The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vandart79, 2022-12-24 00:58:22

eBUKU MINGGU SILATURAHIM [MSR] SESI JAN - JUN 2023

eBUKU MSR JAN-JUN 2023

[ 27 – 30 DISEMBER 2022 ]

INTIPATI MINGGU SILATURAHIM
INTIPATI MUKA SURAT

i. PERUTUSAN PENGARAH 1-2
ii. PERUTUSAN TIMBALAN PENGARAH (KPHP) 3
iii. PERUTUSAN TIMBALAN PENGARAH (HEA) 4
iv. VISI, MISI & OBJEKTIF MARA 5
v. OBJEKTIF BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL 6
vi. MSR SEPINTAS LALU DAN OBJEKTIF MSR 7
vii. JAWATANKUASA MSR 8
viii. SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN 9
ix. BAHAGIAN PENTADBIRAN 10
x. JABATAN PENGAJIAN AM DAN TEKNIKAL 11-13
xi. NO. TELEFON PENGURUSAN IKML 14-15
xii. IKRAR PELAJAR 16
xiii. LIRIK LAGU NEGARAKU 17
xiv. LIRIK LAGU MARA & IKM 18
xv. SEKALUNG BUDI 19
xvi. JADUAL PROGRAM MINGGU SILATURAHIM (MSR) 20
xvii. JOM SERTAI KAMI 21
xviii. ALAMAT, NO. TEL , FAX & LAMAN WEB IKML 22

PERUTUSAN PENGARAH

LUKMAN HAKIM BIN HASAN
PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan selamat datang dan tahniah di atas kejayaan

saudara saudari melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran MARA Lumut.
Saudara saudari seharusnya berbangga kerana akan menempuh fasa baharu
dalam kehidupan sebagai pelajar di sebuah institusi yang ditubuhkan hasil
perjuangan para pejuang bangsa yang terdahulu.

Suasana pembelajaran norma baharu menuntut para pelajar agar
komited, berinisiatif, mencipta dan meneroka peluang dalam mendalami ilmu
pengetahuan serta kemahiran. Sepanjang tempoh pengajian, saudara saudari
berperanan mengenali potensi diri, memperkukuhkan sahsiah,
mengembangkan minat dan bakat, membina interaksi sosial yang sihat serta
menjadi seorang pemimpin yang baik agar menjadi modal insan yang berkualiti.

Institut Kemahiran MARA sebagai institusi kemahiran berteraskan
keusahawanan, akan sentiasa memberi dorongan kepada para pelajar agar
lebih kreatif dan inovatif dalam merintis segala hasrat yang boleh dikembangkan
untuk membina masa hadapan saudara saudari yang lebih cemerlang.

Selaras dengan aspirasi negara untuk mengarusperdanakan latihan
kemahiran dan memperluaskan akses kepada Pendidikan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) yang berkualiti, Institut Kemahiran MARA Lumut juga sentiasa
berusaha mengukuhkan Kerjasama dengan pihak industri agar perkongsian
teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung akan memantapkan lagi
proses pembelajaran dan latihan saudara saudari sekalian sebagai persediaan
menempuhi alam pekerjaan sebenar.

m.s l .01

PERUTUSAN PENGARAH

Saya selaku Pengarah Institut Kemahiran MARA Lumut akan menunggu
lakaran kejayaan dan kegemilangan oleh saudara saudari sekalian sebagai
pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut. Insya-Allah dengan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif serta tenaga pengajar yang berkemahiran
tinggi di dalam bidang masing-masing, saudara dan saudari akan muncul
sebagai pelajar yang matang dan seimbang dari segi akal dan akhlak di
samping berjaya di dalam bidang yang diceburi.

m.s l .02

PERUTUSAN TIMB. PENGARAH (KPHP)

LAZARUS BIN ALIP
Timb. Pengarah (KPHP)

Salam Hormat dan Salam Sejahtera,
Selamat datang kepada semua pelajar yang telah ditawarkan tempat

pengajian di Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut bagi sesi Jan - Jun 2023 ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
di atas kejayaan para pelajar kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di
dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Ini
merupakan langkah pertama ke arah membina kerjaya untuk masa hadapan
yang lebih baik.

