11. Ekonomi, Keushawanan dan Pengurusan Kewangan
11.4 Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah sekolah semasa
sambutan hari Kantin.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana semasa
sambutan hari kantin itu.
Apa Buat Menggunakan Di Mengapa Bila
(merujuk apa apa mana (kata hubung) pada/
(kata supaya/agar ketika/
grafik) kerja) semasa
untuk/
kerana
1. Ramai orang membeli-belah pada Hari Kantin sekolah untuk
memeriahkan suasana hari kantin.
2. Penjual sibuk melayan pelanggan yang datang membeli makanan di
gerai masing-masing.
3. Puan Amirah membeli kuih-muih di gerai dengan harga yang murah.
4. Pak Cik Tan bertanyakan harga nasi lemak yang dijual itu.
5. Seorang budak lelaki meminta ibunya membeli minuman yang dijual.
51
ULASAN 1
Gambar di bawah menunjukkan amalan membaca.
Tulis ulasan kamu tentang budaya amalan membaca tersebut dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Gambar itu menunjukkan amalan membaca. Membaca ialah amalan
mulia yang perlu dipupuk sejak kecil.
Kita dapat mengisi masa lapang dengan membaca di bilik bacaan
sendiri. Selain itu, kita harus mengamalkan budaya membaca di mana-
mana saja seperti di perhentian bas. Di samping itu, ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk menanam amalan membaca terhadap
anak. Akhir sekali, kita boleh meminjam buku dari pusat sumber
Kesimpulannya, membaca memang menambahkan ilmu
pengetahuan kita.
(70 patah perkataan)
52
ULASAN 2
Peta buih di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan muird
sewaktu cuti sekolah.
Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Peta buih tentang aktiviti sewaktu cuti sekolah. Murid-murid boleh
melakukan aktiviti yang berfaedah dalam cuti sekolah.
Ibu bapa mengajarkan anak cara berkebun di kawasan rumah
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, anak-anak
dibawa melawat ke tempat menarik kerana menambahkan pengalaman
baharu. Seterusnya, ahli keluarga berjoging pada waktu petang supaya
badan sihat. Akhir sekali, anak-anak mengulang kaji pelajaran bersama
agar masa tidak disia-siakan.
Kesimpulannya, kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
mendatangkan kebaikan.
(72 patah perkataan)
53
ULASAN 3
Gambar di bawah menunjukkan kebaikan aktiviti gotong-royong.
Tulis ulasan tentang kebaikan yang diperoleh melalui aktiviti gotong-
royong tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Meningkatkan
semangat
bekerjasama
Meringankan sesuatu
beban kerja dan kos
Menjalinkan
hubungan silaturahim
dan mewujudkan
perpaduan
Gambar ini tentang aktiviti gotong-royong. Gotong-royong membawa
banyak kebaikan.
Aktiviti gotong-royong dapat meningkatkan semangat bekerjasama
dalam kalangan penduduk kampung. Selain itu, penduduk kampung
bergotong-royong membaiki titi yang rosak bukan sahaja dapat
meringankan beban kerja dan kos malahan kerja dapat diselesaikan
dalam masa yang singkat. Seterusnya, aktiviti yang melibatkan penduduk
berbilang kaum dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara
penduduk dan mewujudkan perpaduan supaya hidup bersatu padu.
Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong perlu menjadi budaya hidup
kita.
(69 patah perkataan)
54
ULASAN 4
Carta di bawah ini menunjukkan panduan untuk pengambilan makanan
secara sihat dan maklumat yang berkaitan dengan makanan secara sihat.
Tulis ulasan tentang makanan secara sihat dalam bentuk perenggan
berdasarkan kedua-dua maklumat.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Carta itu tentang panduan untuk pengambilan makanan secara sihat.
Kita harus makan paling banyak makan seperti bijirin dan ubi kerana
membekalkan tenaga. Selain itu, kita perlu makan banyak buah-buahan
dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin. Seterusnya, makanan
yang mengandungi protein perlu dimakn secara sederhana untuk
menguatkan tulang dan gigi. Akhir sekali, kita perlu makan paling sedikit
lemak dan gula supaya mengelakkan sebarang penyakit.
Kesimpulannya, kita hendaklah makan dengan panduan makanan
agar sihat sepanjang hayat.
(73 patah perkataan)
55
ULASAN 5
Gambar di bawah menunjukkan amalan gaya hidup sihat.
Tulis ulasan tentang amalan gaya hidup sihat dalam bentuk perenggan
berdasarkan gambar tersebut.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Gambar menunjukkan amalan gaya hidup sihat.
Kita harus mandi dengan sabun setiap hari agar badan bersih.
Selain itu, kita menggosok gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi.
Seterusnya, kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu supaya badan menjadi cergas dan otak pun cerdas. Akhir
sekali, kita harus mendapat rehat yang mencukupi agar kita tidak
mengantuk semasa belajar.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat penting supaya badan
kita sihat dan cergas.
(67 patah perkataan)
56
ULASAN 6
Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah keselamatan di jalan
raya.
Tulis ulasan tentang langkah-langkah keselamatan di jalan raya dalam
bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Gambar menunjukkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya.
Pejalan kaki melintas jalan raya dengan menggunakan jejantas
agar selamat. Selain itu, kanak-kanak perlu berjalan seiring dengan orang
dewasa ketika melintas jalan raya. Seterusnya, penunggang motosikal
menjaga keselamatan sendiri dengan memakai topi keledar yang
bersesuaian dengan saiz kepala sebelum memulakan perjalanan. Akhir
sekali, pemandu kenderaan harus mematuhi peraturan lampu isyarat
untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan di
jalan raya.
(73 patah perkataan)
57
ULASAN 7
Pengguna jalan raya mestilah beretika dan menggunakan jalan raya
dengan berhemah.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang etika pengguna jalan
raya yang berhemah dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Gambar menunjukkan etika pengguna jalan raya yang berhemah.
Pemandu kenderaan haruslah memastikan kenderaan yang
dipandu dalam keadaan yang baik dari masa ke masa. Selain itu, setiap
pengguna jalan raya mestilah mematuhi undang-undang di jalan raya
untuk menjaga keselamatan diri. Di samping itu, kita haruslah berhati-hati
dengan cuaca yang tidak menentu terutamanya hari hujan untuk
mengelakkan kecelakaan berlaku.
Kesimpulannya, kita bertanggungjawab mengamalkan etika yang
berhemah di jalan raya pada bila-bila masa demi kebaikan bersama.
(73 patah perkataan)
58
ULASAN 8
Gambar di bawah ini menunjukkan poster sambutan Hari Kebangsaan.
Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
ANJURAN BLOG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TAMAN MELATI BERSEMPENA
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2019
HADIAH-HADIAH
PERTAMA : RM50 + Alat Tulis + Sijil Penyertaan
KEDUA : RM30 + Alat Tulis + Sijil Penyertaan
KETIGA : RM20 + Alat Tulis + Sijil Penyertaan
Terbuka kepada :
Murid Tahap 2
Tarikh tutup :
16 Sepetember 2019
Maklumat Lanjut
sjkctm.worldpress.com
AYUH SERAHKAN KREATIVITI ANDA!
Poster tersebut tentang Pertandingan Melukis Poster #sehatisejiwa anjuran
Blog Sekolah Kebangsaan Cina Taman Melati
Pertandingan ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah tempat pertama diberi wang tunai
RM50.00, alat tulis dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula akan diberi
wang tunai RM30.00, alat tulis dan sijil penyertaan manakala tempat
ketiga akan diberi wang tunai RM20.00, alat tulis dan sijil penyertaan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2. Tarikh tutup penyertaan
pada 16 September 2019.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang
pertandingan boleh melayari laman web sjkctm.worldpress.com.
