The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHASILAN PRODUK BMMB1144

NAMA : NUR FATIHAH BINTI JAMILUDIN
KELAS : H1
PAKEJ : B

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfatihahjamiludin, 2022-04-01 10:30:42

CERPEN : KASIH IBU HINGGA KE SYURGA

PENGHASILAN PRODUK BMMB1144

NAMA : NUR FATIHAH BINTI JAMILUDIN
KELAS : H1
PAKEJ : B

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 )

KESANTUNAN BERBAHASA
(BMMB1144)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR FATIHAH BINTI JAMILUDIN
ANGKA GILIRAN 2021192310016
NO. KAD PENGENALAN 031230040246
H1
KUMPULAN
BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
KOD DAN NAMA KURSUS PENGHASILAN PRODUK
TAJUK TUGASAN

NAMA PENSYARAH DR IZANI BIN IBRAHIM
3 APRIL 2022
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

DARIPADA PENSYARAH

Cerpen: Kasih Ibu Hingga Ke Syurga

Senyuman wajah ibu masih terbayang dibenakku. Aku memandang ke setiap penjuru rumah,
sambil teringat kenangan bersama ibu suatu ketika dahulu. Setiap kali aku teringat akan wajah
itu, pasti mutiara jernih akan mengalir dari mataku. Ibu merupakan seorang yang gigih berusaha
dalam membesarkan anak-anaknya. Ibu juga boleh dikatakan sebagai seorang ibu yang kuat
kerana dapat memenuhi keperluan kami tiga beradik tanpa bantuan seorang suami. Dalam kata
lain, ibu dapat berdiri atas kaki sendiri. Antara semua adik-beradik, akulah anak yang paling
rapat dengan ibu. Namun begitu, semuanya kian berubah apabila aku bakal menempuhi alam
peperiksaan terbesar dalam hidupku iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"ukh...ukh..."

Terdengar batuk yang agak keras dari arah dapur. Ternyata batuk itu datangnya dari
ibu. Ibu kelihatan sedang meniup kayu api untuk menjerang air. Air itu digunakan untuk
membuat kopi. Agak terkilan juga hati melihat kepayahan orang tua itu. Terasa ingin sahaja aku
melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang singkat. Namun, apakan daya, sudah nasib.

"Along, Angah, Adik mari sini nak. Sarapan dah siap ni." Ibu dengan suaranya yang
agak lantang memanggil kami untuk bersarapan. Menunya seperti biasa, iaitu kopi yang kurang
manis dan biskut kering.

“Along dah lambat, ibu. Along makan di kantin nanti,” jawabku tergesa-gesa. Air kopi yang
masih hangatku cicip perlahan.

Jam sudah menunjukkan enam pagi. Aku mencium tangan ibu lalu memeluk tubuh
kenitnya.

“Along pergi dulu,” ucapku lalu mengayuh basikal usang milik arwah ayah ke sekolah.

Sebagai pelajar harapan sekolah, aku sering meluangkan masa bersama rakan-rakan
untuk mengulang kaji pelajaran. Aku juga lebih banyak menghabiskan masa di sekolah kerana
jadual kelas tambahan yang sangat padat. Disebabkan itu, aku jarang berada di rumah. Aku
kerap pulang lewat, tetapi ibu tidak pernah memarahiku. Malah di rumah aku langsung disuruh
berehat di dalam bilik. Ibu amat memahami keadaan aku yang sangat sibuk sebagai calon

1

SPM. Kadang kala aku berasa kasihan terhadap ibu kerana tiada yang membantunya membuat
kerja-kerja rumah. Tambahan pula, ibu melakukan tiga kerja sambilan iaitu menoreh getah,
menjual nasi lemak dan membuat tempahan menjahit. Semua kerja ini dilakukan agar anak-
anak dapat menjalani kehidupan yang senang seperti orang lain.

