The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah2168, 2021-09-06 23:41:39

ASSESSMENT BM (E-book Pelari Muda) (2)

ASSESSMENT BM (E-book Pelari Muda)

E-BOOK PELARI MUDA

Nama : Nur Syafiqah Husna Bt Murad
No. Maktab :PB211116
Maktab : MRSM Balik Pulau
Kelas : 1 Razzi
Nama Guru : Siti Nor Haryani Binti Che Nordin

ISI KANDUNGAN

-Penghargaan
-Tema novel
-Sinopsis keseluruhan novel
-Sinopsis setiap bab (15 bab)
-Jadual komsas setiap bab
-Binaan plot dan contoh peristiwa
-Teknik plot dan contoh peristiwa

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan syukur ke hadrat Allah
S.W.T kerana saya dapat
menyiapakan E-book Pelari Muda. Di
kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih
kepada guru-guru kerana telah
memberi penjelasan kepada saya
tentang tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa,
rakan-rakan dan pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
yang telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan E-book Pelari
Muda ini.

TEMA NOVEL

Tema novel ini ialah keangkuhan seorang
remaja apabila mendapat sanjungan
daripada media menyebabkan dia tidak lagi
berdisiplin dalam latihan. Hal ini dilihat
menerusi watak utama, Kamarul yang
meraih kejayaan cemerlang dalam Sukan
MSSM dan kemudiannya terpilih dalam
Sukan SEA di Brunei. Pihak media banyak
memaparkan kehebatan Kamarul
menyebabkan dia menjadi sombong dan
tidak mahu berlatih lagi di bawah kelolaan
Encik Kadir. Hubungan dengan rakannya,
Saridah juga renggang gara-gara sikapnya
yang angkuh. Namun, akhirnya dia insaf
apabila prestasinya semakin merosot dan
Sures, rakan pelatihnya berjaya
mengalahkannya ketika latihan kecerdasan.

SINOPSIS

KESELURUHAN

NOVEL

Kamarul, merupakan seorang remaja yang angkuh dan tidak berdisiplin
setelah menjadi seorang atlet yang berjaya di persada dunia. Dia mula
bersikap bongkak selepas mukanya terpapar di akhbar dan di televisyen.
Kemudian, kawannya iaitu Saridah menegur Kamarul kerana bersikap
sombong. Dia berasa dirinya sudah hebat dan tidak mahu berlatih di bawah
kelolaan Encik Kadir. Encik Kadir berasa kecewa dengan sikap Kamarul.
Tahap kecerdasan Sures mula meningkat manakala tahap kecerdesan
Kamarul mulai merosot. Pada suatu hari, Kamarul terlibat dengan
kemalangan jalan raya. Mak Jah, Encik Kadir, Cikgu Zainal dan rakan-
rakannya datang ke hospital untuk melawat Kamarul. Sejak dari kejadian
itu, Kamarul mulai insaf dan memohon maaf atas kesalahannya. Tibalah
harinya untuk mereka berlepas ke Bangkok untuk bertanding pada acara
Sukan SEA. Mereka berlatih sebelum pertandingan bermula. Semasa
berlatih, dia terjumpa dengan salah seorang atlet dari Filipina iaitu De
Wega. Kamarul mula berkenalan dengan De Wega. Tibalah sudah hari
pertandingan. Atlet negara Malaysia menggunakan segala tenaga yang ada
untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Pada hari ketiga, Malaysia
berjaya memungut enam pingat emas, lapan perak dan 11 gangsa. Kamarul
dan Sures akan mengambil bahagian dalam acara 100 meter dan 400 meter.
Dengan sekuat tenaga, Kamarul memecut dan akhirnya dia berjaya
mendapat tempat pertama. Malaysia berjaya menambah satu pingat emas
dan satu pingat gangsa. Encik Kadir berasa bangga dengan Kamarul. Sukan
SEA ditamatkan dengan upacara penutupan. Malaysia berjaya mendapat
tempat kedua dalam acara olahraga. Kamarul menghadiahkan De Wega
dengan sedikit cenderamata. De Wega juga menghadiahkan Kamarul
dengan sebutir pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA di Brunei
sebagai balasan. Kamarul dan semua rakan-rakannya menaiki pesawat
untuk pulang ke tanah air. Beberapa jam kemudian, pesawat yang dinaiki
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kamarul
berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawannya. Mereka berasa bangga
dengan Kamarul dan mengucapkan tahniah kepada Kamarul kerana sudah
mengharumkan nama negara.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Pada pagi itu, kebiasaannya Kamarul akan membaca
akhbar tentang perkembangan sukan tanah air dan
luar negara tetapi tidak pada pagi itu. Selepas
bersarapan, Kamarul terus memakai stoking dan
kasut. Wajahnya muram. Emaknya, Mak Jah
menyedari akan hal itu. Mak Jah mengagak yang
Kamarul bergaduh dengan Saridah. Kamarul
menjawab bahawa dia hanya salah faham dengan
Saridah. Mak Jah bertanya kepada Kamarul adakah
dia boleh memaafkan Saridah. Kamarul hanya
mengangguk. Selepas itu, Kamarul menunggu bas di
perhentian bas. Setelah beberapa minit, bas pun
tiba. Semasa di dalam bas, dia teringat tentang
pergaduhan anatara dia dan Saridah. Saridah
menasihatinya supaya tidak sombong atas
kejayaannya. Kemudian, dia terbayangkan Cikgu
Zainal yang mula mengesan bakatnya. Dia juga
terbayang tentang Encik Kadir yang merupakan
jurulatih yang melatihnya dalam bidang sukan
olahraga. Encik Kadir ada menelefonnya supaya
datang ke Pusat Sukan Kampung Pandan tetapi dia
enggan berlatih di bawah Encik Kadir. Selepas
sampai di sekolah, Kamarul teringat kepada Saridah.
Dia mencari Saridah di kelasnya tetapi Saridah
tiada.Tiba-tiba Sures datang menemuinya. Sures
mengingatkan Kamarul tentang latihan pada petang
itu.

