The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ciknuyu, 2021-04-04 23:52:06

Cerpen Kasihku Untukmu Ummi

Cerpen Kasihku Untukmu Ummi

******************
Kasihku Untukmu
Ummi

******************

DISUNTING OLEH=NUR ANIS SYAZWANIE BT MOHD ZAIDI...

Jam menunjukkan pukul 6.05 minit pagi. Balqis bangkit dari tidur,
membuka matanya dengan lemah sekali. Dia mengucapkan syukur kerana
masih di panjangkan umur lalu terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan
membersihkan diri.

Selesai semuanya, Balqis membentang sejadah lalu memakaikan telekung
membalut tubuhnya. Dia menunaikan kewajipan pertamanya pada hari itu
dengan penuh kekusyukan. Di akhir solat itu, dia menadah tangan,
memohon keampunan daripadaNya, memohon kekuatan dariNya dan
mengadu segala keresahan dan derita yang ditanggungnya..hanya kepada
Dia Balqis mengadu..Panjang sekali doanya..begitu banyak aduan dan
harapan di tagih dariNya..benar-benar dia memohon di anugerahkan
kekuatan dariNya utk meneruskan kehidupannya di hari-hari yang
mendatang.

Suara tangisan Athirah mengejutkan lamunan Balqis. Airmata yang
mengalir di pipi di seka pantas. Dengan tergesa-gesa dia menamatkan
doanya dan menutup doanya dengan membaca selawat ke atas Nabi. Jari
jemarinya bergerak pantas menanggalkan telekung berwarna putih yang
membalut tubuhnya, sesudah melipat telekung sejadah pula dilipat rapi
lalu di gantung kembali ke tempat asalnya. Dengan langkah yang penuh
berhati-hati Balqis menuju ke arah Athirah.

Athirah masih lagi menangis di tempat tidurnya. Dia bergolek ke kanan
dan ke kiri. Menyedari tiada siapa di sisinya membuatkan dia
menyaringkan lagi tangisannya, dengan harapan uminya akan segera
mendapatkannya. Tidak berapa lama kemudian, uminya sudah ada di
sisinya lalu segera mengangkatnya ke pelukan.

Athirah masih lagi teresak-esak.. namun suara merdu yang lahir di bibir
wanita itu mendayu-dayu memujuknya supaya jangan menangis. Suara
yang penuh kasih sayang. Suara yang penuh rasa cinta.

Athirah memandang wajah wanita yang memeluknya itu. Wajah itu terlalu
menyenangkan. Wajah itu pernah mengukir senyum memujuk Athirah
supaya jangan menangis namun Athirah dapat melihat, dari celahan
kelopak mata uminya itu, ada airmata yang mengalir deras. Sesungguhnya
Athirah tidak mengerti.

Kenapa ummi tersenyum dalam tangisan? Adakah orang dewasa selalu
begini? “Aneh..“bisik hati kecil Athirah lalu dia berhenti menangis lalu
cuba tersenyum kepada umminya itu. dia tidak mahu umminya turut sama
menangis sepertinya. Hatinya resah melihat airmata di pipi ummi. Dia
tidak mahu.

Beberapa hari yang lalu, ada dua wajah yang selalu menatap dan
memeluknya. Athirah tidak tahu siapa mereka namun Athirah sangat
berasa selesa bersama mereka. Yang wanita bersuara merdu dan yang
lelaki bersuara garau namun kedua-duanya sangat menyayangi Athirah.

Athirah nampak, kedua-dua wajah itu sentiasa tersenyum dan ketawa
melihat keletahnya. Athirah juga nampak, kedua-duanya itu juga saling
menyintai antara satu sama lain. Athirah juga nampak, umminya bahagia
bersama lelaki itu. Tapi kini, wajah lelaki itu sudah tidak lagi menyapa
Athirah. Susuk tubuh lelaki itu sudah tidak lagi memeluknya
menghangatkan tubuhnya. Suara lelaki itu tidak lagi mendodoikan
tidurnya. Di mana dia? Athirah tertanya-tanya.

