Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku HALALKAH MAKANAN KITA? 3. Bidang KESIHATAN 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis(muka surat) DR. SAADAN MAN , ZAINAL ABIDIN YAHAYA (260) 7. Sinopsis Mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan dari aspek agama, kesihatan dan undangundang. Buku ini jua memberi pengetahuan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul selain halal disisi agama. Sewajarnya buku ini dibaca bagi menjamin kehidupan yang sejahtera di dunia dan memudahkan kita beribadah dalam kesejahteraan. Buku ini diolah dalam 6 bab: 1. Makanan menurut IslamPrinsip-prinsip halal dan haram. 2. Kategori makanan. 3. Halalan Toyiban dalam makanan. 4. Aplikasi Halalan Toyiban dalam pasaran. 5. Halalan Toyiban dalam Undang-undang Kawalan Pemakanan . Sumber rujukan bermanafaat ilmiah kepada masyarakat umum selain panduan kepada mereka yang terlibat dalam industri halal dan pensijilan halal. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Konsep halal dan haram dalam pemakanan dari aspek agama. 2. Membimbing dalam pemilihan makanan yang betul selain halal. 3. Konsep makanan halal dalam pasaran . 4. Undang-undang Kawalan Pemakanan. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 1. Memberi asas pengetahuan dlam pemilihan makanan halal. 2. Pendidikan Islam : Kaitan konsep doa dan cara pemilihan makanan. 3. Pendidikan Kesihatan : Mendidik murid memilih makanan yang betul dan halal. 4. Organisasi : Pemahaman dan pengetahuan mengenai makanan halalan toyiban membantu meningkatkan potensi diri dalam perkhidmatan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ............................................... ....................................... ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku GURU & CABARAN SEMASA 3. Bidang PENGETAHUAN 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis/muka surat MASZURA A. GHANI, SALINA OMAR, MARINA ABDUL MAJID, ROSNAH A. RAJAK (242) 7. Sinopsis Buku ini adalah sebahagian daripada bahan rujukan dan panduan dalam memahami aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sejajar dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu membangun ekonomi berasaskan pengetahuan melangkau sempadan global. Perancangan dan pelaksanaan PPPM 2013-2025 adalah tepat dengan jelas menunjukkanhala tuju sistem pendidikan yang rapi dalam melaksanakan pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan supaya setara dengan standard antarabangsa. Buku ini diolah dalam 6 bab: 1. Isu dan cabaran pendidikan semasa. 2. Guru dan perundangan 3. Tekanan emosi dalam kalangan murid 4. Tekanan emosi dalam kalangan guru 5. Inovasi dan perubahan dalam pendidikan 6. Pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Memahami aspirasi KPM dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025. 2. Panduan dalam menangani tekanan emosi dalam kalangan murid dan guru 3. Inovasi dan perubahan yang perlu digalas demi hahap pendidikan seiring dengan standard antarabangsa. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 1. Panduan dalam menangani tekanan emosi dalam kalangan murid Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................................... ................................. ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku MEMBINA PERIBADI MUSLIM 3. Bidang KEROHANIAN DAN SAHSIAH DIRI 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis(muka surat) ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI (208) 7. Sinopsis Buku ini adalah buku yang menjadi panduan bagi setiap muslim dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang. Tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya, akhlak rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki ketrampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Nilai pengetahuan yang saya perolehi dari buku ini adalah pengurusan atau cara mengawal emosi dalam menghadapi pelbagai situasi semasa disekolah. Ketenangan hati perlu ada untuk menghadapi segala macam perkara di sekolah. Oleh itu, pelbagai cara yang saya perolehi antaranya melalui zikir. Dengan mengungkapkan zikir, dapat memberi ketenangan dalam jiwa saya. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc Dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memberikan nilai murni kepada anak murid semasa proses pengajaran. Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................................... ................................. ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku PETUA MENANGANI STRESS 3. Bidang KEROHANIAN DAN SAHSIAH DIRI 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis(muka surat) DATO' DR HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH BERSAMA HAJI MUHAMMAD ZAKARIA (92) 7. Sinopsis Buku ini mengisahkan berkenaan kehidupan masa ini yang mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan masyarakat. Stress menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa dan tindakan menjadi tidak tenteram. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan sebagainya. Buku ini juga menyatakan beberapa petua yang perlu dilakukan untuk menangani stress. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 4. Membuka minda dan penjelasan berkenaan cara yang betul untuk menangani stress 5. Implikasi stress yang akanmenyebabkan sesorang murung jika tidak ditangani dengan betul. 6. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 2. Panduan dalam menangani stress dalam kalangan murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................................... ................................. ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku PERANAN ETIKA KERJA DALAM MENDIDIPLINKAN PELAJAR 3. Bidang ETIKA DAN INTEGRITI 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis ( muka surat) ALIS PUTEH(112) 7. Sinopsis Membicarakan beberapa perkara penting dalam profesion keguruan berkaitan konsep dan ciri ciri profesion , etika kerja KPM dan ppernan dalam mendidplinkan pelajar. Buku ini menerangkan hubungan akhlak guru dengan pelajar bersandarkan kepada teori barat dan Islam . Ini merangkumi rangkuman ayat-ayat Al Quran dan Al Hadis berhubungan tingkah laku guru dengan tingkah laku pelajar. Islam mendasarkan kepada role model Rasulullah yang merupakan sunah dan akan diberikan ganjaran pahal yang besar. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 5. Ahlak dan tingkah laku guryu menjadi cerminan kepada pelajar disekolah. 6. Dalam mendisiplinkan pelajar, guru perlu mengikuti etika kerja yang ditetapkan oleh KPM. 7. Jangan esmosi dan hilangpertimbnagan dalam proses memdisplinkan pelajar dan sentiasa bersikap profesional. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 5. Menerapkan pendekatan berteraskan hubungan akhlak guru dan moral pelajar untuk mewujudkan budaya displin yang baik. 6. Sentiasa bersikap profesional dan tidak emosional dalam segala tindakan disiplin kepada pelajar dan perlu mengikuti etika yang ditetapkan oleh KPM 7. Kepimpinan melalui teladan menjadi kunci dalam mendisiplan pelajar sagar murid akan mematuhi segala arahan dan nasihat yang disampaikan oleh pihak guru. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ..................................................... ................................... ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku KUMPULAN PANTUN MELAYU 3. Bidang BAHASA 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis (muka surat) ZAINAL ABIDIN BAKAR(378) 7. Sinopsis Buku ini menghimpunkan khazanah pantun melayu yang menjadi kebanggaan dan identiti masyarakat melayu itu sendiri. Buku ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi penerangan tentang takrif pantun,kedudukannya dalam puisi melayu tradisional, bagaimana pembentukan dan pembangunan pantun, jenis-jenis pantun, kedudukan pantun dalam masyarakat dan penerangan bagaimana penghasilan kumpulan pantun ini dibuat. Di bahagian kedua pula menerangkan tentang kumpulan yang terdapat dalam pantun melayu iaitu pantun adat dan resam manusia, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, tekateki, kepahlawanan, nasihan dan pendidikan, peribahasa dan perbilangan, kias dan ibarat, kembara dan perantauan serta percintaan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 8. Mengetahui kedudukan pantun di dalam masyarakat melayu 9. Mengetahui penggunaannya dalam pelbagai pelbagai situasi 10. Mengetahui bagaimana untuk membina pantun dengan cara yang betul 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 8. .Menyelitkan pantun dalam setiap ucapan 9. Mengajar murid tentang indahnya susunan pantun Melayu. Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................... ................................... ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku PANDUAN TERAPI CARA KERJA UNTUK MURID ISTIMEWA 3. Bidang KEMAHIRAN FUNGSAN BERKAITAN TUGAS 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis ( muka surat) MAHFUZAH ZAINOL ( 158) 7. Sinopsis Berfokuskan inttervensi cara kerja yang dipraktikanm oleh guru dalam kelas. Buku ini juga merujuk kepada kurikulum Pendidikan Khas disekolah dan membollehkan guru membuat rujukan ilmiah bagi tujuan intervensi cara kerja khususnya dalam merangka Rancangan Pengajaran Individu (RPI) murud berkeperluan khas. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Aplikasi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga11 tahun . 2. Diaplikasi mengikut kepelbagaian keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 10. Rujukan dalam menyediakan pelbagai intervensi cara kerja kepada murid berkeperluan khas. 11. Rujukan nya mudah kerana terdapat info termasuk langkah-langkah serta ilustrasi menarik membantu membaut perancangan yang berkesan. 12. Intevensi yang dicadangkan mudah berdasarkan bahan –bahan sekeliling persekitran. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ..................................................... ................................... ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Kod Sekolah: 1. Nama Guru 2. Judul Buku GURU BERKESAN : PETUA & PANDUAN 3. Bidang PEMBANGUNAN KENDIRI 4. Tarikh Pembacaan 5. Masa 6. Penulis (muka surat) ABDUL SHUKOR SHAARI (110) 7. Sinopsis Bidang pendidikan amat memerlukan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan: Petua dan Panduan” ini telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan pendidikan khususnya untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik serta pengamal pendidikan. Buku ini membincangkan unsur-unsur yang penting dalam proses penyediaan seorang guru yang berkesan terutama dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Antara perbincangan yang diberi penekanan dalam buku ini ialah dari segi pengajaran yang berkesan, kualiti peribadi guru berkesan, komunikasi guru berkesan, motivasi guru berkesan, guru berkesan dari aspek ilmu pengetahuan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Guru berkesan di nilai melalui dari aspek : 1. Guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. 2. Pengajaran yang dinamik 3. Kualiti keperibadian unggul 4. Berkomunikasi berkesan dan bermotivasi 5. Berilmu pengetahuan dan inovatif 6. Pengetahuan pengurusan bilik darjah yang relevan 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc 1. Membantu guru untuk membentuk pengajaran yang berkesan semasa PDPc. 2. Memberi idea dan panduan untuk menjadi guru berkesan dan berkongsi dengan rakan sejawat yang lain di sekolah. Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................................... ................................. ( ) ( ) Setiausaha Latihan Personel