BAB 2

Sures menunggu Kamarul di pusat sukan tetapi
Kamarul masih tidak muncul. Sures terasa hati kerana
Kamarul sudah memungkiri janji. Sures tertanya-
tanya mengapa sikap Kamarul berubah sejak akhir-
akhir ini. Kamarul juga jarang mahu berbual
dengannya dan kawan-kawan yang lain. Kamarul
pernah memberitahunya bahawa dia tidak perlu
membuat latihan bersama jurulatih kerana latihan
bersenderian juga telah memadai. Selepas itu, Sures
mula memanaskan badan. Kemudian, dia dipanggil
oleh Encik Kadir. Beliau bertanya tentang kehadiran
Kamarul pada latihan petang itu. Sures seperti
menyebelahi Kamarul walaupun dia tidak datang
berlatih. Setelah itu, Encik Kadir pun pergi. Sures
berasa lega dengan pemergian beliau. Dia terus berlari
ke arah pelari-pelari yang lain seperti Jasnin, Adnan
Mahat, Suradi, dan Rajip. Suradi meminta Sures untuk
menggantikan tempat mereka setelah bersara. Sures
berat hati untuk berbuat demikian. Dia hanya
mengharapkan dia boleh mengalahkan Kamarul. Encik
Kadir mengarahkan pelari-pelarinya untuk membuat
lima larian pantas. Sures dengan sekuat tenaga mula
mengatasi pelari-pelari yang lain. Selepas habis
latihan, Encik Kadir memberitahu kepada Sures
bahawa beliau mahu berjumpa Kamarul. Kemudian,
Sures tiba di rumahnya. Dia terlihat Saridah di depan
rumahnya. Saridah bertanya tentang Kamarul. Sures
menebak bahawa mereka bergaduh. Sures meberitahu
Saridah bahawa Kamarul perlu sedar kerana Sukan
SEA akan berlangsung tidak lama lagi.

BAB 3

Saridah menunggu Kamarul di
perpustakaan. Dia berharap Kamarul
akan datang berjumpanya walaupun
sudah lewat tetapi bayangan
Kamarul tidak muncul juga. Saridah
terus masuk ke kelasnya. Juriah
bertanya kepada Saridah apa yang
terjadi. Saridah diam. Juriah
menasihati Saridah. Saridah masih
diam. Selepas bunyi loceng pulang,
Saridah terus pergi ke perpustakaan
untuk menulis usrat kepada
Kamarul. Kemudian, dia terus pergi
ke kelasnya dengan harapan Juriah
akan ada di dalam kelas. Saridah
meminta Juriah untuk menghantar
surat itu kepada Kamarul. Setelah
itu, mereka pun pulang ke rumah
masing-masing.

BAB 4

Selepas minum petang, Kamarul mahu keluar
berjoging. Mak Jah berasa hairan kerana Kamarul
hanya berpakaian biasa. Selalunya Kamarul akan
berpakaian lengkap melainkan tiada latihan.
Sewaktu dia hendak pergi, Mak Jah memanggilnya.
Mak Jah memberikan sepucuk surat kepada
Kamarul. Selepas itu, Kamarul terus berlari ke arah
jalan. Dia berhenti lalu membaca surat itu. Dia
melihat nama pengirimnya, ternyata pengirim surat
itu adalah Saridah. Surat Saridah itu benar-benar
menyentak hatinya. Tiba-tiba dia terus teringat
tentang tindak-tanduknya terhadap Saridah.
Selepas itu, bayangan Cikgu Zainal pula muncul di
kepalanya. Bayangan Encik Kadir yang selalu
melatihnya pula muncul. Kamarul tiba-tiba
meronyokkan kertas itu lalu dibuang ke dalam
longkang. Kamarul berjalan pergi ke Stadium
Merdeka. Dia melihat ke arah trek yang luas itu.
Ramai orang melaungkan namanya. Sures datang ke
arah Kamarul lalu memberikan semangat
kepadanya. Dengan sekuat tenaga yang ada,
Kamarul pecut dengan lajunya. Selepas itu, dia
melihat ke sekeliling stadium. Kosong. Dengan
perasaan marah, dia terus keluar dari stadium.

