MPU23052-SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI II 2021/2022
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH-SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN
TUJUAN ATAU NIAT
DKM2A-S2
NAMA PENSYARAH: NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB
NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS
Muhammad Aiman Firdhaus Bin 05DKM21F1024
Sofiani 05DKM21F1027
Qayyum Aiman Bin Abdullah
Mohamad Al-Furqan Bin Mohamad 05DKM21F1995
Fairan 05DKM21F1119
Muhamad Irfan Bin Rosli
Aideel Alfeen Bin Roslee 05DKM21F1006
ISI KANDUNGAN
MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
i. PENGHARGAAN 3
ii. OBJEKTIF KAJIAN 4
iii. PENGENALAN 567
iv. ISI HURAIAN
1.0 KEPENTINGAN MENILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT 8
2.0 KESAN MELAKUKAN SESUATU DENGAN NIAT YANG TIDAK BETUL 9
3.0 CARA MEMPERBETULKAN NIAT DALAM MELAKUKAN SESUATU 10 11
v. KESIMPULAN 12
vi. RUJUKAN 13
vii. LAMPIRAN 14&15
i. PENGHARGAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah diucapkan sebagai suatu tanda kesyukuran kehadap Allah
S.W.T atas izin dan limpah kurniaan-NYA tugasan ini dapat kami hasilkan
dengan jayanya tanpa ada sebarang pemasalahan ketara yang timbul. Serta
selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini
hadis baginda sedikit sebanyak digunakan dalam kajian tugasan ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah subjek Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Encik NOOR
FHAKURULZEE ABD TALIB atas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang
kami menjalankan tugasan ini. Beliau sangat ambil perhatian serta sudi
membantu menjawab persoalan pelajarnya sepanjang penghasilan tugasan
ini dijalankan.
Tidak dilupakan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sepasukan yang
sudah berkorban masa dan tenaga serta mengembleng idea dalam
menjayakan tugasan ini bersama-sama dari mula sehingga siapnya tugasan
ini. Tanpa pengorbanan dari rakanrakan sepasukan ini sudah pasti tugasan
yang sepatutnya ringan dibuat bersama-sama ini menjadi berat untuk
disiapkan
ii. OBJEKTIF KAJIAN
Melalui tugasan ini, kami rangkumkan beberapa objektif seperti :
Tugasan ini menjelaskan kepada pelajar-pelajar serta kepada masyarakat
tentang kaedah yang dapat menjelaskan kepentingan menilai berdasarkan
tujuan atau niat kerana niat mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara
dengan lebih ikhlas dan mendapat ganjaran dunia dan akhirat daripada-NYA.
Selain itu, menyatakan kesan melakukan sesuatu dengan niat yang tidak betul.
Di samping itu, mengemukakan beberapa cara untuk memperbetulkan niat
melakukan sesuatu.
Tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta memberi
pendedahan yang amat penting untuk diambil berat oleh pelajar serta
masyarakat. Pendedahan tentang kaedah fiqh secara terbuka juga amatlah
perlu dititikberatkan supaya dapat mentapkan keyakinan yang dipegang oleh
kita serta dapat mengelakkan daripada melakukan sesuatu dengan niat yang
tidak betul
iii, PENGENALAN
Apakah itu kaedah fiqh? Mengapakah kaedah fiqh diperlukan? Bagi
menyelesaikan masalah-masalah baharu yang berlaku pada zaman ini dengan
menyatakan hukum, kaedah fiqh diguna pakai sebagai suatu panduan umum
untuk membuat hukumhukum islam bagi menyelesaikan suatu masalah
tersebut. Hukum masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah
melalui prinsip umum dengan merujuk kepada sumber-sumber hukum lain.
Untuk mengeluarkan pecahan atau cabang hukum dalam Islam, kaedah fiqh
dijadikan sebagai panduan dan dasar. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah,
kaedah fiqh juga digunakan sebagai sumber hukum dan hujah sokongan.
Melalui bidang kejuruteraan, kaedah fiqh diguna pakai kedalam penyelidikan
projek samada projek berkaitan dengan penciptaan ataupun inovasi. Hal ini
bagi menjamin penyelidikan projek yang diusahakan oleh jurutera itu
mematuhi syarak dan dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada
masyarakat.
