Mesyuarat Agung Tahunan
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT]
Cawangan mrsm pasir tumboh
____________________________________
Kali Ke-20, 2021 (31 Julai 2021)
Perasmi
YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD
PRESIDEN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT]
SESI 2019-2021
Tarikh
(31 Julai 2021)
Tempat
mrsm pasir tumboh
1
KATA ALU ALUAN
PRESIDEN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA [MUAFAKAT]
SESI 2019-2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka kita
berkumpul pada Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA
Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Kali Ke-20/2021.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua di atas
kesudian dan sokongan tuan dan puan meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT pada kali ini yang
dibuat secara maya atau fizikal. MUAFAKAT menjadi persada untuk kita
mencurahkan khidmat dan bakti dalam perjuangan melahirkan anak bangsa
yang terbilang. Di atas itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
ibu bapa dan waris serta guru yang sanggup meluangkan masa,
menyumbangkan harta dan menggembeleng tenaga untuk kita sama-sama
mengejar cita-cita murni penubuhan MUAFAKAT.
Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT merupakan agenda penting
yang diadakan setiap tahun. Penglibatan MUAFAKAT amat perlu bagi
memaju dan meningkatkan prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional
MARA . Ini dilaksanakan melalui permuafakatan, perancangan yang teliti dan
kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru/pensyarah. Sering diingatkan
bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita ahli MUAFAKAT untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang,
mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang
berkaitan dengan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak kita. Hubungan
dan kerjasama antara pengurusan maktab dan kolej, ibu bapa dan komuniti
akan mewujudkan permuafakatan yang saling erat dan memerlukan, ibarat
aur dengan tebing.
2
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung
Tahunan MUAFAKAT Kali Ke-20 ini. Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan
mendalami mafhum surah Al-Kahfi ayat 10, yang bermaksud, “Wahai Tuhan
kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami”.
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kekuatan dan petunjuk
dalam setiap langkah perjuangan kita ini. Dalam tasbih, tahmid dan takbir,
saya berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dilindungi dan
dirahmati oleh Allah SWT.
Sekian terima kasih.
YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD
PRESIDEN
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
SESI 2019-2021
3
KATA ALU-ALUAN
PERASMI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan segala
puji-pujian ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-
sama berkumpul pada pagi ini Sempena Mesyuarat Agung Tahunan
Muafakat Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali ke-20/2021.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pihak pengurusan maktab khususnya Tuan Pengetua dan Badan Muafakat
cawangan MRSM Pasir Tumboh Khasnya tuan YDP kerana sudi memberikan penghargaan
dan kepercayaan kepada saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat pada
kali ini. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh warga kerja MRSM Pasir Tumboh
dan Badan Muafakat cawangan MRSM Pasir Tumboh kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat
ini dengan jayanya.
Kita sedia maklum, Muafakat merupakan persada untuk guru-guru dan ibu bapa
mencurahkan bakti dan bertukar-tukar idea dalam perjuangan melahirkan anak bangsa yang
terbilang. Pandangan, sumbangan dan sokongan padu daripada para ibu bapa, tentunya
memudahkan guru-guru untuk mendidik anak bangsa tercinta. Namun, saya sangat yakin
bahawa guru-guru di MRSM ini, mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran yang tinggi
untuk menjadikan pelajar MRSM ini cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
menjayakan Mesyuarat ini. Semoga komitmen dan sokongan para guru dan ibu bapa akan
menjadi pendorong kepada warga pelajar MRSM Pasir Tumboh untuk lebih bersemangat
menunaikan amanah sebagai pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang di persada sarwajagat.
Sekian, Terima Kasih.
YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD
PRESIDEN
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
SESI 2019-2021
4
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi
bertemu Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat
Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali 20/2021. Saya juga ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK MUAFAKAT yang telah sama-sama
bekerja dan berusaha membantu pihak Maktab dalam pelbagai
program.
Saya mewakili semua AJK MUAFAKAT akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak Maktab bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam
pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan aktiviti-
aktiviti yang ada di Maktab ini.