BAB 5

Saridah berasa masa bergerak begitu lambat. Baginya
menunggu itu amat membosankan. Dia sudah penat
mahu menunggu, dia terus masuk ke dalam biliknya.
Adakah Kamarul sudi mamaafkannya? fikir Saridah.
Kemudian, dia mengambil sebuah album di dalam
almarinya. Sehelai demi sehelai diselaknya. Dia
tertumpu kepada sekeping gambar yang baginya amat
menarik dan banyak kenangan. Dia terkenangkan
tentang peristiwa dia dan Kamarul mula berkawan.
Dia terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke
Sukan MSSM. Dia mula bertegur sapa dengan Kamarul
ketika Kamarul berada di kelas Sastera 1 manakala dia
berada di kelas Sastera 2. Mereka mula mesra ketika
di Stadium Merdeka. Ketika itu Kamarul baru
menambahkan pingatnya. Kamarul mengucapkan
tahniah kepada Saridah. Mereka berbual tentang
pelbagai topik. Sejak dari itu mereka mula bermesra.
Saridah amat senang dengan perlakuan Kamarul.
Setelah Kamarul mula terkenal, Kamarul berubah
sikap. Dia menjadi seorang yang keras kepala dan
sombong seperti kacang lupakan kulit. Ketika sukan
tahunan sekolah, dia tidak mahu menyertainya. Dia
berasa tidak layak utuk menyertai sukan tahunan
sekolah kerana dia merupakan seorang atlet negara.
Kamarul juga pernah bertengkar dengan Cikgu Zainal.
Saridah menghempaskan album itu ke atas meja
kerana benci dengan sikap Kamarul yang sombong.
Dia bangun dari duduknya lalu pergi ke cermin. Dia
melihat mukanya lalu memicit jerawat di pipi
kanannya yang sudah subur.

BAB 6

Kamarul sampai lambat di Pusat Sukan Kampung Pandan.
Walaupun dia sedar akan kelewatannya itu, dia seperti tidak
kisah akan kesalahannya itu. Encik Kadir sedang mengarah
pelari-pelarinya untuk berkumpul. Tiba-tiba Kamarul,
dipanggil oleh Encik Kadir. Encik Kadir memberitahu
Kamarul bahawa beliau ingin berjumpa dengannya selepas
habis latihan. Kamarul hanya mengangguk. Encik Kadir
mengingatkan semua pelarinya bahawa mereka hanya ada
sebulan sahaja lagi sebelum berlepas ke Bangkok. Encik
Kadir masih tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka
selama mereka berlatih. Tetapi Encik Kadir berasa bangga
dengan pencapian Sures. Mereka meneruskan latihan
mereka. Mereka memecut dengan pantasnya. Sures telah
mendahului pelari-pelari yang lain. Encik Kadir berasa
bangga dengannya. Encik Kadir perasan yang Kamarul
seperti bermai-main ketika berlari. Dia berasa kecewa
dengan Kamarul. Encik Kadir memanggil Kamarul lalu
menyuruhnya pusing keliling padang sebanyak lapan kali.
Kamarul akur dengan suruhan Encik Kadir. Kali ini, Suradi
berlawan dengan Rajip. Pada pertengahan larian, Suradi
berjaya mengalahkan Rajip. Seterusnya, Sures akan berlawan
bersama dengan Kamarul. Kedua-dua mereka membuat
larian yang bagus. Tiba-tiba, Sures memecut laju
meninggalkan Kamarul di belakang dan berjaya mencatat
masa selama 10.78 saat. Encik Kadir sungguh bangga dengan
Sures. Kemudian, Encik Kadir memberitahu pelari-pelarinya
untuk menyambung latihan pada esok hari. Semua pelari
telah pun balik, hanya tinggal Kamarul dan Encik Kadir
sahaja yang belum pulang. Encik Kadir menegur Kamarul
tentang tahap kecergasannya. Kamarul berkata kepada
Encik Kadir bahawa dia masih berlatih sendiri di rumah
tetapi Encik Kadir menjelaskan yang dia telah melanggar
disiplin sebagai seorang atlet. Encik Kadir berkata dia boleh
digugurkan daripada mewakili negara.

