INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER II TAHUN 2) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: NAMA NURUL RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHMAD AZIZI ANGKA GILIRAN 2021192340389 NO. KAD PENGENALAN 020530020278 KUMPULAN PISMP A8 KOD/ NAMA KURSUS EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH PUAN ELLIE ESTERINA BINTI MOHD FASIAH TARIKH HANTAR 15 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN Kandungan Muka surat Penghargaan i 1.0 Pengenalan 1 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1 3.0 Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2 3.1 Jenis-Jenis Pentaksiran 2-3 3.2 Kaedah-Kaedah Pentaksiran 3-4 4.0 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4-5 5.0 Refleksi 5-6 6.0 Penutup 6 Rujukan ii Lampiran iii
i Penghargaan Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya serta pertolongan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ellie Esterina binti Mohd Fasiah, pensyarah pembimbing saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat kepada saya dan rakan-rakan sepanjang penghasilan pentaksiran berterusan ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan PISMP Semester 2 Tahun 2 kerana telah membantu saya dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan pentaksiran berterusan ini serta sokongan moral yang diberikan. Selain itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Dato Haron 1 atas kerjasama dan masa yang diluangkan bersama. Segala kerjasama daripada kalian amatlah saya hargai. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa saya yang turut memberi sokongan moral dan membantu saya menyediakan kemudahan untuk menyempurnakan pentaksiran berterusan ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan.
1 1.0 Pengenalan Umum mengetahui bahawa pentaksiran telah menjadi keutamaan terhadap penilaian sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, bahagian ini memberi tafsiran pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam konteks pendidikan di Malaysia. Selain itu, bahagian ini juga membincangkan tentang instrumen PBD dan penilaian profesional terhadap instrumen PBD di Malaysia. Hal ini membolehkan bakal guru memahami dan mengendalikan PBD dengan lebih baik. 2.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu daripada proses pentaksiran berterusan yang dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Fara Izzati Marnizam., & Siti Rahaimah Ali., 2021). Hal ini dilaksanakan selaras dengan matlamat kurikulum yang ingin dicapai bagi mendapatkan maklumat tentang kemajuan, perkembangan, kebolehan dan penguasaan atau pencapaian murid. PBD juga dapat dilaksanakan secara formatif dan sumatif serta menjadikan pentaksiran sebagai pembelajaran, pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran. Menurut (Fara Izzati Marnizam. & Siti Rahaimah Ali., 2021) juga, pelaksanaan PBD adalah bertujuan untuk tidak hanya berfokuskan kepada sistem peperiksaan semata-mata dan memastikan pentaksiran dijalankan secara menyeluruh ke atas diri murid. Matlamat PBD adalah bagi membantu guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid secara holistik, mengurangkan bebanan murid dalam peperiksaan, mewujudkan budaya pembelajaran yang menyeronokkan dan mewujudkan peluang pembelajaran yang sama rata untuk semua murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Hal ini dikatakan demikian bagi membentuk kemenjadian murid dalam aspek rohani, intelek, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum Standard Sekolah Redah (KSSR) telah menekankan peranan guru dalam pengajaran dan pentaksiran kerana kedua-duanya adalah sama rata dan mengalami proses yang seiring (Hariatul Hafidzah Mahmad Khory. et al., 2021). Hal ini dikatakan demikian guru terlibat dengan PdP serta pentaksiran yang dijalankan bersama dengan murid sepanjang masa persekolahan.
