The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BADAN PENGAWAS SEKOLAH<br>SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmashamjuddin, 2024-03-02 07:43:26

BUKU PANDUAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN

BADAN PENGAWAS SEKOLAH<br>SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN

Keywords: BUKU PANDUAN

Apa itu Badan Pengawas? Badan Pengawas Sekolah adalah sebuah badan penguatkasaan undangundang dan peraturan sekolah. Badan Pengawas Sekolah terletak di bawah Jawatankuasa Disiplin di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bilangan keanggotaan badan ini tertakluk kepada perlantikan oleh pihak sekolah. Keanggotaan badan ini adalah seperti berikut (dari Ahli Lembaga Disiplin Sekolah) ▪ Guru Penasihat ▪ Ketua Pengawas ▪ Penolong Ketua Pengawas ▪ Setiausaha Badan Pengawas ▪ Bendahari Badan Pengawas ▪ Pengawas Pengawas Sekolah hendaklah berpakaian seragam khas seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Antara tugas harian Pengawas ialah : ❖ Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar. ❖ Menaikkan bendera. ❖ Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah. ❖ Menyambut dan memberi khidmat pelawat tidak rasmi. ❖ Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi. ❖ Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.


Kami barisan pengawas, Sekolah Rendah Ibn Khaldun, Tahun 2024, berikrar akan komited, Terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kami juga berjanji, akan sentiasa memantapkan, Jati diri dan personaliti dari semasa ke semasa, Menjaga sahsiah, tingkah laku dan adab sopan, Sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan, Seterusnya menjadi contoh, Kepada sekalian pelajar, Di Sekolah Rendah Ibn Khaldun ini. Kami juga berjanji, akan belajar bersungguh-sungguh, Bagi mencapai, kecemerlangan akademik, dan kokurikulum, Serta mengharumkan nama sekolah kami, seterusnya menjadi insan yang kamil, Berguna kepada agama, bangsa, masyarakat, keluarga dan negara. Dengan segala rendah hati mengaku menerima jawatan yang diberikan kepada kami sebagai Pengawas Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Maka dengan itu kami berikrar : PERTAMA : akan menjalankan segala tugas yang diamanahkan dengan patuh dan penuh rasa tanggungjawab, KEDUA : akan taat setia kepada segala arahan Guru Besar dan para guru, KETIGA : akan melaksanakan segala peraturan sekolah, KEEMPAT : akan menjaga nama baik sekolah dan Lembaga Pengawas dan mematuhi peraturan sekolah. Andaikata, kami mengingkari ikrar kami ini, maka kami bersedia dan rela menerima tindakan dari pihak sekolah.


1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas. 2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik. 3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid. 4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan pengawas. 5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am pengawas. 6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. 7. Membantu pihak sekolah melakukan ‘spot check’ kepada murid lain. 8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain termasuk ke acara/majlis rasmi. 9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini sepanjang masa.


❖ Mengawal disiplin pelajar. ❖ Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. ❖ Menjaga imej dan nama baik sekolah. ❖ Membantu guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar. ❖ Memastikan keceriaan sekolah dijaga. ❖ Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. ❖ Memimpin rakan-rakan pelajar. ❖ Mencegah kes jenayah di sekolah. ❖ Menghormati guru. ❖ Tidak berat sebelah dalam tugasan harian. ❖ Serius dan bersikap positif semasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. ❖ Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. ❖ Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. ❖ Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.


❖ Mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka. ❖ Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. ❖ Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan. ❖ Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan. ❖ Membantu mengawas kelas ketika guru bermesyuarat dan semasa guru tiada dalam kelas.


BERTUGAS DI PINTU PAGAR SEKOLAH (A&B) 1. Masa bertugas (7.45 hingga 8.10 pagi) 2. Perhatikan murid yang datang ke sekolah. 3. Memastikan murid untuk daftar kehadiran di face id. 4. Tidak memakai lencana. 5. Rambut panjang. 6. Tidak memakai stoking. 7. Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah. 8. Panggil namanya dan tegur dengan cara yang baik. 9. Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (sekiranya lewat) Contoh; Boleh awal sikit ke sekolah. Kenapa tak pakai stoking? Jangan lupa untuk memakainya esok. 10. Sekiranya baru kali pertama – nasihatkan sahaja. 11. Sekiranya kesalahan yang berulang – catatkan nama dan kesalahan mereka.


BERTUGAS DI KANTIN SEKOLAH 1. Kaunter membeli – pastikan pelajar beratur mengikut saluran keluar masuk. 2. Tegur kesalahan secara berhemah. Contoh jika murid minum dan makan berdiri dan berjalan. 3. Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan. Beritahu secara baik. 4. Sekiranya pelajar degil juga, - perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya. 5. Catat namanya.