BAB 7

Kamarul menghempaskan beg sekolahnya. Dia terus membuka peti
ais lalu mengambil sebotol air oren. Dia menuangkan air oren itu
kedalam gelas dan terus meneguknya. Kamarul mengambil sepotong
betik yang telah dipotong kecil-kecil oleh Mak Jah. Kemudian, dia
terus pergi ke ruang tamu lalu menghidupkan suis kipas. Dia
mengambil surat khabar lalu menilik berita tentang sukan tanah air.
Malaysia dijangka akan memungut pingat emas dalam acara 100
meter dan 400 meter. Sures juga dijangka akan dapat mengatasi
pelari-pelari hebat Thailand, Filipina dan Indonesia. Encik Kadir juga
membuat kenyataan tentang disiplin para peserta. Beliau berkata
bahawa disiplin yang tinggi sahaja pencapaian para peserta akan
terserlah. Tanpa disiplin, seseorang itu mungkin akan gagal. Kamarul
berasa kenyataan itu seperti ditujukan kepadanya. Dia menusuk
gambar Encik Kadir dengan jarinya sehingga surat khabar itu
terkoyak. Tiba-tiba, Mak Jah muncul lalu bertanya mengapa Kamarul
koyakkan muka orang itu. Mak Jah juga menasihatinya bahawa tidak
baik membenci orang. Telefon Mak Jah berbunyi menandakan ada
panggilan. Rupa-rupanya Saridah yang menelefonnya. Kamarul terus
mencapai telefon itu dari emaknya. Saridah meminta maaf kepada
Kamarul. Kamarul akan berjumpa Saridah di padang sekolah nanti.
Saridah sumpai di sekolah. Dia teringat tentang perbualannya
dengan Kamarul di telefon. Dia berasa yang Kamarul bermain-main
semasa melayaninya. Dia terbayangkan pula tentang Juriah, teman
baiknya, Dia berasa Juriah ialah orang yang boleh dipercayai. Semua
masalahnya diceritakan kepada Juriah. Tiba-tiba, Juriah datag ke
arah Saridah yang sedang termenung. Juriah menebak bahawa
Saridah sedang berfikir tentang Kamarul. Mereka bangun lalu pergi
ke arah kantin. Juriah bertanya kepada Saridah adakah dia mencintai
Kamarul. Saridah membalas jawapan itu dengan soalan, adakah dia
mencintai Kamarul? Juriah menasihatinya bahawa cinta itu tidak
salah. Mencintai seseorang itu adalah hak masing-masing. Juriah
mengingatkan yang peperiksaan SPM makin hampir. Juriah berkata
kepada Saridah untuk melupakan Kamarul. Saridah menjawab, dia
boleh melupakan Kamarul tetapi tidak boleh melupakan kenangannya
bersama Kamarul. Tiba-tiba, Saridah menangis. Juriah
menasihatkannya supaya fokus dengan pelajarannya. Selepas itu,
mereka terus menikmati makanan mereka dan bergerak ke padang
semula.

BAB 8

Kamarul bergaduh dengan Adibah yang merupakan ketua
kelas 5 Sastera 1. Adiah bertanya kepada Kamarul ke
mana dia mahu pergi. Kamarul menjawab yang dia ingin
berjumpa dengan Cikgu Zainal. Adibah tidak
membenarkan dia keluar dari kelas kerana loceng rehat
masih tidak berbunyi. Keluar kelas sebelum loceng rehat
dibunyikan telah dikira sebagai melanggar peraturan
sekolah. Tetapi Kamarul masih berdegil. Adibah mula
geram dan terus meninggikan suaranya kepada Kamarul.
Adibah berkata bahaawa dia boleh mengambil tindakan
sekiranya Kamarul masih berdegil. Kamarul mula
mencabar Adibah. Adibah berkata kepada Kamarul yang
dia sebenarnya seorang yang sombong. Tiba-tiba loceng
rehat pun berbunyi. Kamarul terus keluar mengikut pintu
belakang. Beberapa orang murid menggelengkan kepala
melihat perangai Kamarul. Kamarul tiba di bilik guru
dengan perasaan yang gementar. Cikgu Zainal berkata
bahawa Presiden KOM meminta Kamarul bercuti untuk
mewakili negara. Cikgu Zainal mengingatkan Kamarul
yang peperiksaan SPM akan berlangsung tidak lama lagi.
Jadi, dia memberitahu Kamarul supaya tidak
mengabaikan pelajaran walaupun dia menyertai Sukan
SEA. Cikgu Zainal memuji Kamarul kerana dia telah
mengharumkan nama negara dan sekolah. Kemudian,
Cikgu Zainal berkata bahawa Encik Kadir telah datang
menjumpainya. Kamarul rasa berdebar. Beliau berasa
hairan kerana pretasi Kamarul agak merosot sejak akhir-
akhir ini. Cikgu Zainal mengucapkan syabas atas
kejayaannya. Kamarul menjabat tangan Cikgu Zainal dan
terus keluar daripada bilik guru.