(89 patah perkataan)
59
ULASAN 9
Malaysia mempunyai seni warisan yang tersendiri dan unik.
Berdasarkan rajah di bawah, tulis ulasan tentang kepentingan memelihara
seni warisan dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Kepentingan Memelihara
Seni Warisan
Menjadi daya tarikan Mengenang sejarah atau
pelancong peristiwa penting
Nilai seni dan estetika Memupuk semangat
perlu dikekalkan patriotik
Rajah menunjukkan kepentingan memelihara seni warisan. Seni warisan
penting diwarisi.
Antara kepentingan memelihara seni warisan ialah menjadi tarikan
para pelancong melawat ke negara kita. Selain itu, seni warisan
mempunyai nilai seni dan estetika yang perlu dikekalkan kerana
keunikannya. Oleh itu, generasi muda akan mengenang sejarah atau
peristiwa penting yang telah berlaku. Seterusnya, masyarakat setempat
dapat memupuk semangat patriotik dengan memelihara seni warisan
budaya sendiri.
Kesimpulannya, kita harus memelihara seni warisan negara agar
tidak lapuk ditelan zaman.
(76 patah perkataan)
60
ULASAN 10
Terdapat pelbagai faedah mempelajari seni mempertahankan diri.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang kelebihan
mempelajari seni mempertahankan diri dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Iklan menunjukkan faedah mempelajari seni mempertahankan diri.
Kita dapat mempertahankan diri ketika diancam bahaya kerana
dapat melindungi diri dengan seni mempertahankan diri yang telah
dipelajari. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan
mempelajari diri kerana kita dapat melakukan aktiviti yang berfaedah. Di
samping itu, kita dapat menyihatkan tubuh badan kerana pergerakan
yang dilakukan dapat mengeluarkan peluh dan membakar kalori.
Kesimpulannya, mempelajari seni mempertahankan diri
mendatangkan banyak manfaat.
(68 patah perkataan)
61
ULASAN 11
Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis barangan buatan
Malaysia.
Tulis ulasan tentang slogan “Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia”
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Kita sewajarnya menyahut seruan terhadap “Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia”. Kita mesti mengutamakan dan membeli pakaian batik
dan songket yang dapat menunjukkan identiti negara.
Selain itu, kereta keluaran Proton dan Perodua mendapat sambutan
yang baik daripada penduduk. Seterusnya, kita mestilah membeli
barangan elektrik buatan negara kerana berkualiti serta harganya
berpatutan.
Kesimpulannya, kita berbangga dengan keluaran produk
pengusaha tempatan. Membeli barangan buatan Malaysia dapat
membuat pertumbuhan ekonomi ke arah kecemerlangan.
(69 patah perkataan)
62
ULASAN 12
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai tempat
pelancongan yang menarik.
Berdasarkan rajah di bawah, tulis ulasan tentang kebaikan melancong di
dalam negara dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Kebaikan Melancong
di Dalam Negara
Menjimatkan Menjana pertumbuhan
kos perbelanjaan ekonomi negara
Menambahkan Mengurangkan pengaliran
peluang pekerjaan mata wang ke luar negara
Rajah menunjukkan kebaikan melancong di dalam negara. Malaysia
merupakan sebuah negara yang terkenal dengan tempat-tempat
pelancongan yang menarik.
Antara kebaikan melancong di dalam negara ialah menjimatkan
kos perbelanjaan. Selain itu, tempat pelancongan menambahkan
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Seterusnya, pelancong
dari luar negara dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara di
samping mengurangkan mata wang negara ke negara asing.
Kesimpulannya, kerajaan kita menggalakkan orang ramai bercuti di
negara sendiri memang bermanfaat kepada kita.
(71 patah perkataan)
63
ULASAN 13
Kemajuan sains dan teknologi mendatangkan banyak kebaikan kepada
manusia.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang kebaikan sains dan
teknolgi dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
KEBAIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Gambar menunjukkan kebaikan sains dan teknologi kepada manusia
dalam kehidupan seharian.
Kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf hidup
manusia melalui perkembangan bidang perubatan dan kesihatan. Selain
itu, imej negara kita ditingkatkan kerana dapat bersaing dengan negara
maju yang lain. Di samping itu, kita dapat berkomunikasi dengan saudara
mara kerana kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Kesimpulannya, sains dan teknolgo memang membawa banyak
kesan positif terhadap manusia.
(67 patah perkataan)
64
ULASAN 14
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga bumi kita.
Tulis ulasan tentang cara-cara tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Cara-cara Menjaga Bumi Kita
Pihak Kerajaan Pihak Sekolah Murid-murid Media Massa
Menghalang Mengadakan Menanam Pokok Menyiarkan
pencemaran Kempen Hari dokumentari Hari
Bumi
udara Bumi
Terdapat banyak cara untuk menjaga bumi kita. Antaranya, pihak
kerajaan harus menghalang pencemaran udara dengan
menguatkuasakan undang-undang.
Selain itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan Kempen Hari Bumi
bagi menyemai perasaan sayangi bumi kita dalam kalangan warga
sekolah. Seterusnya, murid-murid menanam pokok bunga di sekeliling
sekolah untuk menyokong aktiviti Hari Bumi. Akhir sekali, pihak media
massa menyiarkan dokumentari Hari Bumi untuk menambahkan
kesedaran orang ramai.
Kesimpulannya, kita harus berganding bahu untuk memelihara dan
menyayangibumi kita agar kita hidup sihat.
(77 patah perkataan)
65
ULASAN 15
Pelbagai faedah yang akan diperoleh melalui kitar semula.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang faedah kitar semula
dalam bentuk perenggan.
Gambar tersebut menunjukkan faedah kitar semula. Antaranya, kita
mengitar semula bahan buangan untuk mengelakkan berlakunya
pencemaran. Selain itu, kita dapat menambahkan pendapatan dengan
menjual bahan kitar semula ke pusat kitar semula. Seterusnya, kita dapat
memupuk nilai murni bertanggungjawab dan berjimat cermat terhadap
generasi muda tentang kepentingan mengitar semula. Kesimpulannya,
semua pihak haruslah berganding bahu untuk menjayakan kempen kitar
semula kerana amalan ini dapat menjamin persekitaran alam yang sihat.
(68 patah perkataan)
66
ULASAN 16
Peta buih di bawah ini menunjukkan kegunaan pokok pisang.
Tulis ulasan tentang pelbagai kegunaan pokok pisang dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Pokok pisang mempunyai banyak kegunaannya. Antaranya, daun pisang
dapat dijadikan pembalut makanan seperti nasi lemak dan ikan bakar.
Selain itu, jantung pisang pula dijadikan ulama atau kerabu sebagai
hidangan tengah hari yang enak. Seterusnya, buah pisang yang sudah
tua boleh dijadikan kerepek manakala buah pisang yang sudah masak
digoreng atau dijadikan pencuci mulut. Bukan itu sahaja, batang pisang
dapat dijadikan tali dan rakit untuk menyeberangi sungai yang tohor
airnya.
Kesimpulannya, produk yang dihasilkan oleh pisang atau buah
pisang mampu menjana pendapatan para petani, sekali gus
memperkukuh ekonomi keluarga.
(89 patah perkataan)
67
ULASAN 17
Bercucuk tanam di rumah memberikan banyak faedah.
Berdasarkan gambardi bawah, tulis ulasan tentang kebaikan bercucuk
tanam di rumah dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Gambar itu menunjukkan kebaikan bercucuk tanam di rumah.
Kita harus memanfaatkan tanah di luar rumah dengan menanam
sayur-sayuran. Selain itu, kita makan sayur-sayuran yang ditanam dapat
menjimatkan perbelanjaan harian. Di samping itu, bercucuk tanam
bersama keluarga dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang
berfaedah.
Kesimpulannya, kita mendapat banyak manfaat apabila kita
berbudi kepada tanah.
