The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pdtanjung, 2022-05-24 01:06:58

emping dan ringgi

emping dan ringgi

PERPUSTAKAAN DESA ZON 3 KEDAH
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TANJUNG

ARTIKEL PILIHAN

WARISAN PEMBUATAN EMPING
DAN RINGGI DI KEDAH

DISEDIAKAN OLEH:
AIDA BINTI MUSTAFA
PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

1

INDEKS

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. Prakata 3

2. Pengenalan 4

3. Pembuatan Emping Dan Ringgi 4

4. TEMPAT PEMBUATAN RINGGI DI KEDAH

5. Asal Usul Kampung Pulau Timbul 5

6. Proses Pembuatan Ringgi

Di Kampung Pilau Timbul 6

5. Lampiran 7

2

PRAKATA

Alhamdulillah rasa kesyukuran ke atas hadrat ilahi kerana dengan izinya saya dapat
menyiapkan artikel pilihan yang berjudul WARISAN PEMBUATAN EMPING DAN
RINGGI. Artikel pilihan merupakan sumber maklumat kesedaran semasa yang boleh
diperolehi di Perpustakaan Desa Kampung Tanjung Zon 3 Kedah. Perkhidmatan kesedaran
semasa ini disediakan oleh petugas perpustakaan bagi menambah baik sumber maklumat yang
berinformsi sedia ada kepada para pengguna. Tujuan penyediaan dan penerbitan artikel pilihan
adalah agar ia dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan oleh pengguna perpustakaan atau
sesiapa saja berkaitan topik yang dibincangkan. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada rakan sekerja Perpustakaan Desa Kampung Tanjung, Puan Penyelia
dan semua rakan setugas Perpustakaan Desa Zon 3 Kedah yang terlibat secara lansung atau
tidak dalam menyiapkan artikel ini. Amat besar harapan saya agar artikel pilihan yang
disediakan ini memberi manfaat kepada semua Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

Aida Binti Mustafa
Pembantu Pustakawan (s19)
Perpustakaan Desa Kampung Tanjung Zon 3 Kedah

3

PENGENALAN

Masyarakat Negeri Kedah kaya dengan makanan tradisionalnya. Makanan ini mempunyai ciri-
ciri keistimewaannya yang tersendiri iaitu dari segi bentuk, rasa, warna serta proses
membuatnya. Dua jenis makanan tradisional yang sememangnya hampir dilupakan oleh
masyarakat moden masa kini ialah emping dan ringgi.
Emping dan ringgi diperbuat daripada padi pulut. Antara jenis-jenis padi pulut yang biasa
digunakan ialah pulut gantung alu, pulut galah, pulut sutera dan pulut hitam.
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, emping merupakan sejenis
"kudap-kudapan yang diperbuat daripada padi yang masih muda manakala ringgi ialah emping
daripada padi yang masih lembut isinya".
Emping seperti yang diketahui adalah berwarna putih kerana ia diperbuat daripada padi yang
hampir masak, tetapi perlu direndam terlebih dahulu lebih kurang semalaman. Ringgi pula
berwarna hijau kerana ia diperbuat daripada padi muda atau padi yang beringgi iaitu buah padi
yang sedang berisi dan masih lembut isinya.

4

Pembuatan Emping Dan Ringgi

Kegiatan membuat emping dan ringgi di Negeri Kedah adalah kegiatan tradisional turun-
temurun. Proses membuat emping dan ringgi ini amat rumit dan melalui berbagai-bagai
peringkat yang memakan masa sehingga kira-kira 12 jam. Ia biasanya dilakukan secara
bergotong-royong oleh kaum wanita. Oleh kerana kerumitannya, maka kegiatan membuat
emping dan ringgi kian dilupai oleh masyarakat petani sekarang.

Proses penyediaan emping dan ringgi biasanya dilakukan semasa para petani menunggu padi
masak sepenuhnya untuk dituai. Pada masa ini, para petani tidak melakukan kerja-kerja bertani
di sawah masing-masing. Justeru, untuk mengisi masa yang terluang, maka kegiatan membuat
emping dan ringgi akan dilakukan. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan mereka.

Proses menyediakan emping dan ringgi melalui empat peringkat iaitu mengetam, mengukur,
menggoreng dan menumbuk. Empat peringkat proses penyediaan emping dan ringgi ini nyata
sekali dilakukan secara tradisional, tambahan pula peralatan-peralatan yang digunakan juga
adalah peralatan tradisional masyarakat petani Negeri Kedah.- Kedahnews.com

https://kedahnewsdotcom.blogspot.com/2017/11/warisan-pembuatan-emping-dan-ringgi-
di.html

TEMPAT PEMBUATAN RINGGI DI KEDAH

Asal Usul Kampung Pulau Timbul.

Pulau Timbul, sebuah perkampungan orang keturunan mamak (yang ada campuran dengan
arab Yemen) dekat Tunjang. Mereka telah datang ke Tanah Melayu (Pulau Pinang dan Kedah)
pada sekitar tahum 1755-

Difahamkan mereka menjadi Penasihat Agama kepada Sultan Kedah. Oleh kerana itu mereka
telah dianugerahkan oleh Sultan, tanah untuk kediaman di kawasan Titi Gajah. Lalu ramailah
mereka yang tinggal di Titi Gajah selain dari Pulau Pinang dan Pulau Timbul. Maka terdapatlah
cawangan keluarga ini di Pulau Pinang, Titi Gajah, Anak Bukit dan Pulau Timbul.

Tradisi masyarakat in ialah berkahwin sesama mereka sendiri untuk mengekalkan identiti
mereka yang cukup konsevatif dan kuat memegang agama serta untuk menjaga harta tetap

5

berada dalam keluarga mereka. Mereka merasakan kalau anak-anak mereka berkahwin dengan
orang luar dikhuatiri pegangan agama keturunan mereka akan menjadi lemah.
Monday, January 14, 2008
Web Blog Pilihan Hati

Proses Pembuatan Ringgi Di Kampung Pilau Timbul
Ringgi Kampung Pulau Timbul Begitu sinonim dengan Kampung Pulau Timbul
Sendiri.Ringgimerupakan salah satu makanan tradisi penduduk Kg Ini dari sejak dahulu kala
lagi. Ringgi di perbuat daripada padi yang di tanam menjangkaui selama 100 hari sahaja apabila
padi yang ditanam mencukupi tempoh seratus hari maka ia akan dituai menggunakan kaedah
lama.kemudian apabila siap dituai ia akan dibawa untuk diraut atau dikisar supaya padi tersebut
tertanggal daripada batang nya.Kemudian padi yang telah tertanggal daripada batangnya akan
dimasak dengan kaedah menggoreng.Dalam menggoreng in orang yang menggoreng padi
tersebut haruslah memastikan padi yang digoreng tidak terlalu masak atau tidak masak supaya
untuk menjamin ringgi tersebut tidak terlalu keras.Kemudian Padi yang siap di goreng haruslah
ditampi atau diayak untuk membuang isi yang kosong sebelum proses terakhir dijalankan jaitu
menumbuk menggunakan lesung penubuk yang rata-ratanya adalah traditional.

6

LAMPIRAN

7


Click to View FlipBook Version