Unit 2: Kejayaan Keluarga
Halaman 7 - 14
Untuk aktiviti menyalin
dengan tulisan yang
kemas dan cantik.
Buku Aktiviti
Bahasa Melayu Tahun 3 (Jilid 1)
Tema 1: Kekeluargaan / Unit 2: Kejayaan Keluarga
Awal Kalam
1. Buku ini merupakan buku aktiviti Bahasa
Melayu Tahun 3 (Jilid 1).
2. Cadangan jawapan di dalam buku ini telah
ditaip semula dengan merujuk kepada Buku
Cadangan Jawapan Buku Teks dan Buku
Aktiviti bahasa Melayu Tahun Tiga SK
tulisan Cikgu Mat Ariffin bin Ismail.
3. Terdapat juga cadangan jawapan yang
telah direkacipta oleh guru pembina bahan
ini mengikut kesesuaian.
4. Tujuan utama buku ini adalah untuk menjadi
bahan rujukan kepada murid-murid yang
tidak dapat membina jawapan yang tepat
berdasarkan kehendak soalan.
5. Justeru, buku ini memberi ruang kepada
murid untuk menyalin cadangan jawapan
dengan kemas dan dapat dibaca semula
dengan tepat.
Semoga bermanfaat.
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
Encik Ismail dan Imran menonton perlawanan kriket
pasukan Irfan.
Imran bersorak untuk menaikkan semangat pasukan
abangnya.
Pasukan Irfan yang memakai jersi berwarna hitam putih
sedang menguasai perlawanan.
Sama ada Pasukan Irfan atau pasukan SK Seri Pangkalan
dijangka ke perlawanan akhir.
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
4 3
2 1
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
Rumah arnab sangat besar.
Hadif memberi arnab makan.
Aliya memeluk sambil membelai arnab.
Ibu menyapu daun kering.
Ayah dan datuk memacak papan tanda.
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
Ini Si Kuning. Si Kuning anak emas ibunya. Pada suatu hari,
ibu Si Kuning mengajarnya mencari cacing. Si Kuning pasang
telinga apabila ibu mengajarnya. Si Kuning melihat dengan
telitinya. Dia mengikut nasihat ibunya. Si Kuning seekor
ayam yang terang hati dan mudah memahami segala yang
diajar oleh ibunya. Si Kuning berjaya mencari cacing. Ibu
ayam berasa senang hati dengan kejayaan Si Kuning.
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
mereka
itu
kami
kamu
sana
saya
ini
kita
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
Mereka mengecat dinding itu.
Kita menggantung papan tanda di situ.
Saya akan lap meja ini.
Kamu letak pinggan di sana.
Kami akan memasang langsir di sini.
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
batu dawai penyapu lidi
guli tikar surat khabar
mangkuk kertas papan
kotak kasut bola
kipas cermin mata
pasu bunga sarung tangan
Tema 1: Unit 2 (Kejayaan Keluarga)
Salin dengan tulisan yang cantik dan kemas.
Abang ingin membelikan nenek beg tangan yang cantik.
Datuk akan menghadiahi nenek sehelai tudung berwarna
merah.
Pak Long bercadang ingin membelikan nenek seutas
jam tangan.
Ibu akan memilih sepasang baju bersulam manik
untuk nenek.
Ayah akan memberi nenek sepasang kasut kulit.