(55 patah perkataan)
68
ULASAN 18
Sektor penternakan sangat penting kepada masyarakat.
Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang kepentingan sektor
penternakan kepada masyarakat dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
KEPENTINGAN
SEKTOR PENTERNAKAN
KEPADA MASYARAKAT
Gambar di bawah menunjukkan kepentingan sektor penternakan kepada
masyarakat.
Sektor penternakan dapat memenuhi permintaan daging di pasaran
kerana daging merupakan sumber makanan utama di negara kita. Selain
itu, penternakan lembu membekalkan produk tenusu yang berkualti
kepada kita untuk membantu proses tumbesaran kanak-kanak. Di
samping itu, sektor penternakan bukan sahaja menyediakan peluang
pekerjaan yang banyak kepada masyarakat tempatan malah membantu
meningkatakan taraf ekonomi penternak dan negara kita.
Kesimpulannya, sektor penternakan memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.
69
ULASAN 18
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara untuk mengurus kewangan.
Tulis ulasan tentang cara-cara untuk mengurus kewangan dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
merancang perbelanjaan berbelanja dengan bijak
membayar dengan tunai menyimpan wang di bank
Terdapat banyak cara untuk mengurus kewangan sendiri. Antaranya, kita
harus merancang perbelanjaan seharian sebelum membeli-belah di
mana-mana.
Selain itu, kita perlu berbelanja secara bijak dengan membeli
barang keperluan untuk mengelakkan pembaziran. Seterusnya, kita
membayar dengan tunai agar tidak berhutang. Akhir sekali, kita mestilah
menyimpan wang di bank untuk kegunaan waktu kecemasan dan masa
depan.
Kesimpulannya, pengurusan wang yang cekap akan menceriakan
kehidupan kita kerana kita bebas daripada hutang.
(68 patah perkataan)
70
ULASAN 19
Menabung merupakan satu amalan yang baik.
Berdasarkan gambar rajah di bawah, tulis ulasan tentang faedah
menabung dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.
Mengamalkan sikap Faedah Membantu keluarga
berjimat cermat Menabung ketika dalam kesusahan
Menambahkan wang Melanjutkan pelajaran
simpanan
Gambar rajah itu menunjukkan faedah menabung. Kita dapat
mengamalkan sikap berjimat cermat dengan menyimpan duit di dalam
bank atau tabung. Selain itu, duit simpanan dapat digunakan untuk
membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Seterusnya, kita
melanjutkan pelajaran di menara gading dengan menggunakan duit
tabung kita. Di samping itu, kita dapat menambahkan wang simpanan
kerana adanya amalana menabung. Kesimpulannya, kita harus
menabung sejak kecil lagi kerana “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi
bukit”.
(69 patah perkataan)
71
Karangan Biografi: Orang Yang Saya Sayangi/ Hormati
Orang yang saya sayangi ialah ibu saya. Nama ibu saya Chong Mei Ling.
Umur beliau 40 tahun.
Beliau peramah dan baik hati. Beliau ada ramai kawan kerana suka
menolong orang.
Ibu saya membuat sarapan untuk saya dan menghantar saya ke
sekolah setiap hari. Ibu rajin mengemas rumah supaya kelihatan bersih
dan ceria.
Saya sangat sayang akan ibu saya. Saya rajin belajar untuk
membalas jasa ibu saya. Saya akan menjaga ibu dengan baik pada
masa hadapan.
(75 patah perkataan)
Karangan Biografi: Kawan Akrab Saya/ Sahabat Baik Saya
Saya ada kawan baik. Nama kawan baik saya Siti Nur Alia. Umur Siti 10
tahun.
Saya dan Siti belajar di SJK (C) Chung San Miri. Kami kawan sedarjah.
Kami menaiki bas sekolah ke sekolah setiap pagi.
Kami ada hobi yang sama. Kami suka membaca dan meminjam
buku di perpustakaan. Kami juga menyertai Kelab Badminton di sekolah.
Kami bercita-cita menjadi seorang jururawat.
Saya berasa sangat gembira kerana ada kawan yang begitu baik.
Hubungan kami baik seperti isi dengan kuku. Saya berharap agar
persahabatan kami kekal selama-lamanya.
(85 patah perkataan)
72
Karangan Autobiografi: Aku Sebuah Basikal
Aku sebuah basikal. Nama saya ialah BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang
membuat basikal di Bintulu.
Aku berwarna biru. Badan aku ada dua biji tayar. Aku dijual di
sebuah kedai basikal di Miri.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang pemuda. Dia mengayuh
aku pada masa lapangnya di taman. Dia menjaga aku dengan baik.
Tuan aku sangat sayang aku. Aku berasa bangga kerana ada tuan
yang begitu baik. Aku akan berkhidmat kepada tuanku sehingga akhir
hayatku.
(76 patah perkataan)
Karangan Autobiografi: Aku Sepohon Pokok Kelapa
Aku sepohoh pokok kelapa. Aku sangat berguna kepada manusia. Oleh
itu, aku digelar sebagai pokok seribu guna.
Isi buah muda aku boleh dimakan atau dibuah kuih-muih. Air buah
aku sedap diminum. Isi buah tua saya dijadi santan. Selain itu, isi buah
aku diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
Batang aku sesuai dijadikan titi. Sabut badan aku boleh dibuat tali,
berus dan bahan api. Tempurung aku pula boleh tabung. Daun aku boleh
dijadikan atap dan dibuat sarung ketupat. Lidi aku dijadikan penyapu lidi.
Manusia suka akan aku kerana aku memberi banyak kebaikan
kepada mereka.
(93 patah perkataan)
73
Karangan Keperihalan: Perpustakaan Sekolah Saya
Perpustakaan ialah gedung ilmu. Di sekolah saya ada sebuah
perpustakaan.
Perpustakaan sekolah saya luas dan cantik. Di dalam perpustakaan
ada pelbagai jenis buku. Contohnya, buku cerita, buku rujukan dan
majalah. Buku-buku itu disusun dengan rapi oleh pustakawan.
Murid-murid suka membaca dan meminjam buku di perpustakaan.
Murid-murid tidak boleh berbuat bising di perpustakaan. Murid-murid harus
menjaga kebersihan di perpustakaan.
Saya sangat sayang akan perpustakaan sekolah saya.
Perpustakaan memberi banyak kebaikan kepada saya.
(71 patah perkataan)
Karangan Keperihalan: Binatang Kesayangan Saya
Saya suka akan binatang. Binatang kesayangan saya ialah kucing.
Nama kucing saya Si Comel. Si Comel ialah hadiah daripada nenek
saya. Warna Si Comel putih. Si Comel ada ekor yang panjang.
Si Comel tidur di dalam sangkar. Si Comel suka makan ikan. Saya
suka bermain dengan Si Comel pada masa lapang.
Si Comel pandai menangkap tikus. Oleh itu, rumah saya tidak ada
tikus. Saya menjaga Si Comel dengan baik sehingga akhir hayatnya.
(72 patah perkataan)
74
Karangan Keperihalan: Perkhemahan Pengakap
Pada hari Sabtu yang lalu, Persatuan Pengakap SJK (C) Chung San
mengadakan perkhemahan di Hutan Lambir. Seramai 30 orang murid dan
3 orang guru penasihat menyertai perkhemahan ini.
Kami membawa peralatan masing-masing. Kami bertolak pada
pukul 7.00 pagi dan sampai di Hutan Lambir pada pukul 8.00 pagi. Kami
menaiki bas sewa.
Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Kami membuat tugas
masing-masing seperti mendirikan khemah, mengangkat air, memasak
dan mencari kayu api.
Perkhemahan diadakan selama dua hari. Kami berasa sangat
gembira kerana mendapat banyak kebaikan dan pengalaman baharu.
