BUKU LOG KADET REMAJA
SEKOLAH (KRS)
Nama Pensyarah: Encik Shaharudin bin Othman
Nama Pelajar: Muhammad Nor Aidil bin Ahmad Radzi
No Matrik: D20201094827
Semester 2 2022
Biodata Diri
Isi Kandungan
Bil Perkara Muka Surat
1 Latar Belakang Kadet 1-8
Remaja Sekolah
2 Elemen Kurikulum Kadet 9-11
Remaja Sekolah
3 Pertolongan Cemas 12-13
4 Anduh dan Pembalutan 14-19
5 Keracunan 19
6 Kawad Kaki 20-25
7 Ketatanegaraan dan 26-27
Pengurusan Diri
8 Kompas dan Ikhtiar Hidup 28-30
9 Ikatan dan Simpulan 31-37
10 Perkhemahan 38-42
11 Lampiran 43-47
1
Latar Belakang Kadet Remaja Sekolah
Pengenalan Kadet Remaja Sekolah
Pelajar merupakan aset yang berharga dalam menentukan arah kemajuan dan pembangunan
pada masa akan datang. Pendidikan Kebangsaan amat menitikberatkan akan hal yang berkaitan
dengan kokurikulum yang merupakan satu program yang mana amat penting bagi
pembangunan potensi para pelajar secara menyeluruh. Umumnya kokurikulum yang sedia ada
ini telah mencukupi untuk membina disiplin terhadap para pelajar bagi meningkatkan kesukaan
mereka terhadap pembelajaran, akan tettapi pelbagai kurikulum yang mampu untuk
mencurahkan dan meningkatkan prestasi para pelajar bagi memenuhi perkembangan sahsiah
yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.
Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) hendaklah ditubuhkan di semua
sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu
pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi
kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
Matlamat :
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan
selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020.
Objektif :
1) Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
2) Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran
hidup.
3) Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan
pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4) Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat
dan bermesra.
5) Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2
Sejarah Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani
Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun
1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang
merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I
dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI
CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah
Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail
di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di
bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang
, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah
Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.
Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM
telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan
kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET
PUTERA – PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya
ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS
3
Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah
PERLEMBAGAAN
1.0 Nama dan alamat berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa
KRS/TKRS dari semasa ke semasa.
4
2.0 Tujuan
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran
kehidupan
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan
amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah,
budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-
pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan
memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa
dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-
isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya
5
Logo Kadet Remaja Sekolah
Pengertian Logo
1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama
dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
4. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
5. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara
yang tercinta.
6. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia
7. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
6
Bendera Kadet Remaja Sekolah
Warna Hijau melambangkan
• Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
• Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
• Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS
Cogan Kata KRS
’ ILMU IMAN AMAL’
ILMU: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
IMAN:
AMAL: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
7
Lagu Kadet Remaja Sekolah
Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah
8
Jenis Pemakaian Kadet Remaja Sekolah
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
1. Uniform No2 – Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS digunakan.
2. Uniform No3 – Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat
dan ke sekolah. Kemeja hijau muda
3. Uniform No4 – Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan
kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan
9
Elemen Kurikulum Kadet Remaja Sekolah
Disiplin dan Kerohanian(Ketatanegaraan, Pengurusan Dan Gaya Diri, Pendidikan
Moral)
MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri
yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti
kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.
OBJEKTIF
a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa
dan negara.
b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi
serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing
dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup
berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
10
Ketahanan Diri Dan Kebudayaan( Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Kompas,
Perkhemahan dan lain-lain)
MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya
tahan, berpotensi dan berketerampilan malah mampu menghindarkan diri dari
gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya timur sebagai tatacara
hidup.
OBJEKTIF
a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.
b. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia dan mampu
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara
bijaksana
Khidmat Masyarakat
MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan
berlumba-lumba membuat / melakukan amal kebajikan dalam kehidupan
seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik.
OBJEKTIF Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan
1. masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan
2. hubungan kemasyarakatan antara lapisan masyarakat.
Melahirkan insan yang perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab
3. sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan
empati dalam kehidupan seharian.
11
Alam Sekitar
MATLAMAT DAN OBJEKTIF:
1. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam
sekitar.
2. Memupuk sikap prihatin terhadap sumbangan dan kepentingan alam
sekitar kepada kehidupan manusia serta memahami rantaian hidup
antara alam sekitar dengan manusia sejagat.
3. Membina insan yang bertanggungjawab dengan memberi sumbangan
ke arah memelihara alam sekitar sebagai khazanah tuhan kepada manusia.