Pihak MUAFAKAT telah cuba untuk menjalankan tugas dan amanah dengan cara yang
terbaik. Dalam segala tindakan, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-
anak kita di sekolah ini. Sumbangan daripada tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-
baiknya bagi menjayakan Program Maktab yang bertujuan meningkatkan pencapaian
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar untuk membentuk dan mendidik generasi
terbilang.
Oleh itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material
kepada pihak Maktab dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dah
bersahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap
saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu
kunci kepada kejayaan tersebut.
Akhir kalam, saya mendoakan kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dan mendapat
rahmat daripadanya.
Sekian, Assalamualaikum wbkth”
SANSUBARI BIN CHE MUD
YDP BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH
5
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA MRSM PASIR TUMBOH
Bismillahirrahmaniraahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum
keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Awal bicara, saya mengucapkan tahniah kepada seluruh
jawatankuasa kerana dapat menjayakan Mesyuarat Agung
Tahunan Muafakat Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali
20/2021 dengan jayanya. Dikesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan para
penjaga yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung kali Ke-
20 ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada AJK Badan Muafakat khususnya dan ahli-ahli
Muafakat amnya yang banyak memberikan kerjasama yang erat serta komitmen yang tinggi
dalam menjayakan program-program Maktab sama ada yang berbentuk akademik mahupun
bukan akademik.
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Muafakat MRSM Pasir
Tumboh tidak terlepas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak
langkah membantu pihak Maktab dari semua aspek, khasnya kemajuan dan kecemerlangan
pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang diharapkan daripada anak-anak pelajar kita.
Oleh itu, saya bagi pihak warga maktab merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi kerjasama yang erat dalam melaksanakan pelbagai program
maktab. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan kerjasama semua pihak secara berterusan,
maka anak-anak didik maktab ini dapat terbina menjadi insan yang terbilang.
Akhir kata, saya mendoakan semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam
menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan
cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.
Sekian, terima kasih.
ZAKPAR BIN MAHPUT
PENGETUA
MRSM PASIR TUMBOH
6
AGENDA MESYUARAT
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Pasir Tumboh
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
(MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali ke 19, 2020
3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti oleh Setiausaha
4. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari
5. Pembentangan dan Penerimaan Usul
6. Pengisytiharan Pembubaran AJK 2019/2021
7. Pelantikan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
8. Pemilihan dan Pelantikan AJK Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
(MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh sesi 2021/2023 (Ibu Bapa)
9. Pelantikan Juruaudit dan AJK Guru MRSM Pasir Tumboh sesi 2021/2023
10. Pemilihan 2 Orang Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan
11. Hal-hal Lain
12. Ucapan Penangguhan
13. Bersurai
AJK BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH SESI 2019/2021
(Penasihat dan AJK Guru)
En. Zakpar bin Mahput: Pengetua MRSM Pasir Tumboh
En. Abd Manaf b. Abdullah: Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar
Dr. Wan Suhaila bt Wan Yaacob: Timbalan Pengetua (Kecemerlangan Akademik)
En. Mohd Nasri bin Mohd Nasfi: Timbalan Pengetua (Pembangunan Bakat)
Pn.Hishamunizan bt Che Leh: AJK/Penyelaras Mesyuarat Agung 2021 (Guru)
Pn.Norizan bt Yaso: Setiausaha
Pn.Mareena bt Mohomed: Penolong Setiausaha
Pn Sharmilia Nadia bt Nordin: Bendahari
En. Hairul Hisam b. Mohamed Suhaimi: AJK
En. Mohd Rizduan b. Ibrahim: AJK
Pn.Nik Mahani bt Nik Mat: AJK
7
(YDP DAN AJK IBU BAPA)
