The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizieip, 2021-09-18 03:01:04

1. KONSEP KEMAHIRAN BAHASA

Bidang Teras (PPISMP)

BMMB 1094
KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU

DR. HJ. MOHD TAUFIK B HJ. AHMED
PENSYARAH KANAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS IPOH

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY.

DEFINISI • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
KEMAHIRAN perkataan ‘kemahiran’ bermaksud kepandaian atau
BAHASA kecekapan seseorang individu. Manakala
‘berbahasa’ pula membawa maksud mempunyai
bahasa, menggunakan bahasa dan bercakap dalam
sesuatu bahasa. Oleh itu, definisi kemahiran
berbahasa boleh diertikan sebagai sesuatu
kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu
berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu
kemahiran atau kecekapan seseorang untuk
menerima dan mentafsir maklumat melalui
pendengaran, pertuturan, pembacaan dan
penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir
berbahasa ialah orang yang pendengaran dan
pertuturannya baik.

DEFINISI • Kemahiran berbahasa juga merujuk kepada
KEMAHIRAN kepandaian atau kebolehan seseorang berbahasa.
BAHASA Konsep kemahiran berbahasa merujuk kepada
keupayaan seseorang atau beberapa orang
berkomunikasi atau berinteraksi bagi
menyampaikan idea, pandangan, mahupun
pendapat dalam percakapan dan pertuturan.
Kemahiran berbahasa ini merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

KEMAHIRAN BAHASA

• Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan:
Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

• Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas
yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini
demikian kerana kanak-kanak yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi
cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis
dengan lebih baik.

• Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang
memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.

KEMAHIRAN BAHASA

• Kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang
menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan.Ini
bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih
berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis
dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur
dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan
menulis.

• Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan
seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi /
berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun
pendapat dalam percakapan dan perbualan.

KEMAHIRAN BAHASA Kanak-kanak menguasai
bahasa daripada sesuatu
yang didengar dan dialami.

Meniru dan menuturkannya
berulangkali sesuatu yang
didengar daripada orang
yang berada di sekeliling.

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

• Kepentingan • Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam
kemahiran pengajaran bahasa.

bahasa • Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan berani
bergaul dengan kanak-kanak lain. Mereka akan
mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat.

• Pemikiran melibatkan lambang- lambang tertentu.
Biasanya lambang-lambang ini ialah lambang- lambang
pertuturan.

• Penguasaan perbendaharaan kata yang luas akan dapat
berfikir dengan jelas dan mengeluarkan idea yang
lebih banyak.

• Bahasa Melayu berbeza dari segi pengucapan, intonasi
dan tekanan. Kebiasaan menggunakan bahasa ini akan
dapat mengukuh- kan pembinaan bahasa yang baik.

• Kanak-kanak belajar struktur ayat, pembinaan ayat dan
aspek- aspek tatabahasa secara tidak langsung. Kebiasaan
menggunakan tatabahasa yang betul secara lisan akan
membina asas bahasa yang kukuh.

• Jenis-jenis Kemahiran bahasa

• Kemahiran mendengar membawa maksud keupayaan murid
mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas.
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran bahasa yang asas dan
sangat penting untuk dikuasai oleh murid. Hal ini demikian kerana
penggunaan kemahiran mendengar sangat meluas dalam kehidupan
seharian. Murid yang telah menguasai kemahiran mendengar akan
dapat memperolehi maklumat dengan mudah dan cepat.

• Jenis-jenis • Kemahiran bertutur pula merupakan
Kemahiran bahasa keupayaan murid untuk berbual atau
berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penggunaan tatabahasa yang
betul perlu diberi perhatian semasa murid
belajar menguasai kemahiran bertutur. Hal ini
demikian kerana pertuturan adalah asas
kepada pembelajaran bahasa serta
mempengaruhi kemahiran menghasilkan
bahasa melalui tulisan. Murid juga dapat
berkomunikasi dengan rakan atau guru untuk
mendapatkan maklumat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan.

• Jenis-jenis • Kemahiran membaca ialah keupayaan individu
Kemahiran bahasa untuk memindahkan tulisan kepada suara untuk
menangkap makna dan memahami apa yang
dibaca. Membaca merupakan kemahiran yang
harus dikuasai oleh murid bagi membolehkan
murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan seharian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup (Tuan Jah Tuan Yusof, et. al:
2011). Menurut Atan Long, kemahiran
membaca melibatkan kebolehan mengenal
lambang-lambang dan menterjemahkan
lambang-lambang kepada bunyi-bunyi yang
disampaikan oleh tulisan. Membaca juga
melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-
idea yang disimbolkan melalui penulisan atau
simbol tertulis (Dallman).

• Jenis-jenis
Kemahiran bahasa

Terima Kasih

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY.


Click to View FlipBook Version