Program yang ditawarkan di IKM Lumut sentiasa dikemaskini
berlandaskan industry driven dan industry demand dan ini menjadikan pelajar
lepasan IKM Lumut sentiasa ‘laris’ di pasaran. Kadar kebolehpasaran lepasan IKM
Lumut adalah tinggi pada setiap tahun. Ini menunjukkan, graduan IKM Lumut
berdaya saing, memenuhi keperluan tenaga kerja dan mendapat pengiktirafan
daripada institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Dalam menuju negara
maju, sudah pasti tenaga kerja yang berkemahiran tinggi amat diperlukan untuk
memastikan agenda pembangunan negara tercapai. Saya yakin, bahawa
kerjasama dengan pihak industri dan agensi kerajaan adalah model terbaik
dalam melahirkan graduan yang bertepatan dengan kehendak pasaran. Justeru,
dengan keyakinan itu pihak pengurusan amat menggalakkan sebarang bentuk
jalinan kerjasama dengan pihak industri dalam melahirkan graduan yang
kompetitif dan berdaya saing untuk menjadi tenaga mahir negara pada masa
akan datang.

Ibu bapa yang dihormati sekalian, saya ingin memohon restu dan
kepercayaan untuk kami sebagai warga IKM Lumut agar dapat mencurahkan
ilmu dan kemahiran insaniah kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
sebaik mungkin. Para pelajar juga akan mendapat didikan terbaik daripada
tenaga pengajar yang berpengalaman serta kompeten mengikut bidang
masing-masing.

Akhir kata, saya berdoa dan berharap agar segala usaha dan niat suci
kita semua untuk para pelajar ini dapat direalisasikan dan mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih. m.s l .03

PERUTUSAN TIMB. PENGARAH (HEA)

Ts. MUHAMAD SAIDI BIN MAT ALI
Timb. Pengarah (HEA)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tahniah dan selamat datang saya ucapkan kepada semua pelajar

yang telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Institut
Kemahiran MARA Lumut. Saya yakin dan percaya anda semua telah membuat
pilihan yang tepat dengan memilih Institut Kemahiran MARA Lumut sebagai
institusi TVET pilihan untuk meneruskan cita-cita. Bidang TVET semakin mendapat
pengiktirafan masyarakat kerana kepentingannya terhadap pembangunan
ekonomi negara.

Semua program yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Lumut
telah mendapat pengiktirafan daripada badan pengiktirafan seperti Malaysian
Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), badan
profesional seperti Suruhjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB). Pihak pengurusan Institut Kemahiran MARA Lumut
juga Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan berkualiti dan bermutu.

Kehidupan sebagai seorang pelajar menuntut kepada minat dan
disiplin yang tinggi supaya pengetahuan dan kemahiran dapat dikuasai
dengan baik. Walaubagaimanapun kecemerlangan dalam akademik sahaja
adalah tidak memadai jika tidak disertai dengan akhlak dan sahsiah yang
terpuji. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membentuk pelajar yang matang
dan seimbang dari segi akademik dan akhlak.

Tiada jalan singkat dalam mencapai kejayaan, maka hargailah
peluang yang diperolehi ini dengan belajar bersungguh-sungguh demi
menggapai sebuah kejayaan dan membina masa depan yang lebih baik.
Selamat belajar dan semoga kejayaan mengiringi anda semua.

Sekian, terima kasih.

m.s l .04

VISI, MISI & OBJEKTIF MARA

VISI MARA

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan
diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

MISI MARA

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan
dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti
Bumiputra.

OBJEKTIF MARA

1. Membangunkan usahawan berjaya dan
inovatif

2. Melahirkan modal insan global yang berintegriti
3. Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
4. Memudah cara sistem penyampaian

m.s l .05

OBJEKTIF BKT MARA

1. Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA
yang unggul berteraskan industri dan
teknousahawan.

2. Membentuk modal insan TVET yang holistic
dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious,
Innovative, Skills and Entrepreneurship).

3. Pemangkin dalam revolusi teknologi industri
bagi meningkatkan daya saing.

4. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA
yang mampan dan dinamik.

5. Menjadi institusi Pendidikan TVET yang diiktiraf
di peringkat antarabangsa.

“BUILDING TALENT, GENERATING FUTURE”

m.s l .06

MSR SEPINTAS LALU & OBJEKTIF MSR

MINGGU SILATURAHIM SEPINTAS LALU

Seperti kelaziman, Institut Kemahiran MARA Lumut mengadakan Minggu
Silaturahim bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu yang
melaporkan diri. Namun demikian, Minggu Silaturahim pada kali ini
sedikit berbeza. Ia akan diadakan secara fizikal dan perlu mematuhi
SOP bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar.

