ANALISIS KURIKULUM PENDIDIKAN MENENGAH MALAYSIA FINLAND AMERIKA SYARIKAT
KANDUNGAN Pengenalan Kurikulum Pendidikan Menengah di Malaysia Finland Amerika Syarikat Perbandingan Kurikulum Persamaan Perbezaan Kekuatan dan Kelemahan Kurikulum Rujukan 1 2 3 4 5-9 10-12 13
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN MENENGAH DI MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah di Malaysia. KSSM telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bermula dengan murid tingkatan 1 pada tahun 2017. Tujuan utama kurikulum menengah di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh (holistik) dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penggubalan KSSM daripada KBSM adalah satu cara dan usaha untuk memodenkan pendidikan menengah dan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan keperluan semasa. Terdapat dua peringkat pendidikan menengah di Malaysia iaitu menengah rendah (Tingkatan 1 sehingga 3) dan menengah atas (Tingkatan 4 sehingga 5). Terdapat dua ujian kelayakan bagi kemasukan ke peringkat kolej dan universiti yang diambil pelajar pada akhir pendidikan peringkat menengah di Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE). SPM adalah sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia dan diambil oleh pelajar di seluruh negara pada akhir tingkatan lima manakala IGCSE diambil daripada pelajar di seluruh dunia dan bersifat lebih antarabangsa kerana ia bukannya sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Terdapat mata pelajaran dan sistem penilaian yang berbeza bagi kedua ujian tersebut. 1
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN MENENGAH DI FINLAND Sejak tahun 1990-an, kurikulum di Finland telah menekankan kualiti pendidikan dengan menyesuaikan kurikulum dengan keperluan global dan perkembangan teknologi. Terdapat penambahbaikkan kurikulum yang dapat dilihat dari segi peningkatan dalam pendidikan guru, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan penekanan terhadap keupayaan bersosial dan kreativiti seiring dengan pembelajaran abad ke-21.Dalam Program for International Student Assessment (PISA) 2018, Finland meraih prestasi yang melebihi purata Organisation for Economic Cooperation Development(OECD) dalam membaca, matematik, dan sains. Kurikulum menengah di Finland direka berdasarkan prinsip kesamarataan, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dan perkembangan menyeluruh secara holistik. Prinsip kesamarataan ini merujuk kepada setiap belajar tidak kira latar belakang dan status ekonomi mempunyai peluang dan layanan yang sama dalam pembelajaran. Kurikulum pendidikan Finland terdiri daripada pendidikan dasar(Comprehensice School) dan pendidikan menengah atas(Upper Secondary School). Pendidikan dasar tersebut adalah wajib dan dijalankan selama 9 tahun. Kemudian, pelajar menuntut pendidikan menengah atas yang dibahagikan kepada pendidikan umum dan pendidikan vokasional. 2
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN MENENGAH DI AMERIKA SYARIKAT Kurikulum menengah di Amerika Syarikat melibatkan struktur program pendidikan yang dibina untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong perkembangan akademik, sosial, dan emosi mereka. Selain itu, untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pelajar, kegiatan ekstrakurikulum seperti kegiatan persatuan, kelab serta projek, dan program sokongan disediakan. Pada awal abad ke-21, Amerika Syarikat menyaksikan pelbagai usaha reformasi pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan mempersiapkan pelajar untuk ekonomi global. Pendidikan menengah di Amerika Syarikat sangat menekankan persiapan pelajar untuk menjadi tenaga kerja yang berkualiti bagi meningkatkan tahap ekonomi negara di masa yang akan datang. Terdapat dua peringkat pendidikan menengah di Amerika Syakrikat iaitu menengah pertama (Junior High School) bagi gred 6 sehingga 8 dan menengah atas (High School) bagi gred 9 sehingga 12. Akan tetapi, peringkat-peringkat ini bergantung pada negeri, daerah sesebuah sekolah. Terdapat dua ujian standard yang telah diperkenalkan pada peringkat menengah di Amerika Syarikat iaitu SAT (Scholastic Assessment Test) dan ACT (American College Testing). Kedua-dua ujian ini penting bagi permohonan masuk ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Terdapat banyak kolej dan universiti yang menerima kedua-dua skor SAT dan ACT, jadi pelajar biasanya memilih ujian yang lebih selesa atau di mana mereka berprestasi lebih baik. Bagi menambah lebih banyak peluang untuk diterima masuk ke kolej, terdapat pelajar yang mengambil kedua-dua ujian tersebut. Terdapat skala gred, bahagian ujian dan pendekatan soalan yang berbeza bagi kedua ujian tersebut. 3
