The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 2025.2docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalhayatiunisel, 2025-03-14 04:16:33

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 2025.2docx

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 2025.2docx

1 SRA SIMPANG LIMA 45300 SUNGAI BESAR, SELANGORMESYUARATAGUNGTAHUNANPIBGKALIKE–23TARIKH : 15 MARCH2025 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN AS-SYAFI’E, SRASIMPANGLIMADIRASMIKANOLEH: DR. HAJI MOHD HISYAM BIN SURGI Pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al insaniahMalaysia


2 ISI KANDUNGANBIL PERKARA HALAMAN1. ATURCARA MAJLIS 32. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 43. UCAPAN GURU BESAR 54. SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2026 65. SENARAI NAMA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM76. SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN 87. AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE - 23 98. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-22 TAHUN 2024 10–149. LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2024 – 2025 1510. JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASAPIBG SESI 2024/2026 1611. PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2024 17–1812. USUL DAN CADANGAN 1913. PENGHARGAAN 2014. LAMPIRAN 21


3 ATURCARA MAJLIS 8.30 PAGI : Pendaftaran IbuBapa  9.00 PAGI : Majlis Perasmian - : Kata-Kata Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa. : Ucapan Aluan NYDP PIBG : Ucapan Puan Guru Besar : Ucapan Perasmi: DR.HAJI MOHD HISYAM BIN SURGI Pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al insaniah Malaysia: Penyampaian Cenderahati Perasmi Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-23/ 2025 dimulakan1. Ucapan NYDP PIBG (Pengerusi Majlis) 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke-223. Perkara Berbangkit 4. Pembentangan Laporan Aktiviti 2024 5. Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 2024 6. Pembentangan Usul Ibu Bapa 2025 7. Hal-Hal Lain 8. Ucapan Penangguhan : CABUTAN BERTUAH : Bersurai.


4 لسالم عليكم ورحمة ا وبركاته. لمحمللربلسعلمين,ولسالةولسالم علىأشرفللنبياءوللرسلين,وعلىأسهوصحبهأجمعين. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberi kita peluang untuk berkumpul pada pagi ini dalamkeadaan sihat walafiat. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Agama Simpang Lima pada hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkankomitmen yang tinggi terhadap pendidikan dan kemajuan anak-anak kita. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya merasa amat berbesar hati dapat bersama-sama dalam mesyuarat yangpenting ini. Ini adalah peluang yang baik bagi kita semua untuk berbincang dan memperkukuhkan hubungan antara pihaksekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam usaha memajukan pendidikan di Sekolah Rendah Agama Simpang Lima. Mesyuarat Agung ini adalah satu platform untuk kita merancang, berbincang, dan mencari jalan terbaik bagi memastikan sekolah kita terus mencapai kecemerlangan dalam segala aspek – dari segi akademik, kokurikulum, sertapembentukan sahsiah pelajar. Semua ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa, danjuga komuniti setempat. Saya yakin bahawa hanya dengan semangat kerjasama yang tinggi, kita dapat memastikan anak- anak kita mendapat pendidikan yang terbaik. Para ibu bapa dan penjaga, Peranan anda sangat penting dalam perjalanan pendidikan anak-anak. Tanpasokongan padu daripada anda, kejayaan yang kita capai selama ini tidak akan dapat direalisasikan. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan amat memberi impak positif kepada perkembangan anak-anak kita. Semoga kita terus berganding bahu untuk mencipta persekitaran yang lebih baikdan lebih kondusif bagi anak-anak kita berkembang. Para guru dan staf sekolah yang dihormati, Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semuaguru dan tenaga pengajar yang telah memberikan dedikasi yang tidak terhingga dalam mendidik anak-anak kita. Andasemua adalah tonggak utama dalam kejayaan sekolah ini, dan tanpa usaha serta komitmen anda, kejayaan yang kita raihtidak akan tercapai. Terima kasih diucapkan atas segala usaha yang dilakukan. Akhir kata, saya berharap mesyuarat pada hari ini akan berlangsung dengan lancar dan penuh manfaat. Saya jugaberharap agar setiap ahli PIBG dan hadirin dapat memberi sumbangan idea dan cadangan yang bernas dalammesyuarat ini. Semoga segala perbincangan yang dijalankan dapat memberi manfaat besar kepada sekolah dan anak-anak kita. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. …………………………………... (EYANG WILIS WIKU B. JAAFIR) Yang Dipertua PIBG SRA Simpang Lima SEKAPUR SIRIH YANG DI PERTUA PIBG SRA SIMPANG LIMA