OBJEKTIF MINGGU SILATURAHIM (MSR)

1. Memberi pendedahan awal terhadap sistem pembelajaran dan
suasana pembelajaran di Institut Kemahiran MARA Lumut bagi
membantu ke arah persediaan rapi dari segi mental dan fizikal
pelajar-pelajar baharu.

2. Menjelaskan kepada pelajar tentang komponen - komponen latihan
kemahiran yang pelajar akan ikuti seperti komponen pengajian
teknikal, pengajian am, ko-kurikulum, latihan industri dan
pembangunan sikap serta sahsiah pelajar.

3. Melatih pelajar baharu berkomunikasi secara berkesan dengan
pengurusan dan organisasi melalui saluran yang betul.

4. Membantu pelajar-pelajar dalam usaha mengadaptasi diri dengan
kehidupan sebagai pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut.

5. Melahirkan sifat bertatatertib dan bertanggungjawab kepada
peraturan IKM Lumut.

6. Memberi kesedaran dan membangkitkan semangat juang kepada
pelajar untuk maju jaya dalam bidang yang dipilih.

m.s l .07

JAWATANKUASA MINGGU SILATURAHIM

PENGERUSI

PN. FADHLINA BINTI SULAIMAN

TIMB. PENGERUSI

PN. ZULIANA BINTI ZAINI

SETIAUSAHA

PN. NURWAHIDAH BINTI WAHID

AHLI JAWATANKUASA (AJK)

EN. MOHD NAZRI BIN AHMAD
EN. MOHAMAD NIZAM BIN AMINUDDIN
EN. NOR ZAIRAM BIN RAMLI
EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD ALIAS
EN. ZUHAIRI BIN ABDUL KARIM
EN. UMAR BIN AHMAD
PN. ZALIANA BINTI YAHYA
PN. NORISAN BINTI ABU BAKAR
EN. ABDUL RASHID BIN ABDUL MUTHALIB
EN. MOHD NOR AZMIL BIN ABDUR KADIR

m.s l .08

SENARAI NAMA PROGRAM YANG
DITAWARKAN

PROGRAM DIPLOMA

DGA - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
DCP - DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (Kuasa)
DCS - DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (Pendawaian)
DFD - DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (Big Data)
DTB - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF BAIK PULIH DAN

KEMASAN BADAN KENDERAAN
DTR - DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN PERABOT

KONTEMPORARI
DTW - DIPLOMA TEKNOLOGI PERKHIDMATAN AIR

PROGRAM SIJIL

SSB - SIJIL SENIBINA
STF - SIJIL TEKNOLOGI FOUNDRI
SBN - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN
SLR - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN

REKABENTUK)

m.s l .09

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran – Khidmat Pengurusan

EN. LUKMAN HAKIM BIN HASAN
Pengarah

EN. LAZARUS BIN ALIP
Timbalan Pengarah (KPHP)

Ts. MUHAMAD SAIDI BIN MAT ALI
Timbalan Pengarah (HEA)

PN. NORHAIRUNNISA BINTI YUSOF
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)

Unit Pentadbiran – Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar

Unit Pentadbiran – Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar
Unit Pentadbiran - Hal Ehwal Akademik
Unit Peperiksaan & Pensijilan
Unit Kaunseling & Kerjaya
Unit Perhubungan Industri
Unit Media
Unit ICT
Stor logistik
Pengurusan Asrama
Pusat Sumber Pengajaran

m.s l .10

JABATAN PENGAJIAN AM & TEKNIKAL

JABATAN PENGAJIAN AM

PN. JAUHARATUDDINI BINTI HANAFI
[Ketua Jabatan]

UNIT KEUSAHAWAN
PN. WAN NOR KAMILAH BINTI WAN IDRIS [Ketua Unit]
UNIT BAHASA INGGERIS
PN. MASNITA BINTI IBRAHIM KONI [Ketua Unit]
UNIT PENGAJIAN ISLAM
USTAZAH ROSLENDA BINTI MOHAMAD RAWI [Ketua Unit]
UNIT MATEMATIK
PN. SUHAILA BINTI BAHARAIN [Ketua Unit]
UNIT PENGAJIAN MALAYSIA
EN. ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAHIM [Ketua Unit]

JABATAN AWAM, ALAM BINA & SENI REKABENTUK

EN. AB AZIZ BIN ABDULLAH
[Ketua Jabatan]

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN - (SBN)
PN. NOR SHAFIEZA BINTI ABDULLAH
[Ketua Program]

SIJIL SENIBINA - (SSB)
EN. ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD SULAIMAN
[Ketua Program]