PERBANDINGAN KURIKULUM PERSAMAAN Pendekatan Holistik Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat menekankan pendekatan holistik dalam pendidikan. Ketiga-tiga negara ini tidak hanya mementingkan perkembangan pelajar dari segi akademik, tetapi juga dari segi sosial , emosi dan kemahiran. Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan oembelajaran abad ke-21. Hal ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mempunyai pengalaman belajar yang lebih baik. Malaysia, Finland dan Amerika Syarikat mendorong pendekatan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar. Pelajar memainkan peranan yang aktif dalam pembelajaran di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk memproses dan membina pengetahuan. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator. 4
PERBANDINGAN KURIKULUM PERBEZAAN 1. Matlamat Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mewujudkan pendidikan peringkat tinggi bagi semua (high-level education for all) Menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, dan kemampuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran kehidupan dan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan selepas sekolah 2. Kurikulum Kurikulum pendidikan di Malaysia ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diselaraskan untuk semua negeri di Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah di Malaysia Kurikulum berprinsipkan Non-discrimination dan equal treatment di mana semua pelajar mendapat hak sama rata dalam pendidikan. Kurikulum pendidikan jarang digubal dan tidak berubah. Perancangan kurikulum merupakan tanggungjawab guru, sekolah dan majlis perbandaran, bukannya kerajaan pusat. Oleh itu, kurikulum berbeza-beza di setiap sekolah. Kurikulum pendidikan, buku teks dan sukatan pelajaran di Amerika Syarikat berbeza mengikut negeri, daerah tempat dan sekolah. Murid-murid biasanya bebas memilih mata pelajaran yang mereka ingin ambil. Terdapat juga subjek yang wajib diambil. 5
PERBANDINGAN KURIKULUM PERBEZAAN 3. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah pembelajaran kolaborasi dan aktif dalam kalangan murid. Kaedah ini termasuk kerja kumpulan, projek, dan perbincangan. Kaedah pembelajaran kontekstual didedahkan dimana penggunaan situasi dan contoh dalam kehidupan sebenar dalam menyokong konsep-konsep dan teori-teori yang dipelajari. Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan bersifat interaktif. Kaedah pembelajaran berfokus kepada: Penyelesaian masalah 1. Kerja berkumpulan 2. 3.Kreativiti Guru berperanan sebagai fasilitator Penggunaan teknologi dalam pendidikan dimana guru menggunakan peralatan teknologi seperti komputer, projektor, dan perisian pendidikan Kaedah pembelajaran kolaborasi dan aktif dalam kalangan murid. Ini termasuk aktiviti perbincangan, aktiviti kumpulan, projek kreatif, dan eksperimen. Kaedah pembelajaran adalah yang bersesuaian dengan keperluan pelajar untuk memahami gaya pembelajaran yang berbeza bagi setiap individu. 4. Bahasa Pengantar Utama Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan). Untuk subjek sains dan matematik yang telah dinyatakan, terdapat sekolah yang menyertai program DLP (Dual Language Program) di mana bahasa pengantarnya adalah dalam bahasa inggeris. Bahasa Finland dan Bahasa Sweden merupakan bahasa pengantar utama. Sami, roma dan bahsa isyarat juga digunakan. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran. 6
