The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 985-16-ayn, 2022-03-16 10:15:11

JENIS-JENIS PANTUN

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

JENIS-JENIS
PANTUN

‘AYN QISTINA SYAKILA BINTI ABDUL
RASHID

BMMB1104 - KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

01 02

Jenis-jenis pantun dibahagikan mengikut Penentuan jenis-jenis isi atau tema
fungsi dan isi kandungan pantun itu tersebut bukanlah mutlak
sendiri.

Pengenalan

❏ Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama"
pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami.

❏ Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi
nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.

❏ Ada juga isi tentang "adat" dan "agama" yang lebih serius serta mendalam
persoalan isinya. Umpamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan
norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama
yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

❏ Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian
isinyamenggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta
susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat"

❏ pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau
dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan

Jenis Pantun

1. Pantun Hiburan
2. Pantun Nasihat
3. Pantun Teka-teki/Menduga Akal
4. Pantun Meluahkan Perasaan
5. Pantun Menyampaikan Hasrat Seni
6. Pantun Menyedapkan Cakap
7. Pantun Menyampaikan Hasrat Tersembunyi
8. Pantun Agama
9. Pantun Budi
10. Pantun Jenaka
11. Pantun Percintaan
12. Pantun Perpisahan

Pantun Hiburan

★ Berperanan sebagai alat hiburan dalam masyarakat.
★ Masyarakat Melayu lama tidak mempunyai saluran atau media yang canggih

untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja, maka pantun menjadi salah
satu medium untuk mereka mengubat lara di hati dan juga melepaskan
segala kelelahan sama ada dari segi mental mahu pun fizikal.
★ Menimbulkan rasa keriangan dalam kehidupan sehari-harian.

CONTOH Dalam semak ada kebun,
PANTUN Dalam kebun ada para,

Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada bicara.

Pantun Nasihat

❖ Penyampaian nasihat dalam bentuk pantun dilihat lebih berlapik
dalam menasihati seseorang atau masyarakat.

❖ rima-rima dalam bait pantun nasihat juga adalah tersusun dan
sedap didengar dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah.

❖ terdiri daripada saranan menuntut ilmu, kehidupan agama, hidup
berbudi, adab dalam masyarakat dan sebagainya.

CONTOH Burung merpati di dalam sangkar,
PANTUN Baru sepurnama dapat dijerat;

Kalau kita rajin belajar,
Ilmu berguna banyak didapat.

Pantun Teka-teki

● Kesusasteraan melayu peringkat kanak-kanak.
● Pantun teka teki ini bertujuan mengasah bakat

anak-anak sambil belajar berfikir untuk meningkatkan
ilmu.

CONTOH Pisang berangan dibuat pengat,
PANTUN Dicampur dengan gula melaka,

Setiap detik setiap saat,
U.S. PMoeetnrgy hMiotnutnhgAwctaivkittiuestak kira masa.

Pantun CONTOH PANTUN
Meluahkan
Perasaan Gagap hinggap di dahan kayu,
Suaranya kuat dahan bergetar,
➔ Untuk meluahkan perasaan duka
nestapa, riang gembira, kasih Hendak bercakap lidahku kelu,
sayang dan dendam berahi. Hendak mengurat tangan gementar.

➔ Fungsinya untuk menghiburkan,
pendidikan, perayaan dan
melamar serta meminang.

Pantun
Menyampaikan

Hasrat Seni

CONTOH
PANTUN

Tanda adat bersendi syarak,
Quran dan Hadis menjadi tiang,

Tanda umat berbudi akhlak,
Kelakuan manis hati penyayang.

Pantun
Menyedapkan

Cakap

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Pantun Menyampaikan Hasrat
Tersembunyi

Sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang
tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Pucuk pauh ditepi permatang,
Buah berangan rasanya lazat,

Daripada jauh kami datang,
Datang dengan seribu hajat.

Pantun Agama CONTOH
PANTUN
➢ Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah,
hukum, dan keimanan kepada Allah. Kalau merenda supaya indah,
Tekat tenun beri berjambul,
➢ Menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat,
hidup, mati, dan lain-lain lagi. Kalau meminta kepada Allah,
Lambat laun pasti terkabul.
➢ Menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa
melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan
meninggal segala larangan-Nya.

➢ Pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap
perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama
ada baik atau buruk.

Pantun Budi CONTOH PANTUN

● Masyarakat pada zaman dahulu kala Bunga melati bunga di darat,
amat mementingkan nilai budi Bunga seroja di tepi kali;
dalam kehidupan seharian mereka.
Hina besi kerana karat,
● Kebanyakan perbuatan seharian Hina manusia tidak berbudi.
dibuat dengan pantun dengan
tujuan menzahirkan penghargaan
dan ucapan terima kasih, memberi
nasihat dalam adat berkahwin dan
lain-lain lagi

Pantun Jenaka

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;

Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

❏ Pantun Jenaka adalah pantun
yang berisi kalimat bermakna
lucu, sehingga seringkali
dijadikan sebagai bahan lawak.

❏ Pantun jenaka juga dapat
mengandung sindiran soal
kondisi sosial masyarakat.

Pantun Percintaan

Tabuh bunyi hari Jumaat,

Itu bernama gendang raya;

Bagai Nabi kasih umat,

Begitu juga kasih saya.

★ Pesanan yang berhubungan dengan
perasaan cinta atau rindu yang bersifat
romantis.

★ Memiliki praktik yang sangat efektif untuk
menarik perhatian orang ramai kerana dapat
mengungkapkan perasaan cinta.

Pantun Perpisahan

CONTOH PANTUN

Kalau ada sumur di ladang,
Dapatlah kiranya menumpang mandi;

Kalau ada umur panjang,
Tentulah kita bertemu lagi.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version