Dari segi bahasa ‘Kaedah Fiqh’ merupakan gabungan dua perkataan bahasa
Arab, dimana perkataan tersebut adalah ‘Qawaid’ dan ‘Fiqh’. Qawaid
merupakan suatu kata jamak daripada Qaidah. Perkataan Qawaid bermaksud
asas, tapak atau prinsip. Manakala perkataan Fiqh atau Fiqah bermaksud
kumpulan kaedah untuk menentukan hukum suatu permasalahan.
Melihat kepada sudut istilah syarak pula, hukum yang terpakai secara umum
kepada sebahagian besar masalah-masalah cabang ialah ‘Fiqh’. Kaedah fiqh
juga disebut sebagai ‘prinsip’ didalam istilah perundangan, akan tetapi ia
dibentuk di dalam perkataan yang jauh lebih ringkas dan padat serta luas
maknanya untuk merangkumi masalah cabang dan furu’ (prinsip-prinsip fiqah
yang bersifat umum) yang berkaitan. Kaedah fiqah ditakrifkan oleh sebahagian
ulama sebagai kaedah-kaedah hukum bersifat umum yang bersumberkan dalil-
dalil al-Quran dan hadis
Kaedah fiqh memainkan beberapa peranan dalam bidang kejuruteraan islam.
Termasuklah, memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk
diguna pakai dalam persoalan kejuruteraan islam. Sebelum suatu penyelidikan
dimulakan, kaedah mempunya formula asas yang boleh diguna pakai sebagai
rujukan. Al-Quran, hadis dan kaedah feqah menjadi rujukan bagi menentukan
hukum kepada persoalan yang timbul berkaitan akan kejuruteraan. Hal yang
demikian seorang jurutera islam hendaklah mengunakan kaedah fiqh sebagai
sandaran kepada usaha ciptaan dan inovasi mereka.
Selain itu, kaedah fiqh berperanan untuk membantu jurutera untuk
menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang kejuruteraan.
Semasa menjalankan operasi, jurutera menggunakan kaedah fiqh untuk
mengnal pasti dan menyelesaikan isu yang timbul. Melalui kaedah fiqh ini,
segala isu yang timbul ketika jurutera sedang menjalankan operasi mampu
diatasi ( dengan izin-NYA), serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari
Allah S.W.T.
Disamping itu, kaedah fiqh menyediakan hukum-hukum yang menyeluruh bagi
menangani isu-isu kecil dalam bidang kejuruteraan. Bagi menjawab segala
persoalan tentang cabang atau sampingan yang timbul berkaitan dengan
kejuruteraan adalah amat sesuai untuk mengguna kaedah fiqh. Jurutera
tersangatlah memerlukan kaedah fiqh ini untuk menyelesaikan isu-isu yang
berkaitan kejuruteraan kerana isu berkaitan kejuruteraan adalah sangat luas
dan memerlukan hukum yang menurut perspektif Islam agar penyelidikan
dalam membangunkan ciptaan atau inovasi dapat dilakukan dengan jayanya.
Di dalam kajian ini, kami menekan konsep asas akidah fiqh dimana tajuknya
‘SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT’. Dari segi bahasa
‘keyakinan’ bermaksud suatu ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Dari
segi istilah pula terhasilnya kepastian yang jazam ada sesuatu itu berlaku atau
tidak berlaku. Manakala ‘syak’ pula dari segi Bahasa bermaksud ragu-ragu.
Dalam istilah ‘syak’ bermaksud ragu-ragu terhadap sesuatu perbuatan sama
ada berlaku atau tidak berlaku iaitu tidak murajjah (suatu yang memberatkan
salah satu ke atas satu yang lain)
1.0 KEPENTINGAN MENILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT
Niat adalah sebab untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Jika amalan yang
dilakukan adalah niat kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala. Namun,
jika niat selain daripada itu, maka amalan kita adalah sia-sia. Amal yang
memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan yang disyariatkan
oleh agama. Dalam agama Islam, terdapat amal-amal yang diwajibkan ke atas
setiap mukallaf, yang disunatkan dan diharuskan. Jadi dengan niat, dapat
membezakan antara amal-amal tersebut. Dalam kehidupan harian seorang
mukmin, amal-amal yang dilakukan dalam mencari redha Allah berkisar sekitar
ibadat khusus dan ibadat umum. Dalam amal ibadah terdapat ibadat fardhu
atau wajib dan ibadat sunat. Sebagai contoh mandi kerana mengangkat hada
dan mandi kerana kebiasaan adalah sama. Namun, apa yang membezakan
keduanya adalah niat.
