PENDEKAR SUFI
DATUK SAGOR PAHLAWAN
PERAK
BIODATA
Dato' Sagor ialah salah seorang daripada Orang Besar
Delapan Perak.
Gelaran penuh ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar DiRaja.
Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin bin Radin Lope,
keturunan Bugis yang berdarjat Daeng.
Isterinya bernama Toh Lipat.
Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada Menteri Ngah Ibrahim.
Dilahirkan di Kampong Gajah
Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber gambar:
Amir Hamidi)
PEKERJAAN DAN
JAWATAN
Berhijrah ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah
bersama Ngah Ibrahim.
Beliau dikurnia gelaran Dato' Sagor oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak
ke-23).
Mengikut Perlembagaan Perak, Dato' Sagor memerintah wilayah
tebing Sungai Perak dari Kampong Gajah ke Pulau Tiga.
Kuasanya ialah mengawal hal ehwal istana, pembinaan istana dan
kapal-kapal yang dinaiki oleh Sultan.
Dato' Sagor tergolong dalam kelima-lima hulubalang Negeri Perak
termasuk Seri Adika Raja, Panglima Kinta, Panglima Bukit Gantang
dan Dato' Maharaja Lela (R.J. Wilkinson, "Papers on Malay Subjects").
Menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan Sultan,
Pembesar-Pembesar Perak dan British di atas kapal HMS Pluto pada
tahun 10 Januari 1874.
PEMBUNUHAN J.W.W BIRCH
D I P A S I R
S A L A K
20 Januari 1877 – Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan,
pembesar-pembesar Perak dengan Inggeris dalam tahun 1874 telah membawa
perubahan dan pergolakan politik yang serius di negeri tersebut.
Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan
Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk
Birch.
Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak
dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk
membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada
pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah.
Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah
menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada
takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa
tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan
menandatangani surat perjanjian tersebut.
Mesyuarat di Durian Sebatang pada 28 Oktober 1875 mencapai keputusan
bahawa JWW Birch, Residen British Perak yang pertama akan dibunuh apabila
tiba di Pasir Salak.
KEMATIAN DATO
SAGOR
Dato' Sagor menolak arahan membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kampong
Gajah untuk mengibarkan bendera British di puncak bukit itu dan membina
balai.
Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela mengetuai misi membunuh JWW Birch
yang mandi di Sungai Perak berdekatan Pasir Salak pada tahun 1875.
Dato' Sagor dihukum dan digantung sampai mati bersama Dato' Maharaja Lela
dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.
Menurut kajian, Datuk Sagor dijatuhi hukuman gantung itu semasa usianya 28
tahun. Pusara Datuk Sagor sehingga kini masih ada di Larut, Perak.
Sesungguhnya kematian Datuk Sagor pada hari ini dalam tahun 1877 adalah
satu pengorbanan besar kepada negara di atas jasa-jasanya mempertahankan
tanahair dari Penjajah Inggeris tersebut. Walaupun tumpas tetapi semangat
an pengorbanan beliau telah menjadi ilham kepada perjuangan orang-orang
Melayu kemudiannya.
-TERIMA KASIH-
JABATAN REHABILITASI
JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
UNIT JURUPULIH CARA KERJA
UNIT FISIOTERAPI
UNIT PENJAGAAN LUKA
S E M P E N A M A J L I S B U
B U R A S Y U R A H S N Z
11 OGOS 2022
# Muafakat Membawa Berkat
# Keluarga HSNZ