2 3.0 Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pada 08 Februari 2024, kajian lapangan telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 1 (SKTDH1). Hal ini dilaksanakan bagi mengumpul 30 instrumen yang digunakan oleh guru-guru di sekolah terhadap murid dalam melaksanakan pentaksiran. Pengumpulan 30 instrumen dapat diselesaikan dengan cepat apabila terdapat empat orang guru yang sudi meluangkan waktu dan memberikan kerjasama bagi membantu menyiapkan tugasan ini. Guru-guru yang ditemu bual merupakan guru yang mengajar bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini dapat disesuaikan dengan kepelbagaian instrumen dalam mengendalikan pentaksiran terhadap para murid. Berikut merupakan guru-guru sekolah yang terlibat dalam sesi temu bual semasa pelaksanaan kajian lapangan: 1. Cikgu Afifah 2. Cikgu Theanmolzhi S. Rajoo @ Molly 3. Cikgu Muhammad Fiza Izzat 4. Cikgu Farouk Abd Rahman Kepelbagaian instrumen yang dilaksanakan di SKTDH1 adalah berdasarkan pada pelbagai jenis dan kaedah-kaedah yang terdapat dalam rajah 1 dan rajah 2. 3.1 Jenis-Jenis Pentaksiran Rajah 1 Pentaksiran merupakan indikator yang dapat mengesan sama ada murid mencapai hasil pembelajaran dan memperoleh kemahiran yang telah ditetapkan (Nor Asilah Osman. et al., 2024). Berdasarkan pada rajah 1, terdapat 30 jenis pentaksiran yang digunakan di SKTDH1.
3 Antara pentaksiran yang digunakan adalah pentaksiran formatif, sumatif, berasaskan rakan sebaya, penilaian kendiri, pentaksiran berkumpulan, berasaskan projek, temu bual, pembentangan lisan, penghasilan portfolio, secara pemerhatian, penghasilan produk, amali, penghasilan buku skrap dan tugasan bertulis. Walaupun terdapat banyak pilihan pentaksiran, kebanyakan guru di SKTDH1 lebih tertumpu pada pentaksiran tugasan bertulis. Hal ini dikatakan demikian kerana murid disediakan buku latihan dan buku kerja yang melibatkan aspek kognitif dan psikomotor. Pemilihan pentaksiran tugasan bertulis juga dikatakan lebih mudah untuk dinilai dengan adanya bukti bertulis daripada murid. Selain itu, guru-guru juga tidak terkecuali dalam menjalankan pentaksiran secara pemerhatian, pentaksiran secara berkumpulan serta pentaksiran secara formatif dan sumatif. Hal ini dikatakan demikian kerana guru turut melaksanakan empat pentaksiran selain daripada pentaksiran secara tugasan bertulis. Pentaksiran-pentaksiran ini juga saling berkait kerana melibatkan aktiviti menulis dalam setiap pentaksiran. Tambahan pula, terdapat satu pentaksiran yang kurang digunakan oleh guru-guru di SKTDH1 iaitu pentaksiran secara penghasilan produk. Hal ini dikatakan demikian kerana penghasilan produk memerlukan kos tambahan dan tempoh masa yang lama untuk disiapkan dan dinilai. Penghasilan produk turut memerlukan penguasaan kemahiran mengendalikan produk yang betul dengan tunjuk ajar daripada seorang yang mahir dalam pembinaan produk. Tuntasnya, guru-guru mempunyai pilihan tersendiri terhadap pelaksanaan pelbagai jenis pentaksiran bagi pentaksiran bilik darjah. Hal ini dapat mendedahkan murid terhadap PBD yang dilaksanakan di sekolah. 3.2 Kaedah-Kaedah Pentaksiran Rajah 2
4 Rajah 2 menunjukkan tiga kaedah pentaksiran yang telah dilaksanakan oleh guru-guru terhadap murid iaitu secara lisan, secara bertulis dan secara pemerhatian. Berdasarkan rajah, kaedah bertulis lebih dipolopori oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran berbanding dengan kaedah lisan dan pemerhatian. Hal ini dikatakan demikian kerana guru dapat menilai aspek kognitif dan psikomotor murid secara langsung. Pentaksiran secara bertulis juga dapat dilihat dengan jelas. Bukti pentaksiran juga dapat dikemukakan berdasarkan pada penulisan murid dalam item pentaksiran yang dijalankan. Kaedah lisan pula mempunyai pilihan yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah pemerhatian. Guru-guru memilih kaedah lisan bagi menguji tahap kefasihan murid dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lancar dan jelas. Kebiasaannya, murid-murid diuji ketika pelaksanaan pentaksiran secara pembentangan, ujian lisan, amali, komunikasi dalam kumpulan dan sebagainya. Selain daripada kaedah lisan, kaedah pemerhatian turut digunakan. Namun begitu, kaedah pemerhatian digunakan secara tidak langsung terhadap gaya pembelajaran seseorang murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah ini melibatkan perilaku guru yang memerhati murid-murid sama ada dalam aspek kognitif, aspek afektif dan aspek sosial. Tuntasnya, ketiga-tiga kaedah digunakan bagi melaksanakan PBD pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pentaksiran dilaksanakan secara holistik terhadap semua murid bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. 