BERTUGAS DI TAPAK PERHIMPUNAN / MAJLIS RASMI SEKOLAH 1. Perhimpunan Mingguan 2. Menyediakana microphone dan kendalikan pa sistem. 3. Memastikan murid beratur dalam barisan mengikut kelas yang ditetapkan. 4. Memastikan tiada murid yang berada di dalam kelas ketika sesi perhimpunan. 5. Menjadi pengacara/pengerusi perhimpunan rasmi dan mingguan. 6. Membaca doa 7. Mengetuai bacaan ikrar. 8. Berada dalam kedudukan masing-masing. 9. Mengawal disiplin pelajar lain sepanjang perhimpunan berjalan. 10. Membuat pemantauan dan pemeriksaan diri dan pakaian pelajar setiap kali selepas perhimpunan pagi. 11. Mencatat kesalahan pelajar dalam buku yang disediakan. 12. Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising. Beri isyarat jangan bising. 13. Tegur kesalahan secara berhemah. 14. Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan. 15. Sekiranya pelajar degil juga, perhatikan sahaja pada yang sama kesan namanya. 16. Catat dalam buku laporan/ laporkan kepada guru bertugas.


ETIKA PEMAKAIAN PENGAWAS 1. Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah. 2. Berpakaian lengkap dengan vest, tanda nama, lencana sekolah, lencana pengawas, bertali leher pengawas dab bersongkok. 3. Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan lengan baju tidak dilipat. 4. Vest dan tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai. 5. Pengawas perempuan bertudung biru gelap labuh melepasi siku. 6. Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah. PERATURAN ASET PENGAWAS (Lencana,Pen,Buku Nota,Jam) 1. Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas. 2. Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pensel yang dapat berfungsi, sebuah buku notabersaiz kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah) 3. Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar sahaja. 4. Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis ( kurang daripada 3 helai ), sila gantikan dengan buku nota baharu secepat mungkin.


ADAKAH ANDA SEORANG PENGAWAS? ▪ Anda mestilah seorang muslim yang tidak meninggalkan solat Fardhu. ▪ Anda mesti bersikap jujur dan tidak pentingkan pujian. ▪ Seorang pengawas mestilah berani memberi soalan dan jawapan yang difikirkan baik. ▪ Anda mestilah terdiri daripada orang yang amanah sehingga dapat pikul tanggungjawab. ▪ Anda tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri. 1. Menjaga nama baik Lembaga Pengawas 2. Menghormati Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas serta sesama ahli Lembaga Pengawas 3. Menjaga kelakuan agar menjadi teladan kepada pelajar lain 4. Berpakaian bersih dan kemas setiap masa 5. Menjalankan tugas dengan cekap 6. Sedia membantu guru dan sesiapa sahaja pada setiap masa 7. Sentiasa menghadirkan diri dalam Mesyuarat Pengawas 8. Mengikuti segala aktiviti pengawas 9. Mengemukakan rasa tidak puas hati menggunakan saluran yang betul 10. Menunjukkan sikap positiv dalam pembelajaran 11. Sentiasa mengamalkan sikap musyawarah sesama ahli Lembaga Pengawas 12. Mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi sesama ahli Lembaga Pengawas


• Hendaklah berpakaian kemas • Memastikan bendera tidak meleret ke tanah • Sebelum menaikkan bendera pastikan bendera dalam keadaan baik • Uji tali bendera bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus • Menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib secara perlahan-lahan • Bendera hendaklah sentiasa ditatang atau diletakkan di bahu apabila sampai ke bawah.


ATURCARA PERHIMPUNAN RASMI/HARIAN 1. Luruskan barisan 2. Ucapan aluan pengawas 3. Bacaan doa • Al-fatihah • Doa Rabithah • Doa belajar 4. Nasyid Asmaulhusna, Negaraku, Negeri Selangor, Lagu sekolah 5. Bacaan ikrar 6. Ucapan Guru besar 7. Ucapan Guru Penolong Kanan 1 -Jika ada8. Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) -Jika ada9. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum -Jika ada10. Ucapan Guru Penolong Kanan Tarbiah -Jika ada11. Ucapan Guru bertugas 12. Persembahan -Jika ada13. Penutup Perhimpunan • Pengawas mengambil tempat (semua pengawas) • Pergerakan keluar murid (murid bersurai)


Click to View FlipBook Version