The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK, PERINGKAT KEBANGSAAN, KALI KE-11,2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizieip, 2021-09-26 21:30:39

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK

BUKU PROGRAM PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK, PERINGKAT KEBANGSAAN, KALI KE-11,2021

PERTANDINGAN FORUM

PIALA MENTERI BESAR PERAK​
PERINGKAT KEBANGSAAN, KALI KE-11, 2021

Tema: “ Kebitaraan Bahasa Melayu
Pemangkin Peradaban Dunia”

KATA ALU ALUAN
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakath dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh atas
kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini. Saya
memanjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT atas kejayaan IPG Kampus Ipoh menganjur dan menjayakan
Pertandingan Forum antara Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11 Piala Menteri Besar Perak
yang membawa tema, “Kebitaraan Bahasa Melayu Pemangkin Peadaban Dunia”.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak IPG Kampus Ipoh dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang
telahbertungkus lumus serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penganjuran pertandingan forum pada
kali ini. Saya yakin pertandingan forum ini mampu menjadi platform bagi melatih para siswa mengemukakan
hujah, berfikir secara kreatif, kritis dan analitis demi melahirkan legasi pendidik dan pemimpin yang berkaliber
dan cemerlang dalam abad ke-21 ini. Kerajaan Negeri Perak akan sentiasa menyokong dan memberikan
kerjasama dalam usaha murni ini.
Sejajar dengan perkembangan bahasa di Malaysia, forum merupakan landasan yang sesuai dan ampuh, selari
dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan siswa berketerampilan dan bersifat informatif. Elemen
kreatif dan kritis juga dapat dibentuk melalui forum, sekali gus para siswa dapat menyampaikan informasi yang
terkini dan mantap dengan lebih berkesan melalui penggunaan bahasa yang sesuai dan menarik.
Saya berharap para siswa sekalian dapat menjadikan pertandingan forum ini sebagai satu wadah untuk
mencungkil bakat dan mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran
interpersonal. Transformasi minda yang dijana membolehkan para siswa berdaya saing dan mampu meletakkan
negeri Perak Darul Ridzuan sebagai pemangkin untuk mengangkat peradaban bahasa Melayu di peringkat
global.
Akhir bicara, mudah-mudahan urusan kerja kita sentiasa dipermudahkan dan hasil kerja baik yang saudara-
saudari curahkan demi rakyat dan negeri sentiasa mendapat pembalasan sebaiknya daripada Allah SWT.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YAB DATO' HAJI SAARANI BIN MOHAMAD
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

KATA ALU ALUAN REKTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, IPG Kampus Ipoh masih
dapat merealisasikan aktiviti kebahasaan pada tahun ini walaupun dalam suasana yang amat berbeza berbanding
tahun-tahun sebelumnya. Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur dan pelaksana pertandingan ini.

Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang telah menggugat keadaan
sosioekonomi global, pelbagai usaha termasuklah penganjuran pertandingan forum seperti ini perlu diteruskan
bagi memperkasakan sistem sokongan siswa dan warganya dalam menangani cabaran krisis COVID-19.
Pertandingan ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran komunikasi dan pengetahuan pelajar ke arah
memperkaya pengalaman mereka agar bersedia untuk mendepani kehidupan selari dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Diharapkan agar pertandingan ini dapat mencapai aspirasi bidang pendidikan sebagai peneraju dalam
aspek kemenjadian pelajar yang holistik, berilmu, berdaya usaha, dan memiliki nilai manusiawi ke arah
kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.

Norma baharu akibat pandemik ini memberi implikasi terhadap kebanyakan aspek kebiasaan kita seperti
aspek pengurusan akademik, peperiksaan, hal ehwal pelajar, latihan profesionalisme perguruan, serta
penyelidikan dan inovasi. Pengubahsuaian terhadap kebiasaan memerlukan anjakan transformasi yang
berteraskan kepada teknologi oleh setiap individu dan sistem pentadbiran; dan sudah tentulah sesuatu
perubahan tidak akan dapat dilakukan tanpa ilmu. Saya amat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh semua
pihak dalam merealisasikan tanggungjawab masing-masing. Usaha ini membuktikan keupayaan warga IPG untuk
mengadaptasi diri dalam norma baharu melalui penguasaan ilmu demi membina generasi baharu yang
cemerlang. Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dengan lebih cemerlang demi pembangunan
generasi masa hadapan.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh
seluruh warga IPG. Keikhlasan dan kesabaran semua pihak sama ada dalam situasi biasa atau situasi sukar, perlu
diteruskan dan diharapkan akan memperoleh ganjaran yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Marilah kita
berdoa semoga pembinaan generasi baharu yang cemerlang dapat dihasilkan melalui kecintaan terhadap ilmu, di
samping beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DR. HAJAH RUSMINI BINTI KU AHMAD