DIPLOMA TEKNOLOGI PERKHIDMATAN AIR - (DTW)
EN. MOHAMAD ASRUL BIN CHE NAN
[Ketua Program]

m.s l .11

JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL

DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN PERABOT KONTEMPORARI
- (DTR)
EN. ROSLI BIN MOHAMAD
[Ketua Program]

JABATAN ELEKTRIK

EN. MOHD YUSOFF BIN MAT SAAD
[Ketua Jabatan]
DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK [PENDAWAIAN] - (DCS)
PN. HJH. NORIZAN BINTI ABAS
[Ketua Program]
DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK [KUASA] - (DCP)
EN. H. ABDULLAH BIN T. HAMZAH
[Ketua Program]

JABATAN ELEKTRONIK

PN. ZAINATUL YUSHANIZA BINTI MOHAMED YUSOFF
[Ketua Jabatan]
DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (DFD)
EN. MOHD YASIN BIN YUSOF
[Ketua Program]

m.s l .12

JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL

JABATAN MEKANIKAL & AUTOMOTIF

EN. MOHD ASYRAF BIN RAWI
[Ketua Jabatan]

DIPLOMA KEJURUTERAAN AUTOMOTIF - (DGA)
EN. HAMZAH BIN AHMAD
[Ketua Program]

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF BAIK PULIH DAN KEMASAN
BADAN KENDERAAN - (DTB)
EN. ZAINAL BIN HANIFA
[Ketua Program]

DIPLOMA KOMPETENSI KIMPALAN/ TVET TAHFIZ - (ITW)
EN. ABDUL RAZAK BIN MAT LAZIM
[Ketua Program]

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN - (SPN)
EN. ZAMIRI BIN MAT PIAH
[Ketua Program]

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL [LUKISAN
REKABENTUK] - (SLR)
EN. ZAIRUL ANUAR BIN ZAMRI
[Ketua Program]

SIJIL TEKNOLOGI FOUNDRI - (STF)
PN. MARLIANI BINTI SAAD
[Ketua Program]

m.s l .13

NOMBOR TELEFON PENGURUSAN

PENGARAH 019 – 5511022
En. Lukman Hakim bin Hasan

TIMBALAN PENGARAH (KPHP) 013 – 810 8786
En. Lazarus bin Alip

TIMBALAN PENGARAH (HEA) 013 – 342 5010
Ts. Muhamad Saidi bin Mat Ali

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (Kanan) 012 – 250 0013
Pn. Noor Aishah binti Mohammad Safie

KAUNSELOR 019 – 512 3535
En. Abdul Rashid bin Abdul Muthalib 019 - 752 4016
Pn. Norizah binti Alias

PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI 019 – 271 0759
En. Khairil Azny bin Md Yusop

KETUA JABATAN PENGAJIAN AM 013 – 5831501
Pn. Jauharatuddini binti Hanafi

KETUA JABATAN AWAM, ALAM BINA & SENI REKABENTUK

En. Ab Aziz bin Abdullah 012 – 698 3802

KETUA JABATAN ELEKTRIK 019 – 448 4541
En. Mohd Yusoff bin Mat Saad

KETUA JABATAN AUTOMOTIF 019 – 955 7895
En. Asyraf bin Rawi

KETUA JABATAN ELEKTRONIK 0111 – 3963 2576
Pn. Zainatul Yushaniza binti Mohamed Yusoff

KETUA PROGRAM SBN 019 – 263 8102
Pn. Nor Shafieza binti Abdullah

KETUA PROGRAM DTW 017 – 426 0462
En. Mohamad Asrul bin Che Nan

m.s l .14

NOMBOR TELEFON PENGURUSAN

KETUA PROGRAM SSB 019 – 880 9772
En. Abdul Rahim bin Mohamad Sulaiman 012 – 455 4405
019 – 780 2291
KETUA PROGRAM DTR 019 – 460 9355
En. Rosli bin Mohamad 013 – 504 5398
019 – 573 8035
KETUA PROGRAM SPN 013 – 864 8970
En. Zamiri bin Mat Piah 019 – 250 6991
013 – 5202606
KETUA PROGRAM STF 019 – 275 7344
Pn. Marliani binti Saad 018 – 215 3845
012 – 455 4405
KETUA PROGRAM SLR 013 – 5015011
En. Zairul Anuar bin Zamri
m.s l .15
KETUA PROGRAM ITW
En. Abdul Razak bin Mat Lazim