(86 patah perkataan)
Karangan Keperihalan: Pengalaman Manis/ Bercuti Di Kampung
Pengalaman yang paling indah saya alami di Kampung Damai.
Kami bercuti di sana selama seminggu.
Kami bertolak ke Kampung Damai pada pukul 7.00 pagi dan
sampai di sana selepas satu jam. Udara di situ segara dan
pemandangannya cantik.
Kami telah melawat ke dusun buah-buahan. Kami merasa buah-
buahan seperti durian, rambutan dan langsat. Selain itu, kami juga
memancing ikan di sungai yang berdekatan. Kami mendapat ikan yang
besar.
Kami berasa gembira kerana dapat merasai pengalaman yang
seronok semasa di kampung. Kami berharap akan datang lagi.
(84 patah perkataan)
75
Karangan Keperihalan: Lawatan Ke Pameran Buku
Pada hari Jumaat yang lalu, ibu membawa saya melawat ke pameran
buku. Pameran buku diadakan selama tiga hari.
Ramai pengunjung berada di pameran buku. Pelbagai jenis buku
dijual di pameran buku seperti buku cerita, buku rujukan, majalah dan
alat tulis. Semua bahan diberi diskaun istimewa.
Saya telah membeli sebuah kamus elektronik. Kamus elektronik itu
ada sistem pengimbas makna yang dapat mencari makna perkataan.
Saya berharga agar saya dapat meningkatkan penguasaan bahasa
saya.
Kami pun balik ke rumah selepas satu jam. Saya berasa gembira
kerana saya ada kamus elektronik baharu.
(89 patah perkataan)
Karangan Keperihalan: Hari Keluarga
Pada hari Ahad yang lalu, Taman Tunku mengadakan hari keluarga
di padang. Ramai penduduk berkumpul di padang pada pukul 8.00 pagi.
Pelbagai aktiviti dijalankan. Kanak-kanak menyertai pertandingan
meniup belon dan pertandingan mewarna. Golongan remaja mengambil
bahagian dalam pertandingan tarik tali.
Selain itu, kaum ibu menyertai pertandingan gubahan bunga. Kaum
bapa pula mengukur kelapa dalam kumpulan. Suasana pada hari itu
sungguh meriah.
Hari keluarga berakhir pada pukul 5.00 petang. Penduduk-
penduduk makan dan minum sebelum pulang. Mereka tepat gembira
walaupun letih.
(79 patah perkataan)
76
Karangan Keperihalan: Hari Keusahawanan
Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menganjurkan Hari
Keusahawanan. Hari Keusahawanan diadakan di dewan sekolah.
Pada hari itu, ramai ibu bapa, guru-guru dan murid-murid hadir.
Banyak gerai didirikan. Pengunjung boleh membeli makanan, minuman
dan menonton persembahan yang menarik.
Saya membantu Persatuan Bahasa Melayu menjual air madu.
Jualan kami laris dan mendapat keuntungan yang banyak. Keuntungan
itu dimasukkan ke dalam tabung persatuan kami.
Saya berasa amat gembira kerana dapat bersama-sama
menjayakan Hari Keusahawanan itu. Saya mendapat pengalaman
baharu.
(78 patah perkataan)
Karangan Keperihalan: Kempen Bahasa Melayu
Sekolah saya mengadakan Kempen Bahasa Melayu anjuran Persatuan
Bahasa Melayu. Kempen Bahasa Melayu itu diadakan selama seminggu.
Guru besar telah merasmikan Kempen Bahasa Melayu pada waktu
perhimpunan yang diadakan di sekolah kami. Beliau berharap agar
murid-murid dan guru-guru memartabatkan Bahasa Melayu dengan
berbahasa secara sopan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Antara
aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang,
pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata dan
pertandingan syarahan.
Selain itu, persembahan tarian Melayu seperti tarian zapin turut
diadakan untuk memeriahkan Kempen Bahasa Melayu. Di samping itu,
semua guru dan murid diwajibkan bertutur dalam Bahasa Melayu apabila
bertemu di mana-mana sahaja di kawasan sekolah.
Para pemenang setiap pertandingan teleh menerima hadiah yang
disampaikan oleh guru besar dalam majlis penutupan Kempen Bahasa
Melayu. Beliau berharap generasi muda terus mencintai Bahasa Melayu
kerana Bahasa Jiwa Bangsa.
(134 patah perkataan)
77
Karangan Keperihalan: Kunjungan Ke Pasar Malam
Pasar malam yang berdekatan dengan rumah saya dibuka pada
setiap hujung minggu. Ramai jiran saya suka berkunjung ke sana.
Banyak gerai didirikan. Contohnya gerai makanan, gerai minuman,
gerai pakaian dan gerai mainan. Harga barang yang dijual sangat
murah.
Suasana di pasar malam riuh-rendah. Kedengaran suara tawar-
menawar antara penjual dan pembeli. Saya dan ibu telah membeli nasi
lemak dan ikan panggang untuk makan malam.
Kemudian, kami pun berjalan kaki pulang ke rumah. Saya berasa
gembira kerana dapat berkunjung ke pasar malam dengan ibu.
(82 patah perkataan)
Karangan Keperihalan: Majlis Perkahwinan Abang Ali
Pada hari Ahad yang lalu, saya telah dijemput oleh Ali untuk menghadiri
majlis perkahwinan abangnya. Majlis itu diadakan secara besar-besaran.
Pada hari itu, ramai saudara-mara datang bergotong-royong.
Pelbagai lauk-pauk dihidangkan. Suasana majlis bertambah meriah
dengan paluan kompang.
Abang Ali bersanding pada pukul 2.00 petang. Pasangan pengantin
sangat secocok seperti cincin dengan permata duduk bersanding di atas
pelamin. Semua tetamu memuji mereka berdua.
Majlis perkahwinan abang Ali tamat pada pukul lima petang.
Sebelum pulang, tetamu diberi telur pengantin sebagai buah tangan.
(80 patah perkataan)
78
Karangan Perbincangan: Faedah Melancong Di Dalam Negara
Negara kita ada banyak tempat pelacongan yang menarik. Kita
mendapat banyak faedah dengan melawat ke tempat-tempat itu.
Apabila melancong di dalam negara, kita dapat melihat keindahan
flora dan fauna. Kita dapat dapat melihat khazah hutan di dalam negara.
Melacong di dalam negara adalah lebih murah dan sangat
menjimatkan. Kita boleh melancong bila-bila masa pada masa lapang
atau cuti sekolah.
Selain itu, kita dapat mengetahui kebudayaan masyarakat majmuk
yang terdapat di negara kita. Kita boleh berkunjung ke Muzium Sarawak
untuk mengenali budaya, pakaian dan cara hidup suku kaum.
Kesimpulannya, melancong di dalam negara memang memberikan
banyak faedah kerana jauh perjalanan, luas pandangan.
(101 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Kepentingan Air
Air sangat penting kepada manusia. Kita boleh mendapat air dari laut,
sungai dan paip.
Manusia memerlukan air untuk diminum. Manusia dapat mengawal
suhu badan dan meningkatkan imunisasi badan dengan minum air.
Tanpa air, tumbuhan dan haiwan akan mati.
Selain itu, air digunakan untuk menyiram pokok, memasak dan
membasuh pakaian. Petani memerlukan air untuk menyiram tanaman
manakala air sungai dijadikan sumber pengangkutan.
Kesimpulannya, kita harus berjimat cermat semasa menggunakan
air dan memastikan sumber air tidak tercemar.
(75 patah perkataan)
79
Karangan Perbincangan: Kepentingan ICT
Penggunaan teknologi maklumt sangat penting dalam kehidupan kita.
Kita mendapat banyak faedah dengan menggunakan teknologi yang
canggih.