PERBANDINGAN KURIKULUM PERBEZAAN 5. Struktur Pendidikan Terdapat dua peringkat iaitu menengah rendah (Tingkatan 1 sehingga 3) dan menengah atas (Tingkatan 4 sehingga 5) Pendidikan dasar bagi setiap pelajar yang berumur 7- 16 tahun. Pendidikan sekolah menengah atas dibahagikan 2 jenis: (i) Pendidikan Umum (ii) Pendidikan Vokasional Terdapat dua peringkat iaitu menengah pertama (Junior High School) bagi gred 6 sehingga 8 dan menengah atas (High School) bagi gred 9 sehingga 12 6. Tempoh (Tahun) Tempoh pembelajaran untuk peringkat menengah ialah selama 5 tahun; 3 tahun untuk menengah bawah dan 2 tahun untuk menengah atas Tempoh pembelajaran peringkat menengah: 3 tahun. Pelajar tidak diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran sehingga peringkat menengah. Tempoh pembelajaran menengah atas : 3 tahun Tempoh pembelajaran untuk peringkat menengah kebiasaannya adalah selama 7 tahun; 3 tahun untuk menengah pertama dan 4 tahun untuk menengah atas. 7
PERBANDINGAN KURIKULUM PERBEZAAN 7. Peperiksaan Berpusat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE) ialah kelayakan pendidikan menengah yang diiktiraf secara antarabangsa. Sering diambil untuk pelajar yang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke A-Levels atau kelayakan tinggi yang setaraf. SPM menggunakan sistem penilaian gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G (Gagal) IGCSE menggunakan dua sistem penggredan yang berbeza. Skala gred bermula dari A hingga G, dan kemudian 9-1. Semua pelajar digredkan secara individu dan sistem permarkahan ditentukan oleh guru. Kementerian pendidikan menilai perkembangan keseluruhan dengan menguji sebilangan pelajar daripada pelbagai sekolah. Bagi SAT, skor maksimum untuk setiap bahagian adalah 800, dan skor maksimum keseluruhan adalah 1600 (tanpa mengambil kira skor esei). Bagi ACT, purata komposit skor bagi setiap bahagian boleh mencapai maksimum 36. Tidak mempunyai ujian seragam, hanya mempunyai National Matriculation Exam, yang merupakan ujian sukarela bagi pelajar menengah atas. SAT (Scholastic Assessment Test) dan ACT (American College Testing) merupakan dua ujian sebagai sebahagian daripada permohonan masuk ke institusi pengajian tinggi. 8. Gred Penilaian 8
PERBANDINGAN KURIKULUM PERBEZAAN 9. Subjek Peperiksaan Berpusat Subjek wajib SPM : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Matematik Sains (tidak wajib untuk pelajar sains tulen) Subjek Elektif merangkumi subjek elektif bahasa, pengajian islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas, dan STEM IGSCE : Terdapat lebih daripada 70 mata pelajaran bagi peperiksaan IGCSE.Sukatan pelajaran bagi IGCSE lebih meluas dimana pelajar boleh memilih mana-mana mata pelajaran berdasarkan minat dan mata pelajaran yang diyakini untuk skor. Subjek yang diuji dalam National Matriculation Exam: Bahasa Ibunda dan Kesusasteraan Matematik Bahasa kebangsaan kedua Bahasa Asing Sains dan kemanusiaan Subjek yang diuji dalam SAT : Bahasa Inggeris Matematik Pembacaan Sains Penulisan Subjek yang diuji dalam ACT : Membaca dan Menulis Berasaskan Bukti/ EvidenceBased Reading and Writing (EBRW) Matematik Esei 9
KEKUATAN DAN KELEMAHAN KURIKULUM MALAYSIA Kelebihan Kekurangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM) yang standard dan seragam di seluruh negara. Kurikulum dikemaskini untuk tempoh tertentu bagi memenuhi keperluan dan peredaran semasa. Pelajar diwajibkan mempelajari dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang membolehkan mereka berkomunikasi dalam dwibahasa. KSSM menekankan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar di mana libat dalam proses pembelajaran secara aktif. Pendekatan ini dapat memperkembangkan potensi pelajar secara holistik. Sebilangan besar sekolah masih penggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional di mana ia lebih tertumpu kepada kaedah berpusatkan guru. Guru juga tidak terlatih untuk memahami dan menerapkan KSSM dengan baik. Segelintir guru dan pelajar berpendapat bahasa kurikulum ini mempunyai terlalu banyak topik yang perlu dicakup dalam waktu yang terbatas sehingga menghalang pelajar daripada mendalami topik secara mendalam. Bilangan pelajar yang terlalu banyak dalam sebuah kelas juga memberikan kesukaran kepada guru untuk memastikan proses pembelajaran setiap pelajar berlaku pada tahap yang optimum. 10