Cuaca pagi ini amat cerah. Burung-burung berkicauan bernyanyi menyambut datangnya
sang mentari. Semoga hariku ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Namun
semuanya menjadi hancur berderai sejurus ibu menyuruhku untuk menghantar nasi lemak ke
Warung Pak Leman. Ibu memberitahu bahawa ibu tidak sihat sejak semalam, jadi dia terpaksa
meminta bantuanku. Walaupun ibu tidak memberitahu dia sedang sakit, aku masih dapat agak
kerana wajahnya yang amat pucat. Sejak subuh tadi aku sudah dengar ibu batuk-batuk di
dalam bilik. Namun begitu, aku tidak dapat membantu ibu kali ini kerana aku telah berjanji
dengan rakan sekelasku untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama di perpustakaan. Ibu
hanya tersenyum tipis apabila mendengar alasan tersebut.

“Tak mengapalah Along. Belajar baik-baik di sekolah. Ada duit belanja tak?” tanya ibu.

Aku segera mengeluarkan beberapa duit kertas berwarna biru dari kocek bajuku, tanda
masih mempunyai wang saku. Ibu segera memberi wang kertas bernilai RM10.

“Nah, duit buat belanja makan. Jangan terlalu kuat belajar sampai lupa makan. Jaga
kesihatan tu,” ujar ibu sambil terbatuk-batuk.

Aku sekadar mengangguk perlahan dan berlalu pergi meninggalkan ibu sendiri.

“Terima kasih, Farisa,” ucap Wahidah setelah aku habis membantunya menyelesaikan
soalan topik pengamiran dalam matematik tambahan. Aku mengakui bahawa soalan itu amat
sukar untuk diselesaikan. Buktinya, aku memerlukan tempoh masa selama dua hari untuk
mencari jawapan yang betul. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu memecahkan keheningan kelas 5 Al-Razi. Puan Maryam iaitu guru
kelas aku mengetuk pintu lalu memberi salam.

“Assalamualaikum, Farisa keluar sekejap, boleh? Saya nak cakap sikit dengan awak.”

Aku yang tidak tahu apa-apa segera keluar dari kelas dengan terpinga-pinga.

2

“Farisa, harap bersabar ya. Ibu awak dimasukkan ke hospital pagi tadi, jadi awak
dibenarkan pulang. Sekejap lagi mak cik awak jemput,” kata Puan Maryam sambil menggosok
bahuku perlahan.

Aku berdiri kaku. Ibu masuk hospital? Ibu sakit apa? Bukannya pagi tadi ibu hanya
batuk-batuk biasa? Kenapa sampai dimasukkan ke hospital? Segala persoalan mula bermain-
main di minda. Aku segera mengemas barang dan meninggalkan kelas. Segala pertanyaan
rakan-rakan aku endahkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Setibanya di hospital aku berlari-lari anak menuju ke kaunter terdekat. Aku segera
bertanya keberadaan ibu kepada jururawat yang bertugas. Setibanya di wad berkenaan, aku
melihat doktor sedang membuat pemeriksaan terhadap ibu. Ibu masih terlantar, tidak
menyedarkan diri. Pada saat ini, ibu kelihatan amat lemah. Terdapat banyak wayar yang
memenuhi segenap tubuh ibu. Aku tidak kuat melihat keadaan ibu sekarang. Justeru itu, aku
hanya menunggu di luar wad sambil menunggu doktor menghabiskan pemeriksaannya. Setelah
beberapa minit berlalu, doktor itu menghampiriku lalu menjelaskan penyakit sebenar ibu.

“Anak kepada Puan Hayati?” tanya doktor tersebut. Aku sekadar mengangguk perlahan
sebagai tanda mengiyakan penyataan itu. Mukaku sangat pucat dek terlalu takut untuk
mendengar penjelasan daripada doktor itu.

“Harap bersabar, Puan Hayati telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap
keempat di mana kanser itu telah merebak secara setempat tetapi melibatkan struktur penting
seperti jantung, salur darah, dan nodus limfa di kedua-dua belah bahagian dada,” jelas doktor
itu ringkas namun padat dengan seribu makna. Sebagai pelajar ambilan sains tulen, aku amat
memahami penjelasan itu dengan teliti kerana telah diajar dalam silibus mata pelajaran biologi.
Kata doktor lagi, pembedahan radikal hanya sesuai dijalankan untuk penghidap yang masih
berada pada tahap satu dan dua. Dalam kata lain, peluang untuk merawat ibu amatlah tipis
kerana tahap kanser ibu semakin memburuk.