5 لسالم عليكم ورحمة ا وبركاته. لمحمللربلسعلمين,ولسالةولسالم علىأشرفللنبياءوللرسلين,وعلىأسهوصحبهأجمعين. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi MuhammadS.A.W, seluruh keluarga dan para sahabat. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG, para ibu bapa dan penjaga di atas kebertanggungjawaban, keprihatinan, kerjasama dan komitmen yangtelah diberikan kepada pihak sekolah. Dengan adanya mesyuarat yang seumpama ini, ia adalah sebagai satu wadah yang terbaik kepada ibu bapa danpihak sekolah, khususnya guru-guru untuk bersama-sama menyalurkan, berkongsi idea dan memberi cadangan sertapendapat dalam usaha kita menjana kemajuan dan prestasi sekolah, yang paling utama bagi mempertingkatkankecemerlangan anak-anak. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak haruslah diteruskan dan dipereratkanlagi agar dapat bersama-sama memperoleh manfaatnya. Bagi kami di sekolah, telah merangka dan merencana pelbagai program dan aktiviti serta mengatur langkah yangproaktif untuk menjadikan anak-anak lebih cemerlang dan berakhlak mulia di dunia dan akhirat, insha Allah. Kesemuaaktiviti yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu pijhak sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi anak-anakdalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Gabungan antara PIBG dan sekolah ini secara tidak langsung dapat meyelesaikan permasalahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar waktu persekolahan. Maka itulah peranan PIBGamat besar sekali bagi memastikan kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah. Mudah-mudahan perancangan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan mendapat kerjasamasepenuhnya daripada ibu bapa. Dapat menghasilkan kejayaan yang padu kepada anak-anak juga pihak sekolah. Tanpakerjasama dan komitmen daripada PIBG siapalah kami. Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu hati bagi memastikan hasrat dan tujuan yangkita cita-citakan menjadi kenyataan, insha Allah. Sekian terima kasih. …………………………………... (ROS ANIZAH BINTI HAMZAH) Guru Besar (Penasihat PIBG). SRA Simpang Lima SEKAPUR SIRIH PUAN GURU BESAR SRA SIMPANG LIMA


6 BIL NAMA JAWATAN1. PN. ROS ANIZAH BINTI HAMZAH PENASIHAT2. EN. EYANG WILIS WIKU BIN JAAFIR YANGDIPERTUA3. PN. INTAN HAZIRA BINTI HARUN ANWAR NAIB YANGDIPERTUA4. CIK. NOR AMAL HAYATI BINTI AMZAH SETIAUSAHA5. EN. AMIROL AKMAL BIN MAT JELANI NAIBSETIAUSAHA6. PN. NAJDATUZZAHIAH BINTI SARBINI BENDAHARI 7. EN. MOHD YUSOF BIN GIMAN AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA8. EN. SYAMSUL ZAMRI BIN SANUSI AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA9. EN. TAUFIK BIN YAHYA AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA10. EN. MUHAMMAD SAMAN BIN KASIM AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA11. PN. ROSEMAWATI BT PAIMIN AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA12. PN. RUZILAWATI BT MASHOR AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA13. PN. NORHANIZA BINTI ROSLEE AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA14. PN. NURUL AIN BINTI ABD KARIM AHLI JAWATANKUASAIBUBAPA15. PN. MASAMAH BINTI RAMLI AHLI JAWATANKUASAGURU16. PN. SITI KHADIJAH BT MOHD ANUAR AHLI JAWATANKUASAGURU17. PN. SITI ROHANA BT SAMSUDIN AHLI JAWATANKUASAGURU18. PN. ZAHANUN BT DZIMYATI JURUAUDITDALAMGURU19. PN. NORAINI BINTI SALEHUDDIN JURUAUDITDALAMIBUBAPASENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024-2026 SEK. REN. AGAMA SIMPANG LIMA