Kita mendapat maklumat di hujung jari. Kita menambah ilmu
pengetahuan baharu dengan melayari internet. Selain itu, kita dapat
berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan. Kita boleh
menghubungi kawan melalui laman sosial seperti “facebook”.
Di samping itu, peniaga dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga
dalam perusahawanan mereka. Kita juga boleh membayar bil dan
mengurus kewangan kita melalui laman sesawang sahaja.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka
menggunakan teknologi maklumat dengan bijak sejak dari kecil.
(92 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Kepentingan Kegiatan Kokurikulim Di Sekolah
Kegiatan kokurikulum mendatangkan faedah kepada murid-murid.
Kegiatan kokurikulum merangkumi kelab, sukan serta pasukan beruniform.
Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat mengisi masa lapang
dengan berfaedah. Mereka tidak ada masa untuk melepak dan bergaul
dengan budak-budak nakal.
Selain itu, murid-murid dapat dilatih menjadi pemimpin. Murid yang
menjadi setiausaha dalam persatuan akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan dengan baiknya.
Di samping itu, murid-murid dilatih untuk bekerjasama serta saling
menghormati sesama murid. Dengan itu, hubungan sesama ahli dapat
dieratkan.
Kesimpulannya, setiap murid harus menyertai kegiatan kokurikulum
yang diadakan di sekolah demi kepentingan masing-masing.
(91 patah perkataan)
80
Karangan Perbincangan: Kepentingan Sukan Kepada Murid
Sukan ialah aktiviti riadah yang menjadikan kita berpeluh. Aktiviti sukan
mendatangkan faedah kepada murid-murid.
Bersukan dapat menyihatkan badan murid-murid. Contohnya,
bermain bola dan berenang. Badan murid menjadi cergas dan otak pula
menjadi cerdas.
Selain itu, bersukan merapatkan hubungan antara murid. Mereka
dapat berkenalan dengan kawan yang berlainan umur, bangsa dan
agama.
Di samping itu, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah. Mereka tidak ada masa untuk melepak dan bergaul dengan
budak-budak nakal.
Kesimpulannya, murid-murid harus menyertai aktiviti sukan untuk
menjaga kesihatan badan.
(82 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara Mengisi Masa Lapang
Masa lapang memberikan banyak faedah kepada kita. Kita boleh
membuat pelbagai aktiviti pada masa lapang kita.
Kita boleh membaca pada masa lapang. Contohnya, kita
membaca buku cerita, surat khabar dan majalah untuk menambahkan
ilmu kita.
Selain itu, kita mengisi masa lapang dengan melakukan hobi yang
kita suka. Contohnya, bersukan untuk menjaga kesihatan kita.
Di samping itu, kita boleh membantu ibu bapa membuat kerja
rumah pada masa lapang. Kita dapat meringankan beban ibu bapa
yang sibuk bekerja.
Kesimpulannya, kita harus mengisi masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah kerana masa itu emas.
(90 patah perkataan)
81
Karangan Perbincangan: Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat amat penting dalam kehidupan kita. Kesihatan
yang baik bermula daripada amalan gaya hidup sihat.
Kita harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan
bersenam. Amalan itu dapat menjadikan badan sihat dan otak kita pun
cerdas.
Selain tiu, kita harus makan makanan yang seimbang. Kanak-kanak
tidak digalakkan banyak makan makanan ringan untuk mengelakkan
obesiti.
Di samping itu, kita perlu ada tidur yang mencukupi. Kita akan lebih
bertenaga untuk bekerja pada keesokan hari.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat menjaga kesihatan kita.
Rakyat sihat negara maju. (86 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar,
barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada
pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Faedah makan buah-buahan tempatan”.
Para hadirin sekalian,
Antara buah-buahan tempatan yang terdapat di negara kita
termasuklah rambutan, betik, nanas, durian dan lain-lain. Buahan-buahan
tempatan banyak berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Buah-buahan tempatan mudah didapati di mana-mana kerana
senang ditanam. Selain itu, harga buah-buahan tempatan murah. dan
buah yang dijual itu sangat segar dan rasanya sedap dimakan.
Di samping itu, buah-buahan tempatan seperti nanas dan durian
dapat dieksport ke luar negara. Secara tidak langsung, ekonomi negara
ditingkatkan. Penanaman buah-buahan tempatan juga menambahkan
peluang pekerjaan.
Kesimpulannya, makan buah-buahan tempatan mendatangkan
banyak kebaikan kepada kita.
Sekian, terima kasih. (125 patah perkataan)
82
Karangan Perbincangan: Kepentingan Makanan Seimbang
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Kita akan menjadi sihat dan cergas.
Kita memerlukan zat makanan dan vitamin yang mencukupi setiap
hari. Kita tidak mudah jatuh sakit dan dapat mencegah penyakit.
Selain itu, kita mengambil makanan seimbang untuk mengelakkan
obesiti. Kita tidak akan menjadi terlalu gemuk dan dijangkiti penyakit
jantung.
Di samping itu, zat makanan tertentu membantu kita berasa segar
dan sihat dalam kehidupan. Kita tidak mudah letih untuk bekerja.
Kesimpulannya, pengambilan makanan seimbang memang penting
untuk setiap orang kerana mendatangkan banyak kebaikan.
(88 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Kita mesti menjaga
kesihatan diri dengan baik supaya kita hidup sihat sejahtera.
Kita mesti makan makanan yang seimbang. Buah-buahan dan
sayur-sayuran memang berkhasiat dan baik untuk kesihatan diri. Oleh itu,
Kita tidak mudah dijangkiti penyakit.
Selain itu, kita mesti bersenam untuk menjaga kesihatan badan.
Bersenam dapat mengelakkan obesiti dan mencegah penyakit.
Di samping itu, kita harus menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Kita juga perlu mendapat
tidur yang mencukupi. Dengan itu, kita tidak akan berasa letih untuk
bekerja.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan diri bukan saja menjimatkan kos
perubatan malahan menjamin kebahagian hidup kita.
(101 patah perkataan)
83
Karangan Perbincangan: Faedah Menyimpan Wang
Wang amat penting untuk masa depan kita. Menyimpan wang memberi
banyak faedah kepada kita.
Kita menyimpan wang untuk disimpan di dalam tabung atau di
dalam bank. Duit simpanan itu dapat digunakan pada masa kecemasan
dan melanjutkan pelajaran.
Selain itu, kita dapat memupuk amalan berjimat cermat dengan
menabung. Kita akan merancang perbelanjaan kita dan berbelanja
dengan bijak. Kita tidak akan bersikap boros.
Di samping itu, kita boleh menggunakan wang simpanan untuk
membantu orang lain. Kita juga boleh membeli barang-barang yang
disukai dengan wang tunai.
Kesimpulannya, amalan menabung memang memberi banyak
kebaikan kepada kita. Jadi, kita harus menabung dari sekarang kerana
“sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
(103 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Faedah Berjimat Cermat
Amalan berjimat cermat amat penting dalam kehidupan kita. Amalan
berjimat cermat memberi kebaikan kepada kita.
Kita berjimat cermat dengan menabung di dalam bank atau di
dalam tabung. Duit simpanan itu dapat digunakan pada masa
kecemasan dan melanjutkan pelajaran.
Selain itu, kita harus berjimat cermat menggunakan air dan bekalan
elektrik. Kita dapat menjimatkan wang untuk membayar bil-bil tersebut.
Di samping itu, amalan berjimat cermat mengelakkan seseorang
daripada membayar hutang yang banyak. Dia akan berbelanja dengan
bijak dan tidak akan bersikap boros.
Kesimpulannya, ibu bapa harus mendidik anak supaya berjimat
cermat sejak dari kecil kerana “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
(98 patah perkataan)
84
Karangan Perbincangan: Kebaikan Membaca
Membaca ialah jambatan ilmu. Amalan membaca mendatangkan
banyak faedah kepada kita.