Aku cuba memujuk doktor untuk cuba mengikhtiarkan cara lain bagi menyelamatkan ibu.
Biarlah aku kehilangan semua benda di dunia ini, tetapi bukan kehilangan seorang ibu.
Jawabnya, sebagai doktor itu sememangnya tugas mereka untuk menyelamatkan nyawa
pesakit. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan bagi merawat Puan Hayati.
Sebagai ahli keluarga pesakit pula, tugas kita ialah sentiasa mendoakan yang terbaik dan
memberi kata-kata semangat untuk mereka terus kuat menghadapi dugaan ini.

3

Pada malam itu, ibu batuk-batuk tanpa henti. Ibu mengatakan bahawa nafasnya menjadi
sesak setiap kali dia menarik nafas dan batuk. Tanpa disedari ibu mengalirkan air mata.
Menyaksikan detik ini, aku pasti kesakitan yang sedang dialaminya pasti benar-benar sakit.
Buktinya, sepanjang 17 tahun hidup bersama, ini kali pertama aku melihat wanita hebat ini
menangis di hadapanku. Aku menggosok dada ibu dan meminta ibu menarik nafas untuk
meredakan tangisannya.

“Sabar ibu. Ini semua dugaan dari Allah,” ibu semakin sedih. Barangkali ibu belum boleh
menerima hakikat ini. Aku kembali menggosok dadanya agar dia tenang. Tangisan ibu ibarat
seribu pisau yang menusuk jiwaku. Aku hanya mampu menahan sebak apabila melihat
keadaan ibu sebegitu rupa. Sungguh hebat dugaan yang Tuhan beri kepada keluargaku.

Setelah beberapa hari ditahan di wad, akhirnya ibu dibenarkan pulang. Adik beradikku
yang sedang menunggu diluar wad menyambut kepulangan ibu dengan perasaan bercampur-
baur. Adik yang masih berumur 5 tahun tidak mengerti apa-apa hanya tersenyum memeluk ibu.
Dia mengatakan bahawa dia kesunyian sepanjang ketiadaan ibu di rumah. Katanya lagi, dia
tidak suka ibu tinggal di hospital kerana tiada teman untuk bermain. Aku yang menyaksikan
babak itu, tidak mampu lagi menahan air mata yang dari tadi bertakung. Perlahan-lahan mutiara
jernih jatuh berlinang di pipi. Aku segera memeluk ibu seerat-eratnya. Ibu cuba untuk
menenangkan aku. Aku benci diri sendiri. Sepanjang 17 tahun hidup bersama ibu, aku tidak
pernah mengetahui ibu menghidap kanser paru-paru. Benarlah kata pepatah, “Seorang ibu
boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.”

Aku bertekad selepas ini aku akan lebih bijak membahagikan masa antara masa belajar
dan masa bersama keluarga. Hal ini kerana aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku juga
sudah jarang mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan kerana ingin meluangkan lebih
banyak masa bersama ibu di rumah. Apabila rakan-rakan mengajak belajar berkumpulan di luar
waktu sekolah, aku akan menolak ajakan mereka dengan sopan dan meminta maaf. Syukur
mereka sangat memahami situasi aku sekarang.

Selain belajar di rumah, aku turut membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti
membasuh pakaian, menyapu lantai, memasak dan sebagainya. Aku dan adik-adik
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengurangkan beban ibu tetapi ibu tetap sahaja
ingin membantu. Aku sudah cuba menghalang disebabkan ibu baru keluar dari hospital, tetapi
ibu tetap dengan pendiriannya. Ibu mengatakan bahawa dia sangat bosan seharian baring di
katil tanpa melakukan apa-apa. Oleh itu, kami hanya mengizinkan ibu membuat kerja-kerja

4

ringan yang tidak memerlukan terlalu banyak pergerakan. Mujurlah kami semua sudah besar
dan boleh menguruskan diri masing-masing. Aku yakin bahawa dugaan yang Tuhan berikan
mempunyai pelbagai hikmah. Barangkali boleh mengeratkan lagi hubungan kami sesama adik-
beradik dan mengingatkan kami kepada jasa ibu sewaktu mendidik dan membesarkan kami
dengan penuh rasa sabar dan tabah.