4.0 Penilaian Profesional Terhadap Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertimbangan profesional merupakan suatu pertimbangan yang dilaksana menggunakan pengetahuan profesional terhadap pengetahuan, nilai, kemahiran, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran, bukti pencapaian serta kriteria dan standard yang ingin dicapai (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2019). Hal ini dikatakan demikian bagi mewujudkan kesahan dan kepercayaan guru dalam mempertimbangkan penguasaan murid dalam pelbagai pentaksiran. Elemen-elemen yang perlu dikuasai dalam pertimbangan profesional adalah pengetahuan, tanggungjawab profesional, input murid dan pengalaman guru terhadap pentaksiran. Hal ini dapat meningkatkan kompetensi guru dalam membuat pertimbangan. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2019), penekanan elemen-elemen ini juga dapat mewujudkan guru yang bertanggungjawab dan beretika berdasarkan pada pengetahuan, pengalaman serta input murid yang ada dengan sistematik, telus, adil, cekap dan holistik. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dapat bertanggungjawab dalam pentaksiran dengan membuat pertimbangan berdasarkan prestasi murid dengan baik.
5 Menurut Hariatul Hafidzah Mahmad Khory. et al., (2021), kesesuaian pemilihan instrumen pentaksiran amat penting terhadap seseorang guru bagi mengenal pasti tahap penguasaan pembelajaran murid dan membuat pertimbangan dengan baik. Hal ini bagi memastikan rekod dan laporan prestasi murid mewakili prestasi murid yang sebenar. Proses PdP bermula daripada pengetahuan guru dan cara guru mengendalikannya (Vinoothini Mannogaran. & Nor Azwahanum Nor Shaid., 2023). Hal ini dikatakan demikian kerana guru perlu menguasai pedagogi pengajaran dan pentaksiran dalam pendidikan bagi memastikan PdP serta pentaksiran dilaksanakan dengan berkesan. Hal ini memerlukan guru untuk merancang aktiviti dan pentaksiran bagi mengenal pasti kualiti pengajaran dan penguasaan murid dalam PdP yang dijalankan. 5.0 Refleksi Kajian lapangan yang dilaksanakan telah mendedahkan bakal guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah pada masa ini. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang kelebihan dan kekurangan semasa melaksanakan aktiviti pentaksiran. Terdapat juga halangan yang menyebabkan sesuatu PBD tidak dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, menurut Zahari Suppian et. at., 2020, program latihan yang tidak berkesan telah menyebabkan guru gagal dalam melaksanakan aktiviti PBD dengan sempurna. Guru-guru tidak menguasai pertimbangan profesional yang sewajarnya sehingga memberi impak terhadap analisis pencapaian murid dalam PBD. Menurut Masfarizan dan Mohammed Yusoff (2020) pula, penyediaan bahan dan aktiviti pentaksiran yang tidak sesuai menjadi pilihan yang kurang tepat dengan tahap murid. Hal ini menjadikan aktiviti pentaksiran kurang menarik, membosankan sekali gus dipandang enteng oleh murid. Penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan berkesan kepada murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid dapat dibimbing semula bagi mengelakkan murid-murid tertinggal dalam pelajaran. Antara penambahbaikan yang dapat dilaksanakan adalah dengan menjalankan pelbagai jenis pentaksiran kepada murid. Menurut Hariatul Hafidzah Mahmad Khory. et al., (2021),para guru tidak seharusnya memberi penilaian ke atas murid berdasarkan satu set pengujian sahaja, sebaliknya perlu mempelbagaikan bentuk dan kaedah pentaksiran agar dapat menafsir perkembangan semasa murid dengan tepat. Sikap guru yang hanya tertumpu pada pentaksiran yang sama dikatakan tidak dapat mengembangkan penguasaan murid dari aspek yang berbagai-bagai. Pelaksanaan pelbagai jenis pentaksiran dapat mencungkil bakat murid apabila murid menunjukkan sifat minat terhadap sesuatu pentaksiran. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pentaksiran mempunyai kelebihan dan kelemahan kepada setiap murid. Oleh itu,