7 PENYAMBUT TETAMU * PN. GURU BESAR * YANG DI PERTUA PIBG * SEMUA AJK PIBG & SEMUA GURU-GURUPENDAFTARAN * PN. ROHANA BT JAMARI * CIK. FAUZIAH BT MD SARANI * PN. INTAN HAZIRA BT HARUN ANWAR * PN. NORAINI BINTI SALEHUDDIN PENGERUSI MAJLIS * CIK NURUL IZZAH BT RUSANI PENCATAT MINIT/ BUKU PROGRAM & SIJIL * CIK. NOR AMAL HAYATI BT AMZAH * EN. AMIROL AKMAL B JELANI * PN. MADIHAH BT SAIRAN DEWAN * PN. SITI FATIMAH BT MOHD CHUAINI * PN. SAKINAH BT SULAIMAN * PN. SITI ROHANA BT SAMSUDIN * PN. NORHANIZA BT ROSLEE * PN. NURUL AIN BT ABD KARIM * EN. MOHD YUSOF B GIMAN * EN. SYAMSUL ZAMRI B SANUSI HADIAH * PN. ZAHANUN BT DZIMYATI * PN. NADJATUZZAHIAH BT SARBINI * PN. MASAMAH BT RAMLI * PN. SITI KHADIJAH BT MOHD ANUAR * PN. NUR AZRA AZMINA BT ROMIDI P.A SISTEM & BACAAN DOA * EN. AMIROL AKMAL B JELANI * EN. TAUFIK B YAHYA * EN. MUHAMMAD SAMAN B KASIMJAMUAN VIP & PENJAGA * PN. ROHANIM BT MD YASSIN * PN ROSLIZA BT SABIRIN * PN. ROSEMAWATI BT PAIMIN * PN. RUZILAWATI BT MASHOR AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23/ 2025 SEK. REN. AGAMA SIMPANG LIMA


8 1. PN. ROS ANIZAH BT HAMZAH PUAN GURU BESAR 2. PN. MASAMAH BINTI RAMLI GURU PEN. KANAN PENTADBIRAN (GPKP) 3. PN. SITI KHADIJAH BT MOHD ANUAR GURU PEN. KANAN 2 (HEM) 4. EN. AMIROL AKMAL B JELANI GURU TAHUN 6 AL-WASI’ 5. PN. SAKINAH BT SULAIMAN GURU TAHUN 6 AN-NAFI’ 6. CIK. FAUZIAH BT MD SARANI GURU TAHUN 5 AL-WASI’ 7. PN. NAJDATUZZAHIAH BT SARBINI GURU TAHUN 5 AN-NAFI’ 8. PN. SITI ROHANA BT SAMSUDIN GURU TAHUN 4 AL-WASI’ 9. PN. ZAHANUN BT DZIMYATI GURU TAHUN 4 AN-NAFI’ 10. PN. NUR AZRA AZMINA BINTI ROMIDI GURU TAHUN 3 AL-WASI’ 11. PN. ROHANA BT JAMARI GURU TAHUN 3 AN-NAFI’ 12. CIK NURUL IZZAH BT RUSANI GURU TAHUN 2 AL-WASI’ 13. CIK. NOR AMAL HAYATI BT AMZAH GURU TAHUN 2 AN-NAFI’ 14. PN. SITI FATIMAH BT MOHD CHUAINI GURU TAHUN 1 AL-WASI’ 15. PN. ROHANIM BT MD YASSIN GURU TAHUN 1 AN-NAFI’ 16. PN ROSLIZA BT SABIRIN GURU BEREDAR 17. PN. MADHIHA BT SAIRAN PEMBANTU TADBIR 18. EN. SHAMSULMUNIR B HJ. HASHIM PEMBERSIH KAWASAN SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SEK. REN. AGAMA SIMPANG LIMA 2025