Keusahawanan (Reka Cipta, Kraftangan, Masakan, Jahitan)
MATLAMAT
Memupuk minat di kalangan generasi pelajar agar dapat mengembangkan
kreativiti masing-masing dan sikap berjimat cermat serta membenci amalan
membazir, di samping membina asas kemahiran pemasaran perniagaan
sehingga menjadikan keusahawanan sebagai budaya hidup.
OBJEKTIF
1. Membina kemahiran reka cipta di kalangan generasi pelajar dengan
menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, logam dan jerami
sehingga dapat menghasilkan bahan kraftangan, hiasan, tulisan khat
dan lain-lain.
2. Membina kemahiran asas dalam bidang perniagaan, pemasaran dan
perakaunan agar dapat memasarkan reka cipta yang dihasilkan.
3. Melahirkan generasi muda yang berwawasan sehingga dapat
menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu cara hidup.
12
Pertolongan Cemas
Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat
di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa
mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan Dan Prinsip Pertolongan Cemas
Tujuan Pertolongan Cemas:
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip – prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan
berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat
13
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas
kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,
kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan keatas mangsa.
14
Anduh dan Pembalutan
JENIS ANDUH
• Anduh Besar
• Anduh Kecil
• Anduh Pergelangan Tangan
• Anduh Menaik
Terdapat 5 jenis balutan anduh:
▪ Anduh lengan
▪ Anduh kepala
▪ Anduh lutut atau siku
▪ Anduh pergelangan tangan
▪ Anduh tapak kaki
15
ANDUH LENGAN.
➢ Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera.
➢ Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
➢ Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT
❖ Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut yang tercedera.
❖ Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut.
❖ Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.
16
ANDUH KEPALA.
✓ Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
✓ Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa
ke dahi dan diikat buku sila.
✓ Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.
I. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.
II. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
III. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan.
IV. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian
kaki yang mesti di balut.
17
Balutan
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan.
JENIS KAIN PEMBALUT
Pembalut Tiga Segi
Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung
JENIS BALUTAN LUKA
Luka Tangan
Luka Dada
Luka Bahu
Luka Peha
Luka Siku
Luka Lengan
Luka Lutut
Luka Jari
18
19
Anduh dan balutan digunakan sekiranya:
LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan
lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk.
Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan
pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.
MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh
kuman yang sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.
Keracunan
o Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa
kulit dan mata.
Tanda- tanda
Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
o Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
o Daya sedar yang lemah.
o Rasa sakit dan perit yang membakar.
o Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
o Latar belakang pendedahan/tertelan
o Cirit-birit
o Pening kepala dan demam.
o Tanda-tanda renjatan.
o Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan
o Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
o Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
o Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
o Tunggu arahan dan bertindak segera.
o Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
o Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.
o Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu
sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan.
20
Kawad Kaki
APA ITU KAWAD KAKI?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera
,bomba dan polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
OBJEKTIF KAWAD KAKI:
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan
PERATURAN–PERATURAN SEMASA BERADA DI PADANG KAWAD:
• Menepati waktu berkumpul yang telah ditetapkan.
• Pelajar dilarang memakai sebarang aksesori.
• Berpakaian kemas dan mengikut peraturan-peraturan sahsiah rupa diri yang telah
ditetapkan.
• Menghormati jurulatih dan komander yang bertugas.
• Hendaklah menjaga kebersihan padang kawad.
• Dilarang meludah atau membuang sampah merata.
• Pelajar perempuan dilarang mengenakan sebarang mekap.
• Pelajar lelaki dilarang menyimpan misai , janggut, dan jambang
21
Asas-asas pergerakan kawad kaki:
- kawad statik: kawad asas yang belum melibatkan sebarang pergerakan berjalan.
- kawad dinamik: kawad ini melibatkan pergerakan berjalan.
- kawad formasi: kawad yang melibatkan pergerakan dan formasi
PERINTAH ASAS KAWAD KAKI
1. MEMBENTUK SKUAD
–JADIKAN TIGA BARISAN
Kata Perintah
-” Tiga barisan dihadapan saya... gerak”
Pergerakan:
1. Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga.
2. SEDIA
Kata Perintah
- “Skuad, skuad.....sedia”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet), kedudukan
tangan di belakang punggung dengan sebutan “up”.
2. Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak
dengan kiraan “satu”.
3. SENANG DIRI
Kata Perintah
- “Senang.....diri”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki, kedudukan tangan masih
lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan “up”.
2. Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki. Pada masa yang sama bawa kedua-dua
tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan
ibu jari bersilang dengan kiraan “satu”.
