Amalan Kitar Semula dan
Kepentingannya Terhadap
Alam Sekitar di Taman
Bukit Mutiara, Seremban,
Negeri Sembilan.
Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Bukit Mutiara bertujuan
untuk :
a. Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
b. Menjelaskan konsep dan takrifan amalan kitar semula.
c. Membina jadual dan graf/carta pai yang sesuai tentang amalan kitar
semula di Taman Bukit Mutiara.
d. Mengenal pasti dan menghuraikan kepentingan kitar semula yang
terdapat di Taman Bukit Mutiara.
Peta lakar menunjukkan kedudukan Taman Bukit Mutiara dan Latar belakang kawasan
JuKmalwakahasjaipnaenkn.adjuiadnuksayAalaamdalSaehkditiasrekdiitarTaTmamanan Bukit Mutiara.
Bukit Mutiara
terdapat kira-kira 5,000 orang dengan 40% penduduk terdiri
daripada orang India, 20% orang Melayu, 35% orang Cina dan
5% kaum lain-lain.
Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian saya
ialah tanah pamah dan tanah tinggi.Kawasan tanah pamah
ialah kawasan yang rendah, rata dan beralun Tanah pamah
penting untuk pelbagai jenis kegiatan, iaitu petempatan,
pertanian,perindustrian,pengangkutan dan perhubungan.
Terdapat ciri-ciri pandang darat budaya terdapat di Taman
Bukit Mutiara adalah jalan raya, masjid, petempatan dan
talian elektrik. Ciri-ciri pandang darat fizikal di Taman Bukit
Mutiara adalah hutan, rumput, kontur dan sungai.
Konsep Amalan Kitar Semula
Menurut internet kitar semula ialah kegiatan megolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru, dalam kata lain proses memperolehi atau menjadikan
sebahagian atau semula bahan daripada sampah untuk di guna semula. Amalan kitar semula
ini adalah 3 amalan iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar
semula).
Contohnya, barangan keluli tidak ada guna atau tidak lagi terpakai seperti kereta rosak,
akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta yang baru.
Seterusnya, sisa makanan dan buangan organik lain-lain dapat mereput menjadi baja organik
yang boleh digunakan untuk pertanian mahu pun kegunaan rumah tangga. Contoh sisa
makanan yang digunakan untuk dijadikan bahan organik ialah kulit telur, air beras.
Kitar semula mengurangkan pengunaan tenaga, bahan mentah baru, mengurangkan bahan
buangan, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari
tapak pelupusan).
Jadual menunjukkan kepentingan kitar semula terhadap penduduk di Taman Bukit
MutiaKraepentingan kitar semula Bilangan responden
Mengurangkan pencemaran 6
Memupuk sikap jimat cermat 4
Menjimatkan kos 3
Menjimatkan penggunaan sumber 2
Jumlah 15
Graf Kepentingan kitar semula terhadap penduduk di Taman Bukit Mutiara dan Tafsiran graf
Graf bar mudah menunjukkan kepentingan kitar semula terhadap penduduk di
Taman Bukit Mutiara. Kepentingan kitar semula yang mencatatkan bilangan
responden (orang) yang paling tinggi ialah mengurangkan pencemaran, iaitu
seramai 6 orang. Bilangan responden (orang) yang memupuk sikap jimat cermat
adalah kedua tertinggi, iaitu seramai 4 orang. Bilangan responden (orang) yang
menjimatkan kos adalah ketiga tertinggi, iaitu seramai 3 orang. Kepentingan
kitar semula yang mencatatkan bilangan responden (orang) paling rendah ialah
menjimatkan penggunaan sumber, iaitu seramai 2 orang.
Ramai murid memilih mengurangkan pencemaran sebagai kepentingan kitar
semula kerana jika tidak boleh longgokor bahan buangan di dalam tong sampah,
lori atau tapak pelupusan sampah akan menyebabkan pencemaran air dan
udara. Menjimatkan penggunaan sumber pula kurang digemari kerana bahan
buangan bukan semuanya boleh dijadikan sumber pengunaan bagi manusia.