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

KATA ALU ALUAN KETUA PENGARAH
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pertandingan Forum Piala Menteri
Besar Perak, Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11 Tahun 2021 dapat dilaksanakan lagi pada tahun ini. Setinggi-
tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selaku tuan
rumah atas usaha gigih dan iltizam untuk menganjurkan pertandingan ini demi kelangsungan perkembangan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menyokong pelaksanaan pertandingan seperti forum, syarahan, debat,
dan pantun merupakan sebahagian daripada daya usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Cabaran dalam
memastikan kelangsungan Bahasa Melayu yang kian hari dicabar dalam arus pemodenan dan perbezaan
fahaman politik menuntut semangat jitu dan berterusan daripada pencinta Bahasa Melayu. Amat diharapkan
agar diri para siswa sebagai penyampai ilmu dalam bidang pendidikan semata-mata malah merupakan satu
usaha untuk memantapkan keyakinan diri agar mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab
profesional yang lebih mencabar pada suatu hari nanti.

Melalui bahasa, satu-satu negara bangsa dapat menjadi jendela untuk mengenal tamadun bangsa itu.
Sehingga kini, bahasa Melayu telah digunakan bukan sahaja dalam alam Melayu, tetapi juga di seluruh dunia
dengan jumlah penutur melebihi 350 juta orang. Maka, penganjuran pertandingan ini selaras dengan objektif
DBP yang berpegang kepada prinsip pembinaan negara bangsa melalui bahasa Melayu bagi merealisasikan
wawasan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.

Oleh yang demikian, sebagai badan yang diamanahkan untuk memartabatkan bahasa Melayu, DBP sentiasa
bersedia memberikan sokongan dan khidmat nasihat untuk menjayakannya. Semoga kerjasama yang terjalin
antara IPG Kampus Ipoh dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kepada semua pasukan yang bertanding dalam Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-11 pada kali ini, anggaplah pertandingan ini sebagai medan terbaik bagi para siswa sekalian
untuk membuktikan kemampuan dalam mencerna idea bernas secara teratur, sekali gus membuktikan bahawa
bahasa Melayu ialah wadah yang tepat bagi pengucapan pemikiran tinggi dalam semua bidang. Harapan
Dewan Bahasa dan Pustaka adalah agar pertandingan forum ini dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rantau ini dan juga menjadikan bahasa pengantara dan berdaya saing
pada peringkat global.

“BAHASA JIWA BANGSA”

DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka.

KATA ALU ALUAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pertandingan Forum Piala
Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11, tahun 2021 kerana memberi peluang untuk saya
merakamkan sepatah dua kata sempena pertandingan forum pada kali ini.
Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan ini diharapkan dapat memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sejajar dengan tema penganjurannya, iaitu “Kebitaraan Bahasa
Melayu Pemangkin Peradaban Dunia”. Saya berharap dan yakin penganjuran pertandingan forum seperti ini
dapat menggilap bakat para siswa dalam melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif serta mampu
menarik minat pendengar dalam menelusuri isu yang dibincangkan. Di samping itu, tahap kefahaman dan
kesedaran para siswa tentang elemen forum yang menjadi teras dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran juga dapat dipertingkatkan. Jalinan kerjasama dengan pihak luar pula dapat memantapkan lagi
penerokaan ilmu dalam menghadapi cabaran pendidikan menjelang abad ke- 21.
Pandemik COVID-19 dijangka tidak reda sepenuhnya dalam masa yang terdekat, namun para siswa perlu
bersedia untuk menjalani sesi pembelajaran dalam norma baharu. Para siswa perlu mempersiapkan diri dengan
pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi di samping menjadi lebih berdikari, kreatif dan bijak
mencari solusi setiap permasalahan yang dihadapi. Buat permulaan, situasi ini akan menimbulkan kejanggalan,
namun lambat laun semua pihak akan boleh menghadapinya dengan baik. Sesungguhnya, pandemik COVID-19
menyebabkan pelbagai amalan baharu termasuklah kaedah komunikasi dan penilaian secara dalam talian
menjadi kaedah alternatif bagi menggantikan kaedah bersemuka seperti sebelum ini. Usaha jawatankuasa
penganjur yang meneruskan pertandingan ini dalam bentuk hibrid haruslah dipuji.
Amatlah diharapkan agar penganjuran pertandingan forum kali ini dapat meningkatkan sinergi antara warga
Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan warga institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi melahirkan
modal insan yang berkaliber dan cemerlang seterusnya menjadi pemangkin kepada peradaban transformasi
pendidikan negara bagi membina pendidik yang menjadi model terkemuka untuk masa depan.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Pertandingan Forum
Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-11 tahun 2021 serta semua peserta forum yang terlibat
dalam menjayakan pertandingan ini.