Seseorang yang suka membaca dapat menambah ilmunya.
Mindanya akan menjadi lebih sihat dan positif.
Selain itu, kita boleh membaca surat khabar untuk mengetahui isu-
isu semasa. Kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
Di samping itu, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita
tidak ada masa untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal.
Kesimpulannya, membaca amat penting kepada semua murid. Kita
membaca untuk menjadi manusia yang berilmu.
(78 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Kepentingan Kelas Tambahan
Kelas tambahan dijalankan selepas waktu persekolahan atau pada cuti
sekolah. Kelas tambahan memberi banyak kebaikan kepada kita.
Kelas tambahan yang diadakan secara percuma di sekolah bukan
sahaja baik untuk murid-murid malahan menjimatkan wang ibu bapa. Ini
dapat meringankan beban ibu bapa.
Selain itu, guru kelas akan memberi latihan tambahan kepada murid
masing-masing. Latihan tambahan dapat mengukuhkan kemahiran murid
dan memberi pemulihan kepada murid yang lemah.
Di samping itu, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan
menghadiri kelas tambahan. Mereka tidak ada masa untuk melepak dan
bergaul dengan budak-budak nakal.
Kesimpulannya, ibu bapa harus memastikan anak mereka selalu
menghadiri kelas tambahan untuk kebaikan masa depan mereka.
(104 patah perkataan)
85
Karangan Perbincangan: Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan
Murid-murid mempunyai pelbagai cara untuk belajar. Belajar secara
berkumpulan ialah satu cara yang memberi banyak kebaikan kepada
murid-murid.
Murid-murid duduk dalam satu kumpulan untuk berbincang dan
berkongsi maklumat yang dipelajari. Dengan itu, murid-murid lebih cepat
memahami dan mengingati sesuatu.
Selain itu, murid-murid tidak akan berasa bosan semasa belajar
bersama dengan kawan. Murid-murid lebih bersemangat dan berminat
untuk belajar. Mereka bukan sahaja akan saling membantu malahan
hubungan mereka menjadi mesra.
Di samping itu, kita dapat memperoleh pelbagai pendapat dan
idea yang bernas daripada kawan-kawan. Kita boleh belajar kelebihan
daripada kawan yang baik dan mengetahui kelemahan diri.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan membantu murid
belajar dengan berkesan sekali untuk mencapai keputusan yang
cemerlang. (110 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa
Ibu bapa bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Kita harus
membalas jasa ibu bapa apabila mereka tua nanti.
Kita sebagai anak harus rajin belajar untuk menggembirakan ibu
bapa. Ibu bapa akan berasa bangga atas kejayaan kita.
Selain itu, kita harus mendengar nasihat ibu bapa. Apabila kita
membuat kesalahan, kita harus meminta maaf daripada mereka.
Di samping itu, kita membantu ibu bapa membuat kerja rumah
seperti menyapu sampah dan mencuci kereta. Kita dapat meringankan
beban ibu bapa yang sibuk bekerja.
Kesimpulannya, kita harus menjadi anak yang baik untuk membalas
jasa ibu bapa yang menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh.
(100 patah perkataan)
86
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menghormati Ibu Bapa
Ibu bapa sangat berjasa kepada kita. Kita harus membalas jasa mereka
dengan menghormati mereka dari semasa ke semasa.
Sebagai anak, kita harus mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat ibu
bapa sangat penting untuk kebaikan anak-anak.
Selain itu, anak-anak perlu bercakap dengan sopan semasa bertutur
dengan ibu bapa. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang menyakitkan
hati ibu bapa.
Di samping itu, anak-anak harus menjaga tingkah laku seperti tidak
berkasar dengan orang lain dan sentiasa berpakaian sopan. Ibu bapa
akan berasa bangga dengan melihat anak yang bersikap mulia.
Kesimpulannya, anak-anak harus bertanggungjawab untuk
menyayangi ibu bapa dan menjaga ibu bapa dengan baik.
(99 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menghargai Guru
Guru mendidik anak murid supaya mereka dapat menjadi insan yang
berguna pada masa depan. Kita sebagai anak murid harus menghargai
guru kita.
Sebagai murid, kita harus menghormati guru kerana guru
menyampaikan ilmu kepada kita. Kita memberi salam kepada guru
semasa berjumpa dengan guru.
Selain itu, kita harus rajin belajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang. Guru akan berasa bangga atas kejayaan muridnya.
Di samping itu, kita harus menjadi murid yang berdisiplin di sekolah.
Kita tidak boleh lewat ke sekolah dan menyiapkan kerja rumah yang
diberi oleh guru. Kita tidak terlibat dalam kes disiplin.
Kesimpulannya, kita harus menyayangi guru kita dan mengenang
jasa guru selama-lamanya.
(103 patah perkataan)
87
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menjadi Murid Yang Cemerlang
Murid ialah anak harapan negara. Setiap murid harus mengetahui cara
untuk menjadi murid yang cemerlang di sekolah.
Sebagai murid, kita harus rajin belajar untuk mendapat keputusan
yang cemerlang. Kita harus menumpukan perhatian di kelas semasa guru
mengajar. Guru akan berasa bangga atas kejayaan muridnya.
Selain cemerlang dalam bidang kurikulum, kita harus bergiat aktif
dalam bidang kokurikulum. Kita boleh mengharumkan nama sekolah
dengan menjadi pemenang pertama dalam sesuatu pertandingan.
Di samping itu, murid yang cemerlang dapat menjaga tingkah laku
dengan baik. Murid itu selalu bersopan santun dan bersikap baik hati
terhadap guru dan rakan.
Kesimpulannya, kita harus rajin berusaha untuk menjadi murid yang
cemerlang supaya kita mempunyai masa depan yang cerah.
(110 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Berjaya dalam Pelajaran
Setiap murid harus rajin belajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Murid-murid harus mengetahui cara untuk
berjaya dalam pelajaran.
Murid-murid harus tekun belajar dalam pelajaran. Murid-murid juga
perlu menumpukan perhatian di kelas dan berani untuk bertanya kepada
guru semasa menghadapi sebarang masalah.
Selain itu, murid-murid juga perlu membuat jadual waktu belajar
sendiri dan mengulang kaji pelajaran setiap hari. Bukan itu sahaja, murid-
murid harus menyiapakan kerja rumah yang diberi oleh guru.
Di samping itu, murid-murid boleh mengikuti kelas tambahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid-murid boleh membuat latihan
tambahan untuk mengukuhkan kemahiran yang dipelajari.
Kesimpulannya, murid-murid harus rajin berusaha untuk menjadi
murid yang cemerlang supaya mempunyai masa depan yang cerah.
(110 patah perkataan)
88
Karangan Syarahan: Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar,
barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada
pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid”.
Hadirin sekalian,
Sekolah ialah tempat belajar murid. Murid-murid suka belajar dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Oleh itu, murid-murid bertanggungjawab
menjaga kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah.
Guru mendidik anak murid menjaga kebersihan sekolah dengan
tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Murid tahap dua perlu
bertugas untuk menjalankan tugas untuk membersihkan kelas masing-
masing.
Kempen gotong-royong membersihkan kelas akan diadakan. Murid-
murid perlu membawa peralatan masing-masing untuk menceriakan
kawasan sekolah. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing.
Ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan sekolah turut dihadiri
oleh murid-murid.
Akhir sekali, saya ingin menyeru murid-murid supaya kita bersama-
sama menjaga kebersihan sekolah untuk kepentingan kita semua.
Sekian, terima kasih. (139 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah
Sekolah ialah tempat belajar murid. Murid-murid suka belajar dalam
keadaan yang bersih dan ceria.
Pihak sekolah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Kawasan sekolah akan menjadi bersih dan ceria.
