PTBI 2021
Sains Darjah 5
Unit 5:
Elektrik
13 & 27.07.2021 (Selasa) / Julai M1 & M2
• Tonton video berikut:
1. Sumber Tenaga Elektrik:
• https://youtu.be/lCDLBM2tTwM
5.1 Sumber Tenaga Elektrik
1. Kita menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan
harian.
2. Tenaga elektrik digunakan untuk menghasilkan cahaya,
haba, bunyi dan menggerakkan sesuatu objek.
3. Terdapat beberapa contoh sumber yang menghasilkan
tenaga elektrik:
3.1 Stesen Jana Kuasa
3.2 Sel Suria / Sel Solar (cahaya matahari)
3.3 Sel Kering / bateri
3.4 Dinamo
3.5 Akumulator / Sel basah
3.6 Penjana (Generator)
3.1 Stesen Jana Kuasa
• Stesen jana kuasa seperti stesen jana kuasa angin, stesen
jana kuasa ombak dan stesen jana kuasa hidroelektrik
menggunakan tenaga kinetik untuk menggerakkan turbin
dan menjanakan tenaga elektrik.
3.2 Sel Suria
• Sel suria menukarkan tenaga cahaya matahari kepada
tenaga elektrik. Sel suria digunakan pada alat seperti satelit
dan kalkulator.
3.3 Sel Kering
• Sel kering menyimpan tenaga kimia. Tenaga kimia
ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan
alat seperti kereta mainan. Sel kering sering digunakan
kerana saiznya kecil dan mudah dibawa.
3.4 Dinamo
• Apabila tayar berputar, roda kecil pada dinamo turut
berputar. Dinamo menukarkan tenaga kinetik kepada
tenaga elektrik yang dapat menyalakan lampu pada
basikal.
3.5 Akumulator
• Akumulator menukarkan tenaga kimia kepada tenaga
elektrik. Akumulator digunakan untuk menggerakkan
kenderaan bermotor seperti kereta.
3.6 Penjana (Generator)
• Penjana menukarkan tenaga kimia daripada bahan api fosil
kepada tenaga elektrik.
• Tonton video berikut:
2. Litar Bersiri dan Litar Selari:
• https://youtu.be/VAGZzIt57vs
5.2 Litar Bersiri dan Litar Selari
1. Mentol dan komponen elektrik boleh disambungkan
dalam litar elektrik dengan dua jenis susunan, iaitu bersiri
atau selari.
2. Litar bersiri:
• Dalam litar bersiri, setiap mentol disusun dalam bentuk
satu rantai.
• Litar bersiri mempunyai satu laluan untuk arus elektrik
mengalir.
3. Litar selari:
• Dalam litar selari, mentol disusun dalam bentuk cabang
yang selari antara satu sama lain.
• Litar selari mempunyai lebih daripada satu laluan untuk
arus elektrik mengalir.
5.3 Lakaran Menggunakan Simbol
1. Dalam rajah litar, simbol elektrik digunakan untuk
mewakili komponen pada suatu litar elektrik.
2. Lakaran menggunakan simbol lebih mudah difahami dan
dapat menunjukkan sambungan komponen elektrik yang
lebih jelas berbanding dengan gambar komponen elektrik
sebenar.
3. Komponen dan simbol elektrik:
• Tonton video berikut:
3. Litar Lengkap:
• https://youtu.be/y237diXsPFQ
4. Melakar rajah litar bersiri:
a. Lakarkan simbol sel kering c. Lakarkan simbol suis
dan wayar
b. Lakarkan simbol mentol
5. Melakar rajah litar selari:
a. Lakarkan cabang
elektrik pertama.
b. Lakarkan cabang
elektrik kedua secara
selari.
• Tonton video berikut:
4. Kecerahan Mentol / Yang mana lebih
cerah:
• https://youtu.be/VoNTs6n4Cq8
• https://youtu.be/F11SX3AsB1I
5.4 Kecerahan Mentol
• Kecerahan mentol akan dipengaruhi oleh:
a. Bilangan mentol
Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan
mentol dan kecerahan mentol.
Hubungan: Semakin banyak mentol dalam litar
elektrik, semakin malap kecerahan mentol.
b. Bilangan sel kering
Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan
sel kering dan kecerahan mentol.
Hubungan: Semakin banyak bilangan sel kering dalam
litar elektrik, semakin cerah kecerahan
mentol.
a. Bilangan mentol
i: Mentol dalam Litar Bersiri
• Litar bersiri mempunyai satu laluan untuk arus elektrik
mengalir. Semua mentol akan berkongsi arus elektrik.
• Keadaan ini menyebabkan nyalaan Mentol A dan Mentol B
kurang cerah (malap) berbanding dengan mentol yang
disusun secara selari.
a. Bilangan mentol
ii: Mentol dalam Litar Selari
• Litar selari mempunyai lebih daripada satu laluan untuk
arus elektrik mengalir. Jumlah tenaga elektrik yang
mengalir melalui setiap laluan adalah sama.
• Keadaan ini menyebabkan nyalaan Mentol C dan Mentol D
lebih cerah berbanding dengan mentol yang disusun
secara bersiri.
b. Bilangan sel kering
i: Sel Kering dalam Litar Bersiri
• Kecerahan mentol dapat diubah dengan pertambahan
bilangan sel kering. Pertambahan bilangan sel kering akan
memberikan lebih tenaga elektrik kepada litar. Lebih
banyak arus elektrik yang mengalir akan menyebabkan
mentol menyala lebih cerah.
• Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin
bertambah kecerahan mentol dalam litar bersiri.
b. Bilangan sel kering
ii: Sel Kering dalam Litar Selari
• Kecerahan mentol dapat diubah dengan pertambahan
bilangan sel kering. Pertambahan bilangan sel kering akan
memberikan lebih tenaga elektrik kepada litar. Lebih
banyak arus elektrik yang mengalir pada setiap cabang
litar akan menyebabkan mentol menyala lebih cerah.
• Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin
bertambah kecerahan mentol dalam litar selari.
5.5 Suis Ditutup, Suis Dibuka
a) Litar Bersiri
• Apabila satu daripada Suis X atau Suis Y pada litar bersiri
dibuka, kedua-dua mentol tidak akan menyala kerana litar
tersebut telah menjadi litar tidak lengkap dan arus elektrik
tidak dapat mengalir melaluinya.
• Kedua-dua Mentol X dan Mentol Y akan menyala jika kedua-
dua suis ditutup. Apabila kedua-dua suis ditutup, litar
lengkap dan arus elektrik dapat melaluinya.
5.5 Suis Ditutup, Suis Dibuka
b) Litar Selari
• Apabila Suis X pada cabang litar elektrik
pertama dibuka, Mentol A pada cabang litar
tersebut tidak menyala kerana litar telah
menjadi litar tidak lengkap dan arus elektrik
tidak dapat mengalir melaluinya.
• Mentol B ada cabang litar elektrik kedua
masih menyala kerana arus elektrik masih
dapat mengalir pada cabang litar tersebut.
• Apabila Suis Y pada cabang litar elektrik kedua
dibuka, Mentol B pada cabang litar tersebut
tidak menyala kerana litar telah menjadi litar
tidak lengkap dan arus elektrik tidak dapat
mengalir melaluinya.
• Mentol A pada cabang litar elektrik pertama
masih menyala kerana arus elektrik masih
dapat mengalir pada cabang litar tersebut.
• Tonton video berikut:
5. Langkah-langkah Keselamatan
Elektrik
• https://youtu.be/1T6akMTpL6I
5.6 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Tenaga Elektrik
• Tenaga elektrik menjadikan kehidupan kita lebih mudah
dan selesa.
• Penggunaan peralatan elektrik secara tidak berhemah
menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
Kita perlu menanggung kos tenaga elektrik yang
digunakan.
• Penggunaan tenaga elektrik secara berhemah dapat
mengurangkan bil elektrik bulanan kita.
• Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik:
1. Jenis peralatan elektrik yang digunakan
2. Tempoh penggunaan peralatan elektrik
• Amalan yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik:
1. Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman
udara.
2. Menutup suis lampu semasa tidur.
3. Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika
tidak digunakan.
4. Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka
masa yang lama.
5. Mengurangkan penggunaan pemanas air semasa
mandi.
6. Menggunakan lampu jimat tenaga seperti lampu LED
dan lampu kalimantang padat berbanding dengan
lampu filamen.
5.7 Apakah yang dikatakan sebagai Teknologi Hijau?
• Teknologi hijau ialah kaedah penghasilan produk atau
pengeluaran yang mampan,
• dengan menggunakan sumber yang boleh dikitar
semula,
• bersifat mesra alam
• dan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.
• Contoh aplikasi teknologi hijau:
• Menggunakan lampu diod pancaran cahaya (light-
emitting diode, LED) untuk pencahayaan yang
menjimatkan tenaga elektrik.
5.8 Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik
• Elektrik mempunyai pelbagai kegunaan. Walau
bagaimanapun, kecuaian dalam pengendalian peralatan
elektrik adalah sangat berbahaya.
• Contoh kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik:
1. Renjatan elektrik
a. Menyentuh suis atau peralatan elektrik dengan
tangan yang lembap atau basah.
b. Memasukkan objek bersifat konduktor elektrik ke
dalam soket.
2. Litar pintas
a. Menggunakan peralatan elektrik dengan wayar
yang rosak.
b. Membuat penyambungan yang berlebihan pada
satu soket.
3. Kebakaran
a. Tidak mengendalikan peralatan elektrik dengan
betul.
b. Membiarkan peralatan elektrik dicas terlalu lama.
5.8 Mengendalikan Peralatan Elektrik dengan Selamat
• Apabila kita terkena arus elektrik secara berlebihan, kita
akan mengalami kecederaan dan boleh membawa maut.
• Oleh itu, kita perlulah mengamalkan langkah-langkah
keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik.
• Cara menggunakan peralatan elektrik dengan selamat.
1. Peralatan elektrik yang rosak hendaklah dibaiki oleh
pihak yang bertauliah.
2. Pastikan tangan kering semasa menyentuh suis.
3. Sambungkan hanya satu plag pada satu soket.
4. Suis pada soket perlu dimatikan sebelum mencabut plag
daripada soket.
5. Wayar yang rosak perlu digantikan dengan wayar yang
baharu.
Kuiz Ringkas Unit 5:
1.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
Kuiz Ringkas Unit 5:
1.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………