The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tunas Cendekia, 2021-06-06 10:31:45

06062021 - Sains D6: Unit 8 (Pengawetan Makanan)

PTBI 2021











Sains Darjah 6






































06.06.2021 (Ahad)

1. Mengapakah








makanan akan








berkulat apabila








dibiarkan dalam








tempoh yang lama?

8.1: Kerosakan Makanan




1. Makanan merupakan keperluan asas yang paling utama kepada

manusia.


2. Manusia memerlukan makanan seimbang untuk:

a. Membekalkan tenaga
b. Memberi haba

c. Membina tubuh badan

d. Memperbaiki tisu-tisu badan yang telah rosak.


3. Piramid makanan seimbang:
















4. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kelas

makanan ( karbohidrat, protein, lemak, minyak, vitamin, mineral, air

dan bahan pelawas)

8.1: Kerosakan Makanan




5. Bahan makanan akan menjadi rosak dan tidak tahan lama jika tidak

disimpan dengan cara yang betul.


6. Ciri-ciri makanan rosak:

a. Rasa yang tidak sedap
b. Bau yang tidak menyenangkan

c. Berubah warna

d. Berubah tekstur

e. Berkulat


7. Apabila makanan dibiarkan di dalam tempoh yang lama, makanan

akan jadi rosak, basi dan berkulat akibat tindakan kulat dan bakteria
di dalam udara.





8. Oleh itu, pengawetan makanan bertujuan untuk
a. Menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma.

b. Melambatkan makanan daripada rosak.

8.1: Kerosakan Makanan




Penyiasatan Ciri Makanan Rosak:





Makanan Gambar makanan Ciri-ciri Kerosakan


1. Daging ayam • Bertukar warna
menjadi kehitaman

• Berbau busuk

• Berlendir

2. Ikan • Berubah tekstur

• Berbau busuk



3. Nasi • Lembik

• Berlendir

• Bertompok hitam
• Berbau masam


4. Roti, baulu dan kek • Bertompok

kehitaman

8.1: Kerosakan Makanan











Makanan Gambar makanan Ciri-ciri Kerosakan


5. Buah-buahan • Berubah tekstur
• Berkulat

• Berubah warna


6. Sayur-sayuran • Bertukar warna
kekuningan

• Layu


7. Susu • Berubah tekstur
• Berbau busuk

• Berasa masam

• Berbuih
• Berketul-ketul

8.2: Punca Kerosakan Makanan




1. Makanan terdedah menjadi rosak akibat tindakan

mikroorganisma.


2. Makanan yang lembap lalu terdedah kepada udara amat

menggalakkan pertumbuhan bakteria dan fungi kerana
mikroorganisma mudah bertumbuh dengan baik apabila terdapat:

a. Suhu

b. Udara

c. Keasidan
d. Air

e. Nutrien

2. Apakah yang








anda faham








berkenaan








Pengawetan








Makanan?

8) INTAN NUR ALEESYA BINTI MOHD HAFIZ

- Pengawetan makanan dapat membuatkan
makanan tahan lebih lama dan mengelakkan
1) HafizHakim
mikroorganisma bertumbuh
- Menghalang mikro organisma


9) Adli Rifqi
2) Lutfil Ukail Mohd Faudzi
- Makanan tahan lebih lama
- Memerlahankan kehidupan mikroorganisma.


10) Puteri
3) Farah
- Mengelak daripada makanan cepat busuk - Mengetahui makanan itu sudah rosak


11) Muhammad zharif
4) Aidil
- Makanan yang rosak - Pengawetan makanan ialah proses yang
menjadikan makanan tahan lebih lama


5) Nandakishyor
12) Hanisah Rashid
- Memastikan makanan tahan lebih lama
- Menghalang proses hidup mikroorganisms


6) Fatihah
13) Syazdira
- Mengelakkan mikro organisma bertumbuh
Makanan yang telah rosak disebabkan
mikroorganisma
7) Ikhwan Kamil

- Cara menjaga makanan daripada rosak

14) Muhd Asyraaf
- Makanan akan rosak bila tidak disimpan

8.3: Pengawetan Makanan




1.Pengawetan makanan:



• Kaedah pemprosesan makanan


yang boleh menghalang atau



melambatkan proses hidup



mikroorganisma.







