The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yan Sarip, 2022-05-17 09:38:07

KERTAS KERJA PUSAT KAUNSELING 01

KERTAS KERJA PUSAT KAUNSELING 01

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PUSAT PERHUBUNGAN INTERAKTIF PSIKOLOGI DAN
KAUNSELING

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon mendapatkan peruntukan kewangan daripada
pihak berkenaan bagi menubuhkan sebuah pusat perhubungan interaktif psikologi dan
kaunseling untuk kesejahteraan individu dan organisasi bagi menampung keperluan
perkhidmatan sokongan psikologi yang terhad.

2.0 LATAR BELAKANG

Masalah kesihatan mental dan penyakit mental semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Terkini, wabak Covid 19 memberi impak yang besar terhadap kesihatan mental masyarakat
Malaysia. Dewasa ini, peningkatan permintaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
meningkat namun penawaran perkhidmatan sokongan yang terdapat di pasaran adalah agak
terhad. Oleh itu, adalah penting perkhidmatan ini ditingkatkan sejajar dengan permintaan dan
peningkatan penyakit kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan yang
sewajarnya daripada pihak yang bertauliah.

3.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan program ini adalah untuk

I. Membina dan mengukuhkan potensi diri melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.
II. Meningkatkan kualiti diri dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku.
III. Memperkasakan kualiti kesihatan dan kesejahteraan mental individu, organisasi dan

khususnya masyarakat.

4.0 KOMPONEN PERKHIDMATAN

4.1 CADANGAN PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN LOKASI
Fizikal Pusat Kaunseling
Virtual Atas talian (online)
Mengikut keperluan
Program pembangunan kesejahteraan Mengikut keperluan
Kajian dan penyelidikan isu kesihatan mental

4.2 CADANGAN LOKASI

Wilayah Utara : Pulau Pinang
Wilayah Tengah : Kuala Lumpur

KUMPULAN SASARAN
• Rakyat Malaysia yang mempunyai morbiditi psikiatri /mental

5.0 KEAHLIAN : En Mohd Ridhwan bin Che Shariff
Ahli psikologi : Pn Khairun Nisa bt Ismail (Trainee)
Kaunselor

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

LOKASI: WILAYAH UTARA (PULAU PINANG)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Sewaan premis: PERBELANJAAN

RM 1500 x 12 bulan RM 18 000
2. Utiliti
RM 2400 RM 6000
Bil TNB RM 200 x 12 bulan RM 1200
Bil PBA RM 100 x 12 bulan RM 2400
Internet RM 200 x 12 bulan
3. Pengurusan dan pentadbiran RM 2000 x 2 orang

RM 4000 x 12 bulan x 12 bulan RM 48 000

4. Pengiklanan dan percetakan RM 12 000 RM 12 000
RM 84,000
RM 1000 x 12 bulan
JUMLAH

LOKASI: WILAYAH TENGAH (KUALA LUMPUR)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. Sewaan premis:
PERBELANJAAN

RM 2000 x 12 bulan RM 24 000
2. Utiliti

Bil TNB RM 200 x 12 bulan RM 2400 RM 6000
Bil PBA RM 100 x 12 bulan RM 1200
Internet RM 200 x 12 bulan RM 2400

3. Pengurusan dan pentadbiran RM 2000 x 2 orang

RM 4000 x 12 bulan x 12 bulan RM 48 000

4. Pengiklanan dan percetakan RM 12 000 RM 12 000
RM 90,000
RM 1000 x 12 bulan
JUMLAH

6.1 SUMBER KEWANGAN

I. Peruntukan sendiri: TIADA
II. Sumbangan Kewangan daripada sumber lain

(Nyatakan Agensi dan jumlah peruntukan: TIADA
III. Kutipan Bayaran daripada peserta (Jika Ada): TIADA
IV. Peruntukan Kewangan yang dipohon:

RM 174,000

7.0 FAEDAH

I. Mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental sedia ada
II. Meningkatkan kesejahteraan psikologi dan mental individu dan masyarakat
III. Meningkatkan motivasi kendiri individu bersasar
IV. Memberi sokongan emosi dan psikologi dan penyelesaian konflik

8.0 PENUTUP

Cadangan ini merupakan satu usaha untuk memastikan perlaksanaan program ini dapat
dijalankan dengan teratur dan berjaya, sekiranya ia diluluskan. Dalam hal ini, diharapkan
objektif program ini dapat dicapai dan mendapat kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh:

Puan Khairun Nisa Ismail Encik Mohd Ridhwan bin Che Shariff
Kaunselor (Trainee) ( Psikologi)
Tarikh 10 Mac 2022


Click to View FlipBook Version