PERANAN NGO DARI ASPEK SOSIAL
PERANAN NGO DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL Perpaduan boleh didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam aspek. Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing sebagaimana yang telah diungkapkan di atas. Selain daripada itu, penonjolan kelompok etnik juga boleh dikenal pasti di wilayah-wilayah tertentu. Terdapat pelbagai pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan yang berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO seperti ini pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpinpemimpin daripada pelbagai etnik. Contohnya, kepimpinan Majlis Belia Malaysia. Melalui penyampaian dialog dan seminar daripada NGO tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik.
NGO PENUHI KEPERLUAN SOSIAL RAKYAT NGO memainkan peranan yang besar terutama dalam sektor yang tidak dapat dipenuhi dengan perkhidmatan kerajaan. NGO boleh dikatakan sebagai sektor yang ketiga umtuk membantu menyelesaikan masalah negara dan menangangi pelbagai keperluan sosial termasuk isu kemiskinan dan pengangguran ke arah kesejahteraan rakyat. Peranan NGO dibahagikan kepada tiga bidang utama. Pertama, NGO membuka peluang mewujudkan organisasi masyarakat tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian sesebuah masyarakat. NGO ditubuhkan dan diuruskan oleh individu yang bekerja secara kolektif dan sukarela. Objektif NGO ini ialah untuk mempromosikan nilai sosial dan matlamat sivik kepada mereka yang merangkumi bidang alam sekitar, kesihatan, pembasmian kemiskinan, budaya dan sastera, Pendidikan dan sebagainya. Kedua, NGO mengisi ruang unik dan penting antara sektor swasta yang mementingkan keuntungan dan kerajaan yang mempunyai limitasi tertentu. NGO memainkan peranan sebagai entiti bebas atau watchdogs bagi kedua-dua pihak berkenaan. Ketiga, NGO membolehkan eksperimentasi dan perubahan sosial yang tidak dapat atau tidak akan dilaksanakan oleh sektor awam mahupun swasta. Organisasi masyarakat sivil boleh mengambil risiko yang tidak dapat diterima oleh pihak swasta dari aspek kepentingan ekonomi dan tidak dapat diterima oleh kerajaan dari segi kepentingan politik. Di sini ada banyak inovasi dicetuskan NGO yang akhirnya diguna pakai sebagai dasar kerajaan.
PERANAN NGO DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL Persatuan Tionghua Muslim Malaysia (MACMA) Majlis Belia Malaysia (MBM) Mercy Malaysia MyKasih
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MALAYSIA YOUTH COUNCIL Majlis Belia Malaysia (MBM), badan induk yang mengkoordinasikan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini, didirikan pada 9 September 1950. Tujuan MBM adalah mendorong kemajuan belia secara seimbang dalam berbagai aspek kehidupan. Sebagai badan induk nasional yang diakui pemerintah, MBM berkomitmen memupuk perasaan kebangsaan dan semangat kerja, serta melengkapi anggotanya sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif, dan bertanggungjawab. Pada 23 Julai 1948, ditubuhkan di Victoria Institution dan diberi nama Majlis Belia Malaya kini nama rasminya Majlis Belia Malaysia (MBM). Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tuanku Ja'afar Ibni Tuanku Abdul Rahman telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (World Assembly of Youth -WAY) di Brussel, Belgium. Antara peranan MBM : -Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara. -Merangsang dan mewujudkan perhubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia atau dengan pertubuhan belia antarabangsa. - Menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang. -Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia. -Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini. -Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah organisasi yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. MEDICAL RELIEF SOCIETY MALAYSIA Semua staf dan sukarelawan menegakkan MERCY Malaysia Misi dan Nilai Teras dalam melaksanakan tugas mereka, sama ada di Ibu Pejabat, Pejabat Lapangan Negara, atau di mana-mana lokasi di mana mereka mewakili organisasi. VISI - Menjadi cemerlang dalam menyampaikan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada semua. MISI - MERCY Malaysia adalah organisasi nirlaba antarabangsa yang memberi tumpuan untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang mampan, dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang rentan, baik dalam situasi krisis mahupun bukan krisis.
PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA) MALAYSIAN CHINESEMUSLIM ASSOCATION MACMA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 8 September 1994 bagi memenuhi kehendak masyarakat MA Cina Muslim untuk menggembleng usaha dakwah dengan lebih berkesan dan terfokus kepada bangsa Cina serta rakyat berbilang kaum di negara ini. Antara peranan MACMA: -Mempromosikan atau menyampaikan pengajaran islam kepada masyarakat Cina juga bertujuan menyediakan bantuan dan perkhidmatan dari pelbagai aspek kepada ahli seperti kelas fardhu ain dan kelas bimbingan lanjutan dalam pelbagai bahasa khususnya dalam bahasa Cina. -Menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli, memberi khidmat kaunseling dan sokongan moral. Menyediakan peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat, meningkatkan taraf sosial ekonomi dan memupuk semangat sukarela di kalangan ahli supaya dapat melahirkan satu golongan Cina Muslim yang bertaqwa untuk menjadi “ Khairul Ummah" sepertimana dituntut dari kitab suci Al-Quran. -Macma juga memainkan peranan sebagai jurucakap bagi golongan Cina Muslim di Malaysia dan juga sebagai jambatan untuk membina penyatuan melalui kepelbagaian bangsa dan kepercayaan di dalam keunikan masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya kepada masyarakat Cina yang belum Islam.
MyKASIH FOUNDATION Program MyKasih memacu agihan kebajikan dengan perbezaan teknologi. Program bantuan makanan MyKasih 'Love My Neighbourhood' dan program dermasiswa pelajar MyKasih 'Love My School' dijalankan pada sistem pembayaran tanpa tunai yang cekap dibangunkan oleh DIV Services Sdn Bhd, anak syarikat DIALOG Group Berhad. Sistem ini menggunakan teknologi cip proprietari MyKad (kad pengenalan kebangsaan Malaysia) yang masih menunggu paten untuk mengagihkan bantuan kepada penerima yang disasarkan. Penerima bantuan MyKasih mempunyai cara untuk membeli-belah, memilih dan membayar barangan keperluan di cawangan yang ditetapkan menggunakan MyKad mereka, atau kad pintar MyKasih yang ditetapkan, sebagai instrumen pembayaran. Ditubuhkan pada bulan April 2009, MyKasih Foundation adalah sebuah organisasi amal yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, dan isterinya, Puan Sri Jean Ngau, untuk membantu keluarga berpendapatan rendah melalui bantuan makanan dan pendidikan, tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan. Melalui program bersepadunya, Yayasan MyKasih berhasrat untuk membolehkan keluarga kurang berkemampuan mencapai lebih banyak kemerdekaan dan memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk keluar daripada kitaran kemiskinan. Sebaliknya, membuat komitmen jangka panjang untuk memperkasakan rakyat melalui pendidikan dan latihan dalam kemahiran hidup yang penting. MyKasih Foundation memenuhi visi dan misinya melalui satu siri program yang diselaraskan dan saling berkaitan yang memastikan penyampaian perkhidmatan dan sokongan yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi kepada penerima, selaras dengan keinginan dan kehendak penderma.
NFI PERANAN NGO DARI ASPEK KESELAMATAN DAN HAK ASASI
01 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 02 Kongres Kesatuan Sekerja 03 Malaysia (MTUC) Sahabat Alam Malaysia 04 (SAM) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) ditubuhkan pada tahun 1999 melalui akta Suruhanjaya Asasi Manusia 1999 01
Hak untuk bergerak Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah: Hak untuk bersuara Hak untuk berhimpun
Peranan SUHAKAM: mempromosikan kesedaran dan pendidikan berkaitan hak asasi dan manusia. menasihati ,membantu Kerajaan merumuskan undang-undang dan prosedur dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil. mengesyorkan kepada Kerajaan berhubung perjanjian dan dokumen antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia. menyiasat aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia.