2. Makanan yang diawet akan tahan


lebih lama.

3. Sebutkan kaedah








pengawetan








makanan yang








kamu biasa lihat di








sekeliling kamu?

8) Fatiha

- Pendidihan

1) HafizHakim
9) Muhd Asyraaf
- Sejukkan makanan

- Penyejukan

2) Nandakishyor
10) Adli Rifqi
- Pengetinan dan pembotolan

- Pendidihan

3) Hanisah Rashid
- Pendidihan 11) Farah
- Menyalai


4) INTAN NUR ALEESYA BINTI MOHD HAFIZ
- Pendidihan



5) Ikhwan Kamil

- Pemanasan


6) Lutfil Ukail Mohd Faudzi

- Pembotolan dan pempastueran


7) Mohd. Aidil

- Pemanasan

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 1: Pendidihan




• Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.





Kebaikan Keburukan Contoh:


• Suhu yang • Terdapat sesetengah • Pendidihan

tinggi mikroorganisma menjadikan rendang
membunuh tidak mati apabila lebih tahan lama.

kebanyakan makanan dididihkan

mikroorganisma dan akan membiak
apabila keadaan

menjadi sesuai

semula.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 2: Penjerukan

• Proses merendam makanan di dalam larutan cuka, gula atau

garam.

• Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawet buah-buahan

dan sayur-sayuran.

Kebaikan Keburukan Contoh:


• Keasidan atau • Jeruk mangga

kepekatan gula • Cili jeruk
yang tinggi • Sawi jeruk

menjadikan • Jeruk epal

keadaan tidak ----- • Jeruk kedondong
sesuai untuk

mikroorganisma

bertumbuh
atau membiak.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 3: Pembungkusan vakum



• Merupakan proses mengeluarkan semua udara daripada bekas

atau pembungkus makanan.



Kebaikan Keburukan Contoh:


• Ketiadaan • Sosej

udara • Keropok lekor
menyebabkan • Pes Daging Harimau

bakteria tidak ----- Menangis

boleh
bertumbuh dan

membiak.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 4: Pengeringan

• Pengeringan merupakan kaedah mengeluarkan atau

menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.



• Makanan dijemur di bawah cahaya matahari , disalai asap panas
atau dikeringkan dengan ketuhar.


Kebaikan Keburukan Contoh:


• Ketiadaan air • Sesetengah vitamin • Asam gelugor
menyebabkan yang terdapat • ikan kering

mikroorganisma dalam makanan itu • mihun kering

akan mati atau dimusnahkan oleh
menjadi tidak haba dan

aktif. mengurangkan

kualiti makanan.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 5: Penyejukbekuan dan Pendinginan

• Penyejukbekuan merupakan kaedah menyimpan makanan pada

suhu takat beku (0°C) dan ke bawah.



• Pendinginan merupakan kaedah penyimpanan makanan di dalam
persekitaran bersuhu kurang dari 18 °C.


Kebaikan Keburukan Contoh:


• Tidak • Makanan yang
mengubah saiz, disimpan di dalam

bentuk dan peti sejuk.

warna
makanan. -----



• Kandungan zat
makanan

dikekalkan.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 6: Pemasinan

• Pemasinan menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan

pada makanan.



• Kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan sejak dahulu lagi.



Kebaikan Keburukan Contoh:


• Garam dapat • Mengubah rasa • Ikan masin
menyingkirkan • Mengubah warna • Telur masin

kelembapan • Mengurangkan zat • Sayur sawi masin

dan mencegah makanan
pertumbuhan

mikroorganisma

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 7: Pelilinan



• Pelilinan merupakan proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin

cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.



