ASSIGNMENT 3
DPK10053 OFFICE SOFTWARE
Nurul Alia Lee Binti 10/8/21 18DSK21F1046
Muhammad Amin Lee
Nurul Alia Lee Binti Muhammad Amin Lee DPK10053 OFFICE SOFTWARE
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Nama saya Nurul Alia Lee Binti Muhammad
Amin Lee, saya berasal dari Pulau Pinang. Saya dilahirkan pada 22 Februari 2000 di Hospital
Besar Pulau Pinang. Selain melayu saya mempunyai darah campuran cina. Saya memulakan
persekolahan peringkat rendah di sekolah jenis kebangsaan Kwang Hwa, selepas itu saya
bersekolah di sekolah menengah jenis kebangsaan Phor Tay dan tukar ke sekolah menengah
kebangsaan Sungai Nibong di peringkat menengah. Saya merupakan anak bongsu dari dua adik
beradik.
Ayah saya bernama Muhammad Amin Lee Bin Abdullah, ayah saya berasal dari
Melaka. Ayah saya merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. Nama Ibu saya Marina Binti
Yusuff, beliau berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua dari empat adik
beradik.
Saya memiliki 1 orang abang, yang bernama Muhammad Alif Aiman Lee Bin
Muhammad Amin Lee. Abang saya belajar di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah dan
mengambil course marketing.
Hobi saya adalah bermain badminton bersama abang saya pada hujung minggu dan
menonton drama Korea.
Di rumah saya membela 4 ekor kucing hutan yang bernama Ben, Mueeza, Yoyo dan
Yiyi. Pada tahun 2018 Ayah saya mengambil keputusan untuk membela kucing hutan. Saya
banyak meluangkan masa bersama kucing saya dan pada masa lapang saya akan membawa
Yiyi berjalan sekitar taman rumah.
1
Nurul Alia Lee Binti Muhammad Amin Lee DPK10053 OFFICE SOFTWARE
Pandemik COVID-19 dikenali sebagai pandemik Corona Virus atau wabak Corona
Virus ialah pandemik penyakit Corona Virus 2019 yang sedang berlaku secara global
berpunca daripada Corona Virus sindrom pernafasan teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada
mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar
raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga, lebih daripada kes telah disahkan, dengan
lebih daripada kematian disebabkan oleh COVID-19.
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa
dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling
mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya
mungkin sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya
lima hari, tetapi mungkin diantara dua hingga empat belas hari. Gejala umum termasuk
demam, batuk, dan sesak nafas. Mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran
pernafasan juga. Setakat ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu usaha terdiri daripada
pengurangan gejala dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan
termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain
(terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari
untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.
Disini saya akan menceritakan sedikit sebanyak kisah Covid-19 yang telah dihadapi oleh
Ayah saya.
2
Nurul Alia Lee Binti Muhammad Amin Lee DPK10053 OFFICE SOFTWARE
Pada 28 August ayah saya dijangkiti penyakit covid-19 stage 5. Pada hari itu ayah saya
berada di pusat penjaga vaksin sebagai volunteer kerana tidak mencukupi orang. Semasa waktu
ayah saya di perjalanan untuk pulang ke rumah pada pukul 5:30 petang ayah saya berasa tidak
sihat. Symptom yang pertama yang ayah saya rasa ialah selsema dan demam pada hari tersebut.
Pada 29 August ayah saya dikuaritin di rumah, saya dan sekeluarga memakai mask di rumah
walaupun bilik ayah saya diasingkan. Pada hari seterusnya ayah saya mengalami batuk yang
teruk dan menyebabkan dada nya sakit dan susah untuk bernafas. Ibu saya membuat keputusan
untuk menghantar ayah saya ke hospital walaupun ibu saya berasa sangat takut ketika itu. Pada
waktu itu hanya Allah saja tahu perasaan saya macam mana. Setelah selesai ayah saya dihantar
ke hospital, saya menelefon ayah saya dan bertanya tentang keadaan nya, dan ayah saya di
masuk ke wad penyakit covid-19 pada ketika itu, saya dan keluarga saya tidak dibenarkan
untuk melawat ayah saya hanya boleh membuat video call dan menghantar ubat dan pakaian
di pengawal sahaja. pada hari saya membuat video call dengan ayah saya, saya melihat keadaan
ayah saya yang sangat penat. Selepas beberapa hari, ibu saya mendapat panggilan dari hospital
memberitahu bahawa keaadaan pernafasan ayah saya agak tidak stabil dan kemungkinan akan
di masukkan ke ICU. Apabila saya dapat tahu yang keadaan ayah saya tidak stabil saya hanya
mampu solat dan berdoa saja pada Allah.
Pada 9 September ibu saya menelefon hospital kerana tidak dapat apa apa berita dari
ayah saya dan doctor memberitahu kepada ibu saya yang ayah saya telah dimasukkan ke ICU.
Masa itu ibu saya bertanya kepada doktor adakah keadaan ayah saya teruk ? dan adakah dia
akan ditidurkan di ICU. Doktor bagitahu yang keadaan ayah saya akan stabil jika dia berada di
ICU kerana di ICU penuh dengan kelengkapan peralatan mesin yang boleh membantu
pernafasan ayah saya dengan baik. Doktor juga ada memberitahu kepada ibu saya tak
semestinya semua pesakit yang berada di ICU akan ditidurkan kerana mereka perlu tengok
keadaan pesakit itu bagaimana ? Selepas 2 hari itu ayah saya menhantar gambar di whatsapp
dan saya bersyukur alhamdulillah melihat keadaan ayah saya baik walaupun saya tahu keadaan
ayah saya tidak pulih sepenuhnya. Ayah saya juga memberitahu bahawa dia terkejut dan tidak
sangka yang dia mengalami penyakit covid-19 stage 5 pada ketika itu.
3
Nurul Alia Lee Binti Muhammad Amin Lee DPK10053 OFFICE SOFTWARE
Pada 12 September saya mendapati bahawa ayah saya dari ICU dipindahkan ke wad
biasa syukur alhamdulliah. Ayah saya membuat video dan menceritakan pengalaman nya yang
berada di ICU. Ayah saya menceritakan yang hanya Ayah saya seorang saja yang tidak
ditidurkan di ICU ketika itu Ayah saya melihat keadaan pesakit lain yang ditidurkan dengan
cara meniarap. Ketika itu doctor juga memberitahu kepada ayah saya supaya dia boleh tidur
dan rehat kedudukan secara meniarap (muka ke bawah) kerana ia dapat membantunya bernafas
dengan lebih baik. Selama 4 hari Ayah saya berada di ICU dia tidak dibenarkan makan dan
hanya boleh minum susu dan makan Vitamin saja.
Selepas 2 minggu berlalu ayah saya dibenarkan untuk pulang ke rumah dan doktor
memberitahu yang ayah saya bebas dari penyakit covid-19 tetapi doktor beritahu yang ayah
saya masih memerlukan oksigen di rumah. Oleh itu, Ibu saya menelefon NGO untuk
memerlukan mesin oksigen untuk membantu ayah saya berehat di rumah. Pada hari kepulangan
Ayah saya dari hospital ke rumah saya memeluk ayah saya dengan erat dan berkata syukur
alhamdulliah Allah memberi peluang ini untuk saya meluangkan masa yang lebih banyak masa
dengan Ayah saya.
Itulah serba sedikit biodata diri saya serta keluarga saya sekian terima kasih
Assamualaikum.
4