“Di mana dia??” Jerit Athirah bertambah kuat namun cuma bergema di
dalam hatinya. Sejak lelaki itu tiada, ummi sudah berubah. Wajah ummi
tidak semanis dulu. Wajah ummi sarat dengan pelbagai emosi yang susah
untuk Athirah tafsirkan. Ummi tidak lagi ketawa riang seperti dulu.
Seolah-olah separuh dari hidupnya sudah di rampas..“Kejamnya..siapa
yang rampas ayahku?” tangis Athirah bersatu setelah melihat umminya
menangis memeluknya untuk kesekian kalinya.

Athirah dapat merasakan derita yang sarat di tanggung umminya. Hati
Athirah juga sakit namun Athirah tidak mampu berbuat apa-apa. Ubtuk
memujuk ummi juga Athirah tidak mampu..Saat ini, dia hanya mampu
menangis dan tersenyum sahaja..merangkak pun Athirah tidak
tahu..Bagaimana pula dia hendak memujuk ummi? Athirah benar2 resah
lalu memeluk umminya erat-erat..dalam hati memohon..“Tuhan, Kau
tabahkanlah hati ummi ku..dalam doanya tadi aku terdengar dia merayu
drpMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon daripadaMu, dalam
doanya tadi aku terdengar dia memohon supaya Kau tempatkan roh
suaminya dalam golongan yang Kau kasihi..dan sampai di situ saja aku
mampu mendengar kerana selepas itu, kata-kata ummi tidak lagi jelas,
yang kedengaran cuma tangisan dan esakkan. Aku tidak mengerti di mana

suami ummiku namun aku memohon, agar Kau tunaikanlah doa-doa
ummiku, Tuhan..”

Masa berlalu pantas. Sekarang Athirah sudah dewasa. Athirah sudah tahu
soal hidup dan Athirah juga tahu apa itu mati. Athirah juga sudah mengerti
siapa dia di dunia ini dan kenapa dia ada di dunia ini. Athirah juga tahu
siapa yang menciptanya dan Athirah juga tahu bahawa hidup di dunia ini
cuma sementara. Athirah tahu, segala apa yang ada di dunia ini, hanyalah
pinjaman daripadaNya dan Dia berhak merampasnya bila-bila masa
sahaja. Bila-bila masa sahaja. Athirah tahu..

Jika dulu, ketika bersekolah rendah, dia hairan kenapa semua teman
sekelasnya mempunyai ibu dan bapa, namun dia tiada. Yang ada cuma
ummi. Pernah juga rakan-rakannya mengejek mengatakan dia anak yatim,
tiada bapa. Athirah tidak mengerti apa-apa namun bila makin hebat mereka
mengejek Athirah akhirnya menangis sambil pulang ke rumah lalu
mendapatkan umminya. Dalam pelukan ummi Athirah menyambung
esakan. “Ummi..kenapa Athirah tiada ayah seperti kawan-kawan yang
lain?”..itulah soalan Athirah berulang-ulang kali. Namun ummi selalunya
akan diam lalu memeluknya. Ummi akan tersenyum lalu mengusap-usap
kepalanya.

Pernah juga ummi menangis melihat Athirah menangis namun Athirah
tidak mengerti apa-apa. Ummi selalu berkata “Tuhan lebih menyayangi
babah Athirah..” Namun Athirah tetap tidak berpuas hati lalu
menyoal..”Kalau Tuhan sayangkan babah..kenapa Dia curik babah
Athirah?”..demikian soal Athirah yang sememangnya tidak mengerti apa-
apa. Dia memang tidak mengerti.

“Athirah..buat apa tu sayang?” suara ummi yang datang dari belakang
mengejutkan lamunan Athirah. Dengan segera dia memalingkan wajahnya
menatap wajah Ummi. Athirah mengukir senyum, Ummi juga
membalasnya.“Ummi, terima kasih untuk segalanya..” tidak semena-mena
Athirah mengucapkan kata-kata itu lalu memeluk Balqis. Balqis terpinga-
pinga, kaget namun masih membalas pelukan puteri kesayangannya itu.
“Hurmm..thanx for what my dear? Ada buat salah ngan Ummi ke nie?..”
Balqis cuma memerangkap buah hati kesayangannya itu.

“Mana ada buat salah, tak baik tau Ummi cakap anak ummi yang baik nie

camtu..” Athirah membalas dan meleraikan pelukannya. Mukannya
sengaja di masamkan, buat-buat merajuk.

