peranan dalam bilik
darjah seperti meraikan sambutan hari jadi murid-murid bagi memupuk nilai-nilai murni seperti
menghargai kawan dan menjalinkan persahabatan yang mesra dalam kalangan murid dan
guru tidak mengira kaum dan latar belakang. Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti
pembelajaran yang mendedahkan murid kepada pembelajaran koperatif untuk memberi
sebuah pemahaman dan pengalaman kepada murid untuk memahami amalan dan menerima
orang lain agar disenangi oleh akli kumpulan dan saling bertolak ansur (Jaggil Apak &
Muhamad Suhaimi Taat, 2018).
5
Sosiolinguistik
Sosiolinguistik merupakan bidang yang menelaah ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut
mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan (Anniliza Mohd Isa et
al., 2021). Bidang ini juga dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti Tanah Melayu kini
mempunyai rakyat pelbagai kaum dan budaya. Setiap etnik mempunyai bahasa ibunda
masing-masing seperti kaum Cina dengan bahasa Mandarin, bahasa Tamil dengan kaum
India dan sebagainya. Kepelbagaian jenis sekolah juga turut mempengaruhi sosiolinguistik di
Malaysia kerana ia menggalakkan penggunaan bahasa yang berbeza dan menyebabkan
setiap kaum itu mempunyai pengamalan bahasa komunikasi yang berbeza dan mewujudkan
lagi jurang antara kaum (Hasfarina Abas, 2012).
Oleh yang demikian, guru sewajarnya menggunakan Bahasa Melayu sewaktu
mengajar di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan perkara 152 (Nurhijrah Zakaria,
2020). Guru juga perlu mengelakkan penggunaan slanga atau bahasa rojak mahupun dialek
bagi menggalakkan setiap murid itu bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sahaja antara
mereka dan guru (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2015). Kesannya, murid-murid
akan terus berinteraksi sesame mereka sewaktu pembelajaran serta sewaktu menjalankan
aktiviti kolaborasi. Secara tidak langsung, murid yang berbangsa Cina dan India juga dapat
meningkatkan kefasihan Bahasa Melayu mereka.
6
RUMUSAN
Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru dalam inisiatif untuk
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya pada abad ke-21. Bilik darjah yang mesra
budaya adalah penting untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memberi penekanan terhadap perpaduan sebagai salah satu
aspirasi sistem pendidikan negara (Anniliza Mohd Isa et al., 2021). Bilik darjah mesra budaya
dilihat sebagai medium yang efektif dalam menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) tersebut. Hal ini demikian kerana, bilik darjah mesra budaya
menggalakkan murid untuk mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam
kalangan murid yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza (Syed Ismail Syed Mustapa
et al., 2020). Perkara tersebut secara tidak langsung dapat menanamkan semangat
perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Oleh yang demikian, bilik darjah mesra
budaya seharusnya dipraktikkan oleh guru dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid.
7
BIBLIOGRAFI
Abdul Adib Asnawi, Fauziah Mohd Jani, Hazrena Paul & Siti Sabariah Jamaludin. (2021).
Perkembangan kognitif dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Dimuat turun pada https://www.researchgate.net/publication/349439970
_PERKEMBANGAN_KOGNITIF_DAN_IMPLIKASINYA_TERHADAP_PENGAJARAN
_DAN_PEMBELAJARAN Diakses pada 10 Mei 2022.
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). Impak
pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 1-
11.
Hasfarina Abas. (2012). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah. Tesis Ijazah
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap
pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities, 3(4), 6-22.
Noriati A. Rashid, Boon, P., Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017a).
Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P., Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017b). Murid dan
pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nurhijrah Zakaria. (2020). Pedagogi responsif budaya. Dimuat turun pada
https://www.researchgate.net/publication/339842393_Nurhijrah_et_al2017_-
_Pedagogi_Responsif_Budaya diakses pada 10 Mei 2022.
Syed Ismail Syed Mustapa, Chin, M., K., Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul Samad.
(2020). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd.
Wong, K., W., Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak
edisi kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompetensi kepelbagaian budaya dalam
kalangan guru pelbagai etnik di sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1-13.