The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by merpatimalam, 2020-10-25 23:41:06

UJANA DAKSINA

PONDOK SELATAN

Projek Ujana Daksina merupakan salah satu projek
pembelajaran luar bilik darjah yang telah di transformasikan
selaras dengan status Sekolah Kebangsaan Permas Jaya di
bawah Program Transformasi Sekolah 2025. Projek ini diberi
nama Ujana Daksina yang membawa maksud “Podok Selatan”.
Projek Ujana Daksina ini merangkumi 3 buah pondok dan juga
surau sekolah iaitu Surau Al-Hidayah.

Memperkasakan pembelajaran luar bilik darjah
melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-
kurikulum yang dijalankan di sekitar kawasan
projek dan menjadikan kawasan projek sebagai
”Makmal Pendidikan Rohani” bagi semua
pelajar.

• Menjadikan persekitaran sekolah lebih bermaklumat selaras

dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat

berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.
• Menyediakan satu stesen pembelajaran luar bilik darjah yang

bermakna kepada warga SKPJ1.
• Memaksimumkan penggunaan surau dan sekitarnya supaya

boleh digunakan oleh semua pelajar termasuk pelajar bukan

Islam.
• Memupuk nilai murni "cintai ilmu" dalam kalangan warga

sekolah.

Stesen Ujana Daksina ditransformasikan bersesuaian dengan matlamat dan
objektif yang telah digariskan. Stesen Ujana Daksina mempunya 3 pondok
dan juga surau yang setiap satunya mempunyai tema pembelajaran masing-
masing.

Ujana daksina 1

Ujana daksina 1 merupakan pondok
yang mempunyai tema
pembelajaran pengetahuan am
dalam Pendidikan Islam mahupun
dalam bidang yang lain seperti
sejarah dan sains. Mempunyai
bahan-bahan bantu mengajar,
permainan dan pelbagai bahan
bacaan.

Ujana Daksina 2

Ujana daksina 2 pula memilih tema
jawi. Pondok ini mempunyai
pelbagai bahan bacaan jawi, latihan
jawi serta terdapat bahan didik
hibur untuk pembelajaran jawi.

Ujana Daksina 3

Ujana Daksina 3 pula menonjolkan
tema pembelajaran bahasa Arab.
Pondok ini mempunyai bahan
pembelajaran bahasa arab seperti
kad bacaan, label pada objek-objek
yang diletakkan di atas meja, kuiz
dan pelbagai lagi.

SURAU

Surau pula dijadikan sebagai tempat
amali. Terdapat tempat untuk amali
wuduk, amali solat, amali tayamum
dan pelbagai lagi. Di samping itu
juga, terdapat sudut bacaan ringan
bagi kegunaan semua pelajar serta
”‫ ”موقف المحبة‬yang membawa
peranan sebagai ”Parking Lot”
untuk para pelajar.

Murid dapat belajar secara berkumpulan di pondok.
Pembelajaran Iqra kepada murid yang lemah.
Aktiviti pembelajaran agama berlangsung
Soalan kuiz berdasarkan mata pelajaran pendidikan

agama islam dan bahasa arab
Pembelajaran di luar bilik darjah melalui aktiviti

PAK21 iaitu “Hot Seats”
Aktiviti perbincangan secara berkumpulan untuk

menyelesaikan tugasan sekolah
Didik hibur di pondok jawi
















Click to View FlipBook Version