Sekian.

DR. YAHYA BIN OSMAN
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

RINGKASAN EKSEKUTIF

PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK
PERINGKAT KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN

Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak telah bermula sejak tahun 2011 dan diteruskan
pada setiap tahun sehingga ke tahun 2021. Penganjuran kali ini merupakan penganjuran kali
yang ke-11. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama-sama antara Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun ini julung-julung
kalinya diadakan secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula pada 27 September hingga 6
Oktober 2021.

Penganjuran pertandingan forum adalah bertujuan untuk menggilap bakat generasi muda dalam
melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif dan mampu menarik minat pendengar dalam
menelusuri topik yang dibincangkan. Elemen kreatif dan kritis juga dibentuk untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan menarik. Hal ini demikian, amat
sejajar dengan saranan kerajaan yang ingin melahirkan warga Malaysia yang cemerlang dan
terbaik dalam menghadapi dunia yang kian mencabar khususnya di era digital ini.

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah diberikan amanah sebagai Pusat Kecemerlangan
Bahasa Melayu, IPG Zon Utara, maka penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada
pelajar Institut Pendidikan Guru, Universiti Awam, dan Universiti Swasta berdiskusi bagi
meningkatkan penguasaan dan keupayaan bahasa Melayu.

TEMA

Kebitaraan Bahasa Melayu Pemangkin Peradaban Dunia.

OBJEKTIF

Objektif Pertandingan adalah untuk:
1. Memantapkan jati diri pelajar melalui pemerkasaan bahasa kebangsaan.
2. Meningkatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar dalam penerokaan ilmu bagi menghadapi

cabaran globalisasi.
3. Meningkatkan pemahaman dan kesedaran mahasiswa tentang elemen-elemen forum dalam

perbincangan akademik.
4. Menyediakan landasan kepada mahasiswa yang kompeten dan memiliki kemahiran abad ke-

21 yang antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, dan kemahiran
interpersonal.
5. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara maya melalui pelbagai aplikasi.

ATUR CARA

ATUR CARA
PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN

KALI KE-11, 2021
(PUSINGAN AWAL)

TARIKH MASA ATUR CARA
8.00 – 9.30 pagi Pendaftaran Google Form

27 SEPT 2021 10.00 – 11.30 pagi Taklimat peserta dan hakim
ISNIN Sesi Pengundian Giliran, Bilik dan Tajuk Forum
(6 Pasukan) REHAT
2.00 – 2.30 petang Penyerahan Tajuk kepada Pasukan 1 dan 2
2.30 – 3.00 petang Pasukan 1 dan 2
3.10 – 3.40 petang Pasukan 3 dan 4
3.50 – 4.10 petang Pasukan 5 dan 6

8.00 – 8.30 pagi Penyerahan Tajuk kepada Pasukan 7 dan 8
08.30 – 9.00 pagi Pasukan 7 dan 8
9.10 – 9.40 pagi Pasukan 9 dan 10
9.50 – 10.10 pagi Pasukan 11 dan 12
10.10 – 10. 30 pagi REHAT

10.00 – 10.30 pagi Penyerahan Tajuk kepada Pasukan 13 dan 14

28 SEPT 2021 10.30 – 11.00 pagi Pasukan 13 dan 14
SELASA 11.10 – 11.40 pagi Pasukan 15 dan 16
(18 Pasukan)
11.50 -12.20 tgh hari Pasukan 17 dan 18

12.00 - 2.00 petang REHAT

2.00 – 2.30 petang Penyerahan Tajuk kepada Pasukan 19 dan 20

2.30 – 3.00 petang Pasukan 19 dan 20
3.10 – 3.40 petang Pasukan 21 dan 22
3.40 – 4.10 petang Pasukan 23 dan 24

ATUR CARA

ATUR CARA
PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN

KALI KE-11, 2021
(PUSINGAN AWAL)

