1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1 TUGASAN 1 – E PORTFOLIO NAMA PELAJAR : ALIEYA MURSYIDAH BINTI BADRULHISAM ANGKA GILIRAN : 2023092310002 NO KAD PENGANALAN : 050823-06-0246 KUMPULAN/UNIT : BM1 KOD DAN NAMA KURSUS : BMM1074-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tanda tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda tangan Pelajar : Tarikh:
2 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana telah diberikan peluang untuk menyelesaikan kerja kursus ini pada waktu yang telah di tetapkan.Saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah saya bagi kursus BMM1074 iaitu Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin kerana telah memberikan tunjuk ajar serta kefahaman mengenai soalan yang diberikan.Tidak dilupakan juga pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDRI) telah menyediakan tempat yang selesa untuk membuat perbincangan bersama rakan rakan seperti di perpustakaan,dataran ilmu,kafeteria dan banyak lagi.Pihak IPGKDRI juga telah menyediakan rangkaian internet yang pantas sekaligus memudahkan pelajar untuk mencari maklumat tanpa sebarang gangguan internet. Akhir sekali,saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya yang telah memberi tunjuk ajar mengenai tugasan ini.Segala dorongan dan sokongan amat saya hargai. Sekian terima kasih, ALIEYA ……………………… Siswi Guru Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
3 KANDUNGAN Muka surat 1.0 Pengenalan………………………………………………………………… 4 2.0 Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi…………………………….. 2.1 Sistem ejaan rumi sebelum perang dunia kedua……………... 4 2.1.1 Sistem ejaan van Ophuijsen………………………… 4 2.1.2 Sistem ejaan Wilkinson……………………………… 5 2.1.3 Sistem ejaan Za’ba…………………………………... 6 2.1.4 Sistem ejaan Fajar Asia……………………………… 7 2.2 Sistem ejaan rumi selepas perang dunia kedua……………….. 2.2.1 Sistem ejaan Soewandi……………………………… 7 2.2.2 Sistem ejaan rumi kongres………………………….. 7 2.2.3 Sistem ejaan Malindo………………………………… 8 2.2.4 Sistem ejaan rumi Baharu Bahasa Melayu………… 9 3.0 Peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi…………….. 9 3.1 Mempelbagaikan bahasa dalam pelbagai bidang……………….. 10 3.2 Membangunkan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan 10 3.3 Menjadi industri percetakan dan penerbitan……………………….. 10 4.0 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini……………………………… 11 5.0 Kesimpulan ……………………………………………………………………. 12
4 1.0 PENGENALAN Tulisan rumi berasal daripada perkataan romawi yang digunakan dalam bahasa arab semasa zaman empayar Rom yang membawa maksud abjad atau huruf yang merupakan pelopor bagi Bahasa latin. Rumi juga berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu Rumiyah yang memebawa maksud empayar Rom. Terdapat 26 huruf abjad rumi iaitu dari A hingga Z yang masih digunakan sehingga kini terutama sekali dalam bidang pendidikan. Setiap konsonan dalam Bahasa Latin adalah sama dalam abjad rumi. Ejaan rumi diperlukan kerana ejaan jawi yang tidak dapat menggambarkan sistem bunyi yang sebenar lalu mengakibatkan ramai orang Melayu sukar untuk belajar membaca dan banyak memberi kekeliruan untuk mereka fahami tulisan jawi. Kedatangan kuasa Barat bukan sahaja menjajah ekonomi dan politik malahan meliputi aspek bahasa dan budaya peribumi. Oleh itu, banyak perkataan daripada bahasa penjajah mula masuk ke dalam Bahasa Melayu sedikit demi sedikit telah menggantikan tulisan jawi kepada tulisan rumi. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2.1 SISTEM EJAAN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA 2.1.1 SISTEM EJAAN OPHUIJSEN (1900) Sistem ejaan Ophuijsen diperkenal oleh Prof. Charles van Ophuijsen yang merupakan ahli ilmu sosiologi. Pada zaman itu, sistem ejaan yang digunakan sangat beragam dan telah menimbulkan sedikit sebanyak kekacauan dalam sistem ejaan. Sistem ejaan ini pada awalnya digunakan untuk Bahasa Melayu dan kemudian digunakan untuk Bahasa Indonesia sewaktu zaman jajahan Belanda kepada British. Setiap ejaan yang digunakan menurut kefahaman orang Belanda dengan menggunakan Bahasa latin yang hampir sama dengan dengan pertuturan Belanda. Hasil pembakuan ejaan mereka dikenali sebagai “Ejaan Van Ophuijsen” ditulis dalam buku yang bertajuk “Kitab Loghat Melajoe” yang menghuraikan sistem ejaan latin untuk Bahasa Melayu di Indonesia.
