100/100
Siri Penyiasatan Sains
Ditulis oleh:
Syakir Fitri bin Saiful Bahari
----------------------------------------------------
Kelas: 2 Setia
---------------
08.08.2021
Siri Penyiasatan Sains
Gigi Saya
Syakir Fitri (2 Setia)
Cikgu Azwani binti Mansor
Projek Karya Kreatif: Membina Buku Cerita
Program SMART
SK Kota Masai 2021
1
Saya mempunyai tiga jenis gigi iaitu
gigi geraham, gigi taring dan gigi kacip.
Gigi geraham berfungsi untuk
melumatkan makanan. Gigi taring berfungsi
untuk mengoyakkan makanan. Gigi kacip
berfungsi untuk memotong makanan.
2
Apakah agaknya yang terdapat
pada sebatang gigi?
Berikut adalah keratan rentas struktur
gigi. Sebatang gigi yang terletak pada
sebuah gusi dalam mulut kita
mengandungi lima bahagian.
Struktur gigi mengandungi enamel,
dentin, gusi, saraf dan salur darah.
3
Alamak, gigi saya tercabut! Kawan-
kawan, kita tidak perlu risau dan cemas
jika gigi kita tercabut.
Ini kerana pada usia awal ini, gigi
yang tercabut hanyalah gigi susu. Manusia
mempunyai dua set gigi.
Set gigi semasa awal usia adalah
set gigi susu. Pengganti bagi set gigi susu
manusia adalah set gigi kekal.
4
Set gigi susu ada dua puluh
batang gigi, iaitu lapan batang gigi
kacip, empat batang gigi kacip dan
lapan batang gigi geraham.
Set gigi kekal ada tiga puluh dua
batang gigi, iaitu lapan batang gigi
kacip, empat batang gigi taring dan
lapan batang gigi geraham.
Lapisan enamel dan dentin set gigi
kekal lebih tebal. Oleh itu, set gigi kekal
lebih besar dan kuat berbanding set gigi
susu.
5
Kita hendaklah menjaga kesihatan
gigi dengan betul. Memberus gigi dan
menggunakan flos boleh mengeluarkan sisa
makanan dari celah gigi. Ini akan
mengelakkan kuman membiak dan
merosakkan gigi.
Kita juga perlu membuat
pemeriksaan gigi setiap enam bulan.
Amalan penjagaan kesihatan gigi, akan
menghasilkan gigi yang sihat dan cantik.
Coretan Tinta
1. Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan
sebuah buku bacaan ringkas Siri
Penyiasatan Sains: Gigi Saya!
2. Isi kandungan buku ini dihasilkan dengan
merujuk Buku Teks Sains Tahun 3, Unit 3,
halaman 29 sehingga halaman 38.
3. Salin cerita ini ke dalam Buku Khas PDPR.
Tulis dalam bentuk karangan lengkap.
Tulislah hasil karya anda dengan
menggunakan tulisan yang cantik dan
kemas.
~ Selamat belajar! ~
Hasil kerja:
Pembetulan:
1) makanan. Gigi
2) untuk untuk
Cemerlang!
Cikgu Wani
8/8/2021
Komen guru:
1. Sentiasa juga pastikan ejaan perkataan
yang disalin adalah tepat.
2. Tanda bacaan seperti huruf besar pada
permulaan ayat, tanda titik / noktah dan
tanda koma juga perlulah digunakan
dengan betul.
3. Garis panjang selang sebaris pada
perenggan akhir, menandakan petikan tamat
ditulis.
4. Secara keseluruhannya, peningkatan yang
sangat cemerlang dalam kemahiran menulis
dengan tulisan yang cantik dan kemas.
2021 ©