The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRUNISAK BINTI AHMAD TUMAMI Moe, 2023-03-22 11:29:12

Pamplet Ramadhan 2023

Pamplet Ramadhan 2023

Marhaban Yaa Ramadhan PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB & MAKDIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK, MUAR


PUASA RAMADHAN Menahan diri daripada sesuatu. Bahasa Syarak 1- Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. 2- Bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam. 3- Dilakukan dengan niat


Sejarah Pensyariatan Puasa 1 - Puasa bulan Ramadan difardukan pada bulan Sya’ban, tahun kedua hijrah. 2 - Sebelum itu ibadah puasa telah diamalkan dalam kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Rasūlullah صلى الله عليه وسلم Dalil Wajib Puasa ا َ ه ُّ ي َ أ ََٰٓ ي َ ِين ذ ٱَّل وا ُ ن َ ام َ ء َ تِب ُ ك ُ م ُ ۡك ي َ ل َ ع ُ ام َ ِ ي ٱلص ا َ م َ ك َ تِب ُ ك ََ َع ِ ذ ٱَّل َ ين ِمن ۡ م ُ لِك ۡ ب َ ق ۡ م ُ ك ذ ل َ ع َ ل َ ون ُ ق ذ ت ت ١٨٣َ “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (al-Baqarah: 183)


Rukun Puasa Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dilakukan setiap malam, bermula selepas maghrib sehingga sebelum subuh & menentukan jenis puasa iaitu puasa Ramadhan. Niat Syarat Wajib Puasa Islam Mukallaf Tiada keuzuran Baligh


Hikmah Puasa Merupakan jalan termudah untuk menunaikan hak Allāh dan tanggungjawab hamba ke- padaNya. Menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya sentiasa berada di bawah pemerhatian Allāh subhānahu wa ta’ālā. Mendidik jiwa dan mengurangkan sifat keras hati yang bersarang dalam diri insan. Mengawal hawa nafsu dan melatih diri agar bersabar dalam menunaikan ibadah puasa. Batal Puasa Makan & minum dengan sengaja Haid & Nifas Gila Murtad Bersetubuh Muntah dengan sengaja Mengeluarkan air mani Memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka


Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka. Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus. Panduan lafaz niat Niat Puasa Harian Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allāh ta’ālā. Niat Puasa Sebulan


Doa berbuka puasa Maksudnya: Ya Allāh kerana Mu aku/kami berpuasa, dengan Mu aku/kami beriman, kepada Mu aku/kami berserah dan dengan rezeki Mu aku/kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allāh Tuhan Maha Pengasih. Bersendirian Beramai-ramai Adab semasa berbuka Duduk dengan tenang Membaca doa Menyegerakan berbuka Memulakan dengan buah tamar dan air Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir


Membanyakkan istighfar Membanyakkan doa Membanyakkan sedekah Membayar zakat fitrah dengan kadar ditetapkan Membanyakkan bacaan al-Quran Memberi makan kepada orang yang berpuasa Mendirikan solat sunat terawih Melewatkan sahur Meninggalkan perkara yang sia-sia Qiamulail dan solat-solat sunat


Solat Sunat Tarawikh Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat. Bilangan rakaat Sembahyang sunat Tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Di Malaysia, umumnya kita melihat ada surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Ini bukanlah satu masalah kerana pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih biasanya dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat terawih sebanyak 20 rakaat.


Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan di SEMARAK 1- Khatam Alquran: Ustaz Mohd Hatikullah 2- Tadarus Pelajar: Ustazah Jelita 3- Tadarus Guru: Ustazah Farzana 4- Tadarus Kelas: Ustazah Noor Ain 5- Solat Sunat Dhuha: Ustazah Khairunisak dan Ustazah Arihatul Jannah 6- Tazkirah Ramadan (Budaya Alquran): Ustazah Asiah Dan Ustazah Asmaq 7- Buletin Ramadan : Ustaz Muhammad Basri (1 Hari 1 Hadis)


JADUAL TADARUS AL-QURAN KELAS GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2023/1444H *Cara pelaksanaan mengikut keselesaan dan kreativiti para guru di kelas masing-masing


YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DOSA IBU BAPA KAMI, KELUARGA KAMI, GURU-GURU, RAKAN-RAKAN, JIRAN-JIRAN DAN ANAK DIDIK KAMI.. YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA UJIAN, KESUSAHAN, KESEDIHAN, KESEMPITAN HIDUP, MUSIBAH, BAHAYA DAN PENYAKIT BERJANGKIT SEPERTI COVID-19. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444 H PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, BAHASA ARAB & MAKDIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN PERAK, MUAR


Click to View FlipBook Version