En. Sansubari Bin Che Mud: YDP
En. Nik Mohd Hasli Bin Nik Soh: NYDP/ Penyelaras Mesyuarat Agung 2021
Dato' Hj.Ab.Aziz Abdullah: AJK
En. Zulfakar Bin Che Omar: AJK
Pn. Wan Zarina Bt Wan Mahmud: AJK
En. Mohamed Zainuddin Bin Yusoff: AJK
En.Mohd Suhaidi Bin Che Omar: AJK
Muhammad Khairul Nizam bin Mohd Khalid: WAKIL ANSARA
Juruaudit 1: Pn.Aini Fathillah Bt. Hassan
Juruaudit 2: Pn.Siti Nur Farizah Bt. Mohd Nor
8
SURAT PANGGILAN MESYUARAT
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN Hubungi kami :019-9597745
MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) Tuan YDP :09-7651866
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH T: Pej. Am
DESA DARULNAIM Terus :09-7654615
16150 PASIR TUMBOH Faks : 09-7654132
Tarikh :12 JULAI 2021
____________________________________________________________________________________________________
Kepada:
Ibu Bapa/ Penjaga
Pelajar-pelajar MRSM Pasir Tumboh
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN PEMUAFAKATAN
PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH
KALI KE-20/2021
Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA
Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh, Kelantan telah bersetuju
untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan
MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali Ke-20/2021.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut
sebagaimana butiran berikut :-
Tarikh: 31 Julai 2021(Sabtu)
Masa: 10.30 Pagi
Platform:
“Virtual’(Teams-Link akan dimaklumkan dalam Group
MAT Muafakat)
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Pasir Tumboh
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan
Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh
Kali ke 19, 2020
3. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti oleh Setiausaha
4. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Penyata Kewangan oleh Bendahari
5. Pembentangan dan Penerimaan Usul
6. Pengisytiharan Pembubaran AJK 2019/2021
7. Pelantikan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
9
8. Pemilihan dan Pelantikan AJK Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan
MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh sesi
2021/2023 (Ibu Bapa)
9. Pelantikan Juruaudit dan AJK Guru MRSM Pasir Tumboh sesi 2021/2023
10.Pemilihan 2 Orang Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan
11.Hal-hal Lain
12.Ucapan Penangguhan
13. Bersurai
3. Memandangkan negara kita masih dalam tempoh Pandemik COVID-19
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia
(MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali Ke-20/2021 akan dilaksanakan
secara ‘Virtual’ iaitu melalui platform (Teams-Link akan dimaklumkan dalam Group
Kehadiran MUAFAKAT).
4. Ibu bapa yang ingin memberi sumbangan kepada Tabung Badan
Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir
Tumboh bolehlah berbuat demikian melalui akaun BADAN MUAFAKAT MRSM PASIR
TUMBOH (No akaun 03111010163339) Ref: Mesyuarat Agung Badan Pemuafakatan
Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh Kali Ke-
20/2021
5. Bersama-sama surat ini juga dilampirkan atur cara Majlis Perasmian dan
Agenda Mesyuarat Agung untuk tindakan tuan/puan.
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA
Saya yang menjalankan amanah,
NORIZAN BINTI YASO’
Setiausaha
Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
b/p:
YDP Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
10
Atur Cara Majlis Perasmian
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH
____________________________________
Kali Ke-20, 2021 (31 Julai 2021)
Atur Cara Majlis Perasmian
10.30 pagi Pendaftaran guru/Ibu Bapa/Penjaga (Online)
10.45 pagi Pendaftaran tetamu jemputan (Online)
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengetua MRSM Pasir Tumboh
Ucapan YDP Muafakat MRSM Pasir Tumboh
Ucapan Perasmian
11.30 pg Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT
1.00 tgh hari Majlis Bersurai
11
CADANGAN & USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BA
(MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM
BIL NAMA USUL/CADANGAN
1. PENCADANG
Hazman Bin Mohd Rosmi Sekolah dibuka segera
2.
Sebagai ibu tunggal yang bek
Suhaina Binti Muhamad PdPR juga diadakan pada wa
3. keluarga dapat sama-sama mem
pada waktu siang.
Sharifah Maizura Binti Tuan
Mat Penambahbaikan kemudahan d
4.