Allah tidak menilai sekadar yang zahir tetapi Allah menilai apa yang tersirat di
dalam hatinya. Niat di hati kerana Allah, amalan yang dilakukan mesti
menepati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Daripada Sahl bin Sa’ad bahawa Nabi SAW bersabda:
ِن َّية ا ْلم ْؤ ِمن َخ ْ ري ِم ْن َع َم ِل ِه
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. [Riwayat
al-Thabarani (5942) dalam al -Mu’jam al-Kabir, 185/6]
2.0 KESAN MELAKUKAN SESUATU DENGAN NIAT YANG TIDAK BETUL
Nabi SAW bersabda:
يَا : أَ ْو قِي َل: فَقُلْ ُت قَا َل فِي النَّا ِر ُو ُل ت ْقْ َتوُ اولْ ِلَم ق؟ فَالْقَاتِ ُل ،َم ا ِه،ْالْبِقَاسَتِيْفَُلي لِ َم ا ِن ْهَ الْ ُم س تَ َو ا َج إِذَا
ِقَتْ َل صَا ِح بِه ََ َر اد ْ إِنَّهُ قَد: قَا َل بَا ُل الْ َم فَ َم ا هَذَا ُِو َل الله َر س
أ
Maksudnya: “Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang
mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam
neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang
yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka),
bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w.
menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”.
(Riwayat al-Bukhari, no. 14)
Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga
dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman,
kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk
melakukannya. Sekiranya tujuan niat untuk melakukan kebaikan atau
kejahatan itu hanya berlegar atau terlintas dalam hati atau sekadar terdetik
misalnya, kemudian tidak dilakukan maka ianya tidak dikira berpahala atau
berdosa. Apabila niat tersebut sampai kepada tahap keazaman dan niat yang
tekad untuk melakukan kebaikan kemudian terhalang atas beberapa sebab,
maka dikira baginya pahala. Jika dia niat untuk melakukan kejahatan,
kemudian tidak melakukannya atau meninggalkannya kerana Allah SWT, maka
ditulis baginya pahala. Namun, sekiranya niat untuk melakukan kejahatan
sampai kepada keazaman dan niat yang tekad, tetapi terhalang kerana
beberapa faktor, maka dia dikira berdosa.
Nabi SAW bersabda:
َم ا لَمْ تَعْ َم ْل أَ ْو تَتَكَلَّ ْم،إِ َّن َّل َّلا َ تَ َج ا َو َز عَ ْن أُ َّم تِي َم ا َح دَّثَ ْت بِهِ أَنْفُسَهَ ا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa
yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau
bercakap tentangnya.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 5269)
3.0 CARA MEMPERBETULKAN NIAT DALAM MELAKUKAN SESUATU
Sesungguhnya agama kita menganjurkan umatnya bahawa setiap perbuatan
yang dilakukan hendaklah disertai dengan niat. Membezakan amal perbuatan
seseorang sama ada sebagai adat kebiasaan atau perbuatan ibadah. Adapun
adat kebiasaan seperti mandi, makan, minum, tidur dan sebagainya yang tidak
disertai dengan niat kerana Allah tidak akan mendapat ganjaran pahala
sebaliknya jika disertai dengan niat kerana Allah maka ia dianggap sebagai
ibadah. Rasulullah SAW bersabda:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم،عن عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال
} {رواه الإمام البخارى. وإنمالكل امرىء مانوى، إنماالأعمال بالنيات:يقول
Maksudnya:
Daripada Umar bin Al-Khattab Radiallahu Anhu ia berkata: Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan
niat. Sesungguhnya balasan bagi orang itu mengikut apa yang diniatkannya.
Sesungguhnya jika orang Islam yang berniat berbuat baik untuk melakukan
sesuatu perbuatan atau amalan akan tetapi belum berpeluang untuk
melaksanakannya kerana adanya halangan dan rintangan seperti kesibukan,
kemiskinan, keuzuran dan sebagainya, maka niat yang baik tersebut tetap akan
mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Selepas kita berniat, kita serah kepada
Allah untuk menguruskan diri kita sepenuhnya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik
pengurus. Maka diingatkan kepada kita untuk ikhlas dan tulus dalam melakukan
sesuatu ibadat kerana dengan niat yang betul segala amal ibadat kita akan
diterima oleh Allah SWT.
