MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 DIRASMIKAN OLEH: YBHG. DATUK YAHYA BIN JAAFAR PENGERUSI PIBKS KEBANGSAAN KPM JUN 11 2023 DEWAN TERBUKA STEBB 2.30 PETANG
2.00 Petang: Pendaftaran Ibu Bapa 2.30 Petang: Ketibaan tetamu jemputan Ybhg. Datuk Yahya Bin Jaafar Pengerusi PIBKS Kebangsaan KPM : Nyanyian Lagu Bangsa Johor : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa oleh Ustaz Mu’adz bin Mohd Fauzi : Persembahan tarian : Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Usman Bin Awang : Ucapan Penasihat Pn. Norlia binti Mohamad Ramli Guru Besar SK Tebrau Bakar Batu : Ucapan Perasmian Ybhg. Datuk Yahya Bin Jaafar Pengerusi PIBKS Kebangsaan KPM : Penyampaian Cenderamata : Mesyuarat Agung PIBG Ke-47 4.30 Petang: Bersurai Tentatif Program
Ucapan alu-aluan Tuan Yang Dipertua PIBG Ucapan Penasihat Membentang dan memohon untuk disahkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 46 Membentang dan menerima penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022 Pembubaran dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Bagi Sesi 2023/2024 Pembentangan usul (jika ada) Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Agenda Mesyuarat
En Mu’adz Bacaan doa Pn Siti Noor Adiani Cik Noor Aina Shahira Pencatat Minit Pn Norliza Pn Nurwina Pn Wong Jiun Lan Pn Nuraishah Pn Afridasalisma Pn Nurlela Pn Khairunisya Pendaftaran En Mohd A’riff En Usman En Mohammed ‘Izzat En Zuhairizam En Misbah Pn Siti Nurul Huda Pn Laila Shahbana Persiapan tempat Cik Azerah Pn Nurul Farhana Pn Halila Cik Farihah Pn Izrynee Asmyee Cik Aliah Syafiqah Buku Program Pn Adibah Hanani Cik Zairyen Zulaikha Pn Normina Pn Rohani Pn Siti Noorul Shuhadah Sijil dan Cenderamata En. Mohd Amirul Farhan En. Razli Fotografi: Pn Nazahiyah Pn Diana Pn Asni Azura Jamuan En. Nur Muhammad En. Syamsul Syazwan En. Muhd Hairul Edil PA Sistem/ Siaraya En. Luqman Pn. Zuraidah Persembahan Jawatankuasa Kerja
Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta. Lagu Bangsa Johor Allah peliharakan Sultan 'Nugerahkan dia segala kehormatan Sihat dan ria, kekal dan makmur Luaskan kuasa menaungkan kami Rakyat dipimpini berzaman lagi Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan. Lagu Negaraku & Bangsa Johor
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 46 Sesi 2022/2023 TARIKH : 21 Mei 2022 (Sabtu) MASA : 10.00 pagi - 11.30 pagi TEMPAT : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu KEHADIRAN : 73/677 1. Ucapan alu-aluan YDP PIBG 1.1 En Mohd Nasir bin Mohd Khalid selaku pengerusi majlis mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PIBG kerana sudi meluangkan masa bagi menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. 1.2 Beliau berharap agar semua ibu bapa bersama-sama menyumbang tenaga mendidik anak-anak untuk kejayaan bersama. 1.3 Beliau meminta ahli-ahli menyemak agenda mesyuarat dalam buku program di muka surat dua. Makluman : Semua ibu bapa 2. Ucapan Ex-Officio 2.1 Puan Juliana mewakili Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana ramai yang hadir. 2.2 Puan Juliana memaklumkan kehadiran murid pada bulan Mac hingga Mei 2022, agak rendah. Hanya 83.6% murid yang hadir. 2.3 Puan Juliana memaklumkan terdapat ramai murid tahun 1 dan tahun 2 yang mengalami masalah 3M (membaca, menulis dan mengira). Program yang sedang berjalan adalah program Jom Baca. 2.4 Tuan Guru Besar memaklumkan seramai 400 orang murid masih lemah dalam mata pelajaran Jawi. Manakala terdapat 21 orang murid masih lemah dalam penguasaan sifir. Minit Mesyuarat
