SULTAN MAHYUDDIN MANSOR SHAH
Sultan Muhyiddin Mansur Shah adalah Sultan Kedah ke-14. Baginda merupakan putera kepada
Tengku Hussain ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan
Fatima binti Dato’ Maharaja
Pada 4 Oktober 1654, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-14 dan
bersemayam di Kota Naga
Baginda telah bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk mengangkat adindanya, Tengku
Pengiran sebagai Raja Muda manakala Tengku Muhammad Akib sebagai Raja Bendahara
bergelar Tengku Seri Paduka Maharaja Sura
Pada 6 April 1653, baginda bermuafakat bersama Jemaah menterinya untuk membangunkan
sebuah kota bernama Kota Sena
Pada 24 Februari 1655, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke
Kota Sena dan bersemayam di sana setelah siap kota itu
Raja Muda Pengiran terus semayam di Kota Naga manakala Raja Bendahara Muhammad Akib di
Kota Rentang
Pada 4 Januari 1662, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar
Kampung Cegar, Jeram, Tunjang, Kedah
Didahului oleh Sultan Kedah Diikuti oleh:
Sultan Rijaluddin 1651-1661 Sultan Dziaddin Mukarram
Muhammad Shah
Sha
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhyiddin_Mansur_Shah
MAKAM LAMA SULTAN KEDAH KE-14 DITEMUI
JITRA - Misteri kubur lama bersebelahan kediaman penduduk di Kampung Chegar, Mukim
Jeram, di sini, tanpa diketahui pemiliknya terjawab berdasarkan penemuan tulisan jawi ditemui
pada batu nisannya pada awal Mac lepas.
Menurut Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK), Datuk Dr
Wan Shamsuddin Mohd Yusoff, kubur itu berkemungkinan milik Sultan Kedah ke-14, Sultan
Muhyiddin Mansur Shah.
“Melalui usaha penduduk, mereka menemui tulisan jawi memaparkan nama beberapa sultan
Kedah terdahulu di sekeliling tapak lantai batu nisan terbabit.
“Antara nama sultan Kedah terdahulu ditemukan ialah Sultan Al-Haq/Al-Magfur Muhyiddin,
Sultan Rijaluddin Syah,Sultan Sulaiman Syah II, Sultan Mudzaffar Syah III dan Sultan Mahmud
Syah II,” katanya.
Menurutnya, nama-nama sultan di batu nisan terbabit didapati seakan-akan sama dengan
nama tercatat dalam buku karya Mohd Hassan Mohd Arshad Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
pada 1928.
Katanya, sekiranya terbukti benar, makam itu merupakan penemuan besar memandangkan
masih terdapat makam sultan Kedah terdahulu belum ditemui.
“Setakat ini hanya dua makam ditemui iaitu Makam Sultan Rijaluddin yang mengasaskan Kota
Naga dan terbaru Makam Sultan Muhyiddin di Kampung Chegar, Jeram dekat Tunjang,”
katanya.
Beliau berkata, makam pemerintah Kota Siputeh iaitu Sultan Kedah ke-10, Sultan Mahmud Shah
II, Sultan Mudzaffar Shah III dan Sultan Sulaiman Shah II belum dikesan.
Sultan Kedah ke-14, Sultan Muhyiddin Mansur Shah memerintah seketika di Kota Naga,
sebelum baginda mengasaskan Kota Sena pada 1651-1661.
Wan Shamsuddin berkata, pihaknya menganggarkan makam itu berusia kira-kira 356 tahun.
Bagaimanapun katanya, pihak PSMCK akan meneruskan kaji selidik untuk mengenal pasti sama
ada makam terbabit benar-benar milik Sultan Kedah ke-14 ataupun tidak.
Batu nisan patah, terbiar
Penulis buku Sejarah Jeram: Penemuan Makam Sultan Muhyiddin Mansur Shah Zambri Abd
Wahab, 49, berkata, terdapat pelbagai jenis batu nisan Acheh di kawasan Mukim Jeram
termasuklah di Kampung Chegar (5), Kampung Pulau Timbul (1), Kampung Gelong
Rambai,Kampung Tok Nisan (3) dan Kota Buluh (2).
Bagaimanapun katanya, dia mendapati ada batu nisan Acheh dalam keadaan patah dan
tercabut daripada kedudukan asal dalam beberapa siri lawatan dilakukan di sekitar makam itu.
Dalam usaha memulihara warisan itu, Zambri bersama rakannya Rusidi Che Omar, 49,
menziarahi kawasan kompleks makam di Kampung Chegar itu pada 4 Mac lepas.
“Dalam tinjauan itu, kami terkejut apabila menemukan tulisan khat jawi di sekeliling tapak
lantai batu nisan yang patah, sebelum membawa ia kepada guru dan ustaz berkemahiran dalam
bahasa Arab dan jawi bagi mendapatkan penjelasan,” katanya.
Tambahnya, beberapa nama ditemui termasuklah Sultan Al-Haq/Al-Magfur Muhyiddin, Sultan
Rijaluddin Syah, Sultan Sulaiman Syah II, Sultan Mudzaffar Syah III dan Sultan Mahmud Syah II
pada tapak batu nisan.
Menurutnya, penemuan maklumat dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Buku Undang-
undang Kedah bahawa Almarhum Sultan Muhyiddin merupakan raja memerintah ketika itu,
menguatkan bahawa kubur lama terbabit berkemungkinan milik Sultan Kedah ke-14.
Katanya, perkara terbabit perlu diberi perhatian kerana jikalau dapat disahkan, maka bermakna
Sultan Muhyiddin adalah nenda Sultan Kedah sekarang daripada generasi ke-12.
Mohon pulihara makam
Sementara itu, Pengerusi JKKK Chegar, Yob Ramli berkata, penduduk tempatan berbangga
dengan penemuan bersejarah itu.
Menurut Yob, pihaknya berharap makam berusia ratusan tahun itu dapat dipulihara.
Katanya, penduduk berharap pagar dapat dibina di sekeliling kawasan dan diletakkan kunci
demi memastikan tinggalan sejarah berkenaan dapat dijaga.
Menurut Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri, dia sedang menunggu
laporan penuh berkaitan makam lama terbabit.
Katanya, selepas itu pihaknya akan mengemukakan dokumen kepada Jabatan Warisan untuk
mendapat kebenaran dan mempertimbangkan proses selanjutnya.
https://www.facebook.com/AnakAnakDarulaman/posts/jitra-misteri-kubur-lama-
bersebelahan-kediaman-penduduk-di-kampung-chegar-mukim-/1437962342945261/
PROSES MENAIKTARAF MAKAM SULTAN MAHYUDDIN MANSOR SHAH
MAKAM Sultan Kedah ke-14, Almarhum Sultan Muhyidin Mansor Shah di Kampung Chegar,
Mukim Jeram, Kubang Pasu akan dinaik taraf infrastrukturnya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya Kedah, Datuk
Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Kedah akan
membina kembali makam berkenaan selepas Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah
(PSMCK) mengesahkan kesahihan pemilik makam itu.
"Usaha ini penting sebagai sumber sejarah kesultanan dan rakyat Kedah dan jika tiada tindakan
segera, kemungkinan sejarah ini akan hilang begitu sahaja.
"Buat permulaan, kita sudah mengenal pasti pemilik terkini tanah berkenaan dan berbincang
dengan mereka mengenai kaedah terbaik untuk pengambilan lot tanah itu," katanya selepas
mengadakan lawatan ke tapak makam berkenaan hari ini.
Beliau berkata, antara kemudahan yang bakal disediakan ialah bangunan makam berbumbung
dan laluan masuk dari jalan utama.
Sultan Mahyudin Mansor Shah memerintah Kedah dari 1650 hingga 1660 dan makaman itu
ditemui PSMCK pada 24 Mac 2017 selepas dimaklumkan penduduk kampung.
Sementara itu, Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Samsudin Wan Yusof berkata, batu nisan di
makam itu tertera tulisan jawi nama sultan terdahulu daripada Sultan Mahyudin.
"Selepas dikaji, tulisan itu bermaksud Sultan Al Haq Muhyidin Bin Hussain Bin Sultan Rijaluddin
Shah Bin Sulaiman Shah Bin Mudzaffar Bin Mahmud Shah.
"Nama-nama ini didapati mempunyai persamaan dengan nama sultan yang tercatat dalam
buku Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang ditulis pada 1928 oleh Mohammad Hassan Kerani
Mohd Arshad dan ini membuktikan kesahihan makam ini," katanya.
Turut hadir Pengarah JKR Kedah, Wan Mohd Hilmi Wan Mahmud, Pengarah Lembaga Muzium
Negeri Kedah, Suhaidi Shukri dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Fisol Md Noh.
https://www.facebook.com/groups/142616725796789/posts/1653331654725281/
KOMPLEKS MAKAM SULTAN MAHYUDDIN MANSOR SHAH
http://my.worldorgs.com
SULTAN KEDAH ZIARAH MAKAM SULTAN MUHYIDDIN SULTAN KEDAH KE 14
http://pondoktauhid.blogspot.com/2018/08/sultan-kedah-ziarah-makam-sultan.html