Rahayu Binti Ab Rahim Mohon wujudkan whatsapp g
5. ting.4
Norhaidah Binti Aris Mohon pihak sekolah senarai
anak-anak untuk biasiswa (PN
tidak munasabah
1
ADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA
PASIR TUMBOH KALI KE-20, 2021
MAKLUM BALAS
kerja, saya mencadangkan jadual -Perkara ini tertakluk kepada keputusan
aktu malam kerana saya dan ahli daripada pihak BPM
mantau pelajaran yang ketinggalan -Sebenarnya pada waktu malam telah
dimanfaatkan oleh guru-guru subjek
untuk mengadakan kelas intervensi
bersama pelajar dalam pelbagai bentu
program. Contohnya mentor-mentee
di asrama -Pihak maktab akan sentiasa membuat
group untuk ibu bapa bagi pelajar penambahbaikan di asrama untuk
kemudahan dan keselesaan pelajar
-Kumpulan wasap group setiap
tingkatan telah diwujudkan dan
dikendalikan oleh seorang wakil ibu
bapa daripada AJK Muafakat
ikan resit pembelian dan bayaran -Untuk pembelian seterusnya, resit
NB) kerana kadang-kadang harga akan diserahkan kepada pelajar untuk
ditunjukkan kepada penjaga
12
6. Menambah meja dan kerusi di
maktab
Saemah Binti Awang
7.
Sulaiman Bin Mis Kader Mengekalkan pengerusi dan se
Sultan
1. Merakamkan penghargaan k
atas perlaksanaan polisi meng
yuran tahunan utk penganjuran
2. Merakamkan penghargaan k
atas sumbangan gan bantuan C
sumbangan Tabung Ihya Rama
8. Sansubari bin Che Mud 3. Mengesyorkan supaya Presi
dikekalkan utk sesi 2021-2023
1.Sediakan mesin basuh berbay
Masriaty Binti Mansur / Mohd
9. Salleh Bin Johari
1
kawasan melawat di dalam -Pihak maktab akan sentiasa membuat
emua AJK sesi 2019/2021 penambahbaikan prasarana di dalam
maktab, untuk kemudahan dan
keselesaan pelajar dan ibu bapa
terutamanya ketika melawat anak.
-AJK sesi 2019/2021 tidak dapat
dikekalkan kerana terdapat beberapa
kekangan seperti AJK menarik diri
kerana sudah ketiadaan anak yang
belajar dia MRSM Pasir Tumboh
kepada J/Kuasa Muafakat Pusat -Akan dibawa ke Mesyuarat Agung
gembalikan 70% daripada jumlah Tahunan Peringkat Kebangsaan
n aktiviti Muafakat MRSMPT.
kepada Muafakat Kebangsaan -Akan dibawa ke Mesyuarat Agung
Covid-19 kepada MRSMPT dan Tahunan Peringkat Kebangsaan
adhan MRSMPT.
-Akan dibawa ke Mesyuarat Agung
iden Muafakat Kebangsaan Tahunan Peringkat Kebangsaan
3
-Pihak Pengurusan maktab masih
yar di asrama lelaki. dalam rundingan dengan pihak
pembekal. Antaranya kebolehsediaan
dari segi
i. Mesin Basuh
i. Sumber air
ii. Saluran air buang
13
2. Waktu operasi koperasi dila
waktu pandemik
1.Saya ingin mengetahui presta
ini.
2.Mohon cadangan (jika perlu)
utk ibu bapa belikan kepada pe
subjek yang kritikal.
10. Noriza Bt Abd Ghani
11. Wan Siti Nor bt Nawi 1.Mohon cakna dan selidik gol
mungkin tidak mampu untuk m
mereka tetapi anak-anak golon
untuk mengubah nasib mereka
tindakan yang sewajarnya.
1
anjutkan sehingga jam 6:30 pada -Perkara ini akan dibincangkan dengan
asi calon-calon SPM 2021 setakat Ahli Lembaga Koperasi dan
bergantung kepada kesesuaian waktu
kerja pekerja koperasi.
-Waktu kerja semasa adalah antara
jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang
- Prestasi calon-calon SPM 2021 akan
dibentangkan oleh Puan Timbalan
Pengetua (TPKA) semasa sesi
penerimaan usul dalam mesyuarat
Tahunan Muafakat cawangan MRSM
Pasir Tumboh.
