MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN PN. KHAIRANI BINTI KAHARUDDIN
Isi Kandungan 1.OBJEKTIF 2.PENGENALAN 3.ISI HURAIAN 4.FAKTOR-FAKTOR CABARAN 5.KESAN-KESAN CABARAN 6.CARA MENGATASI CABARAN 7.RUMUSAN 8.RUJUKAN 9.CARTA GANTT
Memupuk semangat persaingan yang tinggi untuk memperolehi kejayaan yang baik. Mampu menaik taraf hidup setiap individu di Malaysia yang berpendidikan Menjamin masa depan generasi muda yang cerah. Membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya terutamanya dalam aspek pendidikan
Pada era globalisasi yang serba canggih kini, masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial untuk berhubung, menjalankan perniagaan, dan menuntut ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk masyarakat. Media sosial boleh memberi kesan yang baik atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut. Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan berlaku sesama kaum. Selain itu, Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang mudah didapati di media sosial tidak sesuai untuk diketahui oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah sosial seperti pergaulan bebas dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat secara rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. PENGARUH MEDIA SOSIAL
Kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita. Walaupun kerajaan telah mengambil insiatif dalam membendung perkara ini namun ia masih membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi masalah kepada jurang pendidikan di mana kebanyakan tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki kesekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Kelengkapan sekolah juga mereka dalam serba kekurangan dan menyebabkan mereka belajar dalam keadaan yang kurang kondusif dan akan meberi kesan kepada pembelajaran mereka. Jadi jurang pendidikan akan terus menjadi serius. Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan. MASALAH KEMISKINAN
Isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia, Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan, yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak, isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini. MENANGANI ISU SOSIAL
Penggunaan media sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran. KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
Rakan sebaya boleh memberi pengaruh yang positif antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajarpelajar yang baik akan terlibat dalam aktivitiaktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya. PENGARUH POSITIF DAN NEGATIF RAKAN SEBAYA
Pelajar daripada golongan miskin berisiko tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kesempitan wang menyebabkan ramai tidak mampu meneruskan cita-cita untuk ke menara gading. Kebanyakkannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian ke universiti malah memilih untuk bekerja membantu keluarga. Mereka terpaksa melupakan segulung ijazah demi membantu keluarga menampung kehidupan. Berbeza dengan pelajar daripada golongan kaya, mereka mampu meneruskan pelajaran tanpa perlu risau beban kewangan yang terpaksa ditanggung keluarga. Segelintir pelajar daripada golongan miskin pula terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Mereka berfikir bahawa kos pendidikan akan membebankan keluarga. Mereka memilih untuk bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. Meskipun tidak mempunyai kelulusan tinggi namun wang adalah yang utama bagi meneruskan kehidupan. KEKURANGAN PENDIDIKAN
Pihak sekolah bolehlah melaksanakan sistem pembelajaran yang lebih moden dan ideal selaras dengan perkembangan semasa.Penggunaan peralatan pembelajaran moden dapat meningkatkan kualiti serta kredibiliti seorang guru kepada murid- murid seperti penggunaan projector, smart tv dan komputer dalam kelas. Murid-murid akan lebih berminat untuk menimba ilmu serta memberi perhatian semasa guru mengajar dalam kelas yang serba lengkap. Penerangan guru semasa sesi pengajaran lebih jelas dan mudah difahami. Sistem pembelajaran berupaya untuk menghidari murid menjadi bosan serta mengantuk dan tidak fokus. Selain itu, kewujudan aplikasi dan laman web internet seperti kahoot dan quizzs juga sangat membantu proses pembelajaran. Kesannya pencapaian akademik anak-anak dalam kelas akan melonjak dalam semua matapelajaran jika kerajaan memandang serius penggunaan sistem sekolah yang moden. TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL
Pihak sekolah bolehlah melaksanakan sistem pembelajaran yang lebih moden dan ideal selaras dengan perkembangan semasa.Penggunaan peralatan pembelajaran moden dapat meningkatkan kualiti serta kredibiliti seorang guru kepada murid- murid seperti penggunaan projector, smart tv dan komputer dalam kelas. Murid-murid akan lebih berminat untuk menimba ilmu serta memberi perhatian semasa guru mengajar dalam kelas yang serba lengkap. Penerangan guru semasa sesi pengajaran lebih jelas dan mudah difahami. Sistem pembelajaran berupaya untuk menghidari murid menjadi bosan serta mengantuk dan tidak fokus. Selain itu, kewujudan aplikasi dan laman web internet seperti kahoot dan quizzs juga sangat membantu proses pembelajaran. Kesannya pencapaian akademik anak-anak dalam kelas akan melonjak dalam semua matapelajaran jika kerajaan memandang serius penggunaan sistem sekolah yang moden. MELAKSANAKAN SISTEM PEMBELAJARAN YANG LEBIH MODEN DAN IDEAL
Adalah penting bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang baik untuk menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat ibu bapa serta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk maju dalam kehidupan. Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual adalah seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan. Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan mengurangkan tumpuan kepada pelajaran. BIJAK MEMILIH RAKAN & ELAKKAN BERPASANGAN
ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anakanak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam menangani gejala sosial, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi gejala sosial. Anggota masyarakat perlu menunjukkan contoh yang baik, khususnya kepada golongan muda, seperti tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di hadapa golongan muda. Jika terdapat golongan muda yang melakukan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas, masyarakat setempat hendaklah menegur sikap negatif tersebut. TELADAN YANG BAIK
Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa stransformasi sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era yang sangat dirasai gelombangnya. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi penunjuk asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotisme dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Semoga segala cabaran yang dihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi. RUMUSAN