9 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis. 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Kali ke-22/2024. 3. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan / Aktiviti PIBG2024. 4.Membentang dan menerima Penyata Kewangan pada 1 Januari hingga31Disember 2024. 5. Pembentangan usul/ cadangan. 6. Hal-hal lain . 7. Ucapan penangguhan. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 23/2025


10 PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPADANGURU(PIBG) KALI KE-22/ 2024 SEKOLAH RENDAH AGAMA SIMPANG LIMA, SUNGAI BESAR. TARIKH : 22HB. MEI 2024 (RABU) MASA : 8.30 PAGI. TEMPAT : DEWAN AS-SYAFI’E, SRA. SIMPANG LIMA. PERASMI : YANG BERBAHAGIA, TUAN HAJI MARDI BIN HAJI SUKIR (PENGERUSI JEMAAH PENGARAH PPK PASIR PANJANG ) KEHADIRAN : * IBU BAPA = 99 orang * GURU/ STAF = 17 orang * AJK PIBG = 8 orang JUMLAH = 124 orang 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS ( EN. AMIROL AKMAL B. MAT JELANI) 1.1 Beliau memulakan majlis dengan serangkap pantun dan kata-kata pujangga. Lafaz AssalamualaikumdanSelawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Juga kata-kata hormat dengan mengalu-alukankehadiran perasmi, Tn. Hj. Mardi Bin Haji Sukir (Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Pasir Panjang), PuanGuru Besar (Ustazah Ros Anizah Binti Hamzah), YDP PIBG (Pn. Hjh. Norlaili Bt Selamat), GPK1danGPK 2 (HEM), Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru dan semua ibu bapa dan hadirin yang hadir pada pagi ini. 1.2 Beliau juga memimpin bacaan doa. Memohon ke hadrat illahi agar majlis yang dilaksanakan pada hari ini berjalan dengan lancar. 2. UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG (TN. HAJI MOHAMAD ISA B. KOSMO) 2.1 Beliau memulakan ucapannya dengan lafaz Basmallah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. danlafaz Salam. 2.2 Memulakan bicara dengan ucapan terima kasih kepada perasmi majlis Yang Berbahagia Tn. Hj. Mardi Bin Haji Sukir kerana sudi hadir pada hari ini. 2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa beliau menggantikan YDP PIBG untuk berucap hari ini kerana YDPPIBG kurang sihat. 2.4 Beliau berterima kasih pada semua kerana kehadiran pada hari ini ramai dan memberangsangkan. Mungkin kerana ada elaun Sabar Menanti yang diberikan oleh pihak sekolah, seloroh beliau. Beliaujugadengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua ibu bapa/penjaga yang telah menghantar anak-anak ke sekolah SRA Simpang Lima. 2.5 Jutaan terima kasih juga kepada Puan Guru Besar dan barisan guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar, mendidik serta membimbing anak-anak dengan jayanya, Alhamdulillah. Ini terbukti dengankejayaan anak-anak SRA Simpang Lima yang telah mendapat keputusan dalam UPKK 2023 yanglalu. Tahniah buat semua. 2.6 Beliau memberitahu bahawa peranan PIBG sebagai tempat utama yang membolehkan ibu bapa danguruberkongsi idea, bertukar pendapat dan maklumat mengenai pendidikan semasa dan method untukmeningkatkan prestasi akademik dan Ko-kurikulum pelajar., 2.7 Beliau menyeru dan mengajak semua ibu bapa yang hadir untuk bersama-sama membantu pihak sekolahdalam memberi tumpuan kepada nilai dan aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Ia bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Mudah-mudahan ilmu yang diberikan kepada anak-anak sekalian akan menjadi insanyang berguna dan berjaya dunia dan akhirat kelak, amin. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22/2024