) buku-buku rujukan atau latihan -Perkara ini telah dimaklumkan kepada
elajar terutamanya bagi subjek- pelajar oleh guru-guru subjek
Langkah-langkah untuk membantu
pelajar B40 yang mempunyai masalah
terutama pelajar yang tidak mampu
membayar yuran
pengajian/mempunyai masalah
kewangan:
longan B40 kerana golongan ini 1.Pihak Unit Bimbingan dan
membayar yuran pengajian Kaunseling (UBK) bersama-sama
ngan ini mahu belajar di sini pihak pengurusan bantuan kewangan
a.Harap pihak maktab ambil telah membuat semakan semula
14
1
maklumat diri pelajar bagi tahun 2021
bagi mengelakkan pelajar B40 tercicir
daripada mendapat bantuan kewangan
dan duit saku.
2. Ibu bapa yang terkesan akibat
diberhentikan kerja semasa pendemik
covid juga boleh mengemukakan
maklumat terkini pelajar bagi tujuan
kemas kini pendapatan dari semasa ke
semasa.
3. Pihak UBK dengan kerjasama guru-
guru dan pihak pengurusan maktab
juga turut menyumbang dalam
membantu kewangan bagi pelajar2 B40
ni.
Bantuan Terkini kepada pelajar ialah:
- sumbangan bagi yuran program YTP
bagi seorang pelajar B40 yang akan
mendaftar hari isnin ini sebanyak
rm650.00 iaitu pelajar Mohd Firdaus
Zulkifli
- menguruskan sumbangan “one off”
bantuan Yayasan Telekom Malaysia
15
1
sebanyak RM500 seorang kepada
seramai 20 orang pelajar B40 yang
terpilih. Sedang dalam proses agihan.
InshaAllah pelajar-pelajar B40 akan
sentiasa dibantu oleh pihak MRSM PT
dengan kerjasama guru-guru dan ibu
bapa.
16
LAPORAN AKADEMIK M
PRESTASI AKADEMIK PELAJAR MRSM
SASARAN MAKTAB PENCAPAIAN PENCAPAIAN
TINGKATAN 2 TINGKATAN 3
100% pelajar 98.8% 100%
mencapai PNG >2.75
40% pelajar 70.6% 86.9%
mencapai PNG >3.50
GPM PT3 <1.50 2.4632 2.4040
GPM SPM <2.50
1
MRSM PASIR TUMBOH
M PASIR TUMBOH (SEMESTER 1 2021)
PENCAPAIAN PENCAPAIAN PENCAPAIAN SPM 2020
TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
96.5% 98.6%
58.2% 57.7%
4.7629 4.7183 2.5808
100% A:
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Seni Visual
17
PROGRAM GEMILANG TINGKATAN 5, 2020
BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT
Majlis Pelancaran Gemilang Tingkatan 1 hingga 5 yang 22/1/2020 Dewan Sri Mutiara
MRSM PT
1
dirasmikan oleh Ybhg. Dr Arimin b. Mat 1/2/2020 PSP MRSM PT
Teknik Menjawab Kertas Pendidikan Islam oleh Ust Hairul
3/2/2020 Bilik Mesyuarat MRSM
2 PT
Hisam bin Mohamed Suhaimi
10/2/2020 PSP MRSM PT
3 Mesyuarat Jawatankuasa Gemilang kali pertama
Slot Motivasi Bersama Iqmal baihaqi dan Muhamad Hazim 29/2/2020 Moara Camp
4 12 - PSP MRSM PT
(Bekas Pelajar MRSM PT SPM 2016) 14/3/2020
5 Bengkel PhysicsoTeraphy oleh Cg Ajwad Ghazali Bilik Mesyuarat MRSM
6 Kem Akademik Bulan Mac 29/6/2020 PT
7 Mesyuarat Jawatankuasa Gemilang kali kedua Bilik Mesyuarat MRSM
8 Mesyuarat Jawatankuasa Gemilang kali ketiga 7/9/2020 PT
9 Majlis Perasmian Program "Love & Care" SPM 2020
9/9/2020 PSP MRSM PT
10 Kem Akademik Bulan Oktober
11 Majlis Solat Hajat & Minum Petang (Love & Care SPM 2020) 14 -
12 Sunrise & Sunset class PSP MRSM PT
13 1 jam Personal coaching setiap subjek pada waktu petang
14 Mentoring subjek 17/10/2020
15 Kelas webinar bersama Guru Cemerlang MRSM
18/10/2020 Surau MRSM PT
Ahad - Khamis Kelas
Ahad - Khamis Kelas
Jumaat MRSM PT
Jan - Feb 2021 MRSM PT
18
LAPORAN AKTIVITI BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA
(MUAFAKAT) CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH SEPANJANG TAHUN 2020
BIL AKTIVITI
1. Program Motivasi Cinta dan Harapan bersama pelajar Tingkatan 5 (21 Oktober 2020)
2. Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Pasir Tumboh kali ke-19, 2020
pada 11 Oktober 2020
3. Program Motivasi oleh Wakil Ibu bapa pada 10 Oktober 2020
4. Program Hari Kerjaya 2020 pada 1 Mac 2020
5. Sumbangan Kasih Ramadhan kepada pelajar
6. Pembelian “Thermometer Forehead”
7. Pembelian data internet kepada pelajar
8. Pembelian telefon pintar untuk kegunaan pembelajaran atas talian semasa Fasa Perintah
Kawalan Pergerakan 1.0
9. Pembelian pelitup muka untuk kegunaan pelajar
10. Ziarah kematian (ibu pelajar /bapa pelajar ) ke rumah pelajar oleh wakil MUAFAKAT
Muhammad Hazim Kamaruddin, Tingkatan 2C
Muhamad Mukhriz Mohd Khabali, Tingkatan 2B
Sarah Aini Mat Afandi, Tingkatan 4B
Zulfakar, Tingkatan 2B
19
LAPORAN KEWANGAN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH
AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 2020
BUTIRAN NOTA RM BUTIRAN NOTA RM
Baki awal 8,989.54
PENERIMAAN PEMBAYARAN
Yuran Masuk
480.00 Cenderamata perpindahan dan 400.00
Yuran Pelajar persaraan guru
2 4,046.80
Kutipan sumbangan 14,440.00 Sumbangan Aktiviti Maktab
Faedah atas 3 13,935.00
simpanan 1 9,149.00 Sumbangan Kebajikan Pelajar /
Kemudahan Maktab 4 1,510.00
8.34 Sumbangan Wang Saku Pelajar 5 1,200.00
Khairat Kematian Ayah/Ibu 6 3,878.00
Pelajar 1,945.00
7.50
Perbelanjaan Program 11.00
MUAFAKAT
Yuran MUAFAKAT
Kebangsaan
Buku cek
Caj bank
Baki akhir 6,133.58
33,066.88 33,066.88
NOTA 1
Kutipan Sumbangan: RM
Sumbangan ibu bapa 1,214.00
Sumbangan MUAFAKAT Kebangsaan 2,550.00
Kutipan sumbangan kasih ramadhan 5,385.00
9,149.00
JUMLAH
20
NOTA 2 RM
Sumbangan Aktiviti Maktab: 2546.80
Sumbangan Hadiah Anugerah Kecemerlangan 1000.00
Sumbangan Majlis Persaraan Pengetua 500.00
Sumbangan buku perancangan strategik MRSMPT 4,046.80
JUMLAH RM
4860.00
NOTA 3 4650.00
Sumbangan Kebajikan Pelajar /Kemudahan Maktab : 500.00
Sumbangan Kipas Syiling di kelas 800.00
Sumbangan Kasih Ramadhan kepada pelajar
Thermometer Forehead 2625.00
Pembelian data internet kepada pelajar 500.00
Pembelian telefon pintar untuk kegunaan pembelajaran atas talian semasa 13,935.00
fasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0
Pembelian pelitup muka untuk kegunaan pelajar RM
240.00
JUMLAH 280.00
360.00
NOTA 4 525.00
Sumbangan Wang saku pelajar: 105.00
Kejohanan Bola Tampar MSSD Kota Bharu Selatan 1,510.00
Karnival Ragbi Kebangsaan
Kejohanan Silat dan Taekwando MRSM Se-Malaysia RM
Minggu dan Kuiz Bahasa MRSM Zon Timur 300.00
Minggu dan Kuiz Bahasa MRSM Kebangsaan 300.00
300.00
JUMLAH 300.00
1,200.00
NOTA 5
Khairat Kematian Ayah/Ibu Pelajar: RM
Muhammad Hazim Kamaruddin, Tingkatan 2C 1289.00