5 Berikut merupakan beberapa contoh ejaan Ophuijsen yang membawa maksud yang sama dengan Bahasa Melayu moden kini : Bahasa Melayu Van Ophuijsen sayang Sajang Payah Pajah Guru Goeroe Itu Itoe Makmur Ma’moer Akal ‘akal Jumaat Joem’at 2.1.2 SISTEM EJAAN RUMI WILKINSON Sistem ejaan rumi Wilkinson dikendalikan oleh Richard James Wilkinson dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 atau lebih dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. Fungsi sistem ejaan rumi Wilkinson menampilkan pelbagai pola pelarasan vokal dengan mempelbagaikan grafem serta menyelaraskan keserasian antara lambang vocal dan jenis konsonan yang menutup suatu kata. Dari segi transliterasi dari ejaan jawi ke rumi berdasarkan fonetik bunyi dan harfiah. Namun, sistem ejaan ini ada kelemahannya iaitu terdapat banyak vokal arab yang belum cukup disepadankan dengan vokal bahasa Melayu. Bahasa Arab mempunyai tiga vokal pendek iaitu harakat, fattah, kasrah dan dammah serta mempunyai tiga vokal panjang iaitu huruf alif, wau dan ya. Namun tanda baca yang ada itu tidak cukup untuk bunyi vokal bahasa Melayu yang mempunyai lebih daripada tiga fonem. Bunyi vokal yang bukan pengaruh bahasa Arab dan Parsi tidak dibantu dengan tanda pemanjang atau pemendek bunyi manakala kata pinjaman dari Bahasa Arab dan parsi akan menggunakan sirkumfleks <> atas bunyi huruf yang sepadan dengan huruf alif, wau dan ya. Ejaan ini menggunakan empat huruf vokal seperti berikut : • Huruf alif atau baris fattah disamakan dengan bunyi <a> • Huruf ya atau baris bawah disepadankan dengan grafem <i> dan <e> • Huruf wau atau baris hadapan diselaraskan dengan bunyi <o> dan <u>
6 • Oleh kerana pepet tidak dilambangkan di dalam jawi, dirumuskan grafem <’e> yang bunyinya seperti grafem <e>. Terdapat dua diftong dalam system ejaan Wilkinson, antaranya : • <ai> dilambangkan dengan /ai/ untuk grafem <i>. Contohnya, high. • <au> untuk diftong /au/ sering dikelirukan dengan lambing <ow>. Contohnya, owl. 2.1.3 SISTEM EJAAN ZA’BA Pengasas kepada sistem ejaan Za’ba ialah Zainal Abidin bin Ahmad yang merupakan pakar bahasa, pejuang dan pencinta tulisan jawi yang ulung. Beliau juga telah mengumpul banyak perkataan Melayu sejak tahun 1918 dengan tujuan untuk menyusun sebuah kamus Melayu besar dan lengkap. Pada tahun 1931 beliau juga telah menerbitkan buku bertajuk Rahsia Tulisan Jawi dan pada tahun 1931 beliau menyusun buku Daftar ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Selaras dengan itu, sistem ejaan Za’ba diperkenal dengan tujuan untuk memantapkan lagi sistem ejaan rumi. Sistem ini pertama kali dihasilkan di Maktab Perguruan Sultan Idris lalu digunakan secara rasmi di sekolah dan institut pendidikan tinggi sehingga 50- an sebelum digantikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Ciri-ciri sistem ejaan Za’ba dapat kita perhatikan di bawah : • Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik iaitu hanya melambangkan bunyi Bahasa melayu melalui huruf yang digunakan dalam sistem ejaan jawi Bahasa Melayu. • Grafem dan tanda baru digunakan: 1. <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz> 2. (‘ ) dan ( ‘) melambangkan bunyi <a’in> dan <hamzah> • Petikan <pun> perlu dipisahkan. Contohnya, <ada pun> dan <meski pun> • Perkataan dieja berdasarkan bunyi. • Mempunyai 3 diftong . <ai>, <au>, <oi>.
7 2.1.4 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA Sistem ejaan fajar Asia diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia. Za’ba merupakan ketua pengarang majalah yang bersumberkan kepada system ejaan Wilkinson dan Za’ba. Kemudiannya, pada tahun 1950 pertubuhan Angkatan Sasterawan 50 menyokong ejaan ini dijadikan ejaan rasmi. Tujuan sistem ini diperkenalkan untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera dan Malaysia disatukan di bawah satu pemerintahan. Pada ketika itu, sistem ini masih mengekalkan penggunaan konsosnan Wilkinson dan Za’ba tetapi vokal Ophuijsen digunakan kecuali ‘oe’ digantikan digantikan dengan ‘u’. 2.2 SISTEM EJAAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA 2.2.1 SISTEM EJAAN SOEWANDI Pada mulanya sistem ini dikenali sebagai sistem republik yang diamalkan sejak 17 Mac 1947 semperna nama Menteri Pendidikan dan kebudayaan Republik Indonesia ketika itu. Sistem ini juga tujuannya untuk menggantikan sistem ejaan van Ophuijssen yang digunakan sejak 1901. 2.2.2 EJAAN RUMI KONGRESS Pertubuhan ejaan rumi kongres ialah hasil dalam satu sidang di bawah jawatankuasa ejaan dan bunyi bahasa Melayu pada 16 sehingga 21 September 1956. Oleh hal yang demikian, 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan jawi. DASAR PENGEJAAN BAHASA MELAYU DENGAN HURUF RUMI: • Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan. • Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi. • Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam. • Perkataan daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum sistem fonologi Melayu.
