NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : AINA SAFI BINTI AHMAD
Angka Giliran : 2019212350002
Nombor K/P : 001229-08-0630
Kumpulan/Unit :A
Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : PUAN SIVE DARSHINE A/P PERIASAMY
Tarikh Hantar : 25/10/2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaSekolah Kebangsaanan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:
Tarikh : 25/10/2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK 3R DI
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA
DAMANSARA
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : Projek 3R
JANGKA WAKTU / MASA : 2 jam
LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN Seksyen 7 Kota Damansara
PESERTA : Murid sekolah
JUMLAH PESERTA : 30 orang murid
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. Mempelajari jenis kereta dan penggunaan minyak
2. Berlumba model kereta
3. Menghasilkan model kereta daripada bahan terbuang
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Kertas kerja
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses penanaman pokok ati-ati
3.1 Proses penanaman pokok serai
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK 3R: VROOM VROOM DI SEKOLAH
KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA
1.0 Pengenalan
Amalan gaya hidup lestari merangkumi pelbagai jenis aktiviti untuk melestarikan alam
sekitar. Projek 3R juga merupakan antara aktiviti lestari alam sekitar yang berupaya
meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan menguruskan sisa bahan
buangan, mengitar semula bahan buangan, menggunakan semula bahan terpakai dan
mengurankan penggunaan barangan yang tidak boleh dikitar semula. Hal ini penting
sebagai salah satu langkah bagi menangani isu alam sekitar yang berkaitan seperti
pengurusan bahan buangan atau sampah yang tidak terkawal. Inisiatif Projek 3R: Vroom
Vroom ini berusaha untuk mempromosikan "3R" (kurangkan, guna semula dan kitar
semula) di peringkat sekolah untuk mewujudkan murig-murid dengan kitaran bahan yang
mampan dengan memaksimumkan penggunaan sumber dan bahan.. Sehubungan itu,
Projek 3R ini adalah salah satu usaha dalam menyahut seruan matlamat pembangunan
mampan yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bersatu.
Pengumpulan dan pengurusan sisa adalah perkhidmatan awam yang penting untuk
pemeliharaan kesihatan awam dan alam sekitar dalam setiap komuniti. Perkhidmatan
berkaitan sisa yang berkualiti adalah penting untuk pengurusan dan dasar bandar, kerana
ia menyokong ekonomi tempatan yang cergas dan menjamin bahawa semua orang boleh
menikmati kawasan awam. Apabila perkhidmatan dan sistem pengurusan sisa bandar
tidak mencukupi atau gagal, penduduk menanggung keadaan hidup yang teruk,
terutamanya di kawasan kejiranan dan kawasan setinggan termiskin, dan kekacauan
sosial meningkat. Tidaklah menghairankan bahawa perkhidmatan sampah sering menjadi
topik utama dalam pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh dunia.
Dalam rangka kerja dasar global semasa, perkhidmatan sisa menonjol dalam sasaran
dan petunjuk kedua-dua SDG 11 dan SDG 12, termasuk komitmen untuk mencegah,
mengurangkan, mengitar semula dan menggunakan semula sisa pepejal bandar serta
mengurangkan separuh sisa makanan global menjelang 2030 dan untuk mengendalikan
dan merawat bahan kimia dan sisa berbahaya yang lain sepanjang keseluruhan kitaran
hayat mengikut piawaian antarabangsa menjelang 2020 (United Nation, n.d.). Ia juga
termasuk dalam komitmen transformatif yang dibuat oleh negara anggota Habitat PBB
dalam Agenda Bandar Baharu (NUA) 2016, yang berjanji untuk merealisasikan akses
2
universal kepada sistem pengurusan sisa yang mampan, meminimumkan tapak
pelupusan sampah, dan menukar sisa kepada tenaga, dengan tumpuan khusus pada
kawasan pantai (United Nation, 2016).