BAB 9

Pada petang itu, Kamarul tiba agak awal. Mereka hanya ada
beberapa minggu lagi sebelum Sukan SEA berlangsung. Encik
Kadir memanggil Kamarul. Beliau berkata bahawa beliau ingin
menguji kecergasan Kamarul. Selepas itu, dia memanggil Sures.
Sures dan Kamarul pergi ke garisan permulaan untuk memulakan
larian. Pelari-pelari yang lain mengadakan latihan di bawah
kelolaan Encik Subramaniam. Wisel pun dibunyikan menandakan
mereka mula berlari. Tiba-tiba, Kamarul melakukan satu
kesilapan. Dia telah bermula agak lambat sedikit. Sures terus
memecut laju. Kamarul cuba untuk menewaskan Sures tetapi
usahanya itu gagal. Sures sampai di garisan penamat terlebih
dahulu. Sures berjaya mencatatkan masa sebanyak 10.75 saat. Itu
adalah satu catatan terbaik bagi Sures. Encik Kadir berasa bangga
dengan pelatihnya yang lain kerana telah meningkatkan
pencapaian mereka. Latihan pada petang itu agak sekejap. Hanya
3 jam sahaja. Setelah latihan habis, Encik Kadir memanggil
Kamarul. Kamarul pun berlari ke arah Encik Kadir. Encik Kadir
bertanya kepada Kamarul mengapa dia sering tidak datang
latihan. Kamarul berkata dia boleh berlatih sendiri. Encik Kadir
membalas bahawa walaupun dia telah berlatih sendiri di rumah
tetapi dia telah melanggar disiplin. Encik Kadir mengingatkan
Kamarul yang dia bukanlah atlet sekolah, tetapi atlet negara.
Kamarul berkata dia boleh melakukannya. Encik Kadir tidak dapat
lagi mengawal perasaannya. Kamarul juga menjawab dia boleh
menarik diri dan Encik Kadir boleh melatih Sures kerana dia
seorang pelari yang sedang meningkat. Encik Kadir terdiam dan
berasa kecewa dengan sikap Kamarul. Encik Kadir memberikan
masa kepada Kamarul untuk berfikir betul-betul. Encik Kadir
memberikan sebutir pingat kepada Kamarul supaya dapat
menaikkan semangatnya lagi. Ketika Encik Kadir berjalan ke arah
keretanya, tiba-tiba Kamarul melemparkan pingat lalu jatuh di
hadapan Encik Kadir. Encik Kadir menggeleng melihat perlakuan
Kamarul. Semasa perjalanan balik, dia mengalami kemalangan jalan
raya.

BAB 10

Mak Jah sudah banyak kali memesan kepada Kamarul supaya
tidak banyak bergerak tetapi Kamarul berasa tidak selesa
berada dalam keadaan baring. Dia memberitahu emaknya
bahawa dia letih kerana asyik berbaring saja. Mak Jah
menggelengkan kepalanya melihat Kamarul yang degil.
Kamarul hanya cedera sikit di bahagian muka dan lutut.
Selepas itu, Encik Kadir dan Saridah pun sampai di hospital.
Encik Kadir bertanya bagaimana dengan keadaan Kamarul.
Wajahnya kelihatan risau benar. Mak Jah menjawab yang
Kamarul hanya luka dan bengkak urat. Setelah berbual dengan
Saridah dan Mak Jah, Encik Kadir mahu meminta diri kerana
beliau ada urusan. Kemudian, Kamarul tersedar dan terlihat
Saridah berada di situ. Kamarul senyum melihat Saridah.
Saridah bertanya kepada Kamarul adakah dia masih
memarahinya. Kamarul tidak mahu lagi mengenang perkara
yang sudah berlaku. Selepas dua hari, doktor memberitahu
Kamarul bahawa dia sudah boleh pulang ke rumah. Doktor
Munirah menasihati Kamarul supaya menggerakkan kakinya
pada setiap pagi. Kamarul mengucapkan terima kasih kepada
Doktor Munirah. Doktor Munirah memberitahu Kamarul yang
Encik Kadir menelefonnya. Beliau bertanya tenatng keaadan
Kamarul. Kamarul berasa gembira kerana dia boleh pulang.
Tetapi rasa gembiranya iu hilang kerana dia terbayangkan
Encik Kadir dan Sures. Setelah itu, dia teringatkan pula
Saridah. Dia terbayangkan semua orang yang telah datang
melawatnya ketika di hospital. Mereka mengharapkan yang
Kamarul akan berjaya. Kamarul sedar yang selama ini dia
terlalu sombong dan tidak mengenang jasa terhadap Cikgu
Zainal dan Encik Kadir. Tiba-tiba, Encik Kadir berada di
hadapan katil Kamarul. Encik Kadir memberitahu Kamarul
bahawa dia yang akan membawa Kamarul pulang. Kamarul
mengucapkan terima kasih kepada Encik Kadir. Kamarul
memohon maaf kepada Encik Kadir kerana telah berlaku kasar
dan sombong. Encik Kadir menyuruhnya supaya melakukan
perkara yang lalu. Beliau juga berpesan supaya kembalikan
kecergasan dan keyakinannya.