2.5 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada En. Mohd Nasir selaku Yang Dipertua PIBG kerana telah berkhidmat sebagai YDP PIBG selama 31 tahun dan banyak memberi sumbangan kepada sekolah. 2.6 Tuan Guru Besar juga memaklumkan bahawa sebanyak 44% keluarga telah memberi sumbangan PIBG pada tahun 2021. 2.7 Puan Juliana juga menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke sekolah supaya kehadiran meningkat dan penguasaan dalam bidang akademik juga meningkat. Beliau juga berharap mesyuarat hari ini dapat dijalankan dalam suasana yang muhibbah. Makluman : Semua ibu bapa 3. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 3.1 En. Mohd Zany bin Mohd Fauzi selaku Setiausaha Agung PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dan meminta semua ahli merujuk pada bahagian minit mesyuarat dalam buku program di muka surat 7 hingga 10. 3.2 Pn Nurul Idayu binti Ibrahim mencadangkan minit Mesyuarat Agung PIBG SK Tebrau Bakar Batu kali ke-45 disahkan. Cadangan disokong oleh En Abdul Muntalib bin Sikun. 4. Pembentangan laporan kewangan. 4.1 En. Mohammad A’riff bin Azizan selaku bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan PIBG bermula 01.01.2021 berakhir 31.12.2021 sebanyak RM 13 456.15 dan baki tunai sebanyak RM 143.35. 5. Pembentangan usul 5.1 Pengerusi memaklumkan sebanyak 3 usul diterima. Semua usul telah diterima demi kebaikan sekolah. 5.2 Terdapat usul daripada Pn Hamimah untuk menyediakan loker bagi mengatasi masalah beg sekolah yang berat. 5.3 Usul daripada penduduk kampung agar tidak menggunakan Pintu B untuk menghantar dan mengambil murid kerana pintu B pada mulanya adalah untuk pengusaha kantin. Kesesakan lalu lintas berlaku pada waktu pagi kerana pihak sekolah memohon untuk membuat Jalan Sehala.
5.4 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa loker untuk menyimpan buku tidak dapat diteruskan kerana keadaan loker yang telah uzur, kemek dan kunci telah tiada. Pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengubah jadual waktu sekolah. Bagi Tahap 1, hanya 3 hingga 4 subjek sehari dan bagi Tahap 2, hanya 5 hingga 6 subjek sehari. Keadaan kelas yang sempit dan bilangan murid yang ramai menyebabkan loker tidak boleh digunakan. 5.5 Tuan Guru Besar juga memaklumkan, pintu B dibuka kerana arahan KPM dan KKM untuk mengurus murid hadir dan pulang dari sekolah tanpa sentuhan. Pihak sekolah juga telah memohon daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membuat Jalan Sehala. Jalan sehala hanya pada jam 6.30-7.30 pagi. 5.6 Usul daripada Puan Juliana agar dikekalkan kadar sumbangan PIBG iaitu sebanyak RM50 satu keluarga . Usul diterima sebulat suara oleh ahli-ahli. 6. Pembubaran dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Sesi 2022-2023 6.1 Pengerusi membubarkan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021-2022. 6.2 Pn Nurul Hidayah binti Abdul Rahim mencadangkan Pn Juliana sebagai pengerusi sementara. Cadangan diterima oleh Pn Juliana. 6.3 Tuan Guru Besar membentangkan nama-nama ahli jawatankuasa dalam kalangan guru. Setiausaha : En. Mohd Zany bin Mohd Fauzi Bendahari : En. Mohammad A’riff Bin Azizan AJK : En. Muhammad Amirul Farhan Bin Muhammad Azmi En. Mohd Zulnawareen Bin Mad Yusof Pn Nazahiyah Binti Manshor En. Muadz Bin Mohd Fauzi Pn Christina A/P Selvanathan 6.3.1 Pn Christina A/P Selvanathan mencadangkan En Usman bin Awang sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023. Cadangan disokong oleh En Muhammad ‘Izzat Syimir bin Salleh. 6.3.2 Pn Norlela mencadangkan Pn Diana Binti Aris sebagai YDP, Pn Diana menolak cadangan tersebut dan kekal menjadi AJK sahaja. En Muhammad ‘Izzat Syimir bin Salleh mencadangkan cadangan ditutup. En Usman bin Awang dilantik sebagai YDP PIBG bagi sesi 2022/2023.