KEKUATAN DAN KELEMAHAN KURIKULUM FINLAND Kelebihan Kekurangan Sistem pendidikan berprinsipkan kesamarataan yang menolak prinsip persaingan dalam sistem pendidikan. Pelajar tidak kira latar belakang dan status sosio-ekonomi mempunyai akses yang sama terhadap pendidikan. Pelajar tidak dibebani dengan pemberian tugasan sekolah yang banyak dan waktu persekolahan juga singkat. Dengan ini, pelajar dapat bermain dan melakukan aktiviti rekreasi di luar kelas. Kualiti guru terjamin di mana guru wajib mempunyai pendidikan minima di tahap master. Guru merupakan profesion yang sangat dipercayai. Oleh itu, guru mempunyai autonomi untuk mengajar dengan cara tersendiri yang dianggap dapat membantu pembelajaran pelajar. Kurikulum yang tidak mempunyai ujian peringkat kebangsaan yang seragam menyebabkan tiada cara yang standard yang digunakan oleh guru untuk menilai prestasi pelajar. Hasilnya, terdapat variasi adalam penilaian prestasi antara sekolah. Kuasa autonomi yang diberikan kepada pelajar di mana pelajar bebas untuk meneroka dan membuat pilihan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan untuk memilih bidang yang sesuai. Kebebasan yang diberikan ini tidak semestinya sesuai dengan semua pelajar kerana terdapat juga pelajar yang memerlukan kawalan dan had dalam membuat pilihan, bergantung kepada gaya pembelajaran pelajar tersebut. 11 Kurikulum yang berbentuk fleksibel menyebabkan segelintir guru dan murid kurang jelas dengan fokus pendidikan. Hal ini disebabkan kerana kurikulum boleh direka berdasarkan keperluan pelajar dan seterunya menghasilkan kurikulum yang kurang berstruktur.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN KURIKULUM AMERIKA SYARIKAT Kelebihan Kekurangan Kaedah pengajaran di sekolah adalah pelbagai dan ia adalah bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang berbeza bagi setiap individu. Kurikulum menengah di Amerika Syarikat menawarkan pelbagai jenis program yang boleh dipilih sendiri oleh pelajar di mana ia menggalakkan pelajar untuk mengejar minat dan mengembangkan bakat mereka. Kurikulum mementingkan perkembangan kerjaya pelajar. Terdapat pelbagai program pembangunan kerjaya untuk membantu pelajar bagi membuat keputusan mengenai pemilihan kerjaya dan pendidikan lanjutan mereka. Kurikulum, sukatan dan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tiada standard yang seragam di setiap negeri, daerah dan tempat. Selain daripada peringkat kelas yang disusun setiap tahun, terdapat sistem sistem kelas "Honors" atau "Advanced Placement (AP)" untuk pelajar yang menunjukkan kebolehan akademik yang tinggi. Jadi berlaku pengasingan dan jurang antara pelajar yang berprestasi cemerlang dan yang lemah. Terdapat beberapa sekolah menengah yang tidak menekankan pendidikan kejuruteraan, sains dan kemahiran praktikal walaupun permintaan tenaga kerja dalam bidang-bidang tersebut semakin meningkat pada zaman kini. Keadaan ini terjadi kerana perbezaan susunan kurikulum dan sukatan pelajaran bagi setiap sekolah yang berlainan negeri dan daerah. 12
RUJUKAN Hutagaluh, O. . (2022). PENDIDIKAN DI FINLANDIA: KEMAJUAN DAN CONTOH UNTUK INDONESIA. Jurnal Ilmu Pendidikan Dan Kearifan Lokal, 2(4), 188–198. Retrieved from http://jipkl.com/index.php/JIPKL/article/view/23 Suciyati, A. (2020). Penerapan proses pembelajaran di Finlandia pada pembelajaran di Indonesia. Jurnal Pembangunan Pendidikan Fondasi Dan Aplikasi, 7(2). https://doi.org/10.21831/jppfa.v7i2.25675 Adha, M. A., Gordisona, S., Ulfatin, N., & Supriyanto, A. (2019). Analisis Komparasi Sistem Pendidikan Indonesia dan Finlandia. Tadbir, 3(2), 145. https://doi.org/10.29240/jsmp.v3i2.1102 13 Syakhrani, A. W. (2022, August 21). SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA MAJU AMERIKA SERIKAT. https://adisampublisher.org/index.php/adiba/article/view/146 Pendidikan di Amerika Syarikat: tahap dan ciri-ciri. (n.d.). https://ms.delachieve.com/pendidikan-di-amerika-syarikat-tahap-danciri-ciri/ Sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Perbandingan sistem pendidikan Rusia dan Amerika Syarikat. (n.d.). mybiz.htgetrid.com/bsn. https://mybiz.htgetrid.com/ms/new-sistema-obrazovaniya-v-sshasravnenie-sistemy-obrazovaniya-rossii-i-ssha.html Harianto, G., Tinggi, S., & Excelsius, T. (2021). EDUCATION SYSTEMS IN THE UNITED STATES OF AMERICA. ResearchGate. https://doi.org/10.13140/RG.2.2.21257.26722