8.00 – 8.30 pagi Penyerahan Tajuk kepada
Pasukan 25 dan 26
08.30 – 9.00 pagi
9.10 – 9.40 pagi Pasukan 25 dan 26
9.40 – 10.10 pagi Pasukan 27 dan 28
10.10 – 10. 30 pagi Pasukan 29 dan 30
REHAT
29 SEPT 2021 10.00 – 10.30 pagi Penyerahan Tajuk kepada Pasukan
RABU 10.30 – 11.00 pagi 31 dan 32
Pasukan 31 dan 32
(16 Pasukan) 11.10 – 11.40 pagi Pasukan 33 dan 34
Pasukan 35 dan 36
11.40 -12.10 tgh hari REHAT
Penyerahan Tajuk kepada Pasukan
12.10 – 2.00 petang 37 dan 38
Pasukan 37 dan 38
2.00 – 2.30 petang Pasukan 39 dan 40
Pasukan 41
2.30 – 3.00 petang
3.10 – 3.40 petang
3.50 – 4.10 petang

REHAT

PENGUMUMAN EMPAT PASUKAN YANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR
PADA 6 OKTOBER 2021

4:30 PETANG

ATUR CARA

PERTANDINGAN AKHIR FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK
DAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK

PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-11, 2021.

TARIKH : 6 OKTOBER 2021 (RABU)
APLIKASI : ZOOM/ FACEBOOK/ YOUTUBE

MASA ATUR CARA

8.00-10.30 pagi Pertandingan Akhir Forum Piala Menteri Besar Perak (4 Pasukan)

10.30 – 11.00 pagi REHAT

11.00 pagi Ketibaan Para Peserta/ Pensyarah/ Pelajar/ Tetamu
11.15 pagi
• Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
• Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku
• Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak
• Bacaan Doa
• Tayangan Multimedia
• Ucapan alu-aluan Dr. Yahya bin Osman, Pengarah IPG Kampus Ipoh
• Ucapan Yang Berusaha Dr. Rusmini binti Ku Ahmad

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM
• Ucapan YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
• Ucapan dan Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Piala Menteri
Besar Perak Kali ke-11, 2021 oleh YAB Menteri Besar Perak
Darul Ridzuan
• Ulasan Ketua Hakim
• Pengumuman Pemenang Pertandingan Forum Piala Menteri Besar
Perak Kali ke-11, Tahun 2021.
• Nyanyian Lagu IPGM
• Sesi Fotografi

12.30 tengah hari Bersurai

AHLI JAWATANKUASA

SENARAI AHLI JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGAS
PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK

PERINGKAT KEBANGSAAN, KALI KESEBELAS (2021)

PENAUNG
YBhg. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor, IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka

PENASIHAT
YBrs Dr. Yahya bin Osman
Pengarah, IPG Kampus Ipoh

Dr. Hazami bin Jahari
Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera

Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor , Pusat Hal Ehwal Pelajar

Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM

PENGERUSI 1
Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman
Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI 2
Encik Shamsudin bin Abu Bakar
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

TIM. PENGERUSI 1
Encik Mohd Fadzli bin Tajuid
Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan

Kanak-kanak dan Remaja, DBP

TIM. PENGERUSI 2
Dr. Hasnah binti Awang
Penolong Ketua Jabatan

Setiausaha
Puan Rozita binti Haji Omar

P. Setiausaha I
Puan Noor Liza binti Abdullah

P. Setiausaha 2
Puan Azlin binti Asmuni (DBP)

P. Setiausaha 3
Encik Jamhari bin Saari (IPGM)

AHLI JAWATANKUASA

Bendahari
Puan Hjh Norehan binti Muhamad

Penolong Bendahari
Haji Abdul Rani bin Hassan

Urus Setia
Puan Rozita binti Hj Omar (K)
Dr.Hjh Nor Aziah binti Abdul Aziz

Encik Shaddin bin Sabri
Puan Haziah binti Che Husin (DBP)

Urusan Hakim dan penghakiman
Dr. Hajah Fatimah binti Ibrahim (K)

Puan Noor Liza binti Abdullah
Encik Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi

Protokol
Encik Zainal Ariff bin Mat (K)
Encik Mohd Nazri bin Saad
Encik Azmi bin Mohamad@ Md. Jelani
Puan Wan Ziraiza binti Wan Ismail
Dr. Abdul Razak bin Norruzzaman

Penajaan
Encik Khairulanuar bin Ismail

AHLI JAWATANKUASA

Buku program dan Atur cara
Dr. Hj. Mohd Taufik bin Hj. Ahmed

Teks Ucapan dan Kata Alu-aluan
Dr. Hajah Fatimah binti Ibrahim (K)

