The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tunas Cendekia, 2021-09-19 10:18:15

Nota Sains D6: Unit 11 - Buruj

PTBI 2021






















































11.07.2021 (Ahad)

Nota Unit 11:















Buruj







11.1 Apakah Buruj





11.2 Buruj di Langit Malam




11.3 Kegunaan Buruj

11.1 Apakah Buruj




1. Buruj ialah gugusan bintang yang membentuk corak yang


tertentu di langit pada waktu malam.




2. Di angkasa lepas, terdapat berjuta-juta bintang yang

terbentuk daripada campuran gas.





3. Bintang-bintang dapat mengeluarkan cahayanya sendiri.




4. Bintang dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam.

Namun, bintang tidak dapat dilihat pada siang hari kerana


cahaya matahari yang sangat terang.




5. Antara berjuta-juta bintang yang dapat dilihat di


langit malam, terdapat beberapa gugusan bintang yang

membentuk corak-corak yang tertentu.

6. Ahli astronomi menamakan corak-corak bintang,

berdasarkan:


a. Nama Tuhan


b. Haiwan

c. Objek


mengikut kepercayaan dan cerita dongeng purba.



7. Kedudukan buruj di langit sering bertukar-tukar

tempat kerana Bumi sentiasa berputar pada paksinya.



8. Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan


kemunculan buruj hanya pada masa-masa yang

tertentu.



9. Pelbagai aplikasi peta bintang seperti Start Chart, Sky


Map dan Stellarium boleh dimuat turun dan dipasang ke

dalam komputer dan telefon pintar untuk melihat dan


mengenal pasti buruj-buruj yang akan muncul di langit

pada malam tertentu.

10. Bintang tidak berkelip-kelip jika kita melihatnya dari

angkasa lepas. Bintang-bintang akan berkelipan jika kita


melihatnya dari Bumi kerana cahaya bintang perlu


menembusi lapisan atmosfera Bumi yang tebal dan akan

mengalami pembiasan yang berulang-ulang sepanjang


lintasannya sebelum sampai ke mata kita.

11.2 Buruj di Langit Malam




1. Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk


corak-corak yang menarik di langit pada waktu malam.

Sebenarnya corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita


melihatnya dari Bumi. Secara semula jadinya, corak

tersebut tidak wujud di ruang angkasa.





2. Terdapat banyak buruj di langit tetapi Kesatuan

Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasmi telah


menetapkan terdapat hanya 88 buruj di langit pada waktu

malam.





3. Observatori Negara Langkawi (ONL) merupakan sebuah

pusat penyelidikan astronomi di bawah Agensi Angkasa


Negara (ANGKASA) yang dilengkapi dengan infrastruktur

astronomi seperti sistem teleskop robotik.

- Kenali Buruj -




 Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Jadi


kita dapat melihat buruj-buruj di kedua-dua hemisfera

utara dan hemisfera selatan.




 Jenis-jenis buruj:



Bil. Buruj Penerangan

1. 1. Salah satu buruj yang paling

menonjol di langit pada waktu

malam.


2. Membentuk corak seperti
seorang pemburu yang

memakai tali pinggang dan
tergantung sebilah pedang.


3. Muncul di langit pada waktu

malam di antara hemisfera
utara dan selatan.


Belantik

Bil. Buruj Penerangan


4. Paling mudah dilihat dari
Khatulistiwa.



5. Buruj paling besar di alam
semesta.



6. Masa kemunculan antara
bulan Disember hingga

Februari sekitar 8 hingga 10

malam.


7. Menunjukkan arah utara.


2. 1. Buruj yang paling kecil dan

senang dikenal pasti di langit
pada waktu malam di sebelah

hemisfera selatan.



2. Ia terdiri daripada gugusan
empat bintang yang tersusun

berbentuk corak seperti palang

atau layang-layang.

Pari

Bil. Buruj Penerangan


3. Terdiri daripada gugusan
empat bintang.



4. Muncul antara bulan April
hingga Jun sekitar jam 8

hingga 10 malam.


5. Menunjukkan arah selatan.




3. 1. Gugusan bintang yang

membentuk corak seperti
seekor kala jengking.



2. Buruj Skorpio muncul di langit
pada waktu malam di sebelah

hemisfera selatan.


3. Muncul antara bulan Jun

hingga Ogos sekitar 8 hingga

10 malam.


Skorpio

Bil. Buruj Penerangan


4. 1. Gugusan tujuh bintang.

2. Buruj ini membentuk corak

seperti gayung atau senduk

dengan tangkainya.


3. Gugusan dua bintang pada

muncung pencedok sentiasa
menunjukkan arah utara.

4. Biduk muncul di langit pada

waktu malam di sebelah

hemisfera utara.

5. Sangat terkenal dengan ahli

pelayaran.


6. Muncul antara bulan April

hingga Jun sekitar jam 8 hingga

10 malam.


7. Buruj Biduk sebenarnya

merupakan sebahagian daripada

buruj yang lebih besar, iaitu Ursa
Major yang bercorak seperti

Biduk seekor beruang besar.

11.3 Kegunaan Buruj




1. Sebelum terciptanya kompas dan kalendar, manusia


berpandukan buruj-buruj di langit sebagai petunjuk arah.




2. Secara umumnya, buruj digunakan untuk:

a. Perjalanan


b. Pelayaran


c. Pertanian  Petani di kawasan yang mengalami

empat musim yang berbeza bergantung kepada buruj


sebagai petunjuk musim bagi meramal dan merancang

masa yang sesuai untuk menanam dan menuai.





3. Ahli astronomi menggunakan buruj untuk mengkaji

bintang.

Bil. Buruj Kegunaannya



1. Belantik 1. Penunjuk arah utara.

2. Penunjuk perjalanan.


3. Menunjukkan arah kiblat untuk

umat Islam.



2. Pari 1. Penunjuk arah selatan.


2. Penunjuk pelayaran.


3. Skorpio 1. Penunjuk musim menuai.


4. Biduk 1. Penunjuk arah utara.


2. Penunjuk perjalanan.


3. Penunjuk musim menanam.

4. Terdapat 12 bilangan buruj yang juga dikenali sebagai

zodiak:


1. Capricorn


2. Aquarius

3. Pisces


4. Aries

5. Taurus


6. Gemini


7. Cancer

8. Leo


9. Virgo

10. Libra


11. Scorpio


12. Sagittarius




5. Zodiak adalah buruj tetapi bukan semua buruj adalah

zodiak.


Click to View FlipBook Version