2.0 Fasa Perancangan
Sebelum projek ini dihasilkan, saya telah berhubung dengan rakan saya yang sedang
menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara. Saya
telah mempelawanya untuk berkolaborasi dalam menjayakan projek 3R ini. Setelah
berbincang, Saudara Khairil Iman bersetuju dan memberi idea untuk menggabungkan
projek ini dengan rancangan pengajaran hariannya (RPH). Kami berbincang untuk
mereka sebuah RPH yang memenuhi kehendak standard dokumen dan topik. Pada masa
yang sama, mengintegrasi elemen kelestarian iaitu projek 3R ini.
Fasa perancangan ini juga melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa
ini, beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan
seperti matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran
perbelanjaan serta peruntukan. Selain itu, surat makluman berkaitan program juga telah
diberi kepada Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara.
Surat tersebut telah ditandatangan dan projek ini telah diluluskan untuk dijalankan.
Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi menjayakan program
ini:
2
KERTAS KERJA CADANGAN
PROJEK 3R: VROOM VROOM
DI
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA
DAMANSARA
TARIKH: 18 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
AINA SAFI BINTI AHMAD
4
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Kota Damansara
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
4
1.0 Pengenalan
Program 3R merupakan salah satu aktiviti lestari alam sekitar yang berupaya
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang budaya mengitar semula, mengguna
semula dan mengurangkan pembuangan sampah.
2.0 Matlamat
Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran murid-murid sekolah akan
kepentingan amalan 3R sebagai salah satu amalan gaya hidup lestari bagi memastikan
alam sekitar terpelihara.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengekalkan kelestarian alam sekitar
melalui aktiviti penghijauan.
ii) Memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan murid.
iii) Memberi pendedahan tentang amalan 3R.
iv) Meningkatkan semangat kerjasama antara rakan tauladan.
4.0 Rasional
Projek 3R di sekolah yang bakal dijalankan ini adalah diharapkan supaya dapat:
i) Mendidik murid-murid tentang kepentingan mengitar semula bahan terbuang.
ii) Mengajar murid-murid untuk lebih menghargai bahan terbuang dan mencipta
sesuatu yang bermanfaat daripadanya.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 18 Oktober 2022
Tempat: Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara
Sasaran: 30 orang pelajar Tahun 5
Cadangan nama program: Projek 3R: Vroom Vroom
6
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program penghijauan ini. Aktiviti-aktiviti
tersebut merangkumi mengenali jenis kereta dan penggunaan minyak kereta, proses
pembikinan model kereta, proses uji pandu model kereta dan lumba model kereta.
6
7.0 Carta alir pelaksanaan Projek 3R Vroom Vroom di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Kota Damansara
Pengenalan jenis kereta
Membuat model kereta
Uji pandu model
Lumba model kereta
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Projek ini tidak melibatkan sebarang berbelanjaan melainkan pengangkutan
sebanyak rm20.
8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada : sendiri
9.0 Penutup
Murid-murid perlu didedahkan dengan ilmu mencipta sesuatu daripada bahan terbuang.
Perkara ini memberi impak yang baik buat mereka dalam memupuk sifat kreativiti dan
kerjasama. Diharapkan pihak atasan dapat membenarkan kertas cadangan ini unutk
dijalankan pada hari yang telah disebut di dalam butiran di atas.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(AINA SAFI BINTI AHMAD)
7
3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa semasa pelaksanaan pula melibatkan pelaksaan aktiviti bagi projek
3R Vroom Vroom ini seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan di atas.
Aktiviti tersebut merangkumi pengenalan jenis kereta, membuat model kereta belon, uji
pandu dan lumba ‘halal’ model kereta belon.
Pelaksanaan Program Penghijauan di Rumah ini telah bermula dan berakhir pada 18
Oktober 2022. Projek ini adalah kolaborasi bersama dengan pelajar praktikum fasa satu
di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara. Kami menggabungkan sesi PdPc
Bahasa Inggeris dengan projek 3R ini dalam 2 jam. Murid-murid Tahun 5 diingatkan untuk
membawa botol minuman terpakai mereka sendiri sehari sebelum program dijalankan
Rajah 1: Poster projek 3R Vroom Vroom
15
Rajah 2: Contoh model kereta belon daripada bahan terbuang
3.1 Proses pengenalan kepada jenis kereta
Sebelum projek 3R bermula, murid-murid diberikan input terlebih dahulu tentang
topik harini. Mereka mempelajari topik ‘Vacation’ dan beberapa jenis kereta:
3.1.1 Set induksi dan persembahan
1. Mereka dikenalkan dengan pegawai-pegawai Jabatan
Pengangkutan dan Jalan Raya.
