The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tunas Cendekia, 2021-06-22 12:07:21

BLA BM Tahun 2 (Jilid 1) - Tema 3

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan

Halaman 49 - 70

































Untuk aktiviti menyalin

dengan tulisan yang

kemas dan cantik.

Buku Aktiviti

Bahasa Melayu Tahun 2 (Jilid 1)



Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan






Awal Kalam



1. Buku ini merupakan buku aktiviti Bahasa

Melayu Tahun 2 (Jilid 1).



2. Cadangan jawapan di dalam buku ini telah

ditaip semula dengan merujuk kepada Buku
Cadangan Jawapan Buku Teks dan Buku

Aktiviti bahasa Melayu Tahun Dua SK tulisan

Cikgu Mat Ariffin bin Ismail.


3. Terdapat juga cadangan jawapan yang

telah direkacipta oleh guru pembina bahan
ini mengikut kesesuaian.



4. Tujuan utama buku ini adalah untuk menjadi
bahan rujukan kepada murid-murid yang

tidak dapat membina jawapan yang tepat

berdasarkan kehendak soalan.


5. Justeru, buku ini memberi ruang kepada

murid untuk menyalin cadangan jawapan

dengan kemas dan dapat dibaca semula
dengan tepat.




Semoga bermanfaat.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



===============================

Unit 7: Kebersihan Bermula dari Rumah

===============================


 Aktiviti 1 

Halaman 49
• Baiklah, ibu. Saya akan buka tingkap bilik saya

supaya udara segar masuk.

• Ya, ayah. Saya akan tutup makanan itu dengan

tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat.
• Baik, kakak. Saya akan sidai baju di bawah sinaran

matahari supaya baju cepat kering.



 Aktiviti 2a 
Halaman 50

Perenggan Isi Tersirat


Perenggan 1 menjaga kesihatan diri

Perenggan 2 menjaga kebersihan pakaian

Perenggan 3 dijemur supaya kering dan kuman
akan mati

Perenggan 4 rajin

menjaga penampilan supaya
Perenggan 5 dihormati





 Aktiviti 2b 
Halaman 51

• Kuku perlu dipotong sekurang-kurangnya sekali

seminggu supaya pendek setiap masa.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



• Kuku mudah dipotong selepas mandi kerana kuku

menjadi lembut selepas mandi.

• Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki adalah
berbeza.

• Kesihatan kuku perlu dijaga dengan mengambil

makanan yang kaya dengan khasiat.


 Aktiviti 3 

Halaman 52 dan 53

1. Yang menunjukkan cara membersihkan sayur
kepada Dahlia ialah ibunya.



2. Garam yang perlu dimasukkan ke dalam air cuma

satu sudu kecil sahaja.


3. Tujuan air dicampurkan dengan garam adalah

untuk membuang ulat yang mungkin melekat pada
sayur.



4. Sayur perlu dibersihkan dan dibilas sebelum
direndam di dalam air garam untuk membuang

kotorannya.


5. Sayur itu perlu direndam selama 10 minit.



6. Sayur yang telah dibersihkan disimpan di dalam

peti sejuk.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



 Aktiviti 4 

Halaman 54


Pergi ke hulu mencari selasih,

Duduk berehat makan keria;

Utamakan selalu makanan bersih,
Badan sihat hidup ceria.



Hening pagi bayu menyapa,

Burung jelatik terbang ke awan;
Gosoklah gigi jangan alpa,

Gigimu cantik senyuman menawan.



Menaiki rakit di tepi bukit,
Pergi empangan mencari rakan;

Agar penyakit tidak berjangkit,

Cucilah tangan sebelum makan.


Burung undan terbang ke taman,

Burung kenari terbang bertiga;
Pastikan badan tidak berkuman,

Kesihatan diri sentiasa terjaga.


 Aktiviti 5a 

Halaman 55


Bil. Objek Bentuk

1. cermin bintang

2. besen bujur

3. sabun segi tiga

4. pintu segi empat tepat

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



Bil. Objek Bentuk

5. penyangkut tuala panjang

6. pemancut air bulat
7. penutup mangkuk bujur

tandas


8. jubin segi empat sama



 Aktiviti 5b 

Halaman 56
2. segiempat sama



Dia menarik sehelai tisu daripada kotak segi

empat sama itu.


3. bulat

Mereka membersihkan tapak kai pada alas
kai yang berbentuk bulat sebelum memasuki

rumah.


4. panjang

Ibu menggunakan penyembur nyamik yang

panjang untuk menghapuskan nyamuk.


5. kon

Puan Salwa menutup makanan di atas meja

dengan tudung saji yang berbentuk kon.