Muhamad Mukhriz Mohd Khabali, Tingkatan 2B 1562.00
Sarah Aini Mat Afandi, Tingkatan 4B 1027.00
Zulfakar, Tingkatan 2B 3,878.00
JUMLAH
NOTA 6
Perbelanjaan Program MUAFAKAT:
Program Motivasi bersama pelajar
Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan kali ke-19
Hari Kerjaya
JUMLAH
21
Disediakan oleh:
SHARMILIA NADIA BT NORDIN
Bendahari Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh Bertarikh : 20hb. Januari 2021
Disemak oleh :
Juruaudit 1:
Pn.Aini Fathillah Bt. Hassan
Disemak oleh :
Juruaudit 2:
Pn.Siti Nur Farizah Bt. Mohd Nor
Disahkan oleh :
YDP Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
22
PENGHARGAAN
Sekalung Tahniah Dan Setinggi–Tinggi
Penghargaan Kepada Semua Pihak Yang Telah
Terlibat Sama Ada Secara Langsung Atau Tidak
Langsung Dalam Menjayakan Majlis Mesyuarat
Agung Tahunan Muafakat Cawangan MRSM Pasir
Tumboh 2021.
Semoga Komitmen Dan Sokongan Yang
Dicurahkan Akan Mendapat Ganjaran Dan
Keberkatan Daripada Yang Maha Esa.
Sekian, Terima Kasih.
23
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA MALAYSIA (MUAFAKAT)
CAWANGAN MRSM PASIR TUMBOH KALI KE-19, 2020
Tarikh : 11 Oktober 2020
Tempat : Virtual (Platform Zoom)
Masa : 10.30 pagi
Pengerusi : En. Sansubari Bin Che Mud
Perasmian oleh : Ybhg. Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad
Kehadiran : 140 orang
Agenda :
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
Yang Dipertua MUAFAKAT (YDP) selaku Pengerusi Mesyuarat menyampaikan ucapan alu-
aluan dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan AJK MUAFAKAT dalam mesyuarat pada
kali ini.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
En. Hairul Hisam b.M.Hisam mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Dr. Rahman Bin Ibrahim
3.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN AKTIVITI
Setiausaha MUAFAKAT (Pn Norizan bt Yaso) membentangkan laporan aktiviti MUAFAKAT
MRSM Pasir Tumboh sebagaimana tercatat pada m/s19-21 (buku program Mesyuarat Agung
Tahunan MUAFAKAT 2020)
4.0 PEMBENTANGAN / PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN
Pn Sharmilia Nadia bt Nordin (Bendahari MUAFAKAT) membentangkan penyata kewangan
sebagaimana yang tercatat di muka surat 22-24 (Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan
MUAFAKAT 2020). En. Rasyik mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong
oleh En.Zulkifli.
24
5.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN USUL
5.1 YDP MUAFAKAT membentangkan usul bertulis yang diterima daripada ibu bapa:
BIL NAMA USUL/CADANGAN MAKLUM BALAS
PENCADANG
Saya Normawati Binti Mamat Usul ini melibatkan dasar
1. Pencadang: mencadangkan usul berkaitan yang dibuat oleh BPM.
Normawati Binti Mamat warna baju melayu untuk ke
Penyokong : masjid pada Hari jumaat Puan pengetua akan
daripada warna putih kepada membawa usul ini ke
warna hitam.Hal ini kerana jika persidangan pengetua untuk
baju melayu berwarna putih yg dibincangkan.Buat masa ini,
terkena kotoran akan peringkat kita tiada autoriti
menyebabkan baju itu tidak untuk mengubahnya
kelihatan bersih.