22
4. REHATKAN DIRI
Kata Perintah
- “Rehatkan.......diri”
Pergerakan:
1. Tangan dinaikkan ke atas punggung serentak dengan kiraan “satu”.
5. MEMBETULKAN SKUAD
5.1 KE KANAN LURUS
Kata Perintah
- “Ke kanan.......lurus”
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. Semua anggota lain dengan
pantashentakkan kaki kiri ke hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan
“satu”.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak
disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang
pada kedudukan paling kanan barisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan
separas bahu dengan kiraan” dua”.
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentakkan
disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus
sehingga mendapat kedudukan lurus.
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya
“Pandang Depan”.
23
5.2 PANDANG DEPAN
Kata Perintah
- “Pandang........depan”
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan
kanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.
6. NOMBOR
Kata Perintah
- “Da..........ri Kanan, Nombor”
Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
7. HENTAK KAKI
- DALAM STATIK
Kata perintah dengan nombor
-” Hentak kaki dengan nombor, dari kiri.....hentak”
Pergerakan:
1. Apabila mendapat perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri dan hentak
bergilir dengan kaki kanan.
8. BERPUSING
8.1 BERPUSING KE KANAN
Kata Perintah
- “Bergerak ke kanan, kanan...pusing”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumitkaki
kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan
hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.
24
8.2 BERPUSING KE KIRI
Kata Perintah
- “Bergerak ke kiri , kiri ........pusing”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit kaki
kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (anklet)dan
hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan” dua”.
8.3 BERPUSING KE BELAKANG
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada disebelah
kiri;
Kata Perintah
– “Bergerak ke kiri, belakang........pusing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang.
Barisan hadapan (Penanda) berada disebelah kanan;
Kata Perintah
-” Bergerak ke kanan, belakang....pusing” Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang
menghadap ke hadapan;
Kata Perintah
-” Menghadap ke belakangbelakang.......pusing”
Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang.
Kata Perintah
-” Menghadap ke hadapan , belakang.....sing”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit
kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180 darjah berpusing mengikut sebelah
kanan dengan kiraan” satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet)dan
hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan” dua”.
25
9. BERJALAN
Kata Perintah
-” Da......ri kiri, cepat jalan”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan pacak
tumit ke bumi dengan kiraan” satu” dan seterusnya.
10. KELUAR BARIS
Kata Perintah
-” Keluar .......... baris”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan
kiraan“satu”
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan hentak di sebelah kanan
balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”.
3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan tiga
langkah dengan kiraan “dua”,” tiga” dan seterusnya bersurai.
26
Ketatanegaraan Dan Pengurusan diri
Ketatanegaraan
Para pelajar akan didedahkan perkara-perkara berikut:
Negaraku Malaysia,Negeri-negeri di dalam Malaysia, Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri,Menteri Besar dan Ketua Menteri,Lambang/jata negara
Bendera Malaysia, Lagu kebangsaan dan lagu negeri ,Rukun Negara, Lagu-lagu
patriotik. Selain itu, Sejarah Penubuhan KRS/ TKRS, Bendera, logo dan Motto dan
Lagu KRS Unifom dan Pangkat Dalam KRS/TKRS.
Pengurusan Diri
Para pelajar akan diajar mengenai pelbagai pengurusan diri dan sekitar mereka
seperti:
Pengurusan Diri dan Keluarga:
- bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga.
- memelihara kesihatan tubuh badan
- mengurus tempat kediaman
- mengurus keselamatan tempat kediaman.
Etika Berpakaian:
- majlis rasmi(formal)
- majlis tidak rasmi( pakaian sopan )
- bersukan (t-shirt, tracksuit dan kasut sukan)
Syariat Islam:
- menutup aurat
- tak menampakkan tubuh
- tak ketat
27
Adab Bergaul:
- keluarga; ziarah ketika sakit dan lapang
- jiran tetangga; sabar dengan karenah jiran
- guru; berterima kasih atas tunjuk ajar
- rakan; bantu-membantu
Etika di Meja Makan:
- jangan bercakap ketika makan
- jangan bising
- jangan gopoh dan menumpahkan makanan
- jangan merokok
28
Kompas dan Ikhtiar Hidup
Apakah Kompas?
Kompas merupakan alat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain
dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan
pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik
keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini
mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan
untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.
Kegunaan Kompas:
Kompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
- Menentukan arah perjalanan
- Menyelaraskan peta
- Mengira jarak jauh
- Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
- Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan
senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.
Menjaga Kompas
Kompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-
alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara
mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar
tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa
menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara
mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
29
Bahagian Kompas
Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu · Plat tapak yang lut sinar ·
Perumah kompas yang boleh berputar · Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)
1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)
9-Garisan penimur grid
10-Piring kompas (compass Housing)
30
Langkah-langkah mengunakan kompas :
1) Ambil dan siapkan kompas anda
2) Tempatkan secara mendatar datar kompas pada telapak tangan Anda, dan letakkan telapak
tangan di depan dada Anda.