11 2.8 Beliau akhiri ucapannya dengan memohon ribuan kemaafan kepada ibu bapa dan guru-guru jika adakesalahan dan kelemahan. Beliau memohon dan berharap semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan izinAllah SWT, Insya-Allah. Lafaz salam mengakhiri bicara. 3. UCAPAN PUAN GURU BESAR (USTAZAH ROS ANIZAH BINTI HAMZAH) 3.1 Ucapan terima kasih kepada tuan pengerusi majlis. Memulakan ucapan dengan lafaz Basmallahdanselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan lafaz Salam.. 3.2 Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada perasmi, Yang Berbahagia Tn. Hj. Mardi BinHaji Sukir di atas kesudian beliau meluangkan masa bagi meghadiri majlis pada hari ini. Dan ini jugamerupakan kali pertama bersua muka, Alhamdulillah. 3.3 Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha YDP PIBG, NYDP PIBG, AJKPIBG, guru- guru dan semua ibu bapa serta anak-anak yang diraikan kerana sudi hadir pada pagi hari ini. 3.4 Beliau memaklumkam dengan adanya mesyuarat ini menjadikan satu wadah bagi guru-guru dan ibubapauntuk berkongsi idea. 3.5 Akademik/ kurikulum : 3.5.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan yangcemerlang untuk UPKK 2023 yang lalu. 3.5.2 Untuk makluman semua, pada tahun ini terdapat sedikit perubahan untuk silibus UPKKJAKIM2024. Diharap anak-anak yang bakal menghadapi UPKK kali ini akan terus berusaha lebih gigihlagi untuk kejayaan di masa akan datang. 3.6 Puan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan semua sumbangan yang telahdiberikan kepada pihak sekolah iaitu Yang DiPertua PIBG, Naib Yang DiPertua PIBG, AJKPIBGdansemua individu-individu yang terlibat. 3.7 Ucapan terima kasih, dan lafaz maaf serta salam mengakhiri ucapan beliau. 4. UCAPAN PERASMI (YANG BERBAHAGIA TN. HJ. MARDI BIN HAJI SUKIR - (PENGERUSI JEMAAH PENGARAH PPK PASIR PANJANG) 4.1 Lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, bacaan doa danlafaz salam sebagai pembuka bicara. 4.2 Ucapan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, kata-kata aluan buat Puan Guru Besar, Guru-guruPenolong Kanan, YDP dan NYDP PIBG, dan ibu bapa yang hadir. 4.3 Beliau memaklumkan bahawa PPK Pasir Panjang ditubuhkan pada 21 Julai 1983 merangkumi MukimPasir Panjang dan Mukim Pancang Bedena. 4.4 Beliau juga memaklumkan PPK Pasir Panjang juga mengedarkan racun dan baja kepada ahli-ahlinya. Selain itu, pihak PPK juga mengadakan jualan untuk korban pada tahun ini. 4.14 Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG, Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa di atas jemputanini. Memohon semua yang hadir memanjatkan doa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik untukmeneruskan segala urusan yang telah dirancang. 4.15 Dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PersatuanIbuBapa Dan Guru (PIBG) kali ke-22 tahun 2024. Lafaz salam mengakhiri ucapan beliau. 5. PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG UPKK 2023. 5.1 Tuan Pengerusi majlis menjemput Yang Berbahagia Tn. Hj. Mardi Bin Haji Sukir dengan diiringi PuanGuru Besar dan YDP PIBG untuk menyampaikan anugerah kepada murid yang cemerlang 6A, 7Adan8A dalam UPKK tahun lalu. Anugerah diberikan kepada murid dengan diiringi bersama ibu dan bapamasing-masing.