 Unit 7 

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



===============================

Unit 8: Jadikan Amalan

===============================


 Aktiviti 1 

Halaman 57


• Perasaan negatif perlu diluahkan kerana perasaan

negatif yang dipendam akan menyakitkan hati dan

jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan
kesihatan.



• Cara meluahkan perasaan adalah dengan

berbincang bersama-sama rakan karib atau
berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah.



 Aktiviti 2a 
Halaman 58



• Aktiviti memancing dapat merehatkan minda.
• Aktiviti memancing melibatkan banyak pergerakan

badan.

• Aktiviti memancing sesuai dijadikan sebagai satu
hobi.



 Aktiviti 2b 

Halaman 59


Perenggan 1:

Keluarga Aiman makan bersama-sama pada waktu
malam.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



Perenggan 2:

Amalan makan malam bersama dapat mengeratkan

hubungan ahli keluarga.


Perenggan 3:

Pola pemakanan dapat dipantau apabila makan di
rumah.



Perenggan 4:

Jumlah masakan dapat dipantau sekiranya makan di
rumah.



 Aktiviti 3 

Halaman 60 dan 61
1. Cikgu Hanita berbual-bual dengan Kai Seng di

dalam kelas.


2. Sekiranya Kai Seng tidak bersarapan, dia akan

berasa lapar dan tidak bertenaga. Keadaan ini

akan mengganggu tumpuannya semasa guru
mengajar.



3. Cikgu Hanita prihatin akan Kai Seng kerana Kai
Seng anak didiknya dan beliau mahu melihat anak

didiknya berjaya dalam pelajaran.



4. Sekiranya Cikgu Hanita tidak mengambil berat
terhadap Kai Seng, mungkin Kai Seng akan

mengabaikan sarapan sebelum ke sekolah dan ini

akan mengganggu tumpuannya di dalam kelas.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



5. Kai Seng menghargai nasihat Cikgu Hanita dengan

mengikuti nasihat Cikgu Hanita, iaitu dengan

bersarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.


 Aktiviti 4 

Halaman 62


Hang Tuah tersohor gerangan,

Laksamana hebat disegani ramai;

Sayur buah dalam hidangan,
Badan sihat hidup permai.



Burung nuri di hujung desa,

Riang unggas singgah berehat;
Aktifkan diri setiap masa,

Badan cergas minda sihat.


Burung kenari terbang berenam,

Anak angsa laju berlari;

Cergaskan diri dengan bersenam,
Amalkan sentiasa setiap hari.



 Aktiviti 5 
Halaman 63



Gambar 2:

Hafiz berenang dengan pantasnya di dalam kolam.


Gambar 3:

Irwan dan rakan-rakannya melakukan senaman ringan
pada setiap pagi.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



Gambar 4:

Mereka berjoging beramai-ramai sejal awal pagi.


 Aktiviti 6 

Halaman 64


• Kerana

• Sambil

• Dan

• Lalu
• Supaya



 Unit 8 

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



===============================

Unit 9: Aktifkan Diri

===============================


Aktiviti 1 

Halaman 65


• Ibu memang menggalakkan kita bersenam supaya

badan kita berpeluh. Peluh mengeluarkan air dan

garam galian yang tidak diperlukan oleh badan
kita.



• Ibu juga berpesan agar kita mandi selepas

bermain.


• Ya, kita perlu mandi selepas bersenam agar badan

kita bersih dan kita berasa segar. Badan yang kotor
akan membiakkan bakteria yang akan membawa

penyakit.


Aktiviti 2 

Halaman 66




Idea Utama Idea Sampingan
 contoh aktiviti mengemas rumah, menari, berenang


fizikal atau bermain bola
 kepentingan membantu perkembangan mental


aktiviti fizikal dan emosi kanak-kanak apabila

untuk kanak- mereka bergaul dengan kanak-

kanak kanak yang lain.

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



Aktiviti 3 

Halaman 67


• Mengeratkan persahabatan

• Mendapat kawan baharu

• Mengurangkan berat badan
• Mengisi masa lapang

• Badan berpeluh dan sihat




Aktiviti 4 

Halaman 68

• daripada

• ke
• pada

• ke

• di
• kepada




Aktiviti 5a 

Halaman 69

• antara
• tengah

• kanan

• atas

• tepi
• hujung

• keliling

• dalam

Tema 3: Kebersihan dan Kesihatan


Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.



Aktiviti 5b 

Halaman 70

• Osman menyepak bola ke kaki kiri kawannya.


• Dia membengkokkan badannya ke bawah.


• Ramli mengejar kawan-kawannya dari belakang.



• Puan Mariam berjoging di sebelah anaknya.


• Amalina dan kawan-kawannya bermain lompat tali

di luar bilik darjah.



 Unit 9 


Click to View FlipBook Version