Yang benar
Normawati Binti Mamat
5.2 Usul lisan yang diterima daripada ibu bapa semasa sesi pembentangan usul
Bil. Pencadang Perkara Tindakan
1 Pn.Norma binti Mencadangkan pakaian baju Melayu Pengetua memaklumkan
pelajar lelaki untuk solat Jumaat peraturasan tersebut adalah
Mohamad ditukarkan daripada warna putih melibatkan dadsar peraturan dari
kepada warna hitam atas alasan tidak BPM namun pengetua akan
2. Pn.Masriati mudah nampak kotor. bawa usul berkenaan ke
pengetahuan ibu pejabat dalam
3. En.Wilder Mencadangkan (koperasi maktab) mesyuarat pengetua-pengetua
4. Pn.Arzia dibuka pada hujung untuk MRSM se-Malaysia nanti.
memudahkan para pelajar Pengetua memaklumkan akan
mendapatkan barang keperluan dan mempertimbangkan cadangan
makanan. tersebut.
Mencadangkan semua pelajar
dibenarakan menggunakan Pengetua memaklumkan akan
smartphone (telefon pintar) berbincang dengan unit warden
tentang cadangan tersebut.
Mencadangkan pihak maktab Pengetua memaklumkan akan
prihatin terhadap pengurusan emosi merujuk cadangan tersebut
pelajar khususnya pelajar ting.5. kepada kaunselor. Unit
kaunselor memang telah
menyediakan platform untuk
25
sesi perjumpaan dengan pelajar
bersama unit homeroom.
5. En. Amirul Nizam Mencadangkan pihak maktab Pengetua telah mengambil
6 En.Sanusi memohon kebenaran mengadakan inisiatif sebelum ini dengan
Solat Jumaat disurau maktab dengan membuat permohonan
kebenaran pengiktirafan dan tauliah sebagaimana yang telah
bertulis dari Balai Islam. dicadangkan,namun maklum
balas dari pihak Balai Islam
ialah perlu kelulusan pihak
istana apabila melibatkan hal
ehwal agama dan belum
diluluskan lagi.
Mencadangkan segala bayaran yang Pengetua memaklumkan akan
melibatkan aktiviti kokurikulum selaraskan hal ini dengan pihak
perlulah melalui pengetahuan ibu berkenaan.
bapa pelajar.
7. En.Rashid Mencadangkan pelajar tingkatan 1 Pengetua menyatakan bahawa
8. En.Zainal dibenarkan membawa smartphone. pemantauan penggunaan
smartphone sedang diadakan,
dan sekiranya penggunaan bagi
pelajar menengah atas
memuaskan dan tidak
mendatangkan masalah,
berkemungkinan akan
diteruskan kepada pelajar
menengah rendah.
Dicadangkan pihak maktab Pengetua telah memaklumkan
menguruskan perjalanan membawa bahawa urusan tersebut
dan menghantar pelajar pulang diuruskan atas permintaan
bermalam terutama yang tinggal jauh pelajar.
daripada keluarga.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Tiada hal-hal lain diutarakan dalam mesyuarat Agung Tahunan Badan Pemuafakatan
Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) Cawangan MRSM Pasir Tumboh kali ke 20
6.2 Puan Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Ibu bapa dan AJK guru
bagi sesi 2019-2021
26
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP MUAFAKAT
7.1 Harapan YDP supaya semua AJK dapat bekerjasama dan menyumbang idea untuk
sama-sama melihat kecemerlangan MRSM Pasir Tumboh.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.
Disediakan oleh :
NORIZAN BT YASO
Setiausaha
Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
Disahkan oleh :
Yang Dipertua
Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
Pencatat 1:
Pn. Nik Mahizanita bt Mat Taib
Ahli Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
Pencatat 2
Pn. Mareena bt Mohomed
Ahli Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT)
Cawangan MRSM Pasir Tumboh
Dicatatkan pada : 11 Oktober 2020
27
28