Selain itu, murid-murid yang menyertai kelab cinta alam sekitar
membantu pihak sekolah menanam semula pokok-pokok bunga untuk
mencantikkan kawasan sekolah. Pokok-pokok ditanam untuk meredupkan
kawasan sekolah.
Bukan itu sahaja, murid-murid boleh melukis mural pada dinding
sekolah untuk menceriakan sekolah. Murid-murid berasa seronok datang
ke sekolah.
Kesimpulannya, warga sekolah harus bekerjasama untuk
membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah untuk kepentingan
bersama. (87 patah perkataan)
89
Karangan Perbincangan: Amalan Bergotong-royong
Amalan bergotong-royong penting dalam kehidupan. Bergotong-royong
memberi banyak kebaikan kepada kita.
Amalan bergotong-royong menjadikan kerja cepat disiapkan.
Contohnya, kita bekerjasama membersihkan kawasan sekolah bagai aur
dengan tebing.
Selain itu, kita dapat menjimatkan kos dan tenaga dengan
membuat kerja bersama-sama. Kita tidak boleh bersikap mementingkan
diri.
Di samping itu, nilai-nilai mulia seperti bekerjasama dan
menghormati dapat dipupuk melalui amalan bergotong-royong.
Perpaduan antara kaum juga dapat dieratkan dan hubungan antara
kaum menjadi mesra.
Kesimpulannya, amalan bergotong-royong harus diamalkan untuk
kepentingan bersama-sama.
(79 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran
boleh terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
Kadazan.
Semangat kejiranan dapat dipupuk dengan saling menghormati,
kunjung-mengunjungi dan tegur-menegur. Cara ini akan mengeratkan
hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita bergotong-royong membersihkan balai raya. Kita
bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kita tidak boleh bersikap
mementingkan diri dalam kehidupan.
Di samping itu, kita mesti bersikap prihatin terhadap jiran. Kita
membantu jiran semasa mereka menghadapi kesusuhan. Bukan itu sahaja,
kita harus berbudi bahasa semasa bergaul dengan jiran.
Kesimpulannya, jiran yang sepakat melahirkan masyarakat yang
harmoni, aman dan damai. (97 patah perkataan)
90
Karangan Perbincangan: Usaha-usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum
di Negara Kita
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan kaum
mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk
perpaduan kaum. Ibu bapa membawa anak menziarahi rumah jiran
tetangga. Nilai hormat-menghormati dan bertolerasni diserap dalam jiwa
anak-anak.
Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan program RIMUP yang
melibatkan pelbagai kaum di kalangan murid sekolah. Bukan itu sahaja,
program sukan dan gotong-royong menceriakan kawasan sekolah turut
diadakan.
Di samping itu, kerajaan Malaysia juga boleh mengadakan aktiviti
yang boleh mengeratkan hubungan sesama penduduk. Kita dapat
memahami adat resam, budaya dan agama pelbagai kaum agar
hubungan kita menjadi mesra. Pihak media massa juga boleh menyiarkan
iklan yang membawa mesej kepenting perpaduan kaum.
Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab mewujudkan
perpaduan masyarakat di negara kerana “bersatu teguh, bercerai roboh”.
Kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
(132 patah perkataan)
Karangan Perbincangan: Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri
Kemalangan berlaku daripada sikap cuai atau tidak berhati-hati. Kita
perlu mementingkan keselamatan diri.
Pertama, kita sentiasa berhati-hati semasa bangun daripada tidur
agar tidak terjatuh dari katil. Semasa mandi, kita harus mencurahkan air
ke lantai agar sisa sabun hilang dan kita tidak akan tergelincir.
Selain itu, kita mesti mematuhi undang-undang di jalan raya.
Contohnya, pejalan kaki menggunakan lintasan belang dan jejantas
untuk melintas jalan. Setiap pemandu dan penumpang kenderaan harus
memakai tali pinggang keledar. Penunggang motosikal pula perlu
memakai topi keledar.
Pengayuh basikal mesti memastikan brek basikal berfungsi
manakala penunggang motosikal dan pemandu kenderaan memastikan
kenderaan berada dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan
sebarang kemalangan. Pemandu perlu mendapat tidur yang mencukupi
supaya tidak mengantuk semasa memandu.
91
Kesimpulannya, setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab
menjaga keselamatan diri untuk kesejahteraan hidup semua.
(128 patah
perkataan)
Karangan Berita: Kemalangan
Miri, 15 Miri- Seorang warga emas, Kamarul bin Said, 72 tahun, cedera
akibat dilanggar oleh sebuah kereta.
Sekumpulan murid yang sedang menunggu bas telah
memaklumkan pihak sekolah tentang kemalangan tersebut. Pihak sekolah
segera menelefon ambulans untuk membawa mangsa ke hospital.
Kejadian ini berlaku di hadapan Sekolah Chung San Miri. Menurut
saksi kejadian, warga emas itu sedang mengayuh basikal untuk
menjemput cucunya dari sekolah. Sebuah kereta telah terlanggarnya dari
arah belakang menyebabkan dia tercampak ke dalam parit.
(76 patah perkataan)
Karangan Berita: Program Kecemerlangan Akademik
MIRI, Sabtu- Sekolah Chung San dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah mengadakan Program Kecemerlangan Akademik yang bermula pada
20 April dan berakhir pada 21 April 2016. Program ini disertai oleh 80 orang murid dan
mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada ibu bapa dan penjaga murid.
92
Program Kecemerlangan Akademik yang berlangsung telah dirasmikan oleh
Guru Besar, Encik Choo Chong Lok. Menurut Encik Choo, objektif program ini untuk
memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik belajar yang berkesan. Para
peserta dibimbing tentang cara menjawab soalan UPSR yang betul dan pengurusan
masa yang baik. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan
keyakinan diri murid.
Antara aktiviti yang diadakan dalam Program Kecemerlangan ini termasuklah
ceramah, bengkel dan sesi renungan. Seramai enam orang guru yang
berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing telah
mengendalikan program kecemerlangan akademik ini dengan sempurna.
Menurut peserta program, Dillon Wong, dia berasa amat gembira kerana
berpeluang untuk mengikuti program ini. Peserta yang lain pula memberitahu bahawa
dia memperopleh banyak tip pembelajaran dan berkeyakinan untuk menghadapi
peperiksaan UPSR yang akan datang.
Upacara perasmian penutup Program Kecemerlangan Akademik ini telah
disempurnakan oleh Guru Besar. Beliau berharap agar program ini dapat melahirkan
murid yang cemerlang, berdisiplin dan berakhlak mulia. (200 patah perkataan)
Karangan Ucapan: Ucapan Majlis Perpisahan Bagi Seorang Guru
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Terima kasih saya
ucapkan kerana diberi peluang untuk berucapa dalam majlis perpisahan
ini.
Hari ini adalah hari terakhir bagi Cikgu Kong di sekolah ini. Beliau
akan berkhidmat di sekolah lain mulai hari Rabu ini. Majlis ini diadakan
untuk mengenang jasa baik beliau.
Cikgu Kong telah lama berkhidmat di sekolah ini iaitu selapa sepuluh
tahun. Beliau seorang guru yang rajin dan bertanggungjawab. Beliau
telah banyak berjasa dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau
juga selalu memberi nasihat kepada kami.
Saya berasa sedih atas pertukaran beliau. Saya mewakili murid-
murid sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Sekian, terima kasih.
(112 patah perkataan)
93
Karangan Ucapan: Ucapan Majlis Perpisahan Tahun Enam
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru serta
rakan-rakan yang saya hormati. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi
peluang untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Sudah enam tahun kami berada di sekolah ini. Kami terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikashi.
Kami amat menghargai jasa guru-guru di sekolah yang mendidik kami
dengan penuh sabar dan kasih sayang. Kami akan selalu mengingati nasihat
guru-guru supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan
negara.
