PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
1 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur
Malaysia ( KOM ) 2017/ 2018, Peraturan – Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (
MSSM ) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis
Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Jawatankuasa Pengelola Majlis Sukan SK Pulau Gaya.
2. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT PERTANDINGAN
2.1 Acara Kategori Katagori PT6 CATATAN
LT4 PT4 LT5 PT5 LT6
A 80 m lari berpagar (0.762) X
C 100M XX XX X
A 200M XX XX
R 4 X 100 M XX XX
A 4 X 200 M XX XXX
XX XXX
LOMPAT JAUH XX XX
LONTAR PELURU XX XX
2.1 PERBARISAN.
2.2.1 Bilangan peserta setiap pasukan hendaklah seramai 30 hingga 33 orang termasuk pembawa
papan tanda dan pembawa bendera.
2.2.2 Maskot sekiranya ada tidak termasuk di dalam bilangan peserta dalam syarat
Kedudukan dan pergerakan maskot (sekiranya ada) adalah bebas.
2.3. Acara 80 METER LARI BERPAGAR
BIL. TINGGI PAGAR 1 DARI PAGAR KE PAGAR 8 KE
PAGA PAGAR GARISAN PERMULAAN PAGAR GARISAN PENAMAT
R
8 0.762 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER
M
2.4 Acara 4 X 200 M
2.4.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1
½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M
2.4.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
2.4.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua
dalam acara 4 X 400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua,
pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh
pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong
pertama.
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
2.4.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut ” start list
”, dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak
peserta lain.
3.0 ACARA PERTANDINGAN
3.1 : setiap pasukan boleh menghantar 2 penyertaan bagi setiap acara dan kategori
individu.
3.2 Seorang atlit dibenarkan menyertai tidak melebihi dua (2 ) acara individu dan dua
(2 )
acara berpasukan.
3.3 untuk acara berpasukan lelaki dan perempuan (acara lari berganti-ganti) hanya
satu (1) pasukan dibenarkan menyertai.
3.4 Peserta – peserta Heptathlon dan Octathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil
bahagian dalam acara individu yang lain
3.5 Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur 12
tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan
4.0 KELAYAKAN AM PESERTA
4.1 Pelajar Sekolah Harian.
5.0 PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA
5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran
masuk yang telah ditetapkan oleh pengelola yang kemudiaannya akan disebut
Borang Pendaftaran Rasmi kejohanan.
5.2 Butiran yang terdapat dalam borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan
disahkan oleh Pengurus Pasukan masing-masing.
5.3 Borang Pendaftaran yang telah ditandatangani oleh Setiausaha sukan akan menjadi
dokumen rasmi kejohanan.
5.4 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-Ganti dikehendaki
mendaftar juga
6.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA
6.1 Mesyuarat Pengundian
6.1.1 Mesyuarat Pengesahan dan Undian akan diadakan satu minggu sebelum
kejohanan. Pengerusi Teknik Balapan , Pengurus Pasukan diminta hadir
untuk menghadiri mesyuarat pengundian tersebut.
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
7.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua
acara hendaklah disahkan dalam/pada mesyuarat ini. Segala pertukaran
dan pengantian peserta atau acara boleh dilakukan dalam mesyuarat
tersebut.(TIADA PENAMBAHAN PESERTA BARU)
( SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK
AKANDIPERTIMBANGKAN )
6.2 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan
6.2.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-
Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya,
KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan
dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.
6.2.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas
mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit /
cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai
menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
6.2.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat
Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya
dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan
surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus
Kejohanan
7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawah sebelum waktu acara
berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat
pertandingan oleh Penyelia Peserta
ACARA MASA LAPOR DIRI MASA BERGERAK KE
ARENA
Balapan 20 minit sebelum acara 10 minit sebelum acara
Balapan ( Lari Berpagar) bermula bermula
Lontaran, L. Jauh, 15 minit sebelum acara
25 minit sebelum acara bermula
bermula 20 minit sebelum acara
bermula
30 minit sebelum acara
bermula
3.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
3.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta
3.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah
berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim
balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan
serta merta tanpa memasuki padang
4.0 MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh
pengelola.
5.0 BLOK PERMULAAN
5.1 Semua acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 12 tahun kebawah (
Lelaki dan Perempuan ) bermula dengan mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI
DIGUNAKAN
Acara : 100m, 200m, 400m, 80m Lari Berpagar,
6.0 PAKU KASUT ( SPIKES ) DAN PERALATAN
6.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang
maksima paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm,
6.2 Peralatan : Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan termasuk Blok Permulaan,
6.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju
yang sama mengikut pasukan masing-masing.
7.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN
Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya
untuk menandakan di tempat – tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan
pita pelekat Ukuran maksimum pita pelekat yang dibenarkan 5 sm x 40 sm
8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN
8.1 Penentuan Peserta Terbaik
8.1.1 Hadiah Anugerah peserta terbaik adalah untuk kategori pertandingan yang
disediakan.
