The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kisah seekor tikus bandar dengan sepupunya, seekor tikus kampung.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by almukminahmdarifin, 2021-12-29 00:53:19

Tikus Bandar Dengan Tikus Kampung

kisah seekor tikus bandar dengan sepupunya, seekor tikus kampung.

TIKUS BANDAR
DENGAN

TIKUS KAMPUNG

Pada suatu hari, tikus bandar
melawat sepupunya,

tikus kampung.

Hai
tikus
bandar!

Hai tikus
kampung!

. Tikus kampung pun mempelawa tikus bandar

masuk dan menghidangkan makanan seperti

jagung, anggur dan epal.

Tikus bandar tidak suka kepada makanan

yang pada seleranya tidak lazat itu. Ia pun

berkata kepada tikus kampung, “datanglah

ke bandar dan lihatlah cara hidup kami.”

Tikus kampung tidak pernah pergi ke bandar.

Ia pun bersetuju dengan pelawaan Datanglah ke
sepupunya itu. bandar dan

lihatlah cara

hidup kami.

err.. tidak
lazatnya!

Apabila tikus kampung sampai ke bandar, tikus kampung berasa tidak
selesa dengan bunyi bising dan kereta yang bergerak ke sana ke mari.
Tikus kampung dan tikus bandar juga hampir-hampir dilanggar kereta

dan bas.

Aaaaaa
aaaa!!!

Apabila mereka sampai ke rumah besar tempat
tinggalnya tikus bandar, ia pun mempelawa tikus
kampung dan berkata “marilah masuk!.” Tikus kampung
pun mengikut tikus bandar pergi ke meja makan di

dalam rumah tersebut.

Marilah
masuk!

Di atas meja makan terhidang banyak Pergi dari
makanan yang lazat. Ketika hendak makan, sini,
tikus kampung dan tikus bandar terdengar
PENCURI!!!
suara yang kuat, “pergi dari sini, pencuri! Nanti aku
Nanti aku pukul kamu” kata tuan rumah. pukul kamu!
Tikus-tikus itu pun lari menyelamatkan diri.

aaaaa
lariii!

Apabila berada di luar rumah, tikus Maafkan aku atas
bandar berkata, “maafkan aku atas kejadian itu, mari kita
kejadian itu, mari kita pergi ke rumah pergi ke rumah lain. Di
lain. Di sana mungkin ada makanan
sana mungkin ada
yang lebih sedap dan selamat.” makanan yang lebih
sedap dan selamat
Tikus kampung pun menjawab, “tidak
mengapa, terima kasih. Biarlah aku
pulang ke kampung. Walaupun
makanan aku tidak lazat dan
kehidupanku sederhana, tetapi aku
hidup dalam aman dan selamat.”

Tidak mengapa, terima kasih.
Biarlah aku pulang ke kampung.
Walaupun makanan aku tidak

lazat dan kehidupanku
sederhana, tetapi aku hidup

dalam aman dan selamat

Bersyukurlah dengan apa-apa sahaja yang ada,
asalkan ianya selamat sejahtera.


Click to View FlipBook Version