The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Si Tudung Merah by Chiang June

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-7644, 2021-05-04 06:05:29

SI TUDUNG MERAH

Si Tudung Merah by Chiang June

P ada masa dahulu, ada seorang kanak-kanak

perempuan yang comel. Dia tinggal bersama-sama
ibu dan bapanya di sebuah pondok kecil.
Dia ada seorang nenek yang tinggal tidak jauh
dari rumahnya. Neneknya sangat sayang kepadanya.
Pada hari ulang tahunnya yang ke-9, neneknya
telah menghadiahkan sehelai jubah bertudung merah
kepadanya. Kanak-kanak perempuan itu sangat suka
akan jubah bertudung itu.
Dia memakai jubah itu setiap hari. Sejak itu
dia dipanggil Si Tudung Merah.

2



P ada suatu hari, nenek Si Tudung Merah

jatuh sakit.
“Si Tudung Merah,” panggil ibunya.
“Nenek kamu tidak sihat. Ibu telah memasak
sup untuknya. Kamu bawalah sup ini ke
rumahnya. Tetapi ingat!” pesan ibunya lagi.
“Jangan merayau-rayau ke dalam hutan. Di
hutan itu ada serigala yang jahat. Kamu ikutlah
jalan di tebing sungai.”
“Baiklah, ibu,” kata Si Tudung Merah.

4



S etelah mengucapkan selamat tinggal kepada

ibunya, Si Tudung Merah pun berjalan menyusuri
tebing sungai mengikut pesanan ibunya.
Setelah lama berjalan, Si Tudung Merah tiba
di rumah neneknya. Dia mengetuk pintu.
“Siapa di luar?” kedengaran suatu suara dari
dalam pondok.
“Saya, Si Tudung Merah, nenek,” jawab gadis
itu.
“Masuklah, pintu tidak berkunci.”

6



S i Tudung Merah pun masuk ke dalam.

Dia melihat neneknya terbaring di atas katil.
Perempuan tua itu kelihatan lemah.
“Apa khabar nenek hari ini?” tanya Si
Tudung Merah.
“Nenek berasa tidak sihat,” jawab
perempuan tua itu.
“Saya bawakan sup untuk nenek,” kata
Si Tudung Merah.
“Terima kasih, sayang. Cucu nenek
memang cucu yang baik.”

8



N enek Si Tudung Merah pun memakan

sup yang dibawa oleh Si Tudung Merah
sehingga habis.
“Nenek berasa lebih sihat sekarang,” kata
perempuan tua itu.
Nenek Si Tudung Merah kemudian menyuruh
Si Tudung Merah pulang kerana hari sudah lewat
petang. “Jangan merayau-rayau di dalam hutan
kerana ada serigala yang jahat di dalam hutan
itu,” pesan nenek Si Tudung Merah.
“Baiklah, nenek,” jawab Si Tudung Merah.
“Esok saya akan datang lagi. Selamat tinggal.”

10



“S i Tudung Merah,” panggil ibu Si

Tudung Merah pada keesokan harinya. “Ibu
telah membuat biskut untuk nenek kamu.
Hantarkan biskut ini ke rumahnya.”
“Baiklah, ibu,” kata Si Tudung Merah.
Tanpa berlengah, dia pun berjalan ke rumah
neneknya. Di pertengahan jalan, Si Tudung
Merah nampak banyak bunga sedang mekar. Dia
pun memetik bunga-bunga di tebing sungai itu.
Si Tudung Merah terlalu leka memetik bunga
sehingga tidak sedar bahawa hari hampir petang.
“Alamak, saya sudah lewat!”

12



“B aik saya ikut jalan pintas supaya cepat

sampai ke rumah nenek.”
Si Tudung Merah pun mengikut jalan pintas
melalui hutan. Dia terlupa akan pesanan ibu dan
neneknya supaya tidak merayau-rayau ke dalam
hutan.
Tiba-tiba, Si Tudung Merah terdengar suatu
suara. “Kamu hendak ke mana, anak manis?”
Si Tudung Merah pun berpaling dan
terpandang seekor serigala yang besar. Barulah
gadis itu teringat akan pesanan ibu dan neneknya.
Dia berasa sangat takut.

14



S i Tudung Merah memberanikan dirinya.

“Sa... saya hendak ke rumah nenek
untuk menghantarkan makanan ini,” jawab Si
Tudung Merah.
“Jauhkah rumah nenek kamu dari sini?” tanya
serigala lagi.
“Ti... tidak jauh. Di hujung hutan ini sahaja,”
jawab Si Tudung Merah.
“Baiklah, pergilah sekarang,” kata serigala.
“Nenek kamu sedang menunggu kedatangan kamu.”

16



Si Tudung Merah pun berlari ke

rumah neneknya. Dia tidak mengetahui
bahawa serigala sedang membuat
rancangan untuk memakannya.
Apabila tiba di rumah neneknya, Si
Tudung Merah membuka pintu sambil
berkata, “Nenek, saya sudah sampai. Apa
khabar nenek hari ini?”
“Nenek tidak sihat,” kedengaran
suatu suara yang garau.
“Kenapa suara nenek lain benar hari
ini?” tanya Si Tudung Merah.
“Tekak nenek sakit.”

18



“M engapa mata nenek lebih besar hari ini?”

“Supaya nenek dapat melihat kamu dengan
lebih jelas.”
“Telinga nenek pun lebih besar.”
“Supaya nenek dapat mendengar suara kamu
dengan lebih jelas.”
“Gigi nenek pun besar dan tajam.”
“Supaya nenek dapat makan kamu!” Tiba-tiba
serigala melompat dari atas katil dan menerkam
Si Tudung Merah.
“Tolong! Tolong!” Si Tudung Merah menjerit
meminta tolong.

20



P ada masa yang sama, seorang pemotong

kayu lalu di tempat itu. Dia terdengar jeritan Si
Tudung Merah lalu meluru masuk ke dalam
pondok itu.
Apabila pemotong kayu nampak serigala,
dia membunuh serigala itu dengan kapaknya.
Dia kemudian membelah perut serigala, lalu
keluarlah nenek Si Tudung Merah dari dalam
perut serigala. Si Tudung Merah dan neneknya
mengucapkan terima kasih kepada pemotong
kayu.
Sejak hari itu, Si Tudung Merah sentiasa
mematuhi pesanan ibunya. Dia tidak merayau-rayau
lagi ke dalam hutan.

22



A Jawab soalan di bawah.

1. Bagaimanakah Si Tudung Merah mendapat namanya?
2. Bilakah nenek Si Tudung Merah menghadiahkan sehelai
jubah merah kepadanya?
3. Apakah makanan yang dibawa oleh Si Tudung Merah ke
rumah neneknya pada hari kedua?
4. Di manakah kali pertama Si Tudung Merah bertemu
dengan serigala?
5. Siapakah yang menyelamatkan Si Tudung Merah
daripada dimakan oleh serigala?

B Namakan pakaian di bawah.

blaus kemeja stoking seluar skirt gaun


Click to View FlipBook Version