BAB 11

Kamarul berasa gelisah kerana di rumah tadi dia membaca
akhbar. Tajuk rencana akhbar itu membawa maksud mereka
memberi harapan yang tinggi kepada Kamarul dan Sures untuk
memungut lima pingat emas dalam Sukan SEA di Bangkok nanti.
Dia berasa gelisah kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi
untuk mereka berangkat ke Bangkok. Kamarul takut jika dia
tidak dapat mempertingkatkan tahap kecergasannya. Kemudian,
dia ternampak Encik Kadir meletakkan keretanya di luar pagar.
Kamarul mengucapkan selamat petang dan berjabat tangan
dengan Encik Kadir. Encik Kadir menyurh pelari-pelarinya
membuat lima larian keliling padang. Selepas itu, Encik Kadir
menguji Kamarul berlari pecut bersama dengan Sures. Ternyata
Sures telah menewaskannya. Encik Kadir memberikan keyakinan
kepada Kamarul bahawa tahap kecergasannya akan pulih nanti.
Dia tidak berpuas hati dengan pencapaiannya. Kali ini, dia berlari
pecut dengan Sures dan Rajip. Dia mendapat tempat ketiga.
Ternyata Kamarul masih lagi cergas sepenuhnya. Encik Kadir
memberitahu kepada Kamarul bahawa dia masih lagi ada masa
untuk mempertingkatkan lagi tahap kecergasannya. Beberapa
minit kemudian, dia hanya menonton sahaja kawan-kawannya
yang lain menjalankan latihan. Kemudian, dia meminta kebenaran
Encik Kadir untuk pulang berehat. Kebiasaannya, selepas makan
malam Kamarul akan menonton televisyen tetapi tidak pada
malam itu. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Dia memerhati
gambar-gambar tokohyang hebat dalam sukan larian pecut.
Kemudian, dia membuka catatan yang pernah dibuat di Sukan
MSSM, SUKMA, dan Sukan SEA. Dia membandingkan masa
lariannya pada petang tadi dengan catatannya di dalam buku itu.
Ternyata dia sudah jauh ketinggalan. Dia ingin melakukan
sesuatu supaya catatan masanya pada lairan pecut cemerlang.

BAB 12

Kamarul akan berangkat ke Bangkok menaiki
kapal terbang. Mereka sepatutnya berlepas pada
pukul 9.00 pagi tetapi ditangguhkan selama dua
jam. Kamarul berasa gelisah kerana Saridah
belum datang ke lapangan terbang. Mereka
hanya tinggal lagi 25 minit sahaja lagi untuk
berlepas ke Bangkok. Dia memerhati di sekeliling
lapangan terbang dan terlihat Fazilah dan Adibah
sedang memerhatikannya. Fazilah dan Adibah
mengusik Kamarul kerana dia kelihatan gelisah.
Tiba-tiba, Saridah sampai di lapangan terbang.
Dia berjalan dengan begitu pantas. Saridah
memohon maaf kepada Kamarul kerana dia telah
lewat sampai kerana kesesakan jalan raya.
Saridah memberitahu Kamarul bahawa Juriah
kirim salam kepadanya. Mereka tidak sempat
berborak dengan lebih panjang kerana telah
sampai waktu untuk dia berlepas. Kawan-kawan
Kamarul memberikan kata-kata semangat
kepadanya. Selepas semua urusannya selesai di
kaunter, Kamarul terus pergi ke arah kawan-
kawannya untuk menaiki kapal terbang.

BAB 13

Sebaik sahaja pesawat yang dinaiki oleh Kamarul dan kawan-
kawannya yang lain mendarat di Lapangan Terbang Dong Muang,
hujan turun rintik-rintik membasahi bumi. Kontinjen Malaysia
diiringi oleh beberapa orang pegawai. Mereka turun setelah pintu
pesawat dibuka. Kamarul dan Sures mengheret beg mereka pergi ke
terminal. Selepas menjalani beberapa proses di lapangan terbang
tersebut, kontinjen Malaysia menaiki bas yang disediakan dan
bertolak ke Hotel Narai. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di
hotel. Penyambut tetamu menyambut mereka dengan memberikan
senyuman. Kamarul tinggal sebilik dengan Sures. Mereka pun
menyusun barangan mereka ke dalam almari yang telah disediakan.
Kamarul menuju ke tingkap lalu membuka tingkap untuk
memberikan angin masuk. Kamarul bimbang dengan prestasinya.
Kamarul juga bimbang dia tidak dapat berlari dengan laju. Sures
menasihati Kamarul supaya menjadi seorang yang yakin dengan diri
sendiri. Pintu bilik mereka diketuk secara tiba-tiba. Encik Kadir
membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik mereka. Encik Kadir
memberitahu kepada mereka bahawa mereka ada latihan pada esok
pagi dan pada sebelah malam nanti mereka akan berkumpul di bilik
persidangan hotek untuk taklimat dan makan malam. Selepas itu,
Encik Kadir keluar dari bilik itu. Pada keesokannya, hujan sekali lagi
membasahi bumi. Mereka menaiki bas untuk pergi ke Stadium
Nasional. Kamarul kelihatan gembira ketika berada di dalam bas.
Selepas beberapa minit mereka sampai di Stadium Nasional. Encik
Kadir memberikan sedikit nasihat kepada pelatihnya barulah beliau
melepaskan para pelatihnya untuk melakukan latiha bersendirian.
Selepas itu, beliau melakukan ujian kepantasan. Tahap kecergasan
para pelatihnya telah meningkat terutamanya Kamarul. Sebelum
pulang, Kamarul mahu menemui pelari yang hebat dari Filipina iaitu
De Wega. Kamarul terus mendekati De Wega yang sedang berehat.
Kamarul mengucapkan selamat berkenalan kepada De Wega.
Kamarul berkata kepada De Wega bahawa dia selalu membaca
perkembangan beliau. Kamarul berasa bangga dengan sikap De
Wega yang ramah mesra dan lemah lembut. De Wega menceritakan
kepada Kamarul pengalaman lalunya. De Wega menasihati Kamarul
bahawa disiplin itu penting. Selepas mereka berbual tentang
pelbagai topik, akhirnya Kamarul meminta diri untuk pulang ke
hotel.

