The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norshahila Ishak, 2020-06-16 05:30:48

MODUL 3.0 - PEMBANGUNAN ALGORITMA

MODUL 3.0 - PEMBANGUNAN ALGORITMA

Keywords: ASK T1

PROGRAM LATIHAN GURU
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk 3.0 ALGORITMA

Topik 3.1 PEMBANGUNAN ALGORITMA

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, guru dapat:

1. Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai pilihan dalam penyelesaian masalah.
2. Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang melibatkan ulangan.
3. Mengesan ralat daripada pseudokod dan carta alir dalam penyelesaian masalah.
4. Menghasilkan pseudokod dan carta alir yang melibatkan gabungan pelbagai pilihan dan

ulangan.

B. Kandungan Pengajaran
3.1.1 Penulisan Pseudokod Dan Melukis Carta Alir Urutan
3.1.2 Penulisan Pseudokod Dan Melukis Carta Alir Pilihan Tunggal
3.1.3 Penulisan Pseudokod Dan Melukis Carta Alir Pelbagai Pilihan
3.1.4 Penulisan Pseudokod Dan Melukis Carta Alir (Ulangan)
3.1.5 Pengesanan Ralat Daripada Pseudokod Dan Carta Alir
3.1.6 Gabungan Pelbagai Pilihan Dan Ulangan Dalam Penghasilan Pseudokod Dan Carta Alir.

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

PEMBANGUNAN ALGORITMA

3.1 Pengenalan

Pembangunan algoritma merupakan set langkah atau prosedur bagaimana proses
penyelesaian masalah dilaksanakan. Pseudokod dan carta alir adalah kaedah
mengungkap algoritma tersebut.

a) Pseudokod
Satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan dan beberapa kod asas untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.

Langkah menulis pseudokod bermula dengan teknik leraian (problem
decompositionans skill) sesuatu masalah. Masalah atau situasi dileraikan kepada
input, proses dan output yang terlibat. Ini bertujuan mengenalpasti pemboleh
ubah yang terlibat (input), langkah penyelesaian (proses) dan hasil yang
dikehendaki (output).

b) Carta Alir
Kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian masalah
dan hubung kait antara satu sama lain. Aktiviti ini akan dilaksanakan mengikut
turutan dari atas ke bawah menggunakan carta alir. Carta alir mengandungi
simbol geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol
mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1.

2 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Simbol Makna / Fungsi Penerangan
Mula / tamat Mula dan tamat sesuatu aktiviti

Proses Aktiviti atau proses

Pilihan Menguji sama ada benar atau salah

Aliran Aliran Aktiviti

Penyambung Menggabungkan aliran yang berlainan

Input / output Operasi Input / Output

Jadual 1: Simbol-simbol dalam Carta Alir

3 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Contoh Carta Alir
Contoh carta alir urutan
(Perlaksanaan arahan
dilakukan satu persatu secara
berturutan)

Contoh carta alir pilihan
(Pelaksanaan arahan
daripada salah satu daripada
dua atau lebih pilihan)

Contoh carta alir ulangan
(Pelaksanaan arahan yang
sama berulang kali)

Jadual 2: Contoh Carta Alir

4 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

3.1.1 Penulisan Pseudokod dan Carta Alir Turutan

Contoh:
Katakan anda hendak membeli 1 kilo tepung dan 1 kilo gula. Harga sekilo tepung ialah

RM 3.00 manakala sekilo gula berharga RM 2.00. Kira jumlah harga yang perlu

dibayar?

Teknik leraian:

Input Proses Output
1 kilo tepung Kira jumlah harga 2 barang Papar jumlah harga

1 kilo gula

Pseudokod dan carta alir bagi Turutan:

Pseudokod Carta Alir

1. Mula Mula

2. Ambil 1 kilo tepung dan 1 kilo gula Input 1 kilo
tepung, 1 kilo
(input)
gula
3.Kira jumlah harga 2 barang
Kira jumlah harga dua
(proses) barang

4. Papar jumlah harga (output)

5. Tamat

Papar jumlah
harga

Tamat

5 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

3.1.2 Penulisan Pseudokod dan Carta Alir Pilihan Tunggal

Contoh:
Setiap murid yang menyertai pertandingan akan diberikan sijil tetapi hanya peserta
yang menang sahaja layak mendapat hadiah.