6 pelaksanaan pelbagai jenis PBD dapat mendedahkan murid tentang aspek yang dinilai sekali gus mengelakkan ketidakadilan berlaku. Selain itu, guru-guru juga perlu mengaplikasikan semua kaedah dan teknik dalam PdP. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian kaedah dan teknik yang dijalankan dapat menarik minat murid sekali gus mewujudkan murid aktif dalam pembelajaran. Muridmurid akan lebih berani untuk tampil ke hadapan kelas dan berkongsi idea dengan rakanrakan. Keadaan ini dapat memberi impak terhadap PBD apabila guru mentaksir murid secara pemerhatian. Sebagai contoh, aktiviti Hot Seats yang dilaksanakan di dalam kelas adalah satu bentuk pemerhatian guru terhadap kebolehan murid dalam menyampaikan idea. Hal ini memberi kelebihan kepada murid atas keberaniannya berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Tambahan juga, guru hendaklah melaksanakan PBD secara kerap dan berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru akan memperoleh maklum balas apabila guru melaksanakan pentaksiran selepas tamat sesi PdP. Pentaksiran menggunakan satu pendekatan yang memerlukan satu jangka masa yang agak panjang dan menyeluruh bagi mengenal pasti murid yang berpotensi dan berkebolehan (Kalai Selvan Arumugham., 2020). Hal ini dikatakan demikian kerana murid dinilai sepanjang tempoh satu tahun dan secara berturutan iaitu sejak bulan pertama persekolahan sehingga hari terakhir pelaksanaan PBD. Pelaksanaan pentaksiran pula bukan sahaja terletak pada ujian, malah melibatkan semua aspek murid dalam PdP. Hal ini lebih meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid bagi mewujudkan murid yang cemerlang, aktif dan berkewarganegaraan. 6.0 Penutup Kesimpulannya, PBD dapat menentukan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Hal ini turut memudahkan guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam topik-topik tertentu. Oleh itu, penambah baikan PdP dapat dilaksanakan ekoran daripada perolehan data yang dikumpul berdasarkan instrumen pentaksiran bilik darjah.
ii Rujukan Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2 2019 (Guidelines for the Implementation of Classroom-Based Assessment 2nd Edition 2019). Kementerian Pendidikan Malaysia. Fara Izzati Marnizam., & Siti Rahaimah Ali. (2021). Penilaian pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam kalangan guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81–94. Hariatul Hafidzah Mahmad Khory., Mohd Nazri Abdul Rahman., & Muhammad Azhar Zailaini. (2021). Pengurusan pentaksiran bilik darjah mata pelajaran Bahasa Arab berasaskan keperluan pembelajaran murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(2), 41– 57. Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal, 3(1), 152–161. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Masfarizan Maslan & Mohammed Yusoff Mohd Nor. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran. Nor Asilah Osman., Norliyah Sulaiman., Shariza Said., Zahanin Ismail., & M Vijayaletchumi R Maniveloo. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. MK e-Solutions Sdn. Bhd. Vinoothini Mannogaran., & Nor Azwahanum Nor Shaid. (2023). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen mengenai pengetahuan, sikap dan cabaran guru dalam pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e001958. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.1958. Zahari Suppian., Ghazali, Nor Hasnida Md Ghazali., Nor Junainah Mohd Isa., & Priyalatha Govindasamy., (2020). Penilaian kendiri guru pelatih terhadap tahap kemahiran pentaksiran bilik darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 98-106.
iii Lampiran