8.1.2 Penentuan Pemenang anugerah ini adalah berdasarkan kepada kateria
berikut;
16.2.2.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta
berdasarkan pemecah rekod baru berstatus (ikut ranking
kejohanan)KOM, Kejohanan MSS Asean, MSSM dan jumlah
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
rekod yang diperbaharui dengan mengambilkira bilangan
pingat emas, perak dan gangsa. Sekiranya kedudukan sama
usia rekod diambil kira. .
16.2.2.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah
pungutan pingat emas
atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil
kira.
16.2.2.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan
pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan
diambil kira.
16.2.2.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka
keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF
bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta
16.2.2.5 Olahragawan dan olahragawati di beri kepada peserta
terbaik keseluruhan
( lelaki dan perempuan ).
PEMILIHAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
Dua anugerah akan disediakan masing-masing untuk
peserta lelaki dan perempuan .Pemilihan akan dibuat
berdasarkan pungutan pingat emas terbanyak. Jika jumlah
pungutan pingat emas antara seseorang peserta dengan
peserta yang lain adalah sama banyak ,maka kiraan akan dibuat
pada pungutan pingat berikutnya (perak diikuti dengan gangsa)
bagi menentukan peserta yang layak diistiharkan sebagai
Olahragawan dan Olahragawati. Jika punggutan emas,perak dan
gangsa masi sama, maka perkiraan mengikut IAAF Scoring Table
For And Field Events akan dibuat.
16.3 Johan Keseluruhan
Johan Keseluruhan bagi Piala sukan tahunan SK Pulau Gaya ialah Kontinjen Balapan
dan Padang rumah sukan yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri,
kiraan pingat perak terbanyak akan di ambil kira ; jika masih seri, piraan pungutan
pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.
17 BIB NOMBOR PENGENALAN Rumah sukan
NO PESERTA ADALAH MENGIKUT KOD RUMAH SUKAN
RUMAH SUKAN KOD NO PESERTA
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
B B001-B050
H H001-H050
K K001-K050
M M001-K050
18 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM, kecuali perkara berikut :
19.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest )
dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM kelak.
19.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan
dengan serta merta dan tidak lewat daripada
19.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara
pusingan awal
19.2.2 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara
peringkat akhir
19.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang
Pertaruhan sebanyak RM 50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima puluh Sahaja
)
20 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
20.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan,
tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Balapan dan Padang MS SK Pulau Gaya, berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan
diberitahu.
21 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak
tercatat dalam Undang-
Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan
Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang MS SK Pulau Gaya.
21.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.
Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut
21.2. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang
mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
21.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan
anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederan lain berlaku
:
21.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari rumah ke stadium
21.3.2. Semasa kejohanan dijalankan
21.3.3. Di dalam dan di luar kawasan stadium
21.3.4. Di tempat-tempat penginapan
21.4. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan
pegawai terjamin setakat mana yang munasabah
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
Peraturan Umum:
1. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
1.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan
diringi oleh Penyelia Peserta
1.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada
di lorong
masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk
menunjukkan nombor
mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.
2. Hanya pegawai teknikal yang bertugas dan Jawatankuasa Teknikal saja yang dibenarkan berada
di arena
balapan.
Acara lari berganti-ganti
Aturan Umum
- Lari ikut lorong yang ditetapkan
- Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan
- Buat pertukaran baton yang bersih
- Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian
CARA MEMEGANG BATON
1. Cara memegang baton
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 : -
Rajah 1 : Teknik memegang baton
2. GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON
Terdapat dua teknik asas penukaran baton iaitu teknik bawah-atas dan teknik atas-bawah.
a) Teknik atas-bawah (downsweep)
- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat
penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.
- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) untuk menerima baton.
- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke
bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan
kanan pelari ketiga.
- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat
pada tangan kiri.
b) Teknik bawah-atas (upsweep)
- Pelari dengan baton menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima yang terbuka
dalam bentuk “V” yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.
- Cara berisiko kerana baton mudah jatuh jika tiada persefahaman yang baik antara
penghantar dan penerima.
- Pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan dan apabila sampai ke zon
pertukaran, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanannya.
- Sambil berlari, pelari kedua mengangkat tangan kiri seperti menadah tangan ke bawah
untuk terima baton.
- Pelari pertama akan memberikan baton kepada pelari kedua dengan gerakan tangan dari
bawah ke aras. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri.
Cara Memberikan Baton
1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian baton
2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
1. Penerima dalam keadaan yang sedia
2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya
tanpa
pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang
membawa
baton.
5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
c) Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan
keempat
membawa dengan tangan kanan.
- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya
menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke
belakang.
- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa
luruskan tangan
dan jangan menggoyangkannya.
- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya
sambil
menghulur ke depan.
- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari
yang
membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal
kelajuan sendiri untuk berhenti.
d) Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang
dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan,
dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan
tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah
lagi.
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang
menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton
itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu
meneruskan lariannya.
- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
3. ZON PERTUKARAN BATON
- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.
- Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon
penukaran baton.
- Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik
tanda.
Rajah 2 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter
Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu
dibatalkan.
3.Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya
akan dibatalkan.
Rajah 3 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah
BY SU SUKAN@R
PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK PULAU GAYA 2019
BY SU SUKAN@R