Teknik leraian:

Input Proses Output
Keputusan
Semak keputusan Papar Layak mendapat hadiah

Pseudokod dan carta alir bagi Pilihan Tunggal:

Pseudokod Carta Alir
1. Mula
2. Masukkan keputusan Mula
3. Jika keputusan = menang,
Masukkan keputusan
Papar layak mendapat
hadiah Keputusan = menang Ya
4. Semua terima sijil
5. Tamat Tidak Papar ‘Layak
mendapat hadiah’

Terima sijil
Tamat

6 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

3.1.3 Penulisan Pseudokod dan Carta Alir Pelbagai Pilihan

Contoh
Anda dikehendaki menentukan keputusan gred markah ujian pelajar sama ada
A,B,C,D. Sekiranya markah 0 hingga 24 maka gred D, jika markah 25 hingga 49
maka gred C, jika 50 hingga 74 maka gred B dan markah 75 atau lebih maka gred A.

Teknik leraian:

Input Proses Output
Markah Semak markah
Papar A
Papar B
Papar C
Papar D

Pseudokod dan carta alir bagi Pelbagai Pilihan:

Pseudokod Carta Alir
1.Mula
2.Masukkan markah Mula
3. Jika markah 75 hingga 100
Masukkan markah
Papar A
Jika markah 50 hingga 74 Markah >=75 Ya Papar
hingga 100 ‘A’
Papar B
Jika markah 25 hingga 49 Tidak Ya Papar
‘B’
Papar C Markah >=50
Jika markah 0 hingga 24 hingga 74

Papar D
4. Tamat

Tidak

Markah >=25 Ya Papar
hingga 49 ‘C’

Tidak
Papar ‘D’

Tamat

7 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

3.1.4 Penulisan Pseudokod Dan Carta Alir Ulangan

Contoh:
Bina aturcara untuk membaca nombor integer berulang kali daripada papan kekunci
dan mengeluarkan nilai kuasa dua dan punca kuasa dua selagi syarat dipenuhi iaitu
x=0.

Teknik leraian:

Input Proses Output
x
Mengira nilai kuasa dua dan nilai punca Nilai kuasa dua
kuasa dua berulang kali selagi syarat Nilai punca kuasa
dipenuhi iaitu x=0

Pseudokod dan carta alir Ulangan: Carta Alir

Pseudokod Mula

1.Mula Input x
2.Ulang
3. Masukkan nilai x X≠0 Tidak
4. Jika x ≠ 0
Tamat
Kira nilai kuasa dua
Kira nilai punca kuasa dua Ya
Papar nilai kuasa dua Input x^(1/2)
Papar nilai punca kuasa dua
5. Tamat

Input x^2

Papar Nilai
kuasa dua
dan nilai
punca kuasa
dua

8 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016
3.1.5 Pengesanan Ralat Daripada Pseudokod Dan Carta Alir

Ralat dikesan ketika proses pengkompil dengan memberi mesej ralat. Ralat yang
terdapat dalam aturcara dipanggil sebagai pepijat (bug). Proses membetulkan ralat
dipanggil sebagai nyahpepijat (debug). Tiga jenis ralat adalah ralat sintak, ralat logik
dan ralat masa larian.

Jenis-jenis ralat:
i. Ralat sintak
Ralat sintak berlaku apabila terdapat kesilapan yang dilakukan semasa
menaip atur cara ke dalam komputer seperti tertinggal huruf atau aksara
dalam arahan.

ii. Ralat logik
Kesilapan aliran logik program menyebabkan hasil/output menjadi salah.
Ralat logik sukar dikesan. Ralat ini sering berlaku terutamanya dalam atur
cara pengiraan yang melibatkan pengoperasian seperti aritmetik, logik atau
perbandingan.

iii. Ralat masa larian (run time error)
Ralat ini terjadi jika input data tidak mematuhi jenis atau struktur data yang
dibenarkan.

iv. Ralat rekabentuk
Selain daripada ralat yang dikesan ketika proses pengkompilan, ralat juga
boleh berlaku dalam fasa sebelum aturcara ditulis (fasa rekabentuk) dikenali
sebagai ralat rekabentuk.