2. Kemudian, mereka diberi sehelai kertas yang mengandungi
beberapa petikan yang bertajuk ‘Kassim’s Dilemma’.
3. Pegawai-pegawai JPJ memberi pendedahan tentang pelbagai jenis
kereta dan fakta-fakta tentang kereta ekonomik, hybrid dan
sebagainya.
3.1.2 Latihan
1. Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih satu jenis
kereta daripada petikan yang diberi
2. Mereka membuat pembentangan di hadapan kawan-kawan dengan
memberi sebab mengapa mereka memilih kenderaan tersebut.
3. Link Google Drive untuk RPH yang digunakan:
https://drive.google.com/drive/folders/1Fv-
bGn8P0vjOeTUQpktFw0V8rAgJ32l4?usp=sharing
15
Rajah 3: ‘Role Play’ sebagai pegawai JPJ
Rajah 4: Bahan bantu mengajar yang digunakan
Rajah 5: Sesi PdPc yang berlangsung
3.2 Proses pembikinan model kereta
3.2.1 Penerangan
1. Murid-murid diberi penerangan cara-cara untuk membuat model
kereta belon.
15
2. Bahan-bahan diberi kepada setiap kumpulan.
3. Murid-murid disediakan dengan satu lembaran arahan tentang
cara-cara membuat model kereta belon.
3.2.2 Penghasilan
1. Murid-murid diberi masa untuk membuat model kereta masing-
masing
2. Mereka dibenarkan untuk menghias model kereta mereka mengikut
kreativiti masing-masing.
3. Pegawai-pegawai JPJ bertugas untuk memberi bantuan kepada
kumpulan yang memerlukan pertolongan.
Rajah 5: Lembaran arahan yang diberi pada tiap-tiap kumpulan
Rajah 6: Proses penghasilan model kereta belon
15
3.3 Proses uji pandu
1. Murid-murid diberi masa untuk uji pandu kereta mereka untuk memastikan
model kereta mereka berfungsi dengan baik sebelum berlumba.
2. Mereka diberi masa 10 minit untuk membaiki model kereta mereka.
Rajah 6: Proses pandu uji mengikut kumpulan masing-masing
3.4 Lumba halal model kereta
1. Wakil setiap kumpulan akan meniup belon dan bersedia di garisan
permulaan.
2. Pegawai JPJ berdiri di garisan penamat untuk memberi arahan pelepasan.
3. Pegawai JPJ mengumumkan pemenang.
Rajah 7: Lumba halal model kereta pusingan pertama
15
Rajah 8: Lumba halal model kereta pusingan kedua
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-
mortem yang dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut
melibatkan pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan
cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program
turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.
Rajah 9: Post-mortem bersama murid-murid
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Selepas selesai menjalankan program ini, kekuatan yang diperhatikan
ialah projek ini menarik minat murid-murid untuk mencipta produk baharu
menggunakan bahan terbuang. Pada asalnya, murid-murid ini bersifat pesimis
terhadap projek ini. Tetapi setelah mereka selesai menghasilkan model kereta,
dapat dilihat murid-murid ini sungguh teruja dengan binaan mereka. Murid-
murid ini tidak menyangka bahawa binaan daripada botol, penyedut minuman,
15
batang lidi dan belon boleh menghasilkan sebuag kereta yang bergerak. Selain
itu, mereka juga berjaya menghias dan menambak baik rupa bentuk model
kereta mereka dengan hanya menggunakan
5.2 Kelemahan
Namun begitu, terdapat juga kelemahan daripada projek ini.