KETUA PROGRAM DGA
En. Hamzah bin Ahmad

KETUA PROGRAM DTB
En. Zainal bin Hanifa

KETUA PROGRAM DCS
Pn. Hjh. Norizan binti Abas

KETUA PROGRAM DCP
En. H. Abdullah bin T. Hamzah

KETUA PROGRAM DFD
En. Mohd Yasin bin Yusof

KETUA WARDEN ASRAMA
En. Rosli bin Mohamad

PENGURUSAN ASRAMA
En. Mohd Nazri bin Ahmad

IKRAR PELAJAR

BAHAWASANYA KAMI ;
PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT;
BERIKRAR DAN BERJANJI;
AKAN MEMATUHI SEGALA
PERATURAN YANG DITETAPKAN;
AKAN MENJAGA NAMA BAIK INSTITUT;
KETIKA BERADA DI DALAM DAN LUAR.

BAHAWASANNYA KAMI;
PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT;
AKAN MENDUKUNG VISI & MISI INSTITUT;
BERUSAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN;
DALAM BIDANG AKADEMIK,
KURIKULUM DAN SAHSIAH.

BAHAWASANYA KAMI;
PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT;
BERPEGANG TEGUH PADA JANJI DAN IKRAR KAMI;
DEMI KECEMERLANGAN DIRI, AGAMA DAN INSTITUT,
UNTUK MENCAPAI TRANSFORMASI NASIONAL NEGARA.

m.s l .16

LIRIK LAGU NEGARAKU

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA

m.s l .17

LIRIK LAGU MARA & IKM

A MA NA H RA KYAT

DEMI SATU KEUNGGULAN
BANGSA YANG BERDAULAT
SEBUAH LAMBANG MENAWAN PUNCAK JAYA
PERKASA DI PERSADA DUNIA

OBOR PARA CENDEKIA
MERENTAS MASA HADAPAN
USAHAWAN JAYA TERCIPTA BAHAGIA

MAJU MARA MAJU JAYA

IKM MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH
RAKYAT

MAMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA
SEMANGAT PERINTIS PENUH YAKIN

DEMI SATU AMANAH MULIA

IKM TERCIPTA NAMANYA MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH

ILHAM PEMIMPIN NEGARA RAKYAT

MEMAJU RAKYAT BUMIPUTRA MAMAYUNGI BANGSA DAN NEGARA

MEMBIMBING DALAM KERJAYA SEMANGAT PERINTIS PENUH YAKIN

DEMI SATU AMANAH MULIA

ANEKA BIDANG DIUSAHAKAN

KEMAHIRAN DIUTAMAKAN

MENEMPUH CABARAN

MENINGGIKAN NILAI KERJA

KAMI PELAJAR BERCITA TINGGI
BINA NEGARA
HIDUP JAYA BERDIKARI

IKM DI SELURUH MALAYSIA
INDAH HARUM SENTIASA
NAMAMU DIPELIHARA
LAMBANG CINTA BUMIPUTERA

m.s l .18

SEKALUNG BUDI

PENGERUSI
DAN AHLI JAWATAN KUASA
MINGGU SILATURAHIM SESI JAN - JUN 2023
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA:

PENGARAH,
TIMBALAN PENGARAH,
KETUA JABATAN, KETUA PROGRAM, KETUA UNIT
TENAGA PENGAJAR AKADEMIK DAN TEKNIKAL,
KAKITANGAN PENTADBIRAN,
AHLI JAWATANKUASA KECIL MINGGU SILATURAHIM
(MSR),
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP),
PELAJAR-PELAJAR BAHARU,
IBU/BAPA PELAJAR BAHARU
DAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM
MENJAYAKAN PROGRAM MSR PADA SESI INI. SEMOGA
KERJASAMA YANG DIBERIKAN DAPAT DITERUSKAN
PADA MASA AKAN DATANG.
INSYA-ALLAH.

m.s l .19

JADUAL PROGRAM MSR m.s l .20

m.s l .20

JOM SERTAI KAMI

m.s l .21

ALAMAT, NO. TELEFON & FAX

TERIMA KASIH
KERANA MEMILIH

IKM LUMUT

SEBAGAI PEMACU
KECEMERLANGAN KEMAHIRAN

ANDA.....

ALAMAT :

INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT

JALAN DATO’ SERI KAMARUDDIN,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK.

No. Tel : 05-6884401/1403
No. Fax : 05-6883919

Laman Web : http://www.ikmlumut.edu.my
m.s l .22


Click to View FlipBook Version