TARIKH : 13HB.OKTOBER,2023 HARI : JUMAAT MASA : 7.30 PAGI TEMPAT : DATARAN ILMU Perasmian Oleh: En.Muhammad Rezel bin Masah Pengetua SMKA Tun Perak : ATUR CARA MAJLIS 7.10 pagi : Bacaan surah al-Kahfi 7.30 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis 7.35 pagi : Pembacaan hadis 1 : Adik Muhammad Akif bin Selamat (2A2) – Keutamaan Niat 7.45 pagi : Majlis Peluncuran Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Tuan Pengetua : En. Muhammad Rezel bin Masah. SMKA TUN PERAK 77000 JASIN MELAKA Mutiara hadis “ Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang ( akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan “. HR Imam Bukhari dan Imam Muslim
PENGENALAN Pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam usaha memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam berpandukan himpunan hadis 40 Imam Nawawi. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi adalah : 1. Menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islamiah yang berupaya mengangkat kemuliaan insan ( karamah insaniah ) 2. Memahami cara pemikiran dan pandangan yang sesuai dalam menangani isu semasa berpandukan al-Quran dan al-Sunnah 3. Melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC) menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan berpandukan himpunan Hadis 40 Imam Nawawi. 4. Memahami tasawur Islam yang indah dan menggalakan perpaduan dalam kalangan masyarakat. BIODATA IMAM NAWAWI Imam Nawawi ialah Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi. Lahir di Nawa sebuah kampung di daerah Damsyik pada tahun 631H dan meninggal dunia pada tahun 676H. Beliau merupakan seorang tokoh ulama besar dalam Mazhab Syafie PENDIDIKAN Berjaya menghafaz al-Quran sebelum usia baligh. Pada usia belasan tahun beliau menghadiri 12 halaqah ilmu dalam sehari di sekitar Kota Damsyik. Antara halaqah yang dihadiri ialah syarah atau tashih berkaitan Sahih al-Bukhari,ilmu usul fekah dan usuluddin.