SUARA RAKYAT MALAYSIA ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA YANG DIWUJUDKAN PADA TAHUN 1987 SELEPAS OPERASI LALANG 02
Tujuan utamanya adalah untuk berkempen bagi memansuhkan ISA dan penahanan tanpa bicara. SUARAM kemudian berkembang memperjuangkan hak asasi manusia dan alam sekitar. Membina penglibatan dan mengadakan dialog antara kerajaan dan badan bukan kerajaan dengan lebih banyak dalam melahirkan keterbukaan untuk mendengar pandanagan lain kearah menyelesaikan isu-isu berkenaan. menghentikan pencabulan hak asasi manusia denagn mengamalkan penguatkuasaan undang- undang yang lebih ekslusif dan saksama dalam melindungi hak rakyat. Antara peranan SUARAM:
SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM) MERUPAKAN SEBUAH NGO DI MALAYSIA YANG DITUBUHKAN PADA 1977 UNTUK MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ALAM SEKITAR DARIPADA ANCAMAN MANUSIA DAN ARUS PEMBANGUNAN NEGARA 03
Peranan SAM: memberikan perkhidmatan didalam memelihara alam sekitar di laut dan daratan serta di ruang angkasa menitikberatkan isu pendidikan,penjagaan,keselamatan,pemuli haraan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia memain peranan proaktif supaya semua habitat terjaga
KESATUAN SEKERJA MALAYSIA TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1987 DAN MEMPUNYAI KEAHLIAN SEMASA SERAMAI 154 ORANG 04
untuk mempromosikan kepentinagan organisasi,memperbaiki keadaan ekonomi dan memberi bantuan memastikan pekerjaan penuh,berusaha menuju penetapan upah minimum minggu kerja maksimum dan mewujudkan puat latihan untuk kemudahan latihan pekerja Peranan MTUC: memberi perlindungan terhadap penyakit,pengangguran ,usia tua,kecederaan ,ketidakupayaan dan faedah pensium
PERANAN NGO DARI ASPEK PENDIDIKAN & KEAGAMAAN
01 TAMAN SINAR HARAPAN
. PENGENALAN . Memberi jagaan,perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan memerlukan latihan pemulihan Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya Memberi Latihan kemahiran sosial dan mendapatkan Kerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan Masyarakat Taman Sinar Harapan di Kuala Kubu Bharu Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya(OKU) masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. PERANAN :
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA 02
PENGENALAN Cita-cita utama ABIM ialah menyumbang secara proaktif pembinaan masyarakat islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang di dalam pelbagai aspek kehidupan Menegak, megembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidanganpersidangan luar negeri Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pergerakan Belia Islam di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1971. PERANAN :
YAYASAN SEJAHTERA 03
Ditubuhkan pada 4 SEPTEMBER 2009, Yayasan Sejahtera adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berusaha membasmi kemiskinan dan Pembangunan Masyarakat untuk isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia Program Pembasmian Kemiskinan dalam kalangan asnaf dalam bentuk kewangan, kemudahan, peralatan, motivasi dan bimbingan serta latihan Pembangunan Mempergiat Program Dakwah melalui pelbagai medium dalam kalangan asnaf bagi mengekang kepesongan akidah dan gejala sosial Program Bantuan Pendidikan kepada golongan asnaf secara berterusan dari segi kewangan, peralatan, kemudahan pembelajaran serta bimbingan Program Bantuan Bencana & Kecemasan kepada golongan asnaf yang ditimpa sebarang bentuk musibah dari segi kewangan, peralatan, kemudahan, motivasi dan bimbingan Program Bantuan Pemulihan Bantuan Masjid & Surau yang daif dan tiada kemudahan asas serta diperlukan oleh masyarakat PENGENALAN
GLOBAL FOUNDATION MALAYSIA 04
Ditubuhkan pada tahun 2009.Global Peace Foundation adalah organisasi non-sekretarian, non-partisan,nirlaba yang mempromosikan pendekatan inovatif,berasaskan nilai-nilai. PERANAN - Untuk mengembangkan dan melaksanakan program yang merangkumi inisiatif pendidikan karakter dan kreativiti - Mempromosikan inovatif,pendekatan berasaskan nilai untuk pembangunan perdamaian, dipandu oleh visi Satu Keluarga di bawah Tuhan - Bekerjasama dengan kementerian kerajaan, komuniti dan organisasi berasaskan kepercayaan PENGENALAN
05 TEACH FOR MALAYSIA PENGENALAN Teach For Malaysia adalah sebuah organisasi yang bebas dan tidak untung dalam misi untuk memperkasakan negara kita melalui pendidikan.Mereka percaya bahawa Pendidikan dan masa depan anak-anak tidak harus ditentukan oleh keadaannya dalam kehidupan PERANAN -Merekrut orang Malaysia yang cemerlang dalam program kepemimpinan siswazah 2 tahun untuk memberi kesan segera di sekolah awam berkeperluan tinggi di Malaysia - Membuat perubahan, dan melabur dalam pengembangan peribadi melalui Latihan profesional dan bimbingan yang diperibadikan