BAB 14

Pada pagi itu, Kamarul dan Sures turun ke lobi hotel untuk
bersarapan. Wajah Kamarul telah terpampang di dalam televisyen,
akhbar dan majalah-majalah sukan. Pengurus kontinjen Malaysia
memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada para peserta
Malaysia. Encik Kadir memberitahu bahawa mereka ada beberapa
jam sahaja lagi. Beliau juga memberitahu bahawa upacara
pembukaan akan berlangsung petang nanti. Petang itu,
berlangsunglah upacara pembukaan Sukan SEA yang ke-14.
Ribuan penonton sedang menyaksikan mereka pun bersurai. Tiga
hari kemudian, Malaysia telah pun berjaya memungut enam pingat
emas, lapan perak dan 11 gangsa. Kamarul dan Sures akan
mengambil bahagian di dalam acara 100 meter dan 400 meter.
Mereka akan berlawan dengan pelari dari Filipina, Indonesia,
Singapura dan Thailand. Encik Kadir memberikan semangat
kepada mereka. Tiba-tiba, Encik Kadir memberikan pingatnya
kepada Kamarul supaya menjadi pembakar semangat kepadanya.
Dia mengikat pingat itu dpinggangnya. Beberapa minit kemudian,
Kamarul, Sures dan Rajip pergi ke arah garisan permulaan.
Kamarul menumpukan sepenuh perhatian pada perlumbaan ini.
Tembakan permulaan dilepaskan. Dengan sekaut tenaga yang ada,
Kamarul memecut pantas dan mendapat tempat pertama. Encik
Kadir mengucapkan tahniah kepada Kamarul kerana berjaya
menewaskan pelari-pelari yang lain. Dia berasa bangga dengan
dirinya sendiri kerana dia berjaya meningkatkan prestasinya dan
memperbaharui rekod lamanya. Malaysia berjaya menambah satu
pingat emas dan satu pingat gangsa. Ketika Kamarul sampai di
biliknya, Encik Kadir datang menjumpainya. Encik Kadir
menghulurkan secebis kertas kepada Kamarul. Ternyata surat itu
adalah dari kawan-kawan sekolahnya. Kamarul mahu memberikan
pingat itu semula kepada Encik Kadir tetapi beliau meminta
Kamarul untuk menyimpan pingat itu sebagai kenang-kenangan.
Encik Kadir memberitahu Kamarul bahawa beliau akan bersara
tidak lama lagi. Kamarul berasa terkejut dan sayu atas berita itu.

BAB 15

Sukan SEA ditamatkan dengan upacara penutupan.
Malaysia mendapat tempat kedua dalam acara
olahraga. Malaysia berjaya memungut 10 emas, lapan
perak dan lapan gangsa. Obor Sukan SEA ke-14
dipadamkan secara perlahan-lahan. Suasana sunyi
dan lengang. Kamarul telah menghadiahkan sedikit
cenderamata kepada De Wega. Sebagai balasan, De
Wega menghadiahkan Kamarul dengan sebutir
pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA di
Brunei beberapa tahun lalu. Kamarul seperti tidak
percaya akan hadiah yang diberikan oleh De Wega.
Penerbangan pesawat dari Bangkok ke Kuala Lumpur
berjalan dengan lancar. Ketika berada di dalam perut
kapal terbang, Kamarul sudah membayangkan wajah
keluarga dan kawan-kawan sekolahnya. Kamarul
sudah rindu akan tanah airnya. Dia menelefon
emaknya supaya menunggu di lapangan terbang.
Beberapa jam kemudian, Kamarul berasa pesawat
yang dinaikinya itu perlahan-lahan mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Beberapa orang atlet dan kontinjen Malaysia
tertumpu ke arah pintu keluar apabila pintu pesawat
dibuka. Kamarul bangun dari tempat duduknya dan
terus keluar dari pesawat tersebut. Setelah selesai
semua urusan, dia mencari-cari ahli keluarganya lalu
terlihat keluarga dan kawan-kawannya. Mereka
mengucapkan tahniah kepada Kamarul di atas
kejayaan yang diperolehinya.

JADUAL KOMSAS BAB 1-15

BAB 1
BAB 2

BAB 3

BAB 4
BAB 5

BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15

BINAAN PLOT DAN CONTOH PERISTIWA

PERMULAAN/EKSPOSISI

Setelah pulang berjoging, Kamarul menunjukkan
sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan
sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah
mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan
dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar
apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit
salah faham dengan Saridah. Saridah menegur
sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya
dan juga kawan-kawan yang lain setelah Kamarul
menjadi terkenal sebagai atlet sukan lumba lari 100
meter di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa
tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah
semaking renggang. Dalam perjalanan ke sekolah,
Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan
yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang
olahraga dan mengetengahkannya sebagai pelari
pecut sehingga dapat mencipta rekod cemerlang
dalam acara pecut 100 meter dan 400 meter
sehingga membuka mata dan kontinjen sukan
Malaysia untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA di
Brunei.

