The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqsaidon, 2021-12-31 00:21:38

BUKU LOG KRS (KUMPULAN 6) CUP2011

BUKU KRS LATEST

ALATAN IKHTIAR HIDUP :

• Alat Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang
kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap
kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air.
Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang
khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil
supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg sebagai
salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar
hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda
mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat
ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan
dan alat-alat kegunaan.

This template was created by Slidesgo

1. Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan
mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan
selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat, 2 bungkus sup segera, 4 sudu
quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2. Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan
ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat
luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3. Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh
membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan
dan bersaiz kecil. Antara alat-alat yang sesuai ialah 2 utas tali
pancing,mata pancing,tali dan kotak mancis dan lilin serta
pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar
hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam
bahagian hulunya. Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti
lastik,kompas kecil dan lain-lain

This template was created by Slidesgo

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN :

❖ Membuat Perangkap

➢ Jerat ialah sejenis perangkap untuk menangkap binatang di
hutan seperti ayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan lain-
lain Kebanyakkan pemburu kebiasannya menggunakan
jerat kerana ia lebih berkesan dan tidak perlu diawasi.

➢ Jerat juga tidak mencemarkan alam sekitar kerana ianya
diperbuat daripada bahan semula jadi seperti pohon atau
ranting dan buah-buahan sebagai umpan.

❖ Jenis – jenis jerat :
I. Jerat Bidas
II. Pelandak monyet
III. Kurungan
IV. Lukah untuk menangkap ikan
V. Bubu
VI. Jerat lubang
VII. Jebak

Jerat Bidas Bubu

This template was created by Slidesgo

PERTOLONGAN
KECEMASAN

PENGERTIAN PERTOLONGAN CEMAS :

▪ Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara
diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau
kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau
sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan sempurna.

DEFINISI KECEMASAN

▪ Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika
tidak diberi rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih
serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan kematian.

OBJEKTIF :

▪ Untuk menyelamatkan nyawa.
▪ Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk.
▪ Mendapat bantuan perubatan.
▪ Balutan

This template was created by Slidesgo

Untuk Menyelamatkan Nyawa :

• Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan
pastikan mangsa bernafas, sekiranya berlaku pendarahan,
hentikanya secepat mungkin.Rawat dengan betul dan kenali
latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabates
dan lain-lain) yang perlu diberi perhatian istimewa.

Untuk Mencegah Luka Menjadi Lebih Teruk :

• Alih pesakit yang tercedera dari tempat bahaya dan jangan
buat pesakit itu banyak bergerak.Selesakan dan beri
keyakinan kepada pesakit serta berikan perlindungan dari
kesejukan atau kepanasan dan situasi tersebut.

Mendapat Bantuan Perubatan :

• Arah rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan
memanggil ambulans atau pembantu perubatan yang
bertauliah secepat mungkin.

Balutan :

• Wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh
pegawai perubatan.

• Pembalut mestilah dalam keadaan bersih.

This template was created by Slidesgo

• Ia sewajarnya dibuat daripada kain putih, suci daripada
kekotoran.

• Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh
luka

• Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya.
• Tangani balutan hanya dari sisinya dan tambah pelapik

tambahan kemudian letak ditempatnya dengan pembalut.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS :

1. Bertindak segera, cekap dan penuh yakin.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berlaku pendarahan
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu
6. Dapatan rawatan segera jika keadaan semakin teruk dan

mencemaskan

PERATURAN SEMASA MEMBERI BANTUAN :

➢ Membuat Penilaian

• Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan
selamat.

• Kemudahan yang terdapat seperti telefon perlu ada bagi
memudahkan mendapatkan bantuan

• Dapat menilai tahap keterukan / keparahan mangsa

This template was created by Slidesgo

➢ Membuat diagnosa

• Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan
pemeriksaan ke atas mangsa.

➢ Memberi rawatan sementara

• Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.

➢ Membuat dan memberi laporan

• Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran
dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.

TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS :

❑ Menyelamatkan mangsa secara pemulihan pernafasan CPR
jika pernafasan mangsa terhenti.

❑ Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat
mengelakkan dari jangkitan kuman.

❑ Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutama yang
patah dengan anduh.

