The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 : PENULISAN
KOD KURSUS :MPU3441a
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by REESHA LAXMIY A/P THAMOTHARAN IPG-Pelajar, 2024-02-23 10:35:32

BUKU LOG PANDU PUTERI

TUGASAN 1 : PENULISAN
KOD KURSUS :MPU3441a
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1

2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 16 April Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley BulmanLever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat. kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-mert 9 Jun Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.


2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April-PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3-9 Jun-Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun-Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober-Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke- 90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia


2008 SEHINGGA KINI 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6-12 Julai Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun2011 17-22 Ogos-Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom Untuk mencapai hasrat membentuk ahliahli dan pemimpin- pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada secara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti- aktiviti tempatan dan antarabangsa


Perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah yang mengandungi skim-skim lencana Pandu Puteri Tunas. ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH:


PERANCANGAN TAHUNAN TUNAS PUTERI SJK(T) SENAWANG TAHUN 2024 -SEJARAH PERKEMBANGAN PANDU PUTERI KADET,KONSEP DAN KEBAIKAN PPK -PENDEDAHAN TENTANG TENTANG PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNAS -Kemeja hijau berlengan panjang -Seluar panjang biru tua -Skaf (berwarna coklat) -Lencana dunia -Shoulder Flashes -Stoking hitam -Kasut hitam -Tudung hitam -Lambang kumpulan -Lambang Negeri -Woggle NO AKTIVITI BULAN 1 -MESYUARAT AGUNG -PELANTIKAN AJK -PERANCANAN TAHUNAN -PEMBAHAGIAN KUMPULAN BERENAM (MELUR,SIANTAN,TERATAI,CEMPAKA, KENANGA,KESIDANG) JANUARI -PENYEDIAAN BUKU LOG (Biodata, mewarna lencana pandu puteri tunas, pakaian seragam dan lambang kumpulan berenam sendiri) 2 FEBRUARI


3 -SUSUNAN/ URUTAN KANDUNGAN DALAM BUKU LOG KEMAJUAN PANDU PUTERI TUNAS ·Biodata / profil diri ·Lencana dunia ·Lencana pandu puteri tunas ·Lambang kumpulan berenam sendiri ·Peringkat pra-persetiaan ·Peringkat calit emas ·Peringkat tangga emas ·Peringkat tangan emas ·Skim lencana kecekapan MAC -PENDEDAHAN TENTANG LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU DUNIA LAGU TAPS (SIANG DAN MALAM) LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU KUMPULAN BERENAM -PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU -PRAPERSETIAAN (IKRAR PERSETIAN PPT) ISYARAT & HORMAT PANDU PUTERI MALAYSIA -BERJABAT TANGAN PPM -COGAN KATA -VISI & MISI PPM -NILAI-NILAI TERAS -PIAGAM -UNDANG-UNDANG PPT 4 APRIL


5 PERIHAL KELUARGA -MEMBERITAHU TENTANG NAMA DAN HUBUNGAN AHLI KELUARGA MASINGMASING. -MENGHASILKAN CARTA ORGANISASI KELUARGA MENGGUNAKAN PETA MINTA POKOK. -MENYENARAIKAN PERHUBUNGAN DAN PERKARA YANG MEREKA GEMARI DAN TIDAK GEMARI.PERHUBUNGAN DAN PERKARA YANG MEREKA GEMARI DAN TIDAK GEMARI. MEI -PENDEDAHAN TENTANG LOGO PPM, LENCANA DUNIA, LENCANA PANDU PUTERI, BENDERA PPPM DAN BENDERA DUNIA. -AKTIVITI KUMPULAN: LUKIS SEMULA LOGO PPM,LENCANA DUNIA DAN BENDERA SERTA MENCATATKAN MAKSUD. MENGADAKAN PEMBENTANGAN. -MENYENARAIKAN SUMBANGAN AHLI PP KEPADA MASYARAKAT DAN SEKOLAH. 6 JUN KEMAHIRAN RUMAH TANGGA - MENGHASILKAN BATU SEREMBAN - MENJAHIT – JELUJUR KASAR DAN HALUS /LILIT UBI/INSANG PARI, SILANG PANGKAH - MENJAHIT BUTANG LUBANG 2, BUTANG LUBANG 4 -MENANAM DAN MENJAGA TUMBUHAN. -MURID DIBERIKAN BENIH/ BEBAWANG/ KEKACANG -MURID BELAJAR CARA MENANAM DENGAN BETUL -PENYEDIAAN MINUMAN -KHIDMAT MASYARAKAT – MEMBERSIHKAN STOR SUKAN, BENGKEL, MAKMAL SAINS, KAWASAN SEKOLAH,TAMAN DI SEKOLAH 7 JULAI 8 OGOS


9 -PENGIMBANGAN BERPELUK TUBUH DAN KAKI BERSILANG,BERDIRI DAN DUDUK DENGAN KEDUDUKAN YANG BAIK DAN TEPAT. -KESIHATAN DIRI PENJAGAAN GIGI,PENJAGAAN RAMBUT,KUKU DAN TANGAN. -AKTIVITI IKATAN SIMPULAN PENGENALAN KEPADA ASAS IKATAN SIMPULAN (BUKU SILA,LILIT MANUK, BUNGA GETI, LILIT DUA SIMPUL, LILIT PEMATI MUDAH DAN IKATAN PEMUKAT) MEMPELAJARI KEPENTINGAN IKATAN SIMPULAN -PERTANDINGAN IKATAN SIMPULAN SEPTEMBER 10 OKTOBER -AKTIVITI RUMAH TANGGA (MASAKAN & MENGHIAS MAKANAN) -MASAK MAKANAN MELALUI SOLAR CTH:SANDWIC -AKTIVITI KUMPULAN : PEMBENTANGAN HASIL SAJIAN MEMPELAJARI TENTANG KAWAD KAKI STATIK DAN DINAMIK KAWAD KAKI STATIK KAWAD KAKI DINAMIK LADAM KUDA ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS 11 NOVEMBER


-PENJELASAN TENTANG PERKHEMAHAN PANDU PUTERI. UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERKHEMAHAN MEMPELAJARI CARA MENGHASILKAN GAJET SECARA KUMPULAN MENGAJAR CARA MENAIKKAN KHEMAH -PERTANDINGAN KAWAD KAKI -PERTANDINGAN IKATAN SIMPULAN -PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN BERENAM 12 DISEMBER


Mengapa ahli Pandu Puteri Kadet perlu mempunyai komitmen serta berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan? 1. Bagaimana melahirkan ahli Pandu Puteri kadet yang mempunyai perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif? 2. Sejauh mana Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia? 3. The Big Idea: “Menerajui Perkembangan Potensi Gadis dan Wanita Untuk Membawa Perubahan ”


Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus menyumbang komitmen dalam usaha bagi melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber. Hal ini dikira penting terhadap nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan salah sebuah organisasi yang bertenaga dan efektif bagi remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang dapat mencipta dan memberi peluang kepada remaja dan wanita dewasa untuk menjadi seoramg pemimpin yang berwibawa pada masa yang akan datang. Hasrat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermatlamat untuk mengukuhkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri serta menjalinkan hubungan yang baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Program Pandu Puteri juga mementingkan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Bagi mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah diberikan melalui PROGRAM Pandu Puteri yang memberi tumpuan kepada sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version