PERKEMBANGAN

Kamarul telah banyak berubah kerana sudah
terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik
Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh
Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul
enggan bergaul dengan kawan-kawannya di
sekolah Kamarul juga enggan menjalani latihan
sukan sekolah. Encik Kadir menyuarakan rasa
tidak puas hati terhadap kemorosotan prestasi
Kamarul manakala prestasi Sures kian cemerlang.
Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian
prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh
pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil
Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi
Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon
yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul
memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri
dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap
Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

PERUMITAN

Kamarul melepaskan kemarahan kepada
Encik Kadir dengan mengoyak gambar
Encik Kadir yang terdapat dalam akhbar
setelah membaca kenyataan Encik Kadir.
Encik Kadir membuat kenyataan mengenai
disiplin para peserta negara dan
menekankan kepentingan disiplin yang
tinggi untuk menyerlahkan peningkatan
seseorang atlet. Sikap itu ditegur oleh Mak
Jah. Kamarul menjalani latihan seperti
biasa bersama-sama dengan Sures dan
rakan-rakan pelatih lain. Sures
menunjukkan prestasi yang cemerlang,
manakala Kamarul masih tidak berjaya
mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak
berpuas hati dengan pencapian Kamarul.
Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius
dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul
tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya
Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia
boleh berjaya. Encik Kadir memberikn
sebutir pingat yang pernah dimenanginya
sebagai pendorong Kamarul. Namun,
Kamarul tidak mahu menerima pingat itu
dan bertindak melemparkannya di hadapan
Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan
tindakan Kamarul.

PUNCA / KLIMAKS

Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat
perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam
ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri
dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan
ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul
dilanggar sebuah kenderaan. Kamarul dirawat di
hospital kerana kecederaan yang dialami dengan
ditemani ibunya, Mak Jah, Saridah dan Encik Kadir
datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di
katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak
Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih.
Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya.
Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan
salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu,
Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu
dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa
kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke
rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital
membuatkan Kamarul berasa terharu terutama pada
Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang
sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal,
Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan
dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius
dalam latihan. Encik Kadir datang meyebabkan
lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu
bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah.
Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir
tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira
kerana dapat keluar dari hospital.

PELERAIAN

Kamarul berjaya meraih kejayaan dalam acara 100 meter
dengan menewaskan peserta lain termasuk atlet
Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah
petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas
menerusi acara 400 meter. Kejayaan Kamarul mendapat
pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlet
dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah
daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah.
Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul.
Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu
cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini.
Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik
Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi
menangguhkannya demi kejayaan Sukan SEA ini.
Kejohanan Sukan SEA ke-14 di Bangkok telah berakhir.
Malaysia menduduki tempat kedua. Di hotel penginapan,
Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan
tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan
kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul
memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai
kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut
memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas
yang pernah dimenanginya dalam Sukan SEA di Brunei
kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlet Malaysia
mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur
dan disambut meriah oleh emak,ayah,kakak,Saridah dan
beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan
tahniah atas kejayaan Kamarul.

TEKNIK PLOT DAN CONTOH PERISTIWA

PEMERIAN

- Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam
plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau
menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan
perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.

DIALOG

- Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau
fikiran yang berkaitan dengan tema.

IMBAS KEMBALI

- Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula
peristiwa yang pernah dialaminya.

IMBAS MUKA

- Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi
watak dalam cerita berkenaan.

SUSPENS

- Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan
keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca
tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

KONFLIK

- Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan
dalam satu urutan plot.

MONOLOG

- Percakapan yang tidak didengari oleh orang lain.

Teknik plot yang pertama ialah dialog. Mak Jah
ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh
Kamarul. Sebagai contoh, “Muram saja pagi ni.
Selalunya kau tak begitu. Apa yang dah terjadi?”
tanya Mak Jah.

Selain itu, terdapat teknik pemerian. Pengarang
menggambarkan keadaan perpustakaan. Sebagai
contoh, bilik perpustakaan di tingkat dua itu
seperti lazimnya dipenuhi oleh para murid. Ada
yang membaca akhbar dan majalah murid. Ada
yang memilih buku yang hendak dipinjam.

Seterusnya, terdapat teknik imbas kembali.
Kamarul terbayangkan akan Cikgu Zainal. Sebagai
contoh, guru sukan itulah yang mula mengesan
bakatnya dalam bidang olahraga dan
mengetengahkannya sebagai pelari pecut.

Akhir sekali, terdapat teknik konflik. Konflik
berlaku antara Kamarul dan Saridah. Konflik
timbul apabila Saridah berasa tidak senang hati
dengan keangkuhan Kamarul sejak menjadi pelari
terkenal. Sebagai contoh, “Kau tak boleh ego
dengan kejayaan kau, Kamarul”, balas Saridah
dengan berani. Dadanya berasa lapang dapat
meluahkan kata-kata itu kepada Kamarul. “Kau
jangan menghina aku, Saridah.” kata Kamarul
melenting.


Click to View FlipBook Version