❑ Memberi semangat kepada mangsa
❑ Elak mangsa mengalami renjatan

This template was created by Slidesgo

PETI PERTOLONGAN CEMAS

▪ Peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan
perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi.

▪ Peti ini patut diletakkan di tempat kering dan selamat serta
jauh dari kanak-kanak

▪ Setiap ubat perlu dilabel dengan jelas
▪ Setiap rumah,sekolah dan kawasan rekreasi perlu

mempunyai peti pertolongan cemas.

Bil ALATAN DAN UBAT- KEGUNAAN
UBATAN

1. Kain Anduh Mengampu lengan yang patah

2. Kain pembalut kasa Membalut luka atau anggota
yang terseliuh

3. Gunting Memotong
4. Larutan Flavin Merawat luka
5. Larutan Antiseptik Merawat luka
6. Kapas Mencuci luka dan menyapu ubat

7. Penampal luka Menampal luka
(plaster)

This template was created by Slidesgo

PETI PERTOLONGAN CEMAS

LUKA – LUKA DAN PENDARAHAN :

➢ LUKA
• Kecederaan yang tidak normal pada kulit atau permukaa

badan.
• Disebabkan pecah di bahagian dalam kult disebabkan oleh

objek tajam.
• Pendarahan terjadi disebabkan oleh vena, arteri dan kapilari di

mana tidak menerima oksigen.
• Saluran pembaluh darah terpotong atau terkoyak disebabkan

benda tajam

This template was created by Slidesgo

➢ LUKA TERBUKA
• Disebabkan oleh tisu terganggu kesinambungannya.
• Dapat dilihat dari luar.
• Terdapat pendarahan yang keluar ke kulit atau pecahan

pada kulit yang menyebabkan darah atau cecair keluar.
• Mudah dijangkiti kuman jika lambat dirawat.
i. Luka terhiris
ii. Calar-balar
iii. Melecet
iv. Luka tercucuk
v. Luka tembakan
➢ LUKA TERHIRIS
• Salur darah pada bahagian tepi luka terpotong.
• Lukanya kelihatan lurus dan bersih daripada benda

tajam seperti kaca.
• Pendarahan berlaku dengan banyak
• Rawatan dengan menjahit kawasan yang tercedera.

This template was created by Slidesgo

➢ LUKA CALAR – BALAR

• Kulit yang tersiat dan menampakkan lapisan tisu yang
nipis.

• Lapisan atau kulit tergesel dan terhiris.
• Meninggalkan bekas.
• Disebabkan terjatuh atau terbakar yang tergesel.
• Mengandungi partikel asing di dalamnya yang boleh

menyebabkan infeksi.

➢ LUKA MELECET

• Luka yang kesat dan kasar
• Daya tekanan yang teruk dan remuk
• Tidak mengalirkan darah
• Banyak tisu tercedera dan rosak
• Risiko jangkitan kuman tinggi

This template was created by Slidesgo

➢ LUKA TERCUCUK

• Luka pada titik menyebabkan kerosakan bahagian dalaman.
• Risiko infeksi tinggi dan dalam serta banyak darah.
• Memerlukan suntikan anti tetanus

(kancing gigi)

➢ LUKA TEMBAKAN

• Disebabkan oleh terkena peluru tembakan
• Mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk dan luka kecil

➢ LUKA TERKOYAK

• Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera
• Mengakibatkan kerosakan tisu

This template was created by Slidesgo

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA

TAHAP 1 – TAHAP 2 – TAHAP 3 –
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 & 3 TINGKATAN 4 & 5

a. Prinsip Dan a. Struktur Tubuh a. Renjatan
i. Tanda dan
Amalan Badan dan
rawatan
i. Prinsip dan asas Fungsinya
b. Urut Jantung
pertolongan i. Struktur badan i. Kaedah

cemas ii. Struktur sendi pemulihan
pernafasan dan
ii. Panduan tindakan iii. Struktur daging & urut jantung

pada masa kulit c. Kecederaan
Tulang,sendi,otot
kecemasan iv. Fungsi organ ,dan ligament