Saya berasa sedih untuk meninggalkan sekolah ini. Saya mewakili rakan-
rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami
berada di sekolah ini. Jasa guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat
kami.
Sekian, terima kasih.
(113 patah perkataan)
Karangan Ucapan: Ucapan Wakil Murid Pada Hari Guru
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, guru-guru serta
rakan-rakan yang saya hormati. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi
peluang untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tujuannya adalah untuk
mengenang jasa dan bakti guru.
Guru sentiasa mendidik kami dengan penuh sabar dan kasih sayang.
Guru berharap agar kami menjadi insan yang berguna kepada masyarakat
dan negara.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat guru
selama ini. Kami akan menggunakan segala ilmu yang diajar untuk mencapai
cita-cita kami pada masa depan.
Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan selamat maju
jaya.
Sekian, terima kasih.
(107 patah perkataan)
94
Karangan Laporan:
Laporan Hari Sukan Tahunan
SJK (C) Chung San telah mengadakan hari sukan tahunan pada 14
Oktober 2016. Hari Sukan diadakan untuk mencungkil bakat murid dalam
bidang kesukanan di samping melaksanakan aktiviti tahunan sekolah.
Semua guru, murid-murid dan ibu bapa turut hadir pada pagi ini.
Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Kemudian, guru besar
kami memberi ucapan perasmian sukan tahuhan.
Pelbagai acara dipertandingkan seperti lumba lari, lompat pagar,
lompat tinggi dan sebagainya. Semua hadirin bersorak untuk memberi
sokongan kepada para peserta. Suasana di padang meriah sekali.
Majlis pada hari itu bersurai pada pukul 1.00 petang. Para
pemenang mendapat piala masing-masing. Rumah Hijau telah dinobat
sebagai juara sukan tahunan pada kali ini. Murid-murid pulang dengan
perasaan yang seronok walaupun letih.
Laporan disediakan oleh, 15 OGOS 2016
Mohamad Ali
(MOHAMAD ALI)
Setiausaha Kelab Sukan,
SJK (C) Chung San Miri.
(113 patah perkataan)
95
Karangan Laporan:
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Kicap
Pada 1 Ogos 2016, Persatuan Bahasa Melayu SJK (C) Chung San Miri telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang kicap di Bintulu.
Seramai 30 orang ahli dan 3 orang guru pengiring turut serta dalam
rombongan ini.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan peserta tentang proses membuat kicap dan mengeratkan
hubungan sesama peserta. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi
dengan menaiki bas sewa.
Kemudian, kami pun sampai di kilang kicap. Kami disambut oleh
seorang pegawai. Pegawai itu memberi taklimat ringkas kepada kami.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke setiap bahagian kilang. Kami
melihat pekerja memproses kicap dan membotolkan kicap. Kami juga
merakam gambar sebagai kenangan.
Lawatan itu tamat pada pukul 3.00 petang. Kami diberi sebotol
kicap sebagai cenderamata. Saya berasa gembira kerana mendapat
ilmu dan pengalaman baharu.
Laporan disediakan oleh, 15 OGOS 2016
Mohamad Ali (129 patah perkataan)
(MOHAMAD ALI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SJK (C) Chung San Miri.
96
Karangan Dialog
Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak
dapat dielakkan. Kamu menghubungi rakan kamu melalui telefon untuk
memberitahunya. Tulis perbualan kamu itu.
Ken : Selamat petang! Boleh saya bercakap dengan Jeremy?
Jeremy : Selamat petang, ini Jeremy bercakap. Boleh saya tahu
Ken
Siapakah yang bercakap di sana?
Jeremy : Saya Ken. Saya hendak meminta jasa baik awak untuk
Ken
memberitahu Cikgu Su bahawa saya tidak dapat hadir ke
Jeremy sekolah selama beberapa hari.
: Kenapa Ken? Awak tak sihat?
Ken : Sebenarnya sejak semalam saya berasa kurang sihat.
Ayah telah membawa saya berjumpa dengan doktor.
Jeremy Menurut doktor, saya menghidapi demam campak.
Ken : Oh, begitu! Patutlah semalam saya lihat muka awak ada
Jeremy bintik-bintik merah. Berapa lamakah awak tidak dapat hadir
ke sekolah, Ken?
: Doktor telah memberi saya cuti sakit selama lima hari.
Saya akan membawa surat daripada doktor ke sekolah
setelah saya sembuh.
: Baiklah Ken, saya akan beritahu Cikgu Su nanti. Janganlah
awak risau.
: Terima kasih, Jeremy.
: Sama-sama.
(123 patah perkataan)
97
Karangan Catatan Harian
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat
sekolah. Tulis sebuah catatan harian sepanjang majlis itu berlangsung.
Jumaat, 31 Ogos 2016
7.30 pagi
Sekolah saya mengadakan sambutan Hari Kebangsaan di dewan sekolah.
Semua murid berkumpul di dewan sekolah.
8.00 pagi
Majis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.
Kemudian, guru besar memberi ucapan. Murid-murid mendengar ucapan
dengan teliti.
8.30 pagi
Guru menayangkan video tentang sejarah kemerdekaan dan perpaduan
kaum di Malaysia. Murid-murid juga memperagakan pakaian tradisional
masing-masing. Kumpulan Koir pula menyanyi lagu patriotik.
9.30 pagi
Acara kemuncak pada pagi ini ialah guru besar mengiringi murid-murid
melaungkan “merdeka” sebanyak tujuh kali sambil mengibarkan Jalur
Gemilang. Suasana pada hari itu sungguh meriah. Kami
10.00 pagi
Majlis bersurai. Murid-murid pulang ke kelas masing-masing.
(104 patah perkataan)
98
Karangan Catatan Mingguan
Tulis catatan tentang kegiatan yang kamu lakukan selama lima hari di
sekolah.
Isnin, 9 Oktober 2016
Majlis perhimpunan diadakan pada pukul 7.00 pagi. Guru besar
menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan sekolah.
Selasa, 10 Oktober 2016
Pameran kamus elektronik diadakan di dewan sekolah. Jurujual
mempromosikan kamus elektronik yang dijual. Saya tidak mampu
membeli kamus elektronik yang mahal.
Rabu, 11 Oktober 2016
Saya dipuji oleh guru seni saya kerana saya telah menghasilkan lukisan
yang tercantik. Guru menampal lukisan saya pada papan kenyataan.
Saya berasa bangga sekali.
Khamis, 12 Oktober 2016
Kawan saya, Lily terjatuh semasa menjalani latihan ujian Segak. Saya
membawanya ke pejabat guru untuk mendapat rawatan.
Jumaat, 13 Oktober 2016
Keluarga saya berkunjung ke pasar malam. Kami membeli banyak
makanan yang sedap sekali.
(110 patah perkataan)
99
Karangan Surat Rasmi
Anda telah menghidapi penyakit selesema dan dinasihati oleh doktor
untuk berehat sehari. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk
memohon cuti.
240, Jalan Krokop,
98000 Miri,
Sarawak.
__________________________________________________________________
Guru besar, 10 OKTOBER 2016.
SJK Chung San Miri,
Jalan Riam,
98000 Miri,
Sarawak.
Tuan,
Memohon Cuti
Dengan hormatnya, dimaklumkan bahawa saya, Jong Ming, murid 4C di
sekolah ini tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana menghidapi
demam selesema.
2. Emak saya telah membawa saya pergi ke klinik untuk mendapatkan
rawatan doktor. Doktor menasihati saya supaya berehat selama satu hari.
Dia juga memberikan saya ubat untuk makan.
3. Saya akan datang belajar di sekolah seperti biasa pada keesokan
hari (11 OKTOBER). Diharapkan permohonan saya mendapat
pertimbangan tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar, (105 patah perkataan)
Jong Ming
(JONG MING)
100