12 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) KALI KE-22/ 2024 SEKOLAH RENDAH AGAMA SIMPANG LIMA, SUNGAI BESAR. 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (YANG DIPERTUA PIBG) 1.1 YDP PIBG memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian ibu bapa dan hadirin yang masih setia menanti hingga ke kemuncaknya. Menjemput semua Ajk untuk berada di barisan hadapan untuk memulakanmesyuarat. 1.3 Beliau amat bersyukur kerana kehadiran di kalangan ibu bapa/penjaga pada hari ini yang sangat memberangsangkan. 1.4 Menyampaikan salam daripada 2 orang Ajk PIBG yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat ini, atasurusan yang tidak dapat dielakkan. 2. MEMBENTANG DAN MEGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22/ 2024. 2.1 Puan Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dari halaman 9 hingga 14, untuk diterimadan disahkan. Pencadang : Pn. Nurul Ain Disokong : Cik Zuliana Dipersetujui sebulat suara. 3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN TAHUNAN / AKTIVITI PIBGTAHUN2023-2024 3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG yang lalu pada halaman 15 untuk diterima dandisahkan. Pencadang : Pn. Mariam binti Abdullah Disokong : Pn. Zamlanawati binti Parlan Dipersetujui sebulat suara. 4.MEMBENTANG DAN MEGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERMULADARIJANUARI HINGGA DISEMBER 2023 4.1 Puan Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2023dari halaman 17 untuk diterima dan disahkan. 4.2 Beliau menjelaskan jumlah terimaan pada 2023 (Jan.-Dis.) sebanyak RM 25,523.45. Baki bagi tahun2022 sebanyak RM 56,226.26 Oleh itu jumlah besar terimaan berjumlah RM81,749.71. Jumlahperbelanjaan pada tahun 2023 yang lalu adalah sebanyak RM 34,316.40. Maka dengan itu, jumlahbaki sehingga Disember 2023 berjumlah RM 47,433.31 Pencadang : Pn. Nurfalina bt Abd Latif Disokong : Pn. Zuliana Dipersetujui sebulat suara. 5. PEMBUBARAN AJK PIBG 2022-2024 DAN PERLANTIKKAN AJK PIBG 2024-2026. 5.1 Puan YDP PIBG memaklumkan pada semua bahawa perlantikan AJK PIBG ini akan dilantik selamadua tahun.dan mesyuarat pula akan diadakan sebanyak empat kali setahun. 5.2 Beliau mengucapakan ribuan terima kasih serta memohon ampun dan maaf kepada semua sepanjangpentadbiran beliau dan AJK yang lama. Dengan rasminya beliau membubarkan AJK PIBG2022-2024dan menyerahkan majlis kepada Ustazah Siti Khatijah untuk mempengerusikan Perlantikkan AJKPIBG2024-2026