Puan Noor Liza binti Abdullah
Puan Hjh Norehan binti Muhamad

Cik Hjh Nur Azah binti Ahmad
Puan Azlin binti Asmuni (DBP)
Puan Hasni binti Jamali (DBP)

Hadiah dan Cenderamata
Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz(K)

Dr. Haji Mohd Taufik bin Hj. Ahmed
Puan Nor Hidayah binti Ilias (DBP)

Jamuan
En. Noor Azni bin Yahya (K)
Dr. Suliana binti Wan Chik

Pemilihan tema dan Tajuk
Tuan Haji Abdul Rani bin Hassan (K)

Encik Zainal Ariff bin Mat

AHLI JAWATANKUASA

Pelaporan dan Penerbitan
Tuan Haji Mokhtar bin Haji Rais (K)

Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
Puan Sabariah binti Khairuddin

Publisiti
Dr.Mohd Nazri bin Zainuddin (K)

En. Noor Azni bin Yahya

Persembahan Multimedia
Tuan Haji Zain Hazmi bin Zain Baharin (K)

En. Mohd Zaki bin Jamaluddin

Doa
Dr. Rizalman bin Muhammad

Pengurusan Pertandingan Secara dalam Talian
(Jika Secara dalam Talian)

En. Zaini bin Abdul Ghani
En Khairulanuar bin Ismail

Jurulatih
Dr. Hasnah binti Awang

AHLI JAWATANKUASA

Teknologi Maklumat, Rakaman dan Tayangan
Muhammad Firdaus bin Mohamad (K)
Puan Siti Zubaidah binti Haris Fazilah
En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar

Pengacara Majlis
Tuan Haji Azlan bin Lin (K)

Dr. Norlia binti Mat Esa

Sijil
Encik Mohamad Hafiz bin Hisamudin (K)

Encik Mohamad Faizal bin Ibrahim

Peralatan dan siar raya
En. Zahrullail b Si Rajab (K)
Pn. Miftahussa'adah bt. Amnan

En. Mohd Rizal b. Md Lif

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

1. IPG KAMPUS TUANKU JURINA BINTI IDRUS
BAINUN, PULAU PINANG MUHAMAD KHAIRI IZWAN BIN MD HASSAN
WAN SITI NURFATIMAH BINTI MOHD HATTA
NURUL SYUHADA BINTI MOHD. ZAMRI
MUHAMMAD HAZWAN BIN BADERUN

2. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUR SYAMIMI BINTI ZULKAFLE

(KDBM) MUHAMMAD AIMAN BIN ARSHAD

MOHAMAD THALHAH BIN JAMIL

MUHAMMAD SYAFIQ AKMAL BIN MOHD FAHMI

NUR AIN AQILAH BINTI ROSLI

3. UNIVERSITI PENDIDIKAN NUR AFIFAH BINTI ABU TALIB
SULTAN IDRIS, TANJUNG NURUL AINUNNIESHA BINTI JEMALI
MALIM PERAK MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMED DIN
MUHAMAD SHAHRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN
MUHAMAD HAIQAL BIN MUSA

4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUHAMMAD AMEER SHAUQI

(FAKULTI PENGAJIAN NORFATIHAH BINTI AZMAN

PENDIDIKAN) NURUL HIDAYAH BINTI ABDULLAH

NUR SYADZA ZAHIRA BINTI MOHD ROSLI

NURUL BAHIRAH BINTI BAHARUDDIN

5. IPG KAMPUS TUN ABDUL MOHAMAD HISHAMUDEEN BIN HALIL

RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SITI SAIRAH BINTI ABDULLAH

SARAWAK ERNIA SYAEKA BINTI SAM

WONG HUI LIM

MUHD SYAFIQ FARHAN BIN MOHAMMAD

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

6. IPG KAMPUS BAHASA NUR FARISHA AYUNI BINTI KHAIRULNIZAM
ANTARABANGSA KUALA ANIS HADHIRAH MARDHIAH BINTI HASNUL HADI
LUMPUR (KUMPULAN 1) NUR 'ARISHA BINTI MAHASSAN
NURFATIHA BINTI RAMODZAN
NUR ALYSYA BINTI KHAIRULLAH

7. IPG KAMPUS BAHASA MOHAMMAD SALIHIN BIN ABDUL RAHMAN
ANTARABANGSA KUALA KHAIRUNNAJIHAH BINTI MOHAMAD MAHZUNIE
LUMPUR (KUMPULAN 2) SYED ADIL BIN SYED ABU BAKAR
SYAZWANI BINTI SHAIDIN
MUHAMAD ALIF NAQIUDIN BIN NAZLI

