SK PERMAS JAYA 1
UJANA DAKSINA
LAPORAN UJANA DAKSINA
2020
SKPJ12020
UJANA DAKSINA
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 1
1.0 LATAR BELAKANG
Projek Ujana Daksina merupakan salah satu projek pembelajaran
luar bilik darjah yang telah di transformasikan selaras dengan status
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya di bawah Program Transformasi
Sekolah 2025. Projek ini diberi nama Ujana Daksina yang membawa
maksud “Podok Selatan”. Projek Ujana Daksina ini merangkumi 3 buah
pondok dan juga surau sekolah iaitu Surau Al-Hidayah.
2.0 MATLAMAT
Memperkasakan pembelajaran luar bilik darjah melalui aktiviti-
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang dijalankan di sekitar
kawasan projek dan menjadikan kawasan projek sebagai ”Makmal
Pendidikan Rohani” bagi semua pelajar.
3.0 OBJEKTIF
Menjadikan persekitaran sekolah lebih bermaklumat selaras dengan
hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi
penyaluran maklumat kepada semua.
Menyediakan satu stesen pembelajaran luar bilik darjah yang
bermakna kepada warga SKPJ1.
Memaksimumkan penggunaan surau dan sekitarnya supaya boleh
digunakan oleh semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam.
Memupuk nilai murni "cintai ilmu" dalam kalangan warga sekolah.
4.0 MAKLUMAN PEMBELAJARAN
Stesen Ujana Daksina ditransformasikan bersesuaian dengan
matlamat dan objektif yang telah digariskan. Stesen Ujana Daksina
mempunya 3 pondok dan juga surau yang setiap satunya mempunyai
tema pembelajaran masing-masing.
4.1 Ujana daksina 1
Ujana daksina 1 merupakan pondok yang mempunyai tema
pembelajaran pengetahuan am dalam Pendidikan Islam
mahupun dalam bidang yang lain seperti sejarah dan sains.
Mempunyai bahan-bahan bantu mengajar, permainan dan
pelbagai bahan bacaan.
4.2 Ujana Daksina 2
Ujana daksina 2 pula memilih tema jawi. Pondok ini mempunyai
pelbagai bahan bacaan jawi, latihan jawi serta terdapat bahan
didik hibur untuk pembelajaran jawi
4.3 Ujana Daksina 3
Ujana Daksina 3 pula menonjolkan tema pembelajaran bahasa
Arab. Pondok ini mempunyai bahan pembelajaran bahasa arab
seperti kad bacaan, label pada objek-objek yang diletakkan di
atas meja, kuiz dan pelbagai lagi.
4.4 Persekitaran surau
Surau pula dijadikan sebagai tempat amali. Terdapat tempat
untuk amali wuduk, amali solat, amali tayamum dan pelbagai
lagi. Di samping itu juga, terdapat sudut bacaan ringan bagi
kegunaan semua pelajar serta ” ”موقف المحبةyang membawa
peranan sebagai ”Parking Lot” untuk para pelajar.
5.0 LAMPIRAN Selepas
5.1 Sebelum dan selepas
Sebelum
5.2 Ujana Daksina
5.3 surau