13 6. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 6.1 Ustazah Siti Khatijah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan YDP kerana melantik beliausebagai puan pengerusi sementara untuk pelantikkan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2024-2026. 7. PEMILIHAN AJK PIBG 2024-2026. 7.1 Puan Pengerusi memaklumkan bahawa AJK PIBG yang hadir dikekalkan 7.2 Beliau juga memaklumkan bahawa AJK dikalangan guru juga dikekalkan kerana masih baru dilantik. 7.3 Pelantikan AJK PIBG 2024-2026 di kalangan ibu bapa: YDP PIBG : En. Eyang Wilis Wiku bin Jaafir NYDP PIBG : Pn. Intan Hazira binti Harun Anwar Wakil Bapa : - En. Taufik bin Yahya - En. Muhammad Saman bin Kasim Wakil Ibu : - Pn. Norhaniza binti Roslee - Pn. Nurul Ain binti Abd Karim Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Noraini binti Salehuddin 7.4 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih pada semua kerana memberi peluang untuk mengendalikanpelantikkan AJK PIBG 2024-2026. Beliau menjemput YDP dan AJK PIBG 2024-2026 untuk meneruskanagenda seterusnya. 8. MEMBAHASKAN USUL/ CADANGAN. 8.1 Puan Norlaili binti Selamat mencadangkan elaun untuk Setiausaha dan Bendahari diberikan sebanyakRM 50.00 bagi setiap kali mesyuarat oleh pihak PIBG. Dipersetujui semua. 8.2 Puan Siti Hajar Bt Mohd Taib memohon penjelasan tentang apakah strategi untuk anaknya menghadapi UPKK setelah ada penukaran silibus dari 8A kepada 9A. Ustazah Siti Khatijah menerangkan bahawapihak sekolah belum mendapat tarikh yang sebenar untuk UPKK. Pihak guru akan mengajar silibusJAIS terlebih dahulu dan silibus JAKIM akan diajar pada waktu kelas tambahan. 8.3 Puan Umirah Solehah binti Selamat bertanya tentang penjualan makanan ringan dan harga makanandi kantin sekolah serta penjualan cop di koperasi sekolah. Puan Guru Besar memaklumkan bahawa hargamakanan terkawal dan mengikut perjanjian asal. Untuk makanan ringan tersebut telah diberi peringatansupaya tidak kerap menjual makanan tersebut. Koperasi sekolah juga hanya menjual barangan yangberfaedah sahaja seperti pensil, pemadam, dan sebagainya. Tuan YDP juga memberi nasihat tentangisuberkenaan dan mencadangkan menu sihat dari ibu bapa 8.4 Puan Azah Bt Adnan mencadangkan supaya pihak kantin menyediakan makanan yang mengenyangkanseperti nasi lemak, mihun sup atau mi goreng disebabkan anak-anak tidak sempat untuk makan di rumah. Beliau juga bersetuju penjualan makanan ringan perlu dikurangkan. 8.5 Ustaz Amirol Akmal Bin Md Jelani mencadangkan supaya ibu bapa mengambil awal anak mereka. Sekiranya terlewat, ibu bapa perlu memaklumkan pada guru anak mereka. 8.6 Puan Maisarah Bt Md Yasin mencadangakan supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak PPKI danbersekolah di sekolah agama, perlu memastikan anak-anak mereka pandai mengurus diri. UstazahSiti Khatijah Bt Salamon membuat maklumbalas berkenaan isu tersebut. Mulai tahun 2024 melalui pentadbiran yang baru, pihak sekolah memang tidak mengambil anak-anak PPKI ini. Beliaujugamenerangkan tentang PBD dan IHES. 8.7 Puan Intan Hazira Bt Harun Anwar berharap ibu bapa memastikan anak-anak ke sekolah memakai kasut sekolah, bukan selipar. Selain itu, beliau meminta ibu bapa tidak menghantar anak-anak di dalamkawasan pagar sekolah. Beliau juga berharap ibu bapa yang mengambil anak selepas waktupersekolahan, tidak mengambil anak-anak di depan pagar sekolah untuk memastikan kelancaranlalulintas di kawasan sekolah.


14 8.8 Puan Norhaniza Bt Roslee menjawab usul tentang isu kantin. Beliau memaklumkan bahawa kantinmenjual makanan mengikut menu yang telah disediakan. Beliau juga mengingatkan supaya ibu bapatidak membenarkan anak-anak membawa makanan ringan dari luar untuk mengelakkan keracunanmakanan. 9. HAL-HAL LAIN - Tiada. 7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 En. Eyang Wilis Wiku mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan keprihatinan daripada ibubapa yang telah hadir pada hari ini dan beliau amat berharap agar semua ibu bapa dapat bersama-samaberusaha dan memberikan komitmen yang jitu dalam mencapai kecemerlangan rohani dan jasmani anak- anak. 7.2 Beliau memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan sepanjang beliau mempengerusikan mesyuarat ini dan beliau juga memohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan AJK PIBG dalammenjalankanperanannya selama ini. Beliau akhiri kata-katanya dengan lafaz salam. * Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.32 pagi dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-‘Asr. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………………………. …………………………………………(NOR AMAL HAYATI BINTI AMZAH) (EN. EYANG WILIS WIKUB. JAAFIR) Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBGSRA Simpang Lima SRA Simpang Lima