Pada mulanya, aku dan adik-adik berasa amat mustahil untuk menyiapkan segala kerja-
kerja rumah kerana biasanya ibu melakukan semua pekerjaan ini sendiri. Aku mula merenung
kesilapan lampau aku. Betapa kejamnya diri aku membiarkan ibu melakukan semua pekerjaaan
ini sendiri. Namun begitu, tiada apa yang mustahil di dunia ini. Berkat kerjasama semua, segala
kerja telah diselesaikan dengan sangat baik. Mungkin pada awalnya tidak biasa, tapi lama-lama
pasti menjadi kebiasaan. Bak kata pepatah, “alah bisa, tegal biasa.”

Aku termenung disisi ibu yang sedang lena tidur. Pada malam itu, pelbagai soalan
bermain dalam kotak fikiranku. Aku gelisah memikirkan keadaan ini. Tidak lama lagi aku akan
mula memohon beberapa universiti awam sebagai pelajar kemasukan sesi 2020/2021.
“Bagaimana ibu akan hadapi harinya bersama adik-adik yang lain di rumah setelah
pemergianku nanti?”. “Dengan siapa ibu ingin meminta tolong setelah keberangkatanku ke
universiti kelak?”. Itu antara perkara yang bermain dalam benakku ketika itu. Mana tidaknya,
akulah tempat ibu bergantung setelah pemergian ayah sejak tiga tahun lalu.

25 November 2019 iaitu tarikh keramat buat calon SPM 2019 akhirnya telah pun tiba.
Syukur aku dapat menjawab kertas terakhir dengan sangat baik, pastinya berkat daripada doa
ibu yang tiada hijab. Aku pulang ke rumah dengan perasaan senang hati. Sepanjang perjalanan
pulang, aku berangan-angan membawa ibu dan adik-adik jalan-jalan ke pantai. Aku ingin
menikmati pemandangan indah dan angin-angin sempoi bahasa yang sememangnya memberi
ketenangan setelah hampir sebulan aku bertempur di dalam dewan peperiksaan.

Setibanya di rumah aku melihat adik sedang menangis teresak-esak. Aku
menghampirinya dengan perasaan tertanya-tanya. “Kenapa ni Angah? Kenapa ramai sangat
orang ni? Ibu mana?” tanyaku polos sambil mengeluarkan tisu dari poket baju. Adikku hanya
diam membisu lalu menunjukkan sesuatu. Aku tergamam melihat sekujur badan yang kaku,
diselimuti kain putih seluruhnya. Hatiku mulai kacau. Tiba-tiba mak cik mendekatiku.

“Farisa, ibu kamu dah tiada.” Dengan serta-merta, air mata mula membasahi pipi. Kata-
kata mak cik sebentar tadi terngiang-ngiang di telingaku. Aku segera mendekati jasad ibu yang

5

sudah tidak bernyawa. Aku menciumnya buat kali terakhir dan kutatap riak wajahnya puas-
puas. Waktu itu segala kenangan bersama ibu kembali berputar dalam benak fikiranku.
Kusangka aku dapat bersama-sama ibu lebih lama lagi. Kenapa Allah mengambil nyawa ibu
terlalu pantas? Aku masih belum puas meluangkan masa bersama ibu. Aku masih memerlukan
kasih sayang, perhatian dan nasihat daripada seorang ibu. Namun, aku yakin bahawa Tuhan
lebih sayangkan ibu daripada kami. Aku redha dengan ketentuan-Nya.

Kini ibu sudah tiada lagi bersama kami. Ibu telah pergi meninggalkan kami selama-
selamanya. Hanya kenangan bersamanya sahaja yang masih lagi terpahat di hati. Kini, aku
pula menggalas tanggungjawab sebagai ayah, ibu dan anak sulung atau dengan kata lainnya
akulah yang menjadi ketua keluarga. Walaupun ibu sudah tiada, namun aku masih benar-benar
merasakan kehangatannya. Terima kasih ibu. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau
curahkan. Kasih ibu akan Along bawa hingga ke syurga.

Siang hari makan semangka,
Campur dengan ais dan gula.

Kasih ibu sungguh mulia,
Hidup bahagia hingga ke syurga.

6


Click to View FlipBook Version