9 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Contoh Ralat
Situasi: Bina algoritma untuk mengira masalah luas sebuah bulatan.
Teknik leraian:

Input Proses Output
Jejari Luas sebuah bulatan
Kira luas bulatan dengan
menggunakan formula
Luas=3.142 x jejari x jejari

Contoh pseudokod dan carta alir ralat:

Pseudokod Ralat Catatan

Setkan Luas =0 Ralat: Luas = 0
Input jejari Input jejari
Luas=3.142 x jejari x jejari Tiada langkah Luas=3.142 x jejari x jejari
Papar luas
dan simbol
Tamat “Mula”

Tamat

Mula Ralat: Mula
Setkan Luas =0 Luas = 0
Input jejari Salah
Luas=3.142 x jejari x jejari Input
Papar luas menggunakan jejari
simbol “input” Luas=3.142 x jejari x jejari
Tamat Tamat

10 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

3.1.6 Gabungan Pelbagai Pilihan Dan Ulangan Dalam Penghasilan Pseudokod
Dan Carta Alir.

Contoh Carta alir ulangan dan pelbagai pilihan
Bina atur cara untuk memaparkan keputusan lulus atau gagal seseorang pelajar
berdasarkan 4 subjek. (Bukan jumlah 4 subjek)

Teknik leraian:

Input Proses Output

Subjek Semak keputusan Papar keputusan lulus atau
sehingga 4 subjek gagal setiap subjek

sehingga 4 subjek sahaja.

Contoh pseudokod dan carta alir: Carta Alir

Pseudokod Mula
1. Mula
2. Umpukkan subjek = 1 Subjek = 1
3. Jika subjek > = 4 goto 7
4. Baca markah Subjek > = Tidak Tamat
5. Jika markah <50 4
Ya Tidak Papar
Papar gagal ‘Lulus’
Selainnya Baca markah
Papar lulus
6. Subjek++ goto 3 Markah<50
7. Tamat Ya

Subjek++ Papar
‘Gagal’

11 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016
Latihan:

1. Bina pseudokod dan carta alir pilihan tunggal untuk menyelesaikan masalah layak atau
gagal mendapat biasiswa pelajar. Sekiranya gaji ibu bapa kurang atau sama RM3000 maka
keputusannya layak sebaliknya gagal.

2. Bina pseudokod dan carta alir pelbagai pilihan untuk menentukan keputusan kenaikan gaji
pekerja sama ada cemerlang, biasa atau statik. Sekiranya markah prestasi 0 hingga 35 maka
kenaikan gaji statik, jika 36 hingga 70 maka kenaikan gaji biasa dan 71 hingga 100, maka
kenaikan gaji cemerlang.

12 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Jawapan:
1. Bina pseudokod dan carta alir pilihan tunggal untuk menyelesaikan masalah layak atau

tidak layak mendapat biasiswa pelajar. Sekiranya gaji ibu bapa kurang atau sama RM3000

maka keputusannya layak sebaliknya gagal.

Jawapan:
Teknik leraian:

Input Proses Output
Gaji Semak gaji
Papar Layak
Papar Gagal

Contoh pseudokod dan carta alir:

Pseudokod Carta Alir

1. Mula Mula Papar
2. Masukkan gaji ‘Tidak Layak’
3. Jika gaji <= 3000, Masukkan
gaji
Papar Layak
sebaliknya Gaji
<=3000
Papar Tidak Layak
4. Tamat

Papar
‘Layak’

Tamat

13 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Jawapan :

2. Bina pseudokod dan carta alir pelbagai pilihan untuk menentukan keputusan kenaikan gaji
pekerja sama ada cemerlang, biasa atau statik. Sekiranya markah prestasi 0 hingga 35 maka
kenaikan gaji statik, jika 36 hingga 70 maka kenaikan gaji biasa dan 71 hingga 100, maka
kenaikan gaji cemerlang.

Jawapan:
Teknik leraian:

Input Proses Output
Markah Semak markah
Papar kenaikan gaji Cemerlang
Papar kenaikan gaji Biasa
Papar kenaikan gaji Statik

Contoh pseudokod dan carta alir: Carta Alir

Pseudokod Mula
1. Mula
2. Masukkan markah Masukkan
3. Jika markah 71 hingga 100 markah

Papar Kenaikan gaji cemerlang Markah >=71 Ya Papar ‘Kenaikan
Jika markah 36 hingga 70 hingga 100 gaji cemerlang’
Papar kenaikan gaji biasa
Jika markah 0 hingga 35 Tidak
Papar kenaikan gaji statik
4. Tamat

Markah >=36 Ya Papar ‘Kenaikan
hingga 70 gaji biasa’

Tidak

Papar ‘Kenaikan
gaji statik’

Tamat

14 MODUL PEMBANGUNAN ALGORITMA


Click to View FlipBook Version