Selain daripada itu, Seharusnya kita sebagai seorang muslim hendaklah
menjauhkan diri dari perkara yang mungkar agar diri tidak mudah terpengaruh
dan terjebak dalam segala larangan-NYA kerana ianya akan membinasakan diri
kita sendiri. Sebaiknya kita memperbanyakkan melakukan ibadah dan suruh-
NYA agar diri kita sentiasa tenang serta tidak akan mudah lupa tentang
kebesaran Allah SWT.
V, KESIMPULAN
Tuntasnya, selepas menjalankan kajian ini apa yang boleh dipelajari
termasuklah pegertian kaedah fiqh iaitu panduan umum untuk membuat
hukum-hukum islam bagi menyelesaikan suatu masalah. Selain itu, mengetahui
kepentingan menilai berdasarkan tujuan atau niat, dimana ia merupakan suatu
kemahuan manusia melalui hati untuk mereka melakukan sesuatu. Seterusnya,
membuka minda tentang Kesan melakukan sesuatu dengan niat yand tidak
betul. .Selanjutnya, mempelajari Cara memperbetulkan niat dalam melakukan
sesuatu. Setiap individu diingatkan agar sentiasa berniat dalam diri untuk
melakukan sesuatu kerana Allah agar segala perbuatannya tidak mudah
terpesong dan lari dari suruhan-NYA.
Firman Allah SWT:
َف َمن َكا َن َي ْرجو ِل َقا َء َ ِّرب ِه َف ْل َي ْع َم ْل َع َم ًل َصا ِل ًحا َوَل ي ْْش ْك ِب ِع َبا َد ِة َ ِّرب ِه َأ َح ًدا
Maksudnya: “Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia
menyekutukan sesiapa pun dalam ibadah kepada Tuhannya”. [al-Kahfi:110]
ْ
VI. RUJUKAN
-https://online.fliphtml5.com/yxqtf/njlz/
-https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1439-
irsyad-al-hadith-siri-ke-142-niat-seorang-mukmin-lebih-
baik-daripada-amalannya
-https://www.almukhlisin.my/7-cara-istiqomah-untuk-
berubah-ke-arah-kebaikan/
-https://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
VII. LAMPIRAN
JABATAN PENGAJIAN AM
BORANG MARKAH PEMBENTANGAN
MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI II 2021/2022
TAJUK PEMBENTANGAN : KONSEP ASAS KAEDAH FIQH-SETIAP PERKARA DINILAI
PROGRAM/SEKSYEN BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT
: DKM2A-S2
ATRIBUT
BIL. NO. PEND. NAMA PROFESIONALISME JUMLAH MARKAH 20%
Keyakinan Diri (5)
Integriti (5)
Etika Kerja (5)
Hubungan Kerja (5)
1. 05DKM21F1024 MUHAMMAD AIMAN FIRDHAUS BIN SOFIANI
2. 05DKM21F1027 QAYYUM AIMAN BIN ABDULLAH
3. 05DKM21F1995 MOHAMAD AL-FURQAN BIN MOHAMAD FAIRAN
4. 05DKM21F1119 MUHAMAD IRFAN BIN ROSLI
5. 05DKM21F1006 AIDEEL ALFEEN BIN ROSLEE
Dinilai oleh:
Pensyarah Kursus,
MPU23052 Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam,
Tarikh:
CARTA GANTT
PERANCANGAN e-FOLIO (E-MAJALAH)
KRITERIA PERANCANGAN PROJEK MINGGU PEMPROSESAN e-FOLIO
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Perancangan tajuk e-folio dan
perbincangan dengan pensyarah kursus.
Pembahagian tugasan kumpulan dan
pengumpulan data dan maklumat.
Memasukkan bahan-bahan yang MINGGU SUAI KENAL
dibincangkan, proses editing bagi CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
penghasilan e-folio
Penambahan bahan maklumat dan proses
kemaskini dengan maklumat tambahan
Kemaskini semua item, semakan ejaan dan
hantar link kepada pensyarah
Penghantaran e-Majalah