8. IPG KAMPUS TUN HUSSIEN MUHAMMAD AZRUL NIZAM BIN JIMAT@JUMAT

ONN NURAQILAH BINTI ZAINUDIN

HUSNI DARWISYAH BINTI AZIZ

NUR SYAFIQAH MAISARAH BINTI ROSDI

MARIATUL ATIQAH BINTI KHAIRILAZLEE

9. IPG KAMPUS DATO' RAZALI NAJWA ROSLI

ISMAIL (KUMPULAN 1) CHE WAH ANIS SHOLIHAH

AMIRA SOFEA MOHD NOOR

DARSHINII A/P GUNASAGARAN

UMMIE ANNIDAYU

10 IPG KAMPUS DATO' RAZALI WAN NOR FATIHA

ISMAIL (KUMPULAN 2) NUR AINA SOFIA SAFFRI

MUHAMMAD NAZRUL IMAN

AIMI KHAIRIYAH HAMDAN

NOR ANIS RAMDULLAH

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

11. IPG KAMPUS DATO’ RAZALI MUHAMMAD AFIF MAZLAN
ISMAIL (KUMPULAN 3) ABDUL MUQSIET ABD RAHMAN
NAZATUL AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR
NUR EZATTI AKHMA BINTI MOHD NASIR
AHMAD IDHAM HAKIMI BIN AHMAD FAUZ

12. IPG KAMPUS BAHASA NUR ATIKAH NAJWA BINTI MOHAMMAD
MELAYU (KUMPULAN 1) NUR KHAIRUNNISA BINTI ZULKEPLI
NIK MUHAMMAD TARMIZI BIN ABD RAHMAN
MUHAMMAD ZARRIN BIN SHAMSUL ANUAR
YASMEEN NURAISYAH BINTI JAMAL ALI

13. IPG KAMPUS BAHASA NUR NABILLA BINTI MOHD HANAPI
MELAYU (KUMPULAN 2) ARIF ISWANDY BIN SAZALI
ANIS SURAYA BINTI ABD. SHUKOR
AHMAD SHAUFI BIN MOHD YAZID
SITI SARAH MARDIANA BINTI MOHAMMAD
NADZIRI

14. IPG KAMPUS PENDIDIKAN AINNUR ZAHIRAH BINTI NOOR MOHAMMAD
TEKNIK (KUMPULAN 1) FATIN ATHIRAH BINTI SHAHRINSHAH
MOHAMMAD ARIF BIN SABTU
MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN BASRI
RAJA NUR ATHIRAH BINTI RAJA AZAHAR

15 IPG KAMPUS PERLIS AINA YUSRIN BINTI MOHD BORHAN
SITI AISHAH BAHAROM
SITI NORDIANA BINTI MOHD IRAWAN
NURUL AMIRA BINTI AZHAR
MUHAMMAD AFIQ BIN ASRULSANI

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

16. IPG KAMPUS PENDIDIKAN MUHAMMAD HAMIZIE BIN HAIROLNIZAM
ISLAM ALI IMRAN BIN HASAN
NORFATIHAH SHAZREENA BINTI ZAIDI
WAN MUHAMMAD AQIL BIN WAN ISMAIL
SHARIFAH SYAHIRAH BINTI SYED ZAINAL ABIDIN

