The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rm.ramizahmuna, 2021-01-18 11:37:45

1. Catan Media Campuran pdf

1. Catan Media Campuran pdf

seni halus 2D 2021

SSEMS/cikgu ramizah

CATAN MEDIA CAMPURAN

Definisi,Konsep, Sejarah, Perkembangan di Malaysia, Bahan, Teknik, Media

definisi Menurut Kamus Dewan dan Pustaka,

CATAN- lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi
dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gam-
bar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak

MEDIA - alat atau perantara dlm komunikasi
atau dlm perhubungan

CAMPURAN- 1 sesuatu yg sudah bercampur.
2 benda-benda yg dicampurkan

KONSEP Catan Media Campuran

"Media campuran" cenderung merujuk kepada hasil
seni yang menggabungkan beberapa teknik seperti
kolaj, cat, dakwat, assemblaj dan sebagainya.
Secara ringkas, media campuran adalah gabungan
beberapa jenis medium dalam satu karya seni
visual

sejarah Dikenali pada awal abad ke-20, ketika aliran kubisme yang
dipelopori oleh Pablo Picasso yang menggunakan bahan selain cat
minyak, cat air atau akrilik yang biasa digunakan untuk karya 2D.
Beliau menggunakan potongan kertas/kolaj untuk menghasilkan cat-
annya yang bertajuk 'Three Musicians' antara tahun 1910 hingga
1912.
Catan media campuran banyak menggunakan teknik kolaj dan as-
semblaj. Ia dapat dilihat adanya pameran terbesar di Museum of
Modern Art, New York, Amerika Syarikat yang mempamerkan karya
assemblaj bertajuk 'The Art of Assemblage' (1961).

sejarah ....Sambungan

*Pada awal abad ke-20, artis masih lagi berpegang kepada pengertian tradisional seni
catan iaitu mereka masih lagi melukis figuratif, alam sekitar dan alam benda.

*Pertumbuhan pelbagai aliran (kubisme, surelisme dan pop art) ini membuatkan catan
traadisional semakin ditinggalkan.

*Gabungan jalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan media campu-
ran.

*Merupakan gabungan kolaj dan asemblaj sebagai teknik menghasilkan sebuah
karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik/lukisan berupa seni tampak.

Herry Matisse (artis)- menggunakan cat dan potongan kertas dalam menghasilkan
'Sorrows of The King' pada 1952. Tahun itu juga merupakan satu langkah pembaharu-
an dalam dunia catan dimana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan
dengan bahan lain. Kebanyakkan bahan media campuran adalah seperti; aluminium,
kayu, kaca, plastik, besi, bahan-bahan buangan dan sebagainya.

perkembangan Terdapat 3 faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan
di malaysia moden di Malaysia:
1) Perjanjian Inggeris
2) Penghijrahan bangsa dagang
3) Status pendidikan

Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada sekitar
1930-an menerusi karya-karya Abdullah Arif, Yong Mun Sen
dan lain-lain.

Gaya baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunk-
an kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan
kaedah catan gaya barat untuk mempersembahkan subjek
mereka sebelum ini.

perkembangan Media campuran ini dipelopori oleh ramai artis catan pada tahun
di malaysia 1990-an. Pengolahan catan media campuran yang mencipta sim-
bol-simbol baharu yang menghubungkan karya-karya seni moden
dengan budaya tempatan
.
Antaranya adalah Chong Kam Kow dan Din Omar yang memetik
motif-motif budaya pemakanan tempatan sebagai subjek kajian
masing-masing.
1990-an adalah titik permulaan catan 'mixed media' dimana ia
menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat
besar yang lebih gemar kepada pengolahan 'mixed media' dalam
karyanya.
Antara artis yang menggunakan media campuran adalah:
1) Zulkifli Yusof
2) Ahmad Syukri Mohamed
3) Tan Chin Kuan
4) Bayu Utomo Radijikan

bahan Bahan merupakan sesuatu objek yang dikenali sama ada dari
segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan pros-
esnya.
Bahan juga boleh dikategorikan :
1) Bahan pepejal (batu, limestone)
2) Bahan organik (kayu)
3) Bahan industri (besi, tembaga)
Jenis bahan:
i) kayu
ii) plastik
iii) kaca lutsinar
iv) perspek
v) aluminium
vi) bahan-bahan buangan

teknik Perlu tahu jenis dan teknik yang dikehendaki.
Kekuatan sesuatu bahan perlu diketahui oleh
pengkarya.

Teknik-teknik seperti:
**Kolaj
**Assemblage
**Combine painting
**Fibric
**Fumage
**Brulage
**Affiches laceres
**Froissage
**Frottage

TEKNIK KOLAJ

Permulaan seni bahan-bahan berbentuk kertas yang dihasilkan oleh Pablo Picasso.
(1906-1914) merupakan satu era seni dengan adanya karya-karya yang membezakan
pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi.

Picasso dan Braque membuat eksperimentasi yang dikenali sebagai 'analytic cubisme'
iaitu gagasan dari Cezanne.

Mereka memasukkan form tanpa mengubah bentuk asas sebagai rupa dan bentuk
sendiri.
Dimasukkan pula keratan akhbar, tiket dan pelbagai lagi kesan-kesan pada karya
mereka.
Selalunya, kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan seperti keratan akhbar, tiket dan
sebagainya.

Kadangkala, kewujudan mereka hanya melalui tanpakan mata dan mendatar.
Selalunya permukaan kolaj itu kebanyakkannya masih bersifat 2D.

TEKNIK ASEMBLAJ

Tidak seperti kolaj, ianya hanya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief.
Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan telah dimasukkan bersama menja-
disatu karya.Sebagai contoh, mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai
diambil, disimpan dan di compose kembali menjadi sebuah karya.

Berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal. Assemblage ini ialah turutan
kepada perkembangan kolaj yang telah dimajukan dalam seni dengan penambah-
an-penambahan dan penerokaan baru menjadikan sesuatu catan itu kepada relief.

Artis Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya berbentuk assem-
blage.

Sebagai contoh:
i) Akhbar
ii) Stamp
iii) Tali
iv) Kayu
v) Besi
vi) Plastik

TEKNIK COMBINE PAINTING

Seni ini diasaskan oleh 2 pelukis barat Robert Rauschenberg dan
Jasper Johns.
Lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan Dada.
Karya 'First Landing Jump'menggunakan tayar, kayu serta objek
lain.
Karya Jasper Johns dalam siri 'Target'nya, kebanyakan karyanya
mementingkan teknikal seperti casting.
Kesimpulannya, seni combine ini telah hadir setelah penerokaan
oleh golongan kubisme, dadaisme sehingga ke seni kontemporari

CAT AIR Pewarna dalam bentuk kiub dan tiub.
Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat
legap

media

CAT POSTER didapati dalam tiub atau botol.
Mengandungi pengilat larut air dan bersifat
legap.
Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan
campuran air.

media

CAT MINYAK menggunakan bahantara tupentine
Bahan pengilat, minyak linsid

media

PENSEL Sejenis alat tulis digunakan
untuk melukis

media

PEN jenis pen:
Pen mata bola
Pen mata golek
Pen dakwat
Pen mata felt
Pen agarwood

media

OIL PASTEL adalah kalis cahaya
dan kalis air.

media

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version