15 BIL PERKARA 1. Mengeluarkan kos untuk elaun Kelas Tambahan Tahun5dan 6 2024. 2. Mengeluarkan kos Majlis Hari Kecemerlangan MuridTahun2024. 3. Mengurus dan mengadakan Sambutan Hari Guru SRASimpang Lima. 4. Mengeluarkan kos untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri. 5. Mengelurkan kos untuk Program LADAP Guru bawahUnit Perkembangan Staff. 6. Mengeluarkan kos untuk Mesyuarat Agung PIBGKali Ke- 22/2024. 7. Mengeluarkan kos untuk Program Maal Hijrah. 8. Mengeluarkan kos untuk Motivasi Murid Tahun 5 dan6. 9. Mengeluarkan kos untuk Sambutan Hari Kemerdekaan. LAPORAN TAHUNAN / AKTIVITI PIBG SEK. REN. AGAMA SIMPANG LIMA 2024


16 BIL. NAMA TARIKH 24/7/2024 07/10//2024 07/10//2024 27/02/2025 1. PN. ROS ANIZAH BINTI HAMZAH / / / / 2. EN. EYANG WILIS WIKU BIN JAAFIR / / / / 3. PN. INTAN HAZIRA BINTI HARUN ANWAR 0 0 / 0 4. CIK. NOR AMAL HAYATI BINTI AMZAH 0 / / / 5. EN. AMIROL AKMAL BIN MAT JELANI / / / 0 6. PN. NAJDATUZZAHIAH BINTI SARBINI 0 / / / 7. EN. MOHD YUSOF BIN GIMAN / / 0 0 8. EN. SYAMSUL ZAMRI BIN SANUSI 0 0 0 0 9. EN. TAUFIK BIN YAHYA 0 0 0 0 10. EN. MUHAMMAD SAMAN BIN KASIM 0 0 0 0 11. PN. NORAINI BINTI SALEHUDDIN / / / / 12. PN. ROSEMAWATI BINTI PAIMIN / 0 / / 13. PN. RUZILAWATI BINTI MASHOR 0 / / 0 14. PN. NORHANIZA BINTI ROSLEE / 0 0 / 15. PN. NURUL AIN BINTI ABD KARIM / / / / 16. PN. SITI KHATIJAH BINTI SALAMON 0 / / - 17. PN. SITI KHADIJAH BINTI MOHD ANUAR / / / / 18. PN. SITI ROHANA BINTI SAMSUDIN / 0 0 / 19. PN. ZAHANUN BINTI DZIMYATI / / / / JUMLAH KEHADIRAN 11/19 12/19 13/19 11/19 / - Hadir 0– Tidak Hadir P– Proksi KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG


17 PENYATA KEWANGANPIBGBERMULA JANUARI - DISEMBER2024SEK. REN. AGAMA SIMPANGLIMA


18


19 USUL DAN CADANGAN2025BIL NAMA PENGUSUL USUL 1. 2. 3.


20 1. Yang Berbahagia DR.HAJI MOHD HISYAM BIN SURGI Pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al insaniah Malaysia 2. Yang Di Pertua PIBG, Naib Yang Di Pertua PIBG dan Ahli JawatankuasaPIBG SRA Simpang Lima. 3. Puan Guru Besar, Guru-guru dan Kakitangan SRA. Simpang Lima. 4. Kepada individu-individu yang telah menyumbang dalamprogramdanaktiviti sekolah. SERTA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNGMAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKANMESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE – 23 TAHUN2025


21 LAMPIRAN


22


23


24


25


26


27


Click to View FlipBook Version