17. IPG KAMPUS SULTAN ABDUL MUHAMMAD AZRI HISYAM BIN FARIZAN

HALIM (KUMPULAN 1) ABDULLAH MUSYRIF BIN AZIZAN

NURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAZAK

NUR AINA BINTI MUHAMMAD FIRDAUS

FIRSYA UMAIRA BINTI OTHMAN

18. IPG KAMPUS SULTAN ABDUL JAZHAN KAMIL BIN AB RAHMAN

HALIM (KUMPULAN 2) BILAL BIN KHOSIM

NUR HUSNA HUMAIRA BINTI HASRI

ARFA NAJWA BINTI NOORZAIDI ANUAR

NUREEN ADRINA BINTI MOHD HAFIZ

19. IPG KAMPUS SULTAN ABDUL MUHAMMAD DANIAL HAZIM BIN YUASMADI

HALIM (KUMPULAN 3) MUHAMAD SYAMEL BIN SHARIZAL

AULYA BINTI MUHD ZULKHAIRI

FATIN SYAZWANIE BINTI MOHD YUSOFF

SHAMIELA URSLA BINTI ZAIDI

20. UNIVERSITI KUALA LUMPUR MOHAMMAD KHAIRUL HILMI BIN MUSTAPHA

ROYAL COLLEGE OF MEDICINE MUHAMMAD FAEZ RASHDAN BIN MOHD RIFAE

PERAK NUR ANIS AMIRA BINTI ANUAR

MUHAMMAD UWAIS BIN SOBRI

AFRINA BATRISYIA BINTI ABDUL HAMID

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

21. IPG KAMPUS DARUL AMAN SAIFUL AZIZIE SHAHRUL AFNAN
(KUMPULAN 1) MUHAMMAD IHSAN BIN MOHD ZAKI
NUR ALIFAH ILYANA BINTI ROSLI
MUHAMMAD RIFQI AZWAR BIN MOHD ASRI
LEE LIN ER

22. IPG KAMPUS DARUL AMAN MUHAMMAD HAZIM ASYRAAF BIN ZAINOL

(KUMPULAN 2) PUTERI KHADIJAH BINTI MUHAMMAD ANSARI

ALYA LIYANA BINTI KAMAL BAHARIN

NOORHANI AQILA BINTI DZULKEFLI

MUHAMMAD FIRDAUS BIN TARMIZI

23. IPG KAMPUS SULTAN MIZAN MOHAMAD ARIQ BIN ISHAK
AMIRA ADILA BINTI MOHAMED RAZI
EZZAH BINTI MOHAMAD ANUAR
ZETI NORAIZAH BT HUSAIN
NOR HAFIZAH BINTI SARIPUDIN

24. IPG KAMPUS KENINGAU ANGELINA CHRISTY DEVONA DE
SABAH (KUMPULAN 1) HAIRUL WARDA BINTI MOHD ZAIFOL AZHAR
MAH HAMIZAN HAKIM BIN MAH HUSSAIN
NURWARDINA BINTI HABSAN
SITI SYAHIRAH BINTI ABDUL LATIF

25. IPG KAMPUS KENINGAU SITI AIESAH BINTI SALIM
SABAH (KUMPULAN 2) MUHAMMAD AZAHARULLAH HAKIM
SITI NOR ASYIQIN BINTI MOHD IDRIS
NURAINA ALEEYA BINTI HAMID
SULAINIE BINTI ZARDAD

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

26. IPG KAMPUS IPOH ANIS NUR DINI BINTI NORIDAN
(SUJANA) AFIF HAIKAL BIN AHMAD ZALIZAN
NURFATIHAH BINTI KHALIP
27. IPG KAMPUS IPOH NURUL IZZAH BINTI ROSLI
(ASTERIA GENESIS) NORSHAFARINAS BINTI IBRAHIM

28. IPG KAMPUS IPOH SHAHRUL AMIN BIN MOHD ZAMRI
(BELANTIK DIRGANTARA) NUR SAIYIDAH NAJWA BINTI MOHMAD ZAMRI
MUHAMMAD AIMAN ARIF BIN ABU BAKAR
29. IPG KAMPUS TENGKU AHMAD IZZAT FATHI BIN AHMAD MUNIF
AMPUAN AFZAN NUR AIDA SYAFIQA BINTI RAMLI
(KUMPULAN 1)
NOOR AFIQAH BINTI ABD AZIZ
30. IPG KAMPUS TENGKU NOOR ADIBAH BINTI ISMAIL
AMPUAN AFZAN HUSNA ATHIRAH BINTI HAIRI
(KUMPULAN 2) MUHAMMAD UZAIR HAKIMI BIN MOHD HELMI
MIRZA SYAHIRAH BINTI MOHAYUDDIN

ABDUL AIMAN BIN AZALEE
NUR ANIS IRDINA BINTI MOHAMAD ZUHDI
NURULHUDA AMIRAH BINTI MOHD RAFI
NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR
SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN

NURUL FARZANA BINTI ROSLI
NUR YASMIN ZULAIKHA BINTI ABDUL AZIZ
NASUHA FAQIHAH BINTI KHAIRUL ANUAR
MUHAMAD DANIAL BIN AZMAN
AZA FARISH BIN AZMAN

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

31. IPG KAMPUS GAYA, KOTA MOHD AZUWAN BIN REJI
KINABALU, SABAH NURUL SHAFIQAH BINTI PALIN
NURUL FAIZAH BINTI NORDIN
NURUL SYARINIE BINTI SAMADIN @ LAMDIN
NUR MAISARAH AQILAH BINTI ZEINI