b. Pembebatan b. Pernafasan dan i. Terminologi
Dan Asfiksia ii. Kecederaan
Pembalutan
i. Asfiksia,punca tulang belikat
i. Cara membalut dan rawatan iii. Lengan dan siku
luka iv. Pinggang dan
c. Kecederaan
ii. Cara membalut Terbakar peha
v. Lutut dan betis
c. Pengangkutan i. Pengelasan
Dan terbakar d. Pengenalan
Pengusungan Pemulihan &
ii. Rawatan Pernafasan
i. Kaedah d. Keracunan
mengangkat dan i. Definisi i. Kaedah
Menyusun ii. Kaedah rawatan pemulihan
e. Gigitan dan
ii. Kaedah mulut ke
Sengatan mulut
i. Gigitan

ular,lipan,kala
jengking,tebuan
ii. Kaedah rawatan

This template was created by Slidesgo

➢ PENGANGKUTAN

❑ Kaedah yang digunakan untuk memindahkan mangsa dari
tempat kejadian ke tempat selamat sebelum pertolongan
cemas diberikan.

JENIS – JENIS PENGANGKUTAN

❑ Terdapat beberapa kaedah pengakutan yang ada dalam ilmu
pertolongan cemas.

❑ Ia bergantung kepada keadaan, jumlah penyelamat serta jarak
yang hendak dipindahkan.

❖ FIREMAN ‘ LIFT

▪ Sesuai bagi memindahkan

mangsa ke tempat jauh
▪ Memerlukan kekuatan yang

banyak
▪ Bagi mangsa yang pengsan /

lumpuh

❖ MENDUKUNG

▪ Sesuai memindahkan mangsa ke

tempat jauh dan dekat
▪ Memerlukan kekuatan banyak
▪ Bagi mangsa yang pengsan,lumpuh

dan lain-lain

This template was created by Slidesgo

❖ MENGHERET

▪ Sesuai untuk memindahkan

mangsa ke tempat yang dekat
▪ Tidak sesuai bagi mangsa yang

mengalami kecederaan tulang

belakang
▪ Mangsa yang pengsan,lumpuh

❖ 2 HAND SEAT CARRY

▪ Sesuai memindahkan mangsa ke
tempat yang dekat

▪ Bagi mangsa yang pitam,lumpuh
dan lain -lain

❖ 4 HAND SEAT

▪ Sesuai memindahkan mangsa ke

tempat yang dekat
▪ Bagi mangsa yang pitam,lumpuh

dan lain -lain

This template was created by Slidesgo

➢ PEMBEBATAN DAN PEMBALUT

▪ Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal
pendarahan.

▪ Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

JENIS KAIN PEMBALUT :

• Pembalut tiga segi
• Pembalut lebar
• Pembalut kecil
• Pembalut gulung

IKATAN BALUTAN DAN ANDUH :

• Ikatan simpul sila
• Pembalut cincin
• Balutan luka tangan
• Anduh besar

This template was created by Slidesgo

PERNAFASAN DAN ASFIKSIA :

➢ Merupakan suatu keadaan di mana sekatan atau halangan
prnafasan berlaku hingga menyebabkan berlakunya
kekurangan oksigen pada sel-sel badan.

PUNCA – PUNCA ASFIKSIA :

1. Benda asing tersekat seperti lidah, makanan, muntah atau tisu
bengkak.

2. Tersekat saluran pernafasan seperti terjerut dan tertindih.
3. Tekanan pada dada.
4. Kecederaan pada paru – paru
5. Sawan
6. Keracunan

RAWATAN :

1. Beri bantuan sewajarnya
2. Buka saluran pernafasan pesakit
3. Beri bantuan pernafasan
4. Apibali pernafasan nadi pulih semula,letakkan mangsa dalam

keadaan baringan pemulihan.
5. Periksa kadar pernafasan,nadi dan tahap kesedaran pesakit

setiap 10 minit.
6. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
7. Bersedia untuk bantuan CPR.

This template was created by Slidesgo

KECEDERAAN TERBAKAR

PENGELASAN TERBAKAR :

❖ Tahap 1 (superfacial)
• Kecederaan hanya melibatkan luar kulit sahaja (lapisan

epidermis).Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit.