Kelemahan projek ini adalah ia memakan masa yang terlalu lama untuk
menghasilkan sebuah model kereta. Masa yang diperuntukkan untuk membina
model kereta tersebut hanyalah 20 minit. Tetapi, pada hari kejadian, ia
memakan masa lebih daripada 40 minit. Kami bernasib baik, guru subjek
selepas kelas Bahasa Inggeris tidak hadir. Jadi, rakan praktikum saya meminta
untuk mengambil ‘relief’ waktu tersebut.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan tidak cukup untuk
menghasilkan model kereta belon yang baik. Terdapat dua kumpulan yang
tidak dapat menghasilkan model kereta belon yang baik kerana pita pelekat
yang digunakan tidak cukup lekat, straw terlalu pendek, lubang tebukan senget
dan sebagainya. Oleh kerana, terdapat lima kumpulan, saya tidak mampu
untuk memerhati satu per satu Ketika proses tebukan itu berlaku. Beberapa
murid dari kumpulan tersebut berasa sedikit kecewa kerana model kereta
belon mereka tidak dapat berfungsi dengan baik.
5.3 Peluang
Projek ini membuka ruang untuk subjek lain untuk turut bekerjasama.
Sebagai contoh, projek model kereta belon daripada bahan terbuang ini berkait
rapat dengan subjek Sains. Oleh itu, projek ini amat relevan untuk tujuan
pengintegrasian antara subjek. Murid-murid bukan sahaja dapat mempelajari
subjek Bahasa Inggeris, malah dapat menimba ilmu fizik daripada pergerakan
model kereta belon mereka. Guru Sains boleh memberi keterangan tentang
konsep sains yang sedang berlaku apabila udara dari belon dilepaSekolah
Kebangsaanan melalui penyedut minuman tersebut.
5.4 Ancaman
Ancaman paling jelas bagi projek ini adalah dari segi keselamatan. Ketika
proses penghasilan model kereta belon, ada beberapa langkah yang memerlukan
mereka untuk menebuk botol dan penutup botol. Proses menebuk tersebut perlu
15
menggunakan alatan tangan yang tajam seperti pisau dan gunting. Oleh itu, saya
perlu memantau dan memberi pertolongan yang lebih dalam membantu murid-
murid untuk menebuk botol dan penutupnya. Selain itu, batang lidi juga
mempunyai hujung yang tajam yang boleh membawa bahaya kepada murid-murid.
Pemantauan yang rapi perlu diberi sepanjang penghasilan model kereta belon.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah membuat proses penyediaan yang
lebih teliti sebelum hari program. Satu tindakan yang boleh saya lakukan ialah
memotong dan menebuk semua bahan-bahan yang diperlukan sebelum diberikan kepada
murid-murid. Dengan cara ini saya dapat memastikan keselamatan dan kualiti model
kereta belon para murid terjamin dan berfungsi dengan baik. Selain itu, saya juga perlu
lebih peka dengan waktu yang diambil untuk menghasilkan model kereta tersebut.
Sepatutnya saya menyediakan bahan-bahan yang perlu dipotong dan ditebuk sebelum
hari kejadian. Tindakan tersebut dalam menjimatkan masa dalam proses pembikinan
model kereta belon para murid.
15
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dan ancaman yang
terjadi sepanjang projek ini berlangsung. Saya mendapat maklum balas yang baik
daripada murid, guru-guru Sekolah Seksyen 7 Kota Damansara dan juga pensyarah
IPGKBA. Walaupun ada beberapa kumpulan yang tidak dapat mengasilkan model kereta
belon yang berfungsi, namun mereka tetap gembira dan teruja untuk turut serta
memeriahkan projek 3R ini. Kesimpulannya, isu alam sekitar seperti lambakan bahan
buangan dapat diatasi dengan mendidik para murid dari Sekolah Seksyen 7 Kota
Damansara untuk menggunakan bahan terbuang dna mencipta sebuah produk mainan
yang menarik. Jutaan terima kasih diberikan kepada rakan pembelajaran saya yang sudi
untuk bekerjasama dalam menjayakan projek 3R: Vroom Vroom ini.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(AINA SAFI BINTI AHMAD)
16
Rujukan
United Nation. (2016). General Assembly | The United Nations and decolonization.
United Nations.https://www.un.org/dppa/decolonization/en/ga/71st-session-2016
United Nation. (n.d.). Goal 11: Sustainable Development Knowledge Platform. United Nation.
https://sustainabledevelopment.un.org/sdg11
11
12
8
16