8 LATAR BELAKANG: 1.SISTEM EJAAN ASAS 50 ➢ Vokal kembar Diftong ai,au,oi menjadi ay,aw,oy. Contohnya, keday, pukaw, amboy ➢ Konsonan ng dan ny dalam tulisan fonetik.Contohnya,garang dan nyanyi. ➢ f, q, v, x, z boleh menggambarkan fonem asing. 2.SISTEM EJAAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) ➢ Menolak huruf berkembar dan digantikan dengan fonem lain: ‘ch’ kepada ‘c’. ➢ Ejaan melayu disatukan dengan ejaan Indonesia: Iaitu kepada yaitu. 3.SISTEM EJAAN KONGRES 1957 ➢ Huruf yang digunakan: i. Enam vokal, lima huruf (a,e,i,o dan u) yang mempunyai dua jenis bunyi ‘e’. ii. 18 konsonan iaitu huruf b, ch, d, g, h, j, k, l, m, n, ng, ny, p, r, s, t, w, y iii. Penambahan 2 konsonan baru iaitu ‘sh’ dan ‘z’ 2.2.3 SISTEM EJAAN MALINDO Perkataan Malindo terhasil daripada singkatan kepada dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008). Mesyuarat untuk menstandarkan tulisan sistem ejaan rumi lalu sistem ejaan Malindo menjadi pilihan tetapi masih tidak diumumkan pada tahun 1959. Antara ciri-ciri sistem ejaan Malindo ialah: o Sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup. Contohnya, belek dan tikus. o Penulisan awalan dan akhiran digandingkan serangkai dengan kata dasar. Contohnya, bertudung dan tercantik
9 o Penulisan partikal dan kata sendi nama ditulis berasingan dengan perkataan lain. Contohnya, siapa lah. Grafem baru, <sh> kepada <sy>. Contohnya, daripada sharikat menjadi Syarikat. 2.2.4 SISTEM EJAAN RUMI BAHARU. Seiring dengan pereedaran masa, akhirnya sistem ejaan baru untuk bahasa Melayu serta bahasa Indonesia berjaya menggapai kemuncak dalam kegiatan pelengkap bagi semua sistem ejaan. Sistem ini dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Rahman bin Dato Hussein di Kuala Lumpur manakala di Jakarta oleh Presiden Soeharto pada 16 Ogos 1972 lalu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan ejaan untuk kegunaan kaum. Terdapat 6 aspek utama Sistem Ejaan Rumi 1972 iaitu : 1. Mempunayi beberapa jenis huruf dalam bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong serta huruf konsonan. 2. Wujud sistem pola kelarasan huruf vokal. 3. Terdapat penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan rangkai kata. 4. Penggunaan huruf besar dan kecil. 5. Penggunaan tanda bacaan di dalam ayat. 6. Penulisan partikel seperti lah, kah dan tah yang dieja berangkai dengan perkataan yang berada di hadapannya. Rumusannya, ejaan rumi bahasa Melayu ini telah memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standard yang tinggi berbanding sistem yang dulu. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka yang ditubuhkan pada 67 tahun yang lalu iaitu 22 Jun 1956. Tujuan DBP ditubuhkan ialah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Ibu pejabat DBP terletak di Kuala Lumpur.