❖ Tahap 2 (partial thickness)
• Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan

kulit,menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami
kerosakan (Lapisan dermis)

❖ Tahap 3 (Full thickness)
• Kecederaan yang menyebabkan kerosakan pada semua

lapisan kulit,juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot
ataupun tulang.

RAWATAN :

I. Burn Stop – hentikan pembakaran
II. Breathing maintain – pastikan saluran pernafasan

mangsa terbuka
III. Body examine – periksa tahap kebakaran
IV. Cool – sejukkan bahagian terbakar dengan kain
V. Cover – tutup bahagian terbakar dengan kain
VI. Carry – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi

mendapatkan rawatan lanjut

This template was created by Slidesgo

GIGITAN DAN SENGATAN

DIGIGIT HAMA RUMPUT :

❖ Hama ini didapati pada rumput panjang, lalang dan
berlukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.

RAWATAN :

I. Cuci tempat yang digigit dengan bersih dengan air dan
sabun.

II. Tukar dan cuci pakaian dengan anti – septik.
III. Jangan digaru kerana ianya akan menambahkan gatal.
IV. Sapukan ammonia atau soda untuk hilangkan kegatalan.

DIPATUK ULAR :

❖ Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat,
bengkak pada bahagian yang dipatuk.

RAWATAN :

▪ Tahan perjalanan darah jika anggota badan digigit dengan
mengikat dengan kuat pada bahagian sebelah tempat yang
digigit.

▪ Cuci luka dengan campuran air dan potassium
permanganate.

▪ Juntaikan anggota yang tergigit.

This template was created by Slidesgo

▪ Longgarkan ikatan selama ½ minit setiap ½ jam.
▪ Biarkan mangsa bertenang dengan cukup.
▪ Beri minuman panas,badan sentiasa dalam keadaan panas.
▪ Jika tidak bernafas,bantu pernafasan dan buat pertolongan

pernafasan
▪ Hantar ke hospital berdekatan.

DIGIGIT LINTAH DAN PACAT :

❖ Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana
sebahagian dari sengatannya akan tertinggal pada kulit.

RAWATAN :

I. Cucuh bahagian belakang haiwan tersebut dengan api.
II. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit dengan methylated

spirit
III. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda dan ammonia

ataupun dengan minyak anti - histamine
IV. Tutup dan balut dengan pembalut kering

This template was created by Slidesgo

BANTU MULA CPR

DEFINISI :

• Suatu Teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu
kecemasan iaitu apabila mangsa tidak bernafas dan nadi
mangsa sudah tidak berdenyut.

• Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan
dada di bahagian luar.

OBJEKTIF RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)
:

• Memulihara mangsa yang tidak sedarkan diri.
• Memanjangkan masa kritikal mangsa sebelum bantuan

perubatan sampai.
• Mencegah kerosakan otak dengan mengembalikan aliran

darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang
jantungnya telah berhenti berdengup.
• Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
• Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.

This template was created by Slidesgo

URUTAN PENGENDALIAN RESUSITASI
KARDIOPULMONARI (CPR) :

▪ Kombinasi Teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada
iaitu pemulihan pernafasan peparu-jantung perlu diberikan
apabila mangsa tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas.

Terdapat tiga kemahiran asas Teknik pemulihan
pernafasan peparu jantung iaitu:

i. A: Airway (saluran pernafasan)
ii. B: Breathing ( pernafasan)
iii. C: Circulation ( peredaran darah)

A. AIRWAY (Saluran Pernafasan)

• utama kejayaan CPR ialah membuka saluran pernafasan
dan membetulkan posisi kepala mangsa kerana bahagian
belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang
pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri.

Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum di bahagian
bawah rahang, angkat lidah dan epiglotis daripada
bahagian belakang tekak untuk membolehkan saluran
pernafasan terbuka.
Letakkan telapak tangan anda ked ahi mangsa dan
perlahan-lahan memiringkan kepalanya, Kemudian dengan
tangan lain, perlahan angkat dagu mangsa ke hadapan
untuk membuka saluran pernafasan.

