The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama peserta: MUHAMMAD LUTFI SHAHFAHMIEY BIN SHAHRIL
SK Ladang Mutiara (JBA2052)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-43426701, 2021-04-27 02:47:11

Buku Skrap Pemimpin Johor

Nama peserta: MUHAMMAD LUTFI SHAHFAHMIEY BIN SHAHRIL
SK Ladang Mutiara (JBA2052)

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

DATO ONN JAAFAR

1

NAMA: MUHAMMAD LUTFI SHAHFAHMIEY BIN SHAHRIL
TAHUN: 6 PINTAR
ALAMAT E-MAIL: [email protected].
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG MUTIARA
ALAMAT SEKOLAH: PETI SURAT 24,LADANG MUTIARA, KAHANG,86700
KLUANG,JOHOR.

2

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 KULIT HADAPAN 1

2 BIODATA PENULIS 2

3 JADUAL KANDUNGAN 3

4 PENDAHULUAN 4

5 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR 5

6 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR 6

7 KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR 7
8 SUMBANGAN 8
9 NILAI KEPIMPINAN 9
10 PENUTUP 10
11 SUMBER RUJUKAN 11

3

PENDAHULUAN

Saya memilih tokoh pemimpin Johor iaitu Dato’ Onn Jaafar. Beliau menjadi pilihan saya
kerana sumbangan dan jasa beliau telah banyak mengubah cara hidup dan masyarakat di
sekeliling saya. Pada satu ketika dulu, nama beliau tidak asing di telinga masyarakat.
Namun nama beliau kian menyepi dan seakan akan asing di bibir rakyat jelata terutama
warga bangsa Johor secara amnya.

Saya berharap penghasilan buku skrap saya akan mengangkat kembali
nama Dato’ Onn Jaafar di mata rakyat johor dan negara. Sumbangan dan jasa beliau akan
terus dikenali dan dihargai oleh semua khususnya generasi muda alaf moden seperti saya.

4

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR
NAMA : DATO’ SIR ONN JAAFAR
TARIKH LAHIR : 12 FEBRUARI 1895
TEMPAT LAHIR : SERI GAMBIR, JOHOR BAHRU
NAMA AYAH : DATO’ JAAFAR BIN HAJI
MUHAMMAD
NAMA IBU : NUR RUGAYAH HANIM

5

PENDIDIKAN

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru
sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau juga belajar Bahasa
inggeris dengan wanita inggeris yang menjaga beliau bersama sama tiga orang
putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad. Pada tahun 1903,Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh
Lodge School,Suffolk,England. Dia ke sana sebagai pengiring putera -putera
Sultan Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim telah membiayai pengajian beliau di
England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan
Perancis. Dato’ Onn Jaafar meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke
tanah air (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami
pengajian Bahasa Melayu

6

KERJAYA

KERJAYA- KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR
1.WARTAWAN
2.MENTERI BESAR DI JOHOR
3.PEMIMPIN UMNO

7

SUMBANGAN

Pada awal tahun 1946,beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang
sebagai Yang Dipertua Dalam bulan Mac 1946,perwakilan-perwakilan dari berbagai
persatuan Melayu bertemu dalam kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab
Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang
mewakili orang melayu menentang MALAYAN UNION

Beliau juga menjadi tunggak utama yang menggerakkan gerakkan
menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Beliau sangat menyokong penyatuan
dan kerjasama antara kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India bagi memenuhi syarat
kemerdekaan yang digariskan oleh pihak British.

Idea kenegaraan yang diutarakan oleh Dato’ Onn Jaafar telah menjadi
asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Idea tersebut ialah hak istimewa orang
Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara ,agama Islam sebagai agama
rasmi persekutuan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kebijaksanaan idea beliau terus
diguna pakai di dalam Perlembagaan Malaysia yang menjadi tunggak utama negara
pada masa kini.

8

NILAI KEPIMPINAN

BERANI

BEKERJASAMA BERTOLAK
ANSUR

NILAI
KEPIMPINAN

BERPANDAGAN BIJAK
JAUH

9

KESIMPULAN

Saya amat mengagumi pengorbanan dan perjuangan Dato’ Onn Jaafar dalam
membangunkan negara dan negeri Johor. Beliau telah membawa dan memupuk
semangat nasionalisme yang tinggi kepada rakyat negeri Johor sehinggakan
terbinanya sebuah parti politik Melayu yang sangat kukuh untuk menuntut
kemerdekaan daripada pihak British.

Saya sebagai seorang murid pasca merdeka sangat bersyukur kerana
negara dan negeri Johor ini sangat makmur dan aman hasil daripada toleransi kaum
yang telah ditanamkan oleh beliau semasa proses kemerdekaan. Pelbagai kaum
boleh hidup di bawah kibaran bendera Johor tanpa ada pergaduhan kaum dan
perebutan kuasa.

Saya harap generasi kini dan masa yang akan datang akan lebih
prihatin dan menghargai tokoh-tokoh pemimpin Johor yang lalu. Tanpa usaha dan
pengorbanan mereka, sudah pasti negara dan negeri kita masih lagi dijajah oleh
penjajah barat.

10

SUMBER RUJUKAN
11


Click to View FlipBook Version