SK TAMAN KEPONG
JALAN KELICAP KEPONG BARU 52100 KUALA LUMPUR
TAJUK : BOLA SEPAK
NAMA : MUHAMMAD ADAM AMSYAR BIN SAIFUDIN
KELAS : 4 BETA
BIL PERKARA
1. PENGENALAN
2. SEJARAH PERMAINAN
3. PERATURAN PERMAINAN
4. BAGAIMANA PERMAINAN DIJALANKAN
5. PENUTUP
Buku skrap sukan dan permainan ini merupakan
tugasan bagi Kelab Sukan dan Permainan Kokurikulum
SK Taman Kepong. Buku skrap ini berkaitan dengan
sukan dan permainan bola sepak.
Beberapa perkara akan dipaparkan dalam buku
skrap ini seperti sejarah permainan bola sepak,
peraturan permainan dan cara permainan ini dijalankan.
Menurut FIFA, permainan-permainan yang
mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri
China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis
permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman
Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-
sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara
permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi
lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga
lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi
menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan
memudahkan pemain-pemain.
Persatuan Bola Sepak England (The Football
Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh
beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya
menggubal undang-undang formal bola sepak yang
pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian
berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari
ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak
dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (International Football Association
Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan
mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat
wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales
dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang
Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui
undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat
terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak
menjadi satu industri yang lumayan melalui
pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket
di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada
peringkat profesional di seluruh dunia.
Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium
bola sepak untuk mengikuti pasukan pilihan mereka,
manakala berbilion-bilion yang lain pula melihat
perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar
pemain juga bermain bola sepak pada peringkat
amatur.
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan
kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol.
Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan
sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah
berubah. Mereka termasuklah:
BIL PEMAIN PERANAN
1. Pertahanan pemain yang pakar dalam menyekat
serangan atau mencegah musuh
2. Pemain daripada membuat jaringan.
Tengah pemain yang melakukan serangan dan
memberikan lorongan bola kepada
3. Penyerang penyerang, tetapi juga menolong
pertahanan dengan mengganggu
serangan pasukan lawan pada peringkat
awal.
pemain-pemain yang berperanan
menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan
oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa.
Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan
pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan
masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di
padang, bagaimanapun mereka tidak dikekang oleh
peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada
bila-bila masa.
Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh
penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan
masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh
melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara
ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma
atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil
sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi,
tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan
berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang
kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan
digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang.
Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden
termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan
taktik sesebuah pasukan.
Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan
antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain
yang masing-masing cuba memenangi perlawanan
dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan
lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran bola yang
merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol
dan palang gol.
Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-
dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan
menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan.
Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada
merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan
tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan
penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol
memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-
dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan
itu dianggap seri.
Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan
pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan
ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah
gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan
yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan
ini memenangi perlawanan.
Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan
pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap
pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang
menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
Saya rasa sangat gembira kerana dapat
menyiapkan tugasan buku skrap sukan dan permainan
mengenai bola sepak. Banyak ilmu dan pengetahuan
tentang permainan bola sepak yang saya perolehi
sepanjang menghasilkan buku skrap ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada
guru penasihat kelab sukan dan permainan bola sepak
kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan
mengenai ilmu permainan bola sepak.