This template was created by Slidesgo

B: BREATHING (pernafasan)

Badan kita hanya mempunyai bekalan oksigen yang masih ada
dalam peparu dan jantung apabila pernafasan terhenti. Oleh
itu,apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa
akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan adalah cara
tercepat untuk membekalkan oksigen ke peparu mangsa.
Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh
bernafas sendiri atau professional terlatih sampai

This template was created by Slidesgo

Prosedur bantuan pernafasan:

I. Pastikan sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan
melihat pergerakan dada dan mendengar bunyi pernafasan
mangsa.

II. Rasa pernafasan dengan menggunakan pipi anda. Guna kaki
mangsa untuk menstabilkannya jika mangsa masih bernafas
dan tiada bukti kecederaan lain berlaku.

III. Letak mangsa pada kedudukan pemulihan.
IV. Letakkan mangsa mengiring.
V. Berikan satu hembusan nafas setiap 5 saat jika mangsa tidak
bernafas.
VI. Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya. Lekapkan
mulut anda ke mulut mangsa. Lakukan resusitasi mulut ke mulut.
Lihat pergerakan dada. Biarkan paru-paru mengempis di antara
dua hembusan.

C: CIRCULATION (Peredaran Darah)

Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru – paru, otak,
arteri koronari dan organ –organ

This template was created by Slidesgo

Prosedur:

1. Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau
sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di
dada.

2. Letakkan tangan di dada antara dua puting atau bahagian
ketiga di bawah sternum dan tekanan ke dalam 2 inci dan
tidak melebihi 2.4 inci pada kadar 80-100 kali seminit.

3. Tekan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus
dengan mengunci pergerakan siku) dan berat badan
ditujukan tegak ke bawah. Teruskan dengan dua hembusan
dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

4. Kira tekanan dengan ritma (irama) yang tetap contoh satu
dan dua dan tiga dan seterusnya lakukan dalam empat kitar,
kemudian periksa nadi dan pernafasan.

5. Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan
dada.

6. Jika ada nadi tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan
setiap lima saat.

This template was created by Slidesgo

ALAM SEKITAR

This template was created by Slidesgo

DEFINISI :

➢ Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup
yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau
sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa
komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi
sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia,
termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batubata, dan
sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.
Terdapat juga sumber sejagat semula jadi serta fenomena
fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara,
air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan
kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Iklim Malaysia :

Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam,
kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada
amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum
khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak
berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk.
Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa
hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada
musim monsun timur laut.

This template was created by Slidesgo

➢ Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu – batuan.Tiao
jenis batuan berbeza dari segi corak, bentuk, warna,
ketelusan air, cara pembentukan dan kekuatannya.

➢ Pengkelasan Batuna Dibuat Berdasarkan :

o Kandungan mineral iaitu jenis mineral yang terdapat di dalam
batuan.

o Tekstur batuan, saiz dan bentuk hablur mineral
o Struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral dalam batuan.

Jenis Batuan Dibahagikan Kepada 3 Kumpulan

I. Batuan Igneus – Terjadi akibat penyejukan dan pembekuan
magma dari gunung berapi

II. Batuan Enapan – Terjadi daripada enapan yang terkumpul di
kawasan perairan seperti sungai dan tasik.

III. Batuan Metamorfosis – Terjadi akibat tekanan dan haba
yang tinggi menyebabkan semua batuan sama ada igneus
dan enapan bertukar menjadi batuan metamorphosis.

This template was created by Slidesgo

Kepentingan Alam Sekitar :

Ekosistem
Stabil

Tarikan Habitat
Pelancong Terpelihara

Flora & Fauna Mengekalkan
Terpelihara Udara Bersih

َ‫وَلَتُ ْف ِس ُدواَفِيَا ْْل ْر ِضَب ْعدَإِ ْصَل ِحهاَوا ْد ُعوهَُخ ْوفًاَوطَمعًا ََ ِإ َّنَر ْحمتََّلَّل ِاَق ِري ٌبَ ِمن‬
َ‫ا ْل ُم ْح ِس ِنين‬
Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi, setelah
(diciptakan) dengan baik. Berdo’alah kepada-Nya dengan rasa

takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allâh sangat

dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. [al-
A’râf/7:56]

This template was created by Slidesgo


Click to View FlipBook Version