“Alahai..merajuk la pulak dia…Ummi tahu anak Ummi ni memang baik,
hish..usik sikit pun nak merajuk..” balas Balqis pula lalu memicit hidung
Athirah..Athirah mengaduh..Hidungnya kemerahan menahan sakit lalu
Balqis ketawa melihat gelagat puterinya itu. Lalu mereka sama-sama
ketawa dan meneruskan kebiasaan mereka dengan bersembang berkongsi
cerita. Sememangnya antara mereka tiada rahsia dan Athirah benar-benar
bersyukur di anugerahkan Ummi yang sangat mengasihinya. “Syukur
padaMu Tuhan.” bisik Athirah di dalam hatinya.

“Tuhan kurniakan dugaan hanya kepada hambaNya yang benar-benar
mampu menanggungnya. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha
Mengasihani. Dia tahu kita mampu melalui dugaan hidup ini maka dia
menjemput babah kembali ke sisiNya sewaktu Athirah berusia 5 bulan.
Athirah masih bayi. Dan Ummi bersyukur kerana Athirah hadir dalam
hidup Ummi. Athirah menjadi penguat semangat Ummi. Athirah lambang
cinta Ummi dan Babah. Demi Athirah Ummi berjuang meneruskan
kehidupan ini. Terima kasih sayang..Moga rahmat Tuhan sentiasa
bersama kita, semoga Athirah menjadi anak yang solehah, supaya Ummi
kelak tidak rasa bersalah bila berhadapan dengan Babah di sana kelak.
Athirah buah hati Ummi dan Babah..Ummi sayang Athirah..Jadilah
hamba Allah yang solehah. Ummi tidak mampu limpahkan wang dan
harta untuk Athirah, tapi Ummi bekalkan Athirah dengan ilmu dan
didikan agama..Athirah harus ingat, untuk bahagia di dunia dan akhirat,
kita perlukan Ilmu..”Itulah kata-kata Ummi yang sentiasa terngiang-
ngiang di telinga Athirah.

Pesan Ummi lagi..“Hidup umpama roda, sekejap kita di atas dan
kemudian di bawah pula. walaupun kelak kita jatuh ke bawah, jangan
mudah berputus asa kerana roda sentiasa berputar dan kita tidak
selamanya akan berada di bawah. Jatuh, menangislah jika mahu tapi
jangan terus meratapi nasib, bangkitlah dari kegagalan lalu berusahalah
lebih gigih, insyaALLAH kejayaan akan jadi milikmu sayang..”

Kata Ummi lagi..“Untuk bahagia kita tidak perlukan segala apa yang kita
inginkan..kadang-kadang, apa yang sudah kita miliki itu sebenarnya
sudah memadai untuk membuat kita bahagia. Belajarlah bersyukur ya

sayang..”

Dan kata Ummi lagi..”hidup di dunia ini cuma sementara. Ajal dan maut
semuanya di tangan Tuhan. Menangis dan meratapi pemergian orang
yang sudah tiada umpama suatu tindakan yang sia-sia. Sapulah
airmatamu dan halaulah segala kedukaan. Kematian memisahkan kita
namun tiada di mata tidak bermakna tiada di hati. Bila seseorang anak
adam itu mati, terputus segalanya kecuali beberapa perkara, antaranya
adalah doa anak-anak yang soleh..Ummi harap, Athirah sentiasa ingat
Babah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Babah..”

Dan sebenarnya terlalu banyak kata-kata Ummi yang sentiasa tersemat
rapi di ingatan Athirah. Seteguh kasihnya kepada Ummi, sekuat itu juga
ingatannya tidak lupakan segala pesan Ummi. Segala jerit perih Ummi
membesarkannya sejak dia sebesar tapak tangan hingga kini besar panjang
tidak akan dia sia-siakan. Akan dia balas segala jasa Ummi, dengan izin
Tuhan, itu janjinya.”Ummi..Athirah sayang Ummi..dunia dan akhirat..”
desir hati Athirah penuh ketulusan dan keikhlasan..“Demi Tuhan!”

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu
bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku

semasa aku masih kecil..amin..”

RUJUKAN= iluvislam...


Click to View FlipBook Version