Kesimpulannya, kepentingan kitar semula terhadap penduduk di Taman Bukit
Mutiara. Kepentingan mengurangkan pencemaran merupakan kepentingan
kitar semula yang paling digemari manakala menjimatkan penggunaan sumber
merupakan kepentingan kitar semula yang paling kurang digemari terh
penduduk di Taman Bukit Mutiara.
Mengurangkan pencemaran Kepentingan kitar semula
Daripada borang soal selidik di Taman saya mendapat seramai 6 orang responden mengadakan
Kepentingan Kitar Semula adalah kita dapat mengurangkan pencemaran. Sampah-sampah
bolehlah menjelaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Sekiranya
sampah-sampah dibiarkan bersepah jadi ini akan ada mengeluarkan bau dan menyebabkan
banyak penyakit. Oleh itu, melalui kitar semula ini, kita dapat mengurangkan sampah, mengawal
penyakit daripada merebak dan seterusnya mengurangkan pencemaran-pencemaran seperti
pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran darat. Contohnya mengurangkan
pencemaran ini kita mesti mengurangkan pembakaran terbuka dan jangan buang sampah
merata-rata di mana-mana.
Memupuk sikap jimat cermat
Daripada borang soal selidik di Taman saya mendapat seramai 4 orang responden mengadakan
Kepentingan Kitar Semula adalah kita dapat memupuk sikap jimat cermat. Kerana kebanyakan
orang tidak mengangap amalan kitar semula dapat menjimatkan bahan buangan malahan
meningkatkan lagi bahan buangan. Contohnya barang-barang yang terpakai boleh digunakan
semula seperti botol kaca di basuh dan dijalankan pasu dan lain-lain.
Menjimatkan kos
Daripada borang soal selidik di Taman saya mendapati seramai 3 orang responden Kepentingan
Kitar Semula adalah kita dapat menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah
lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem
yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan
semakin berkurangan. Melupuskan sampah membutuhkan kos seperti kos pengunaan jentera berat
pelupusan serta caj pelupusan. Jika kita semua mengamalkan amalan kitar semula secara terus
menerus maka sampah-sampah akan berkurangan supaya kerajaan dapat menjimatkan kos untuk
pelupusan sampah, sehingga wang yang lebih boleh digunakan untuk keginaan sosial yang lain
seperti pendidikan, pembangunan dan kegunaan lain.
Menjimatkan pengguna sumber
Daripada borang soal selidik di Taman saya mendapati seramai 2 orang responden mengadakan
Kepentingan Kitar Semula adalah kita dapat menjimatkan pengguna sumber. Di Malaysia, rakyat
menghasilkan sampah sebanyak 19,000 ton setiap hari, 17 pokok digunakan untuk menghasilkan 1
ton kertas. Seterusnya, penduduk di kawasan Taman Bukit Mutiara sedar bahawa amalan kitar
semula yang penting kerana iaitu dapat menjimatkan pengguna sumber dengan menggunakan
semula kertas dapat mengurangkan pembalakan dan secara tidak langsungnya menjimatkan
pengguna sumber.
Rumusan
Saya telah menjalankan kajian tentang Amalan dan Kepengtingan Kitar Semula di
kawasan Taman Bukit Mutiara. Kajian ini telah saya Jalankan selama 2 minggu.
Sesungguhnya, kajian ini saya dapati konsep kitar semula ialah proses mengolah semula
bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Saya telah mendapat amalan
kitar semula adalah 3 amalan iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan
Recycle (kitar semula). Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang kepentingan
kitar semula di kawasan Taman Bukit Mutiara ialah mengurangkan pencemaran,
memupuk sikap jimat cermat, menjimatkan kos dan menjimatkan penggunaan sumber.
Saya telah mengalami pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran geografi
dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan data dan maklumat
berkaitan dengan tajuk kajian saya. Maklumat-maklumat saya dapati telah diproses dan
dipersembahkan dalam kajian saya berasa dengan gambar gambar sebagai contoh.
Akhir sekali, saya juga berasa bangga dan bersyukur kerana penduduk di sini sedar akan
kepentingan mencintai alam sekitar di kawasan Taman Bukit Mutiara.