31. IPG KAMPUS IPOH MOHAMMAD AQMAR SHAH
(CITRA BAHASA) ILHAM AQIL BIN DERAMAN
NURBURAIDAH AZIZI BINTI ISMAIL
NURMIZA ZULAIKHA BINTI HAMZAH
NUR SYAFIQAH BINTI AZAM

33. IPG KAMPUS PENDIDIKAN NUR AFFRINA ARISSA BINTI JAMLUS
TELNIK (KUMPULAN 2) MOHD MAHATHIR BIN HASSAN
MUHAMAD SOLEH BIN HAFIZAN
MUHAMMAD KHAIRUL ADHA
PUTRI SHATIRAH BINTI IBRAHIM

34. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA M SHAHADAT BIN ALI NORDIN
ABDUL AZIM BIN AZMI
EISYA SHUHAINA EZATIE BT MOHD SHUKRI
AIN SOPHIAH BINTI SALLEH
NUR HAMIZAH BINTI ZAKARIA

35. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS NUR HAMIZAH BINTI ZAKARIA
MUHAMAD FIRDAOS BIN YUSOF
NOR AISYAH BINTI MOHD NOR
ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ
OKTAVIANURIMANI BINTI OSMAN

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

36. IPG KAMPUS ILMU KHAS NUR IZZATI BINTI AZHAR
(KUMPULAN 1) AFIF HASAN BIN SUHAIMI
INTAN ADRIANA BT ZAINALABIDIN
37. IPG KAMPUS ILMU KHAS HARUN AMIRNURRASYID BIN HASANBASRI
(KUMPULAN 2) AKMAL HAYAT BIN ABDUL RAZAK

38. IPG KAMPUS ILMU KHAS RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD
(KUMPULAN 3) NIK MUHAMMAD ZIKRIN BIN AZHAR
NUR NAJWA SYUHADA BINTI RUSLI
39. UNIVERSITI SULTAN AZLAN MUHAMMAD HILMI HAKIM BIN HIDZIR
SHAH (KUMPULAN 1) AFRINA FAQIHAH BINTI KUSAI

40. UNIVERSITI SULTAN AZLAN MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN EMBOK TAHA
SHAH (KUMPULAN 2) MUHAMMAD NOOR AZIM BIN BABA @ AWANG
MUHAMMAD SHAHRUL NIZAM BIN ZULKEFLI
WAN NURMIZA AINAFAQIHAH
NURIN AFIQAH BINTI KHAIROL SABRI

NUR ATIE MAISARAH BINTI MOHAMAD TARMIZI
MUHAMMAD FAIZAL BIN ISAHAK
MUHAMAD HILMI BIN ADBUL HALIM
MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZAMRI
MUHAMAD AIMAN DANIEL BIN BADRUL
HISHAM

MOHAMMAD FIQRI NASYARUDDIN BIN MAYAH
MOHAMAD AIDIL NAIM BIN MOHAMAD SHAKRI
ARIF HAIQAL BIN NORDIN
MUHAMMAD AMIRUL THARIQ BIN BAHARIM
MOHAMAD ABDUL KAREEM BIN ABDUL
MANAN

SENARAI PASUKAN PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

BIL NAMA INSTITUSI NAMA PESERTA

41. IPG KAMPUS PEREMPUAN AISYATUL HUMAIRA’ BINTI MOHD ASRI
MELAYU, MELAKA NUR DIANA LIYANA BINTI KHAIRI
UMMI SAKINAH BINTI IBRAHIM
MIZA NUR NAJWA BINTI HUZAIFUL
NURUL ARINA BINTI MOHD NOR AIDI

SENARAI HAKIM
PERTANDINGAN FORUM
PIALA MENTERI BESAR PERAK 2021

Dr. Simah binti Mamat
Encik Mohd Hafezi bin Abdul Hamid

Dr. Nor Fazilah binti Noor Din
Profesor Madya Dr. Faridah binti Nazir
Encik Nor Shayaumil Qhairil Eemann bin Muhammad Nor

Puan Noorin binti Zakaria
Encik Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal

Hasimah Binti Mohamed Noordin
Hasanah Binti Shahidan
Ahmad Salehin Bin Shaari

Muhammad Arif Aizuddin Bin Abdullah

Tempat Pertama
Rm2000

Tempat Kedua
Rm1500

Tempat Ketiga
Rm1000

Tempat Keempat
Rm800

Pengerusi Forum Terbaik
Rm300

Ahli Panel Terbaik
rm300

Sekalung Penghargaan

YAB DATO' HAJI SAARANI BIN MOHAMAD
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

DR. HAJAH RUSMINI BINTI KU AHMAD
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN
Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version