10 3.1 Mempelbagaikan bahasa kebangsaan dalam semua bidang. Pada era globalisasi ini, terdapat banyak bidang yang telah diperkenalkan di Malaysia terutama sekali bidang sains dan teknologi yang banyak menggunakan istilah dalam Bahasa Inggeris. Peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi iaitu membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu, DBP menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Jawatankuasa istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institut pengajian tinggi bagi mengembangkan istilah ejaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan sains gunaan. 3.2 Membangunkan bakat kesusateraan dalam Bahasa kebangsaan DBP telah giat menjalankan program dari semasa ke semasa iaitu minggu penulis. Minggu penulis remaja merupakan program yang dianjurkan oleh DBP sejak tahun 1985 lagi bagi mencungkil bakat penulis baharu dalam dunia penulisan. Antara perkongsian yang menarik sepanjang program ini ialah berkaitan faktor karya ditolak iaitu tema yang tidak menarik, terlalu banyak kesalahan bahasa, karya ciplak dan sebagainya. Dalam inisiatif mengukuhkan ilmu kesusasteraan melalui sistem ejaan rumi ini, DBP sekali lagi menerapkan cara penganugerahan bagi memberi galakan para sasterawan menerokai bidang ini. 3.3 Menjadi industri percetakan dan penerbitan Peranan DBP dalam menyeragamkan system ejaan rumi iaitu dengan mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan buku-buku,risalahrisalah, kamus-kamus dan banyak lagi bagi bentuk persuratan serta bahan ilmiah dalam bahasa kebangsaan. Tambahan pula, DBP juga telah mencetak dan menerbitkan buku teks dan buku rujukan bagi para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. DBP juga banyak menerbitkan buku kesusasteraan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam ejaan rumi.
11 4.0 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini PENCEMARAN BAHASA DARI MEDIA SOSIAL Pada zaman yang serba canggih kini, pertambahan pengguna media sosial semakin bertambah sehingga mencecah jutaan manusia tidak kira di Malaysia malah di seluruh negara. Di samping itu, pengguna media social lebih suka menggunakan singkatan ejaan seperti, assalam (assalamualaikum) awk(awak). Hal ini jelas betapa tercemarnya penggunaan Bahasa Melayu sekarang. PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Budaya ini merupakan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa asing seperti bahasa Inggeris atau Cina. dalam satu perkataan yang sama. Isu ini terjadi akibat pengaruh daripada filem atau lagu dari Barat lalu menganggap bahasa Melayu sebagai Bahasa yang lapuk. Malaysia juga kurang memberi penekanan dan pendedahan awal terhadap generasi muda berkaitan kehebatan Bahasa Melayu. Terdapat juga seglintir manusia yang berbangga dengan dirinya yang dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih tetapi masih merangkak untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan fasih dan tepat. Kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan Bahasa rojak yang sering mereka dengar oleh orang di sekelilingnya seperti ibu bapa dan rakan sebaya. PENGARUH DIALEK Bahasa Melayu ialah Bahasa yang berkembang secara evolusi dengan adanya dialek daerah seperti dialek Utara, dialek Kelantan, dialek Terengganu, sukuan Sabah, Bahasa sukuan Sarawak dan sebagainya. Contoh dialek yang digunakan dalam kalangan Masyarakat di Malaysia : i. Dialek Terengganu “Jamal, mu gi keda Liah beli colok se. (“Jamal, kamu pergi beli mancis satu”) ii. Dialek Kelantan “Mu nok gi tikak atah ko?”. (“Awak hendak pergi beli barang di tingkat atas ?”) Jelaslah bahawa faktor dan pengaruh dialek juga
12 5.0 KESIMPULAN Sebagai penggulungan, saya dapati bahawa tulisan rumi berkembang apabila tibanya kuasa barat ke tanah Melayu. Sistem ejaan rumi terbahagi kepada dua iaitu sebelum perang dunia kedua dan selepas perang dunia kedua. Jika dibandingkan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang sekarang masih ada beberapa perkataan yang bunyinya hampir sama akibat daripada sistem ejaan Malindo. Masih terdapat beberapa cabaran yang dihadapi Malaysia berkaitan penggunaan tulisan rumi oleh itu pihak DBP perlu memainkan peranan yang besar bagi memastikan bahasa Melayu sentiasa terpelihara.
13 RUJUKAN Ayu Markisha binti Abd Hamid, Ejaan R.J Wilkinson https://anyflip.com/qdnlh/cxgy/basic Ejaan Republik https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ejaan_Republik#:~:text=Ejaan%20Republik%20ialah% 20ejaan%20bahasa,yang%20digunakan%20sejak%20tahun%201901 Marshitah binti Mohd Fadli, Sistem ejaan rumi kongres https://online.anyflip.com/nacdo/bcdp/mobile/ Nurlidawati Jasmin (30 April 2017) , Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumidan-jawi Nurul Amira Asyikin binti Nor Ali (15 November 2021), Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu https://online.anyflip.com/eiitm/mgsz/mobile/ Sistem Ejaan Za’ba https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/zaim/sejarahperkembangan-tulisan/sistem-ejaan-zaba 2 Ogos 2012, Sistem ejaan Malindo http://caeser-rio.blogspot.com/2012/08/sistem-ejaan-malindo-menurutsitihajar.html?m=1#:~:text=Sistem%20Ejaan%20Malindo%20mengandungi%20maklumat, angka%20dua%2C%20penggunaan%20tanda%20baca Ismail bin Dahaman (2007), Ejaan Rumi sepanjang zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka.
14 LAMPIRAN