Kebaikan Keburukan Contoh:


• Mengekalkan • Epal

kesegaran • Oren
sayur-sayuran ----- • Lemon

dan buah- • Tomato

buahan

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 8: Pengetinan dan Pembotolan

• Pengetinan dan pembotolan melibatkan proses mendidihkan makanan

sehingga suhu 115° C untuk membunuh mikroorganisma.



• Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas
kedap udara.


Kebaikan Keburukan Contoh:


• Dapat • Mengubah sedikit • Sardin
menghalang rasa makanan • Laici tin

pembiakan

bakteria dan • Mengurangkan zat
kulat dalam makanan

tempoh yang

lama. • Tin berkarat atau
bocor akan

• Sesuai untuk menyebabkan

dieksport ke makanan rosak.
luar negara.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 9: Pempasteuran


• Kaedah pemanasan bahan makanan sehingga suhu yang tertentu
untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan yang

dilakukan dengan segera.


Kebaikan Keburukan Contoh:


• Pemanasan • Susu lembu segar

pada suhu • Susu kambing segar
pempasteuran

dapat

membunuh
kebanyakan -------

bakteria katif

tanpa
merosakkan

rasa dan nilai

nutrisi makanan

tersebut.

8.4: Kaedah Pengawetan Makanan





Kaedah 10: Penyalaian

• Penyalaian merupakan kaedah mengeringkan makanan dengan cara

mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.



• Kesan pengeringan oleh asap ialah bahan kimia yang terhasil
daripada asap membantu mengawet makanan itu.



Kebaikan Keburukan Contoh:


• Kaedah ini boleh • Makanan terdapat • Ikan salai

membantutkan rasa salai. • Daging salai

pertumbuhan • Pisang salai
mikroorganisma

4. Pada pendapat kamu,





adakah pengawetan





makanan penting dalam




kehidupan harian





manusia?














Berikan alasan kamu.

7) Farah

- Ya, kerana jika kita tidak mengikuti

1) Nandakishyor pengawetan makanan, makanan akan cepat

- Ya kerana apabila tiada pengawetan busuk atau tidak dapat memakannya dan
makanan makanan akan cepat rosak menyebabkan pembaziran.



2) INTAN NUR ALEESYA BINTI MOHD HAFIZ 8) Mohd. Aidil
- Ya kerana ia boleh mengelakkan makanan - Ya kerana makanan akan tahan lebih lama

menjadi rosak

9) Nabila Azman
3) Lutfil Ukail Mohd Faudzi - Ya, supaya makanan itu tidak rosak dan

- Ya, kerana makanan yang rosak membawa boleh tahan lama.

keburukan kepada manusia.

10) Puteri
4) Hanisah Rashid - Ya,kerana boleh simpan makanan itu dan

- Ya supaya makanan tahan lebih lama boleh tahan lama.


5) Ikhwan Kamil 11) Muhd Asyraaf

- Ya kerana ia boleh mengelakkan - Ya kerana makanan boleh tahan lebih lama.

mikroganisma bertumbuh.

12) Adli Rifqi
6) Azmadira Ismail - Ya supaya makanan tahan lebih lama.

- Ya supaya dapat simpan makanan lebih

lama.

8.5: Kepentingan Teknologi


Pengawetan Makanan




1. Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah bekalan

makanan semasa kecemasan. Contohnya, semasa banjir melanda

sesebuah kawasan.


2. Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh

dinikmati di negara lain.


3. Teknologi pengawetan makanan memudahkan makanan disimpan dan

mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.


4. Buah-buahan bermusim boleh dinikmati sepanjang tahun.



5. Makanan yang diawet dapat disimpan lebih lama dan boleh
memenuhi keperluan bekalan makanan sepanjang tahun.



6. Tentera yang berada dalam pertempuran lebih mudah membawa
makanan yang diawet.



7. Pengawetan membantu menghalang pembaziran makanan.


Click to View FlipBook Version