6.3.3 En Razli bin Awang Din mencadangkan En Norhamizan bin Mohamad sebagai NYDP. Cadangan disokong oleh Pn Nurul Hidayah. Pn Kamariah mencadangkan cadangan ditutup. Sokongan sebulat suara. 6.3.4 Pn Nurlela binti Yuirman mencadangkan Pn Zuraini binti Rasdi, Pn Khairunisya, Pn Kamariah, Pn Hafidah, Pn Aisyah. 6.3.5 En Safuan bin Mohd Akil mencadangkan Pn Norazah binti Malik. 6.3.6 En Muhammad ‘Izzat Syimir bin Salleh mencadangkan Pn Norlela binti Yuirman. Cadangan ditutup oleh Muhammad ‘Izzat Syimir bin Salleh. Sokongan sebulat suara. 6.3.7 Pn Hamidah binti Yusof kekal sebagai Juru Audit. 7. Hal-Hal Lain 7.1 En Zainal Abidin memohon agar tiada lagi kes buli dalam kalangan murid. En Mohd Zany menerangkan tiada isu buli yang berlaku. Murid tersebut hanya bergurau dan bermain. En Zany meminta ibu bapa untuk menasihati anak-anak agar tidak bergurau secara berlebihan. Makluman : Semua ibu bapa 8. Ucapan Penangguhan 8.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ibu bapa melantik beliau sebagai YDP. Semoga AJK PIBG yang baharu dapat bekerjasama dalam satu kumpulan bagi membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (MOHD ZANY BIN MOHD FAUZI) (USMAN BIN AWANG) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SK Tebrau Bakar Batu. SK Tebrau Bakar Batu.
Laporan Kewangan
Zon Nama Kampung Bakar Batu ................................................ ................................................ 1. 2. Stulang / Iskandar ................................................ ................................................ 1. 2. P.P.R Hajah Hasnah ................................................ ................................................ 1. 2. Bayu Puteri ................................................ ................................................ 1. 2. Pelantikan AJK PIBG Ex– Officio : Pn Norlia binti Mohamad Ramli Yang Dipertua : ……………………………………………………… Naib Yang Dipertua : ……………………………………………………… Setiausaha : ……………………………………………………… Naib Setiausaha : ……………………………………………………… Bendahari : ……………………………………………………… Ahli Jawatankuasa Guru 1 ) ……………………………………………………… 2 ) ……………………………………………………… 3 ) ……………………………………………………… 4 ) ……………………………………………………… 5) ……………………………………………………… Ahli Jawatankuasa Ibubapa Juruaudit: ............................................................
BIL NAMA NAMA ANAK USUL 1 ZANARIAH BINTI SULAIMAN MUHAMMAD ALIF DANIAL BIN ABDUL QAYYUM (2 KRISTAL) MEMBUKA SEMULA TEMPAHAN BAJU KO-KURIKULUM SEKOLAH 2 NURLELA BINTI YUIRMAN NUR ARDIRA BINTI MOHD RASHID (5 KRISTAL) SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH (RM10) KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH (RM10) SUMBANGAN PIBG DIKEKALKAN RM50 UNTUK 1 KELUARGA. TAMBAHAN SUMBANGAN BOLEH DIKUTIP UNTUK MAJLIS BERIKUT: 1. 2. Usul-usul