3) Arahkan titik arah panah perjalanan ke arah yang anda ingin ambil.
4) Putar rumah kompas sampai panah orientasi (di perumahan kompas) sebaris dengan ujung
utara dari jarum kompas.
5) Baca dari dasar yang ditandai di tepi perumahan kompas dan sejalan dengan arah panah
perjalanan.
6) Anda sekarang dapat plot arah yang baru saja anda ambil dasarnya dari pada peta. Lepaskan
variasi magnetis lokal (yaitu mengambil dari perbedaan antara utara magnetis dan benar)
dengan memutar perumahan kompas. Tempatkan kompas pada peta, memegang kedua
horizontal, dan memutar kompas secara keseluruhan untuk berbaris panah orientasi dan garis
dengan garis peta Utara. Pindahkan kompas sehingga tepi melewati posisi anda saat ini dan
mempertahankan keselarasan dengan garis Utara peta itu.
7) Gambar garis melalui posisi anda saat ini dan di sepanjang tepi kompas '. Jalan anda dari
posisi anda saat ini akan sepanjang garis sepanjang tepi kompas jika anda mempertahankan
dasar ini.
31
Ikatan Dan Simpulan
Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:
1.Mendaki
2.Kehidupan seharian
3.Memancing
4.Seni
5.Pengakap
6.Mencari dan Menyelamat
7.Bidang Perkapalan dan sebagainya.
SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah
lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal,
bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-
kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan
tali, tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.
32
SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan
untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.
SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan
oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat
gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
33
IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam
ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.
SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat.
Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika
ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya
simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk keamanan.
34
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana
cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan
untuk menarik sesuatu barang
SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan
lutut.
35
SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.
SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada
bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.
36
IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat
jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul
manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan
dengan simpul manuk juga
IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
37
IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh
untuk membuat kaki yang bersilang
SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu
dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.
38
Perkhemahan
Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti asas untuk kegiatan luar ataupun rekreasi. Pada
zaman dahulu, aktiviti berkhemah merupakan cara hidup kaum-kaum dayak merah di
Amerika Syarikat. Tetapi kini, aktiviti perkhemahan telah menjadi aktiviti riadah dan sukan
yang diminati ramai golongan muda terutama golongan muda di serata dunia.
Asas dan Motif perkhemahan diadakan:
1) Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
2) Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
3) Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau
perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
4) Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem
perntauliahan.
Ciri-ciri khemah:
• Ukuran
- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.
• Kalis air
- Untuk mengelakkan kebasahan di dalam khemah semasa hujan.
• Tahan lasak
- Juga bergantung kepada penjagaan semasa dan selepas khemah diguna.
• Mudah dipasang dan dibuka
39
Komponen-Komponen Khemah
Khemah biasanya mempunyai:
a) Tiang rangka
b Pancang
c)Khemah
d)Beg khemah
e) Tali
f) Flysheet
g) Pole
40
Cara-cara MendirikanKhemah
• Bentangkan hamparan (ground sheet).
• Pasang dan sambungkan tiang dan pancang dengan betul.
• Ketuk pancang keempat-empat penjuru.
-Bentangkan pelindung (fly sheet)
-Ikat tali khemah kepada pancang di keempat-empat penjuru untuk mengukuhkannya
* Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khema hagar senang lalu dan jika berlaku
kebakaran tidak semu akhemah terlibat. Jarak yang selama tialah 3 meter antara satu
sama lain.
Jenis-jenis Khemah
Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
▪ Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon)
yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
41
▪ Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan,
mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
▪ Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.
42
▪ Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome
43
Lampiran
Contoh Baju Beruniform yang lengkap:
Contoh Peti Pertolongan Cemas:
44
Pautan:
Lagu KRS: https://youtu.be/WeByX49-t9I
Balutan Rawatan Luka Melintang Di Tapak Tangan: https://youtu.be/nzBNALOhW4M
Balutan Anduh Kepala: https://youtu.be/LSlnYuUFqys
Balutan Luka Kaki- Figure of 8 types: https://youtu.be/YNorGzSA3cY
Kawad kaki KRS: https://youtu.be/lrhsgioIXac
Cara mendirikan khemah: https://youtu.be/tR0uIQheEpM
10 jenis asas ikatan dan simpulan: https://youtu.be/b7bTJltPmz8
45
Contoh Pakaian Formal:
46
Contoh Pakian Tidak Formal:
47
Kawad Kaki: