The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munaaim838, 2022-05-12 14:33:25

Sulalatus Salatin Bab VI

Sulalatus Salatin Bab VI

BSS3173 PROSA MELAYU

SULALATUS
SALATIN

PROF. MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA

Ahli Kumpulan 5

ZUMRATUL MONA BINTI MOHD NOR NURUL NOR ALIAH BINTI
MUNAWWARAH MOHAMAD AINI IQMAL BIN AZFAREZA BINTI MD SIN
IRWAN YUSRIAN
BINTI RAHIM D20201093307 D20201093256 JA'NAL D20201093363
D20201093289 D20201093241

RINGKASAN
SULALATUS

SALATIN
BAB VI

Isi 1 Malang Membawa Tuah
Kandungan 2 Bakal Ratu Majapahit
3 Menjalin Muhibah Melaka-Majapahit
4 Telatah Budak-Budak Raja Melaka
5 Memohon Jajahan Sebelum Kembali
6 Hang Tuah Dihukum Bunuh
7 Perhubungan dengan Negeri China
8 Puteri Raja China ke Melaka
9 Kedal Kerana Tulah?

1 Malang Membawa Tuah

Raja Tanjung Pura dan Raden Perlan Langu terpisah di Pulau Permainan
kerana kapal baginda pecah akibat ombak besar dan ribut.
Raden Perlan Langu dijumpai di Pantai Bengawan, Majapahit oleh seorang
penyadap dan dijadikan anak angkat kemudian ditukarkan namanya kepada Ki
Mas Jaya.
Si Penyadap kemudian meramalkan suatu hari nanti beliau akan menjadi Bentara
Majapahit.
Ki Mas Jaya pula mengatakan kalau dia menjadi Bentara Majapahit, si
penyadap akan dijadikan Patih Aria Gajah Mada.
Kerajaan Majapahit ketika itu diperintah oleh seorang puteri iaitu Raden Galoh
Awi Kesuma. Patih Gajah Mada berasa malu apabila rakyat mengatakan
bahawa suatu masa nanti dia akan mengahwini Raden Galoh Awi Kesuma itu
kerana niatnya adalah menghambakan diri kepada kerajaan Majapahit.

2 Bakal Ratu Majapahit

Memandang akan ketampanan serta Ki Mas Jaya dalam sayembara itu, Awi
Kesuma amat berkenan. Mereka pun dikahwinkan dan Ki Mas Jaya menjadi
Betara Majapahit dengan gelaran Sang Aji Jaya Ningrat.
Bapa angkat Betara Majapahit memohon dilaksanakan permintaannya untuk
menggantikan Patih Aria Gajah Mada. Betara Majapahit mengatasi masalah ini
dengan menceritakan keadaan sebenar tentang dirinya itu kepada Patih Ana
Gajah Mada. Patih Gajah Mada sanggup meletak jawatannya tetapi tidak
dipersetujui oleh Betara.
Betara Majapahit dan Patih Ana Gajah Mada bersetuju melantik si penyadap
sebagai ketua seluruh penyadap dalam Majapahit setanding dengan kedudukan
Patih Aria gajah mada.

3 Menjalin Muhibah Melaka-Majapahit

Sultan Mansur Syah diiringi oleh empat puluh orang pengiring.
Tun Bijaya Sura dan sembilan orang hulubalang yang bergelar
“Hanghang” ke Majapahit untuk meminang Raden Galuh Cendera Kirana.
Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu yang diberi gelaran
Laksamana oleh Sultan kerana berjaya membunuh tujuh puluh empat
orang pengamuk dan membunuh seorang Jawa yang mengamuk.
Berlaku peristiwa yang menunjukkan kecerdikan orang-orang Melaka.
Betara Majapahit juga menguji orang-orang Melaka dengan menambatkan
seekor anjing bertentangan dengan Sultan Mansur Syah di istana dan
kemudian Betara Majapahit mengadakan adat berjaga-jaga.

4 Telatah Budak-budak Raja Melaka

Tun Bijaya Sura membuat helah berlunjur di hadapan Betara Majapahit
dengan permainan “sapu-sapu rengit”.
Hang Tuah dan kawan-kawannya naik ke atas balai larangan Betara
Majapahit hingga mereka diserang dan dapat mempertahankan diri dan
membunuh beratus-ratus orang Jawa.
Tun Bijaya Sura menunjukkan permainan “berkeliling gelagat” di hadapan
Betara Majapahit.
Ketika Tun Bijaya Sura asyik menonton orang-orang Jawa menyabung,
seorang Jawa menyendai kerisnya.
Setelah genap empat puluh hari empat malam adat berjaga-jaga maka
Sultan Mansur Syah dan Raden Galuh Cendara Kirana pun dikahwinkan.

5 Memohon Jajahan Sebelum Kembali

Sebelum kembali ke negeri Melaka, Sultan Mansur Syah
memerintahkan Tun Bijaya Sura, Hang Jebat dan Hang Tuah
memohon Inderagiri, Jambi, Tungkal dan Siantan daripada Betara
Majapahit.
Semua permohonan itu diperkenankan oleh Betara Majapahit.
Kemudian, mereka selamat tiba di Melak
a.
Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Raden Galuh Cendera
Kirana, baginda dikurniakan seorang putera bernama Raden Kelang.
Sultan Mansur Syah mempunyai dua orang anak perempuan hasil
perkahwinannya dengan Seri Nara Diraja, iaitu Raja Mahadewi dan
Raja Cendera.

6 Hang Tuah Dihukum Bunuh

Hang Tuah berjaya menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah yang
jatuh ke dalam telaga tahi. Hang Tuah sanggup turun menambat tali
pada kuda itu untuk ditarik oleh orang ramai.
Kebaktiannya itu menyebabkan Sultan Mansur Syah amat
menyayanginya.
Baginda sanggup menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah
kerana percayakan fitnah pembesar-pembesar yang mengatakan Hang
Tuah melakukan zina dengan seorang dayang di istana.
Seri Nara Diraja dititahkan untuk melaksanakan hukuman itu tetapi
Seri Nara Diraja tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya menyembunyi
dan mamasung Hang Tuah di dusunnya di hulu Melaka.

7 Perhubungan dengan Negeri China

Raja benua China menghantar utusan ke Melaka untuk
menjalinkan hubungan persahabatan.
China menghantar hadiah seperti kain-kain sutera dan juga
sebuah pilau yang sarat dengan jarum.
Sebagai balasan, Sultan Mansur Shah membawa sagu rendang
ke China.
Hubungan diplomatik antara raja China dengan Sultan Mansur
Syah pun terjalin

8 Puteri Raja China ke Melaka

Raja China menghantarkan puterinya bernama Hang Liu ke
Melaka.
Puteri Hang Liu telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.
Dalam perkahwinan itu, baginda beroleh anak lelaki Paduka
Hamimat.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera menghantar sembah baginda kepada raja China.
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei
kerana ribut besar dan dapat menipu raja Brunie mengatakan
Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.

9 Kedal Kerana Tulah?

Raja China telah menerima perutusan sembah Sultan Mansur
Syah yang sedang jatuh sakit kedal yakni sebuah penyakit kulit
yang meninggalkam kesan bertelau-telau pada permukaan kulit.
Bagi menyembuhkan penyakit Kedal tersebut, Raja China
diarahkan untuk minum serta membasuh muka dengan air basuh
kaki raja Melaka, Sultan Mansur Syah.
Lalu air basuhan kaki Sultan Mansur Syah diutus kepada Raja
Melaka.
Penyakit Kedal Raja China segera sembuh selepas minum air
basuhan kaki Raja Melaka, Sultan Mansur Syah.

Peristiwa Penting dalam Bab VI

Seorang penyadap telah menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama
Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit
dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada
sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih
Ki Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji
Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah
Mada.

Peristiwa Penting dalam Bab VI

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada
diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Kirana, anak
Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan
kepandaian.
Tun Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara
Majapahit, menari "sapu-sapu rengit" dan menggertak anjing yang
ditambat berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.
Kuda kesayangan sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan
oleh Hang Tuah.

Peristiwa Penting dalam Bab VI

Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan
menitahkan Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat
wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak
dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera
menghantar sembah baginda kepada raja China.

Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat
menipu Raja Brunei mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah
China.

Peristiwa Penting dalam Bab VI

Raja China mendapat sakit Kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur
Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah.
Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh
muka dengan air basuh kaki raja Melaka.

Rujukan Utama


Click to View FlipBook Version