PERSATUAN KOMUNITI PENGGIAT DALAI SABAH KPDS PPM: 021-12-11112022 EMEL : [email protected] Hotline: 018 960 8515 Rujukan Kami:KPDS/PPN/PRGM/03(01) 11hb Julai 2023 Kepada; Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Lot 22.01, Tingkat 22 Sunway Putra Tower, Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR MALAYSIA Tuan, PELAPORAN DAN PENGHARGAAN SUMBANGAN RM3,000 OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA PERSATUAN KOMUNITI PENGGIAT DALAI SABAH BAGI PROGRAM AGRO-BUDAYA, KESENIAN, SEMARAK PERPADUAN DAN PEMERKASAAN GOLONGAN BELIA TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya surat bertarikh 20hb Jun 2023, Ruj: UPP/PPPN.W/177/691/Klt.75-Sj.120 adalah dirujuk; 02. Terlebih dahulu saya bagi pihak Persatuan Komuniti Penggiat Dalai Sabah ( KPDS ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan persekutuan atas sumbangan berjumlah RM3,000.00 ( Ringgit Malaysia; Tiga Ribu Sahaja ) melalui peruntukan YB Datuk Armizan bin Mohd Ali – Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas ) yang telah diterima pada 15 Jun 2023 sebagai sumbangan kepada penglibatan KPDS dalam program yang tersebut di atas. Sumbangan tersebut amat besar maknanya kepada KPDS dan sekali lagi diucapkan berbanyak-banyak ucapan terimakasih. 03. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menghantar laporan program dan penyata perbelanjaan kepada pihak Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan sebaik sahaja program selesai dijalankan. Laporan Aktiviti dan Penyata Perbelanjaan dilampirkan untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI”
Saya yang menjalankan amanah, ( DR ROSALYN GELUNU ) Pengerusi Persatuan Komuniti Penggiat Dalai Sabah s.k. YB Datuk Armizan bin Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas ) Aras 15, Blok Menara, Menara Usahawan No.18, Persiaran Perdana Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 PUTRAJAYA
[ Lampiran 1 ] PROGRAM AGRO-BUDAYA, KESENIAN, SEMARAK PERPADUAN DAN PEMERKASAAN GOLONGAN BELIA TAHUN 2023 TARIKH : 21hb – 25hb Jun 2023 VENUE : Taylor’s Universiti Subang Jaya & Mines 2 Serdang Selangor BILANGAN PESERTA : 4 ORANG 1. Dr Rosalyn Gelunu – Pengerusi 2. En. Saurin Majahap – Setiausaha 3. Pn. Nurhayati Abdullah – Tenaga Pengajar 4. Pn. Junika Abdullah – Tenaga Pengajar PENYATA PERBELANJAAN BIL PERKARA JUMLAH RM 01 Tiket Penerbangan ( Pergi-Balik) 1. Kota Kinabalu – Kuala Lumpur untuk 4 orang ( Batik Air ) 21.6.2023 2. Kuala Lumpur – Kota Kinabalu untuk 4 orang (MyAirline ) 25.6.2023 RM952.00 RM931.44 RM952.00 RM931.44 02 Pengangkutan GRAB 1. KLIA1 – Subang Jaya – KLIA2 untuk 4 orang. 2. Da Men – Taylor’s University untuk 4 orang 22.6.2023 3. Taylor’s University – Top Holiday Hotel, 24.6.2023 RM109.43 RM12.00 + 17.00 =RM29.00 RM27.95 RM109.43 RM29.00 RM27.95 03 Penginapan 21hb – 25hb Jun 2023 untuk 4 orang. RM1,018.20 RM1,018.20 04 Bahan Pameran - Printing RM58.70 RM58.70 RM3,126.72
RESIT-RESIT PEMBELIAN Penerbangan 21hb 06 2023 Pengangkutan GRAB 21hb Jun 2023. Penerbangan 25hb 06 2023 Pengangkutan GRAB 22hb Jun 2023. Penginapan 21hb – 25hb Jun 2023. Pengangkutan GRAB 23hb Jun 2023. Fotokopi Bahan Pameran Info
[ Lampiran 2 ] LAPORAN AKTIVITI 21 – 25HB JUN 2023 TARIKH / MASA PERKARA / VENUE GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI 21.06.23 / 11.10AM Penerbangan dari KKIA ke KLIA Perjalanan menaiki GRAB dari KLIA1 ke penginapan Da Men Subang Jaya 22.06.23 / 11.00AM – 5.00PM Menyusun-atur reruai KPDS di Grand Hall, University Taylor’s Subang Jaya 23.06.23 / 8.00AM – 5.00PM Pameran/Demo/Interak tif Dalai di Grand Hall, University Taylor’s Subang Jaya - Demo rawatan Dalai - Interaktif Dalai bersama belia ( pelajar-pelajar antarabangsa) - Pameran produk Dalai 24.06.23 (8.00AM – 3.00PM) - Demo rawatan Dalai - Interaktif Dalai bersama belia ( pelajar-pelajar antarabangsa)
(6.00PM – 12.00PM ) Pameran produk Dalai di Grand Hall, University Taylor’s Subang Jaya Pertandingan Ratu Pesta Menuai dan Makan Malam di Hotel Holiday, The Mines 2 Ser Kembangan Selangor 25.